National Field Day 2012 Tasik Taman Jaya

Hari ini Sabtu 1 Disember 2012 aku berkesempatan berkunjung ke main centre di Tasek Taman Jaya, Petaling Jaya. Aku menumpang jelopi Husni 9W2HUF dari Bangi.

Seawal jam 9 pagi seperti yang dijanji kami bergerak ke Petaling Jaya melalui federal highway. Sampai di sana tidak kelihatan tanda-tanda acara ini berlangsung ataupun kami terlalu awal datang pada hari ini. Kemudian parking di Amcorp Mall yang terletak bersebelahan dengan tasik ini.

Sampai di tasik kelihata beberapa susuk tubuh yang aku kenali kelihatan dari jauh. Memang sah ia akan dilangsungkan di situ. Apabila kelihatan antena  yang terpacak dibumbung pondok, memang ternyata benarlah akan berlangsungnya ditepi tasik itu.

Kelihatan rakan-rakan sibuk setup peralatan radio dan memasang beberapa antena. Kelihatan wartawan dan jurugambar RTM turut membuat laporan dan rakaman semasa aktiviti ini sedang berlangsung.

Aku tertarik dengan peralatan radio yang dibawa oleh Pang 9W2VXP. Pelbagai peralatan yang menarik perhatian aku yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. peralatan seperti HF Transceiver FT-80C dan yang comel  X1M HF Transceiver, M-1 Antenna Tuner with Balun/80-10Meters/100watts, HF Impepedance Analyzer, antena telescopic, antena yagi dan solar panel portable.

Memang banyak perkara boleh dipelajari dari rakan-rakan semasa aktiviti menyediakan peralatan radio ini.

Aku juga berkesempatan mendengar perkongsian dari 9M2AU tentang Air band menerangkan frekuensi yang digunakan oleh pilot untuk komunikasi dengan ATC.

Sememangnya rakan-rakan banyak membantu dalam perkongsian ilmu dan pengalaman. Semasa aktiviti sebeginilah tempat untuk kita mencari ilmu dan menambahkan pengetahuan. Pengalaman seperti ini tidak boleh dicari melalui pembacaan sahaja. Ia perlu dicungkil dan digali bagi mengukuhkan pengetahuan sedia ada.

Jualan barang-barang peralatan radio juga terdapat disini. Bagi yang ingin membuat tanda kenangan bolehlah mendapatkan t-shirt edisi khas sempena acara ini yang berharga RM25 sahaja.

Esok Ahad masih ada satu hari lagi untuk kita berkunjung ke tapak-tapak acara ini. Bolehlah dapat berhubung dengan rakan lain yang hanya menggunakan kuasa bateri dan generator sahaja sebagai simulasi menghadapi sebarang bencana.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...