QSO bersama rakan-rakan ham

Menggunakan handy Sender yang dibeli dari 9w2ais abg aziz di Bandar Baru Bangi. Performance budak kecil ini boleh tahanlah, tanpa bantuan antena base gunak yang standard dapatlah aku qso bersama rakan-rakan ham yang lain. Base di Bandar Seri Putra, Bangi di tingkat 4 sedikit sebanyak membantu aku memancar.Selalunya simplex 145.475mhz,145.5875mhz,147.495mhz dan lain-lain lagi.Repeater Astra jalur panjang, RBC, MARES, NESRAC boleh diterima audionya. Hanya Mares dan Nesrac sahaja boleh memancar.Paling jauh TX qso bersama 9w2wbw di Bandar Sri Damansara, manakala audio dapat diterima dari Kuala Kubu Bharu, Sungai Buloh, Seremban, Mantin, Shah Alam, Putra Height,Senawang, Wangsa Maju. Harap lepas ini bila dah ada base antena bolehlah terbang lebih jauh lagi.

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...