9W2PIO QSO 9W2UGS

Pagi ini, jam 2:38 kedengaran audio di V38.
Stesen 9W2PIO sedang QSO bersama 9W2UGS.
Terima 9W2PIO readability 4/8.
Terima 9W2UGS readability 3/8. Mulanya sukar penerimaan Abg chor diakhirnya audio bertambah baik walaupun WX hujan

Radio Amatur dalam SAR Broga

Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017  telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam keadaan yang baik setelah seminggu hilang di Bukit Broga.
Credit Hairi 9W2VOB

Tahniah kepada semua pihak berkuasa Dan para sukarelawan yang terdiri daripada para pendaki. Kesabaran Dan komitmen yang berjaya membuahkan hasil.



Tidak ketinggalan radio amatur turut memainkan peranan dalam kejayaan operasi SAR kali ini. Pak Rosli 9M2RHQ sudi memberi sumbangan dalam menyediakan peralatan radas untik pusat komunikasi. Beliau turut dibantu stesen yang lain dalam memastikan pusat komunikasi berada dalam siap siaga.
Keupayaan stesen komunikasi sangat mantap dan terbaik. Penerimaan isyarat di Bangi readability 5/9 sepanjang pemantauan dilakukan. Penulis memantau mula malam khamis hinggalah stesen komunikasi ditutup. Sebenarnya terdapat beberapa stesen lain turut memantau walaupun tidak berada ditempat kejadian.


Terima kasih kepada Muzammil 9W2SNR yang memberi maklumat frekuensi yang digunakan. Beliau sempat ke tempat kejadian membolehkan mengetahui frekuensi yang diguna pakai.

Bagi pasukan RQ yang menggunakan radio, penerimaan isyarat sangat baik apabila berada di kawasan tinggi.
Setiap info dapat dicopy dengan baik.

Pemilik gambar Hairi  9W2VOB berselfie di pusat komunikasi. Hobi radio Amatur turut menyumbang kepakaran dalam membantu insan yang memerlukan bantuan.


Bantuan komunikasi kecemasan antara cabang aktiviti dalam radio Amatur. Komunikasi sangat penting apabila berhadapan dengan saat musibah. Penggunaan radio vhf lebih praktikal ketika dalam hutan berbanding telefon. Kadang-kala liputan sukar. Namun tidak bagi radio, kerana jangkauannya hingga berkilometer.

Walaupun kini kita disajikan pelbagai teknologi, kemahiran membaca peta masih diperlukan. Pendaki yang hebat dan mahir pasti dapat ke tempat yang dituju dengan selamat. Laporan perlu diberi melalui radio ke pusat komunikasi.

Credit SWL Asrul
Agensi kerajaan menggunakan Sistem komunikasi tersendiri. Orang awam tidak dapat akses sistem itu. Jalan penyelesaiannya melalui radio Amatur.

Credit SWL Asrul
Operasi SAR tamat setelah mangsa ditemui. Perkhabaran gembira ini telah diketahui melalui radio. Untungnya pengendali Radio Amatur kerana telah mengetahui terlebih dahulu berita penemuan mangsa.


SWL Asrul yang turut memantau dibasenya Semenyih mendengar perkhabaran gembira itu. Beliau sempat melihat mangsa tiba ke ambulans dibawa rawatan hospital. Maka sahlah penemuan itu. Media sosial sibuk masyarakat ingin mengetahui kesahihan berita itu.


Sebagai pengendali radio Amatur pasti berbangga apabila dapat menyumbangkan sesuatu kepada komuniti. Hobi yang saintifik bukan sekadar berkomunikasi sahaja, malahan banyak cabang aktiviti dapat dilakukan selain bantuan komunikasi kecemasan.

Laporan SAR Broga

MODE STAND DOWN

Kes: OH (1M)
Lokasi Bukit Broga
Tarikh Laporan: 22/2/17

LOKASI JUMPA : GR 345 /270  ( 250MTR dari Puncak Broga ke Puncak Tok Wan)
MANGSA : Mohammad Azarul Mukhriz bin Abd Rahman
WAKTU : 9.30 - 9.45 AM   28/01/2017

Dijumpai oleh :
1. Muhammad Ridhalleh B Ariffin ( Pendaki )
2. Nurfahanna Bt Mat Sedek (Pendaki)
3. Kurt Kirby ( Pendaki )
4. Elena Karvouni ( Pendaki )

Diselamatkan oleh : Team RQ 52 (Crew #10 : Shafiq bin Shamsudin )

KRONOLOGI :
9.30AM - Empat pendaki menuju ke arah Gunung Tokwan , dalam perjalanan 4 pendaki terdengar laungan meminta tolong dari arah kanan trail .Mereka berpatah balik dan mencari . Mangsa ditemui dilereng sejauh 100mtr kebawah dan dibawa naik oleh 2 pendaki lelaki tersebut.
Ketika ditemui oleh 4 pendaki tersebut mangsa ditemui dlm keadaan bertongkat dan memegang sebiji buah hutan berwarna kuning .Keadaan mangsa agak lemah tapi stabil dan positif . 4 pendaki memberikan makanan ( biskut) dan air minuman.
Dalam perjalanan turun mereka berselisih dengan team RQ52 dan menyerahkan mangsa.
11.00 AM -RQ52 menghubungi base comm dan memaklumkan penemuan mangsa
11.42 AM - Disahkan mangsa oleh Pegawai Operasi Mosars melalui gambar whatsapp salah seorang RQ52 , urusan mengeluarkan mangsa dibuat dan doktor dikalangan Resque team membuat rawatan awal . Bomba ( Tuan Aziz ) dimaklumkan .
12.00 PM - Bomba tiba dan naik ke atas untuk evakuasi lanjut . Ibu dan Ayah  mangsa menunggu di pintu gerbang Broga.
13.00 PM - Mangsa tiba di base comm dan dimasukkan ke ambulan JPAM dan dibawa ke hospital Kajang bersama keluarga.
14.00 PM - Semua RQ team selamat keluar dari lokasi pencarian.
15.00 PM - Standown sepenuhnya dan team 4x4 Mylandy , Unit Amal Pas , Radio Amatur , Sukarelawan dan lain2 bergerak keluar dari broga.

Mohammad Bin Mohammad Salleh
Pegawai Operasi

Stesen 9A5BDE-8 meninggalkan Tokushima, Jepun

Sudah lama tidak memantau stesen maritime mobile VLCC 9A5BDE-8. Terkini berada meninggalkan Tokushima.
Bergerak 31km/h bearing 190 darjah dan altitude 42m.
Sejak memantau stesen ini merupakan Kali kedua ke Jepun.

Monitor frekuensi operasi SAR Broga

Frekuensi SAR Broga telah dapat dipantau sepanjang hari.
Base camp kedengaran jelas sebagai pusat komunikasi dari base station di Bangi.
Readability 5/9 diterima loud and clear.
Ada beberapa. RQ team dicopy dengan baik.
Kedengaran audio Shafiq readability 5/9 juga. Audio dari puncak tiga turut dicopy baik.
Kedengaran callsign 9W2GCD turut disebut selain Angah Deen. Terima anda readability 5/9. Sehingga tengah malam ini Sabtu jalur Masih lagi aktif. RQ41 hantar Berita PB Yusuf minta 3 orang escort ke puncak 3.

Update Sabtu:
Lebih kurang 9 pagi team resque(RQ) telah naik ke atas. Semua Rq ujipancar penggunaan radio setiap pasukan berada dalam keadaan baik.
Signal report
RQ55 18 org 10:18am 4/8
RQ52 10:20am 4/8
RQ56 10:21am 4/8
RQ57 10:22am 4/8

Gambar suasana di tempat letak kereta jam 1 tengahari memanti mangsa telah dijumpai jam 11:42 pagi yang disahkan Oleh Mountain Search and Rescue Society Malaysia.
Ketika pertemuan berita gembira ini telah diketahui terlebih dahulu melalui pemantauan di frekuensi. Setelah disahkan barulah ia boleh ditulis disini.







73, Jojet de 9W2DYA

Pengesahan ketidakaktifan satelit Tiungsat 1 MO-46 oleh 9W2VRD dan YC3BVG

Satelit Malaysia Tiungsat 1 MO-46 telah dilancarkan hampir 17 tahun yang lalu. Statusnya kini adalah inactive. Percubaan monitor beaconnya walaupun ia masih lagi dalam orbit.
Sememang tiada sebarang isyarat ketika lalu diatas Malaysia.
Awal pagi jam 2:11 dengan bantuan Ashrie 9W2VRD turut memantau Tiungsat 1 ketika melalui ruang angkasa Malaysia. Laporannya turut sama tanpa sebarang isyarat diterima.
Ashrie antara stesen yang aktif dalam komunikasi satelit. Beliau telah banyak bekerja dengan beberapa buah satelit seperti Saudisat dan Lapan A2.
Ashrie turut meminta bantuan stesen Iwan YC3BVG yang aktif dalam komunikasi satelit. Iwan YC3BVG memantau pada laluan tengahari. Menurut beliau melalui Ashrie turut memberi jawapan yang sama. Ternyata mikrosatelit ini tidak aktif. Beliau akan terus memantau Tiungsat 1 dari mass ke semasa untuk memberitahu perkembangan terkini MO-46.
Ribuan jutaan perhargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua stesen atas signal report itu. 9W2VRD dan YC3BVG jasamu tetap dikenang.
Laporan media semalam melaporkan tahun hadapan USM kerjasama Angkasa akan melancar nano satelit.
Tunggu dan lihat perkembangannya. Masa kini banyak negara menghantar satelit dengan bermacam-macam tujuan. Satu perkembangan positif bagi aeroangkasa negara. Biarlah teknologi ini bermanfaat dan boleh digunakan kemajuan negara.

73, Jojet de 9W2DYA

Tiungsat 1 MO-46

Mikrosatelit Tiungsat 1 telah dilancarkan pada tahun 26 September 2000.
Hampir 17 tahun ia masih lagi berlegar-legar diruang angkasa. Perigee 576.8km ketinggian paling rendah. Manakala, Apogee ketinggian paling tinggi adalah 640km.
Jam 2 pagi ia lalu di atas Semenanjung. Malangnya tiada sebarang signal. Betullah statusnya inactive.
Frekuensi uplink 145.850MHz/145.925MHz.
Downlink  dan beacon 437.325MHz.
Mode 38400bps FSK.
Jadi 9M land terlebih dahulu menghantar satelit menggunakan frekuensi radio amatur.
Bagi rakan ham yang ingin menjejaknya bolehlah ke  laman sesawang n2yo.com. Isyarat
 panggilan adalah MYSAT3-11 dan MYSAT-12


Stesen KC2EEX contact di RAKL

Jam 10:38 pagi tadi kedengaran audio KC2EEX di RAKL. Melalui echolink audionya menerjah masuk ke frekuensi 147.650MHz.
Stesen 9W2JQQ Pak Razif QSO bersama beliau.
Biasanya QRV di RAKL dan V38 kerana sentiasa ada stesen yang monitor.

Monitor V38 Putrajaya

Malam tadi monitor V38, kedengaran beberapa stesen QSO.
Mendengar stesen 9W2LRN menyebut nama Pak Razif mungkin 9W2JQQ negatif copy. Stesen 9W2LRN terima anda 3/8.
Seterusnya pada pukul 12:43 tengah malam. Beberapa stesen rancak berbual.
Stesen 9W2XIK terima anda 3/8 pada mula ada bunyi bising dibelakang dan audio terpaksa mendengar berhati-hati tetapi masih dapat difahami. Akhir monitor penerimaan semakin baik dan jelas readability 4/8. Tak QSL QTHnya.
Aku monitorpun sekejap-sekejap bila berdekatan radio sahaja.
Seterusnya 9W2OTX audio crystal clear seperti biasanya 5/9 sebab dekat dengan base.
Manakala, stesen 9W2OZU tidak dapat dicopy.
Stesen 9W2PIO readability 4/8 sentiasa dapat didengar.
Pagi ini jam 7.44, kedengaran QSO antara 9W2OTX abg Man bersama 9W2DFL Zul portable tak pasti dimana. Terima anda 5/9 dan 3/8.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 9W2UGN aktifkan aprstrack

Satu lagi stesen yang mengaktifkan aprstrack dikesan di Bandar Baru Bangi. Bertambahlah kemeriahan aprs kawasan Bangi.
Sementara itu, stesen 9A5BDE-8 telah berada 63.6km dari Taitung  City, Taiwan. Koordinat 22 14.31'N dan
121 24.22'E.

APRStrack tracking dx station

Aprstrack dapat tracking stesen dx. Antara stesen dx yang aktif adalah;
KG5ZI-9 jarak 15272km
DL6BR-9  jarak 10025km
VE7MOY jarak 12977km
DG0TD-22 jarak 9946km
DL5FCH-9 jarak 9934km
M0JHH jarak 10693km
DL1YDE-1 jarak 10007km
OE5SFM jarak 9623km
HG5OLP jarak 9208km
ZS1OK-5 jarak 8572km
DL7ARB-9 jarak 9622km
RG7A-7 jarak 7545km
DL7VOB jarak 9627km
EB8ALF-8 jarak 12490km
F0FEC-9 jarak 10427km
DO9ST-4 jarak 9906 km

Stesen 9A5BDE-8 maritime mobile vlcc di timur Vietnam.

Kedudukan terakhir stesen 9A5BDE-8 jam 13:52 di timur Vietnam. Rasanya ke negara matahari terbit sekali lagi.
Bergerak 20km/h bearing 37 darjah.
Koordinat 9 49.36'N dan 110 36.22'E

Stesen aprs 9W2HZM telah dikesan dua hari lalu. 9W2HZM Haizail mobile dari Sri Manjung ke Pantai remis.

73, Jojet de 9W2 DYA

Uji pancar 9W2VJP Sungai Purun ke 9W2DYA Bangi

Cuti tahun baru 2017 rakan 9W2VJP Shaffri telah pulang ke kampungnya. Merujuk info aprs jarak antara kedua kami adalah 7.7km.
Semasa portable di Sungai Purun, Semenyih beliau telah menggunakan set radio seperti gambar dibawah.
Radio TYT TH-7800 yang dilengkapi solar power and controller. Antena semasa uji pancar adalah cili padi. Memancar kurang dari 10watt.
Hasilnya tiada kedengaran audio ke Bangi setelah beberapa kali percubaan dibuat.

Go box kedua beliau mengandungi QYT KT-8900 25watt.
Kali ini equip with cigarette charge socket. Handy pula, Wouxun KG- UV8D. Semasa aku pula uji pancar ke Sungai Purun beliau menggunakan handy sahaja. Audio aku juga tidak dapat diterima. Kuasa pancaran 5watt dengan antena quaterwave groundplane.
Keesokkan malam ketika monitor di V38 kedengaran 9W2OTX menyebut 9W2VJP. Short QSO untuk contact namun audionya tidak kedengaran. Menurut beliau audio 9W2OTX Sungai Merab semakin dapat didengari di Jalan Kebun.
Antena dalam gambar ini yang digunakan dibase station 9W2VJP.
Masalah pada connector ptt menyebabkan QSO tidak dapat diteruskan. 6 pin telah masalah dan tidak dapat berfungsi dengan baik.



Stesen 9A5BDE-8 maritime mobile vlcc di Selat Singapura

Kedudukan terakhir stesen 9A5BDE-8 jam 10.30 pagi di Selat Singapura. Berhenti di pelabuhan atau meneruskan pelayaran dapat diketahui apabila aprs diaktifkan.

2M Net V38

2M Net V38 telah diadakan ambang tahun baru. Pengawal rangkaian 9W2FDK portable di Putrajaya. Bermula jam 10.10 malam lebih kurang. Sehingga jam 12.35 tengah malam masih meneruskan mengawal rangkaian hingga pusingan kesebelas.
40 stesen dapat dihubungi. Terima anda 5/9 di Bangi 12.37 telah QRT 73.
Satu lagi stesen yang mengaktifkan aprstrack telah dikesan pada awal pagi ini adalah 9W2JXV. Ketika ini beliau berada di Setapak.


73, Jojet de 9W2DYA

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...