YB6HJE-1menerjah igate 9W2DYA-5

Petang semalam stesen dari seberang YB6HJE-1 berjaya menerjah masuk beaconnya ke stesen 9W2DYA-5 melalui digipeater RDG di Genting.

Tak kusangka setup yang paling simple menggunakan antena rubber duck sahaja. Ketika itu, ditingkat 4 saltmineku yang betul-betul menghadap Genting.

Manakala, 9W2DYA-10 aprsdroid turut mendapat packet daripada igate ini. Ingatkan tak boleh menggunakan device yang sama serentak aktifkan AFSK. Rupanya tiada yang mustahil.

AFSK diaktif

AFSK diaktifkan bagi stesen 9W2DYA-5 dan 9W2DYA-10.

Protokol connection memilih AFSK via speaker/mic untuk Aprsdroid.

Sambungkan radio bersama telefon pintar bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik menggunakan kabel.

Bagi U2APRS hanya tick RX dan I-Gate membolehkan igate diaktifkan

9W2DYA-5 dan 9W2DYA-10

Stesen 9W2DYA-5 menggunakan apps U2APRS manakala stesen 9W2DYA-10 menggunakan apps APRSdroid.

Ia menggunakan device yang sama iaitu Samsung J mini. Kedua-dua diaktifkan serentak dan berjalan dengan sempurna sekali.

Sebelum ini aku pernah menggunakan APRSdroid yang memberi masalah kepada device Samsung juga.

9W2DYA-5 menggunakan radio untuk location manakala 9W2DYA-10 menggunakan GPS untuk menentukan kedudukan. Jadi sudah pasti menggunakan GPS
adalah lebih tepat. Bila pilih radio kedudukannya adalah bertetabur di sana- sini.



Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya kedua kemeriahan tetap dirasa walaupun di aprs. Kelihatan di aprs.fi banyak stesen dapat dilihat sana dan sini.

Ini menunjukkan ramai stesen pulang kepangkuan keluarga bertemu orang tersayang

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...