Bukit Kertau 266m/853ft Titik Asalan Pemetaan Semenanjung Malaysia


 Hari terakhir ke pantai timur 28 Mei 2024 bermula dari Paka, Terengganu. Selepas check-out terus membuat pusingan u dan singgah kedai makan berdekatan. Kali ini pesan nasi lemak dengan sambal ikan bersama teh tarik.


Usai sarapan terus menghala ke Chukai. Hand-held QRV dua frekuensi iaitu Airband 135.250MHz dan AIS 162.025MHz. Manakala mobile rig QRV simpleks V40 145.500MHz. APRS stesen 9W2DYA-5 turut diaktifkan sepanjang kembara.


Melepasi Kijal terlihat batu tanda aras disebelah kanan jalan. Patutlah tidak nampak sebarang stesen pada sebelah kiri jalan. Rupanya kedudukan batu tanda aras disebelah kanan jalan. Terpaksalah meletak kereta tepi jalan terlebih dahulu, sebelum menyeberang jalan.


Stesen pertama BM#206 nombor stesen T 304?. Koordinat 4.310130 darjah Utara dan 103.447270 darjah Timur. Angka terakhir tertutup simen. Kemudian singgah ke Chukai bagi mengesan isyarat AIS. Ternyata isyaratnya dapat didengari dari corong radio. 


Isyarat AIS (Automatic Identification System) yang dipancarkan dari kapal-kapal bagi membolehkan kedudukan diketahui oleh kapal lain yang memantau pergerakannya. Ini dapat mengelakkan kapal dari bertembung diantara satu sama lain.


Pemandangan Sungai Kemaman dari benteng. Sempat berurusan ke tandas awam berdekatan. Terdapat feeder AIS yang diaktifkan oleh Saiful 9W2DCW di sini. Banyak juga kapal-kapal yang berjaya diterima isyarat oleh stesen AIS 9W2DCW. Selesai menikmati pemandangan sungai pemanduan diteruskan ke Kuantan melalui Beserah. Sepanjang perjalanan dari Chukai ke Kuantan isyarat AIS berjaya diterima dari corong radio.


Oh! lupa nak beritahu, bahawa di Jerteh juga terdapat satu stesen feeder AIS milik Abg Sedi 9W2HQD. Tiba di Kuantan terdapat satu stesen tanda aras di hadapan SMK St Thomas. Meletak kereta di tepi jalan yang agak luas bahu. Berpatah balik ke hadapan sekolah tersebut.


Stesen kedua BM#207 nombor stesen C 5121. Koordinat 3.826717 darjah Utara dan 103.338569 darjah Timur. Batu tanda aras berhampiran pagar batu sekolah pintu masuk utama.


Tiba di Taman Esplanade letak kereta di situ. Kemudian berjalan kaki menyusur tepi Sungai Kuantan. Berjalan hingga melepasi Menara Kuantan 188. Melintas jalan untuk ke kedai makan Nasi Ayam Gemas yang sedap itu.


Rakaman video Sungai Kuantan bot nelayan pulang dari lautan luas mencari rezeki.


Menara Kuantan 188 tarikan pelancong datang ke sini. Boleh berjalan atas dek menggunakan peralatan keselamatan mengelilinginya dengan melihat pemandangan sekitar.


Jeti tempat memancing. Beberapa kanak-kanak memancing bagi mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah. Tulisan Kuantan diseberang sungai pastilah tidak terlepas dari lensa kamera masing-masing. Bukti telah sampai di sini untuk memori masa hadapan.


Bot nelayan melepasi ikonik Kuantan untuk ke laut lepas mencari rezeki. Lupa hendak keluarkan radio bagi memantau isyarat AIS dari bot ini.


Ikonik Kuantan jelas terpampang sebelum bot nelayan melewati. Ketika ini waktu tengah hari agak redup kerana awan tebal memayungi cahaya.


Ketika itu juga, pesawat pejuang TUDM sedang sibuk menjalani latihan terbang rendah. Latihan sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-66 di Kuantan ini.


Tiga lagi pesawat pejuang TUDM membuat formasi segitiga melintasi ruang udara Kuantan. Latihan terbang rendah ini telah dimaklumkan kepada umum. Lupa hendak memantau juga di laman sesawang pergerakan pesawat. Sebelum ini sibuk memantau pesawat komersial sahaja.


Puas melihat pesawat terbang rendah, perjalanan harus diteruskan. Melepasi simpang tiga Jalan Tanah Putih/Jalan Dato' Wong Ah Jang  kelihatan satu stesen tanda aras di hujung pagar bangunan. Terus masuk ke kiri meletak kereta di kawasan lapang. Menyusur tepi jalan hingga ke hujung pagar.


Stesen ketiga BM#208 nombor stesen C 5126. Koordinat 3.794994 darjah Utara dan 103.315286 darjah Timur. Stesen tanda aras ini turut dicat putih oleh pemilik bangunan sebelahnya. Punca mata yang tajam dapat mengesan terlebih dahulu.


Perjalanan menggunakan laluan FT02 ke arah Maran. Melepasi Bugor ditepi jaln terlihat satu batu tanda aras. Berada di atas rumput bersebelahan bahu jalan tanah merah.


Kelihatan plat baru telah digantikan pada batu tanda aras tersebut. Sayangnya tiada nombor siri ditulis pada plat tersebut. Mungkin nombor siri belum ditentukan lagi. Kemungkinan pihak Jupem tidak perasan nombor siri masih belum diukir lagi.


Stesen keempat BM#209 nombor stesen C ????. Koordinat 3.694017 darjah Utara dan 102.931558 darjah Timur. 


Satu lagi mangsa vandalisme. Ada kerja-kerja mengorek tanah di tapak asal batu ini. Habis tercabut dan tergolek di tepi jalan. Masuk melalui Jalan Bahagia 1, Seri Jaya. Jelas tertera BM di badan batu ini.


Bukan setakat tergolek sahaja batu ini, nombor siri turut tidak boleh dibaca. Simen telah menutupi nombor siri tersebut. Kena rujuk laman sesawang Jupem bagi mengenal pasti nombor siri tersebut. 
Stesen kelima BM#210 nombor stesen C ????. Koordinat 3.668364 darjah Utara dan 102.879974 darjah Timur. 


Melepasi Maran terlihat batu tanda aras yang senget sebegini. Sisa tar turut berkumpul sebelah. Tapakpun seolah pecah dan beralih. Berhadapan dengan laman rumah kampung di sini.

Kedudukan stesen tanda aras ini senget seolah kejadian gempa bumi. Pasti kena sondol oleh jentera berat. Biasalah kerja-kerja pembaikan jalan atau kerja-kerja utiliti.


Stesen keenam BM#211 nombor stesen C 1121. Koordinat 3.608011 darjah Utara dan 102.826804 darjah Timur. Batu aras pada plat menunjukkan stesen ini kategori batu aras yang lama. Susunan abjad dan nombor sangat kemas dan teratur sekali.


Selepas Maran hal ke Chenor dan menyeberang jambatan Sungai Pahang. Tiba di Seberang Chenor terlihat satu batu tanda aras di penjuru pagar berdekatan parit.


Stesen ketujuh BM#212 nombor stesen C 5401. Koordinat 3.474928 darjah Utara dan 102.600441 darjah Timur. Laluan C130 terus hala ke Bera sepanjang Sungai Pahang di sebelah kanan.


Memandu terus ke hadapan, tiba di Bukit Kertau. Bukit ini merupakan Titik Asalan Pemetaan Semenanjung Malaysia. 


Terdapat papan tanda Selamat Datang mengalu-alukan kedatangan para pendaki ke puncak ini. Bukit Kertau setinggi 266m dari aras laut. Penulis tidak berani hendaki mendaki secara solo walaupun berpengalaman mendaki gunung. Risiko mendaki secara seorang diri tanpa berteman. Jikalau ada pendaki lain ketika itu pasti penulis akan mengikut sekali.


Tak lari gunung dikejar. Ada peluang lain kali pasti puncak akan ku tawan. Apatah lagi pernah dikaitkan dengan pemetaan negara satu masa dahulu. Satu lagi papan tanda berbentuk alat pengukur turut terdapat di situ.


Tertera 'MRT 1948 Bay Route Titik Asalan Pemetaan Semenanjung Malaysia'. Pasti di puncak ini ada berup yang menjadi sasaran utama pendaki untuk melihatnya. Sampai di berup pastilah puncak berjaya ditawan. Berup binaan besi segi tiga menandakan puncak tertinggi pada sesebuah bukit atau gunung.


Pemandangan Bukit Kertau dari tepi jalan berdekatan tebing sungai. Kawasan ladang kelapa sawit dilihat pada permulaan trek ke puncak.


Pemandangan sungai Pahang bertentangan dengan kaki Bukit Kertau. Melintas jalan sahaja kemudian menuruni tangga hingga ke tebing sungai.


Arah sungai Pahang ke hilir masuk ke laut di Pekan. Sungai Pahang merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia. Masa mengajar di Sibu dahulu melihat Sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Sarawak dan Malaysia. Kali ini dihadapan mata melihat terpanjang di Semenanjung pula.


Rakaman video dari tebing sungai yang lebih dekat pandangan. 


Pemandangan sungai Pahang yang indah dan permai ketika petang itu mempersonakan. Langit biru berawan menandakan cuaca cerah dan baik sekali.


Jauh nun di seberang reflek pokok pada air sungai menarik pemandangan. Tompok awan putih umpama kapas. Cahaya mentari petang masih memancar terik.


Puas menikmati pemandangam sungai Pahang, perjalanan diteruskan menghala ke Bera. Satu lagi stesen batu aras di bahu jalan berumput.


Stesen kelapan BM#213 nombor stesen C 5406. Koordinat 3.442727 darjah Utara dan 102.626559 darjah Timur.



Tiba di hadapan Pejabat Risda Stesen Batu Papan terdapat batu tanda aras. Meletak kereta di bahu jalan. Kemudian seperti biasa berjalan ke arah batu tersebut.


Stesen kesembilan BM#214 nombor stesen C 5420. Koordinat 3.366723 darjah Utara dan 102.523956 darjah Timur.


Seterusnya di Jalan Paya Pamun, dalam semak batu tanda aras hampir tenggelam.


Stesen kesepuluh BM#215 nombor stesen C 5423. Koordinat 3.342871 darjah Utara dan 102.526248 darjah Timur.


Laluan tepi sungai Pahang ini banyak kampung tradisional dilalui. Stesen berikutnya di hadapan rumah kampung.


Stesen kesebelas BM#216 nombor stesen C 5425. Koordinat 3.325885 darjah Utara dan 102.519779 darjah Timur.


Melepasi Kuala Triang satu lagi batu tanda aras telah kelihatan. Kanopi pokok sepanjang jalan kawasan kampung ini. Sungai Triang ini hulunya dekat Kuala Klawang, Negeri Sembilan masih boleh jumpa sungai ini. Berakhir di Sungai Pahang.


Stesen keduabelas BM#217 nombor stesen C 5431. Koordinat 3.321433 darjah Utara dan 102.471688 darjah Timur.


Masuk laluan FT10 hala ke Bera berjaya jumpa satu batu tanda aras. Batu senget macam tercabut juga berada dalam kawasan tanah persendirian. Sepatutnya berada di dalam rizab jalan. Ada orang sedang mesin rumput.


Ambil gambarpun dari luar pagar sahaja. Stesen ketigabelas BM#218 nombor stesen C 6124. Koordinat 3.308969 darjah Utara dan 102.461763 darjah Timur.


Stesen terakhir yang keempatbelas BM#219 nombor stesen C 6129. Koordinat 3.263852 darjah Utara dan 102.446804 darjah Timur. Stesen di hadapan bangunan komersial Triang. Meletak kereta menghadap jalan. Turun kereta terus bergerak ke bahu jalan.


Batu tanda aras dicat putih yang agak lusuh. Balik semula ke kereta terlihat tayar hadapan sebelah kanan telah kempis. Aduh! dalam fikiran kena cepat ke kedai tayar. Angin masih ada lagi. Sebelum pancit habis lebih baik membuat pemeriksaan terlebih dahulu. Niat hendak ke kedai untuk membeli sedikit air dipadamkan sahaja. Ada misi yang lebih penting perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Memandu terus ke kedai seberang jalan. Mekanik memeriksa tayar dengan menyimbah air sabun pada permukaan. Sebelum itu tayar dipam semula. Sememangnya angin kempis agak teruk. Setelah dipam tayar kembang seperti biasa. Kemudian mekanik mencadangkan mencari kedai tayar yang boleh tenggelamkan tayar bagi lebih jelas melihat kebocoran.

Memandu ke kawasan komersial di hadapan lagi. Mekanik buka tayar terus merendamkan tayar tersebut ke dalam bekas air. Jenuh juga tayar dipusing beberapa kali bagi mengesan kebocoran. Akhirnya salah seorang dari mereka perasan kebocoran dibahagian tiub tempat angin masuk tersebut. Terus tukar RM5 sahaja. Alhamdulillah misi selesai. Bayangkan jikalau tidak perasan tayar kempis tersebut pasti masalah lebih besar akan berlaku.

Maklumlah laluan belakang tidak banyak Pekan atau kedai untuk dibaiki. Jalanpun kawasan kampung dan Felda sahaja. Nasib petang masih awal lagi di Triang. Kalau kedai sudah tutup terpaksalah guna tayar gantian terlebih dahulu hingga ke Bangi.

Perjalanan diteruskan dengan hati lega dari Triang ke Simpang Pelangai. Kemudian menghala ke Kuala Klawang dan Lenggeng sebelum selamat sampai ke Bangi Lama.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Terjumpa CP 6


 Hari ketiga 27 Mei 2024 kembara ke pantai timur bermula dengan sarapan di hadapan Hotel Ridel. Bermula dari jendela tingkap bilik di tingkat 5. Melihat orang makan pada pinggannya penuh. Tidak pasti makanan apakah yang dinikmati?. Selepas check-out dan menyimpan beg ke dalam kereta terus bergerak gerai hadapan itu. Oh! rupanya roti Tsunami.


Patutlah penuh sepinggan macam pizza melihat dari jauh. Roti canai yang dipenuhi kuah kari ayam berserta dua biji telur separuh masak. Roti canai banjir sebegini semamangnya menyelerakan. Sambil menikmati pemandangan Sungai Kelantan dihadapan. Kemudian bergerak ke sekolah harmonic. Pagi yang sangat mendebarkan kerana keputusan SPM keluar pada pagi itu.


Alhamdulillah harmonic mendapat keputusan SPM cemerlang! Usai urusan terlihat di hadapan Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin A'ishah Puri CP 6. Semalam di Pintu Gerbang dekat Kota Bharu telah jumpa CP 7. Penemuan ini telah berjaya menjumpai dua CP iaitu CP 6 dan CP 7. Mungkin ada CP 1 hingga CP 5 di kawasan persekitaran lagi. Mana-mana pembaca yang mengetahui CP yang lain boleh tulis pada ruang komen di bawah entri ini. Ada kesempatan lain bolehlah Penulis menambah koleksi lagi.


Bendera belang hitam putih agak luntur. Pasir menutup permukaan. Warna turut semakin pudar dan hilang. Kawasan hadapan sekolah yang sibuk pastilah sentiasa dipijak dan dilanggar. 


Gambaran sebenar CP 6 yang terjumpa semasa pergi ke sekolah harmonic. Inilah rezeki berganda pada pagi itu. Maksudnya ada kemungkinan terdapat beberapa CP lagi di sekitar Kota Bharu ini.


Permukaan CP 6 berpasir dan warna cat semakin hilang. Jikalau memandu pasti kita tidak akan perasan. Sebab itu, berjalan kaki adalah cara terbaik untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Paku tertera Jupem T10/2022 VCP seperti CP 7 juga.


Seterusnya bergerak ke Terengganu. Singgah makan tengah hari di Pasir Puteh terlebih dahulu. Usai makan perjalanan masuk ke Terengganu melalui Jerteh. Kemudian jumpa satu stesen tanda aras berhampiran kawasan dalam pembaikan jalan. Kawasan berdebu hingga menutup plat. Ternyatalah musim panas dan kering di sebelah pantai timur ini.


Melatakkan kereta di bahu jalan yang agak selamat. Berpatah balik ke batu dengan persekitaran agak berdebu yang teruk. Terpaksa membersihkan plat bagi melihat nombor siri.


Stesen pertama BM#203 nombor stesen T 5054. Koordinat 5.652571 darjah Utara dan 102.631058 darjah Timur. Batu tanda aras berdekatan dengan papan tanda Yus Tomyam Thai.


Cuaca panas dan kering ketika dokumentasi dibuat. Boleh dilihat kawasan persekitaran batu tanda aras diselaputi debu pembinaan jalan.


Stesen kedua BM#204 nombor stesen T 5088. Koordinat 5.473259 darjah Utara dan 102.798130 darjah Timur. Berdekatan dengan papan tanda FT 003/601/90. Kereta diletakkan di bahu jalan hadapan stesen ini. Terpaksalah berpatah balik ke arah batu.


Stesen T 5088 ini ditemui melepasi Permaisuri. Terlepas untuk mencari 0 km Permaisuri. Ada kesempatan lain boleh mencari dengan betul lagi.


Stesen ketiga dan terakhir BM#205 nombor stesen T 5093. Koordinat 5.427306 darjah Utara dan 102.846236 darjah Timur. Stesen ini berada bersebelahan Klinik Kesihatan Sungai Lerek, Setiu.


Ada sedikit semburan cat merah pada plat. Jika dibuat penelitian terdapat dua nombor siri pada plat ini telah dipadamkan. Salah satu bermula dengan abjad D.


Seterusnya, pemanduan diteruskan ke Kuala Terengganu. Cuaca petang itu amat baik sekali. Singgah sebentar untuk solat di Masjid Tengku Tengah Zaharah. Masjid yang dibina atas lagun sebelah Sungai Ibai.


Masjid berwarna putih menyerlah keindahan antara biru tasik dengan riak air bersama biru langit petang. Sungguh indah kebesaran Allah swt. 


Puas melihat ikan berenang-renang dalam lagun ini bergerak menghala ke Dungun. Anak-anak boleh memberi ikan makan kerana ada jualan makanan ikan sebungkus RM1 sahaja. Seterusnya singgah di Marang untuk makan malam terlebih dahulu.


Rakaman video suasana pantai yang berangin kuat berdekatan kedai makan di Marang. Ombak membelah pantai dengan deruan angin yang kuat memecah kesunyian. Pengunjung bermain di gigi air sahaja. Pantai ini sangat bahaya untuk tujuan bermandi-manda.

Usai makan terus memandu ke arah Dungun. Tiba di Dungun mencari tempat penginapan. Sayangnya semua sudah Full House. Maka terpaksalah mencari di tempat lain pula. Pemanduan diteruskan hingga ke Paka. Alhamdulillah masih terdapat bilik kosong di Paka ini. Hotel Casaria tempat dituju. Pada mulanya bertanya di kaunter ada bilik kosong. Kemudian bilik itu sudah ditempah orang sebenarnya. Nasib baik bilik di homestay masih ada kosong lagi.

Rumah yang mempunyai beberapa bilik. Setiap bilik mempunyai tandas serta berhawa dingin pastilah selesa. Sekadar bermalam untuk melepaskan lelah berjalan jauh sahaja tidak menjadi masalah. Hargapun RM90 semalam amat berbaloi.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...