Dua lagi feder AIS di Kuala Besut dan Chukai

Credit 9M2ZAK

 Semalam trafik dari Zak 9M2ZAK sekali melaporkan bahawa terdapat satu lagi stesen feeder AIS telah muncul. Feeder AIS tersebut 9W2HQD abg Sedi di Jerteh.


Satu lagi muncul pada hari ini adalah feeder AIS Chukai oleh Saiful 9W2DCW selain di Pontian.


Negara Singapura juga telah muncul satu feeder AIS milik 9V1LW. Berjaya mengaktifkan sistem AIS yang dipantau bahagian negara tersebut dan sekitarnya. Feeder AIS Kulai milik Zak 9M2ZAK turut berjaya  menguasai bahagian kawasan Pulau Temasik tersebut.


Semalam juga feeder AIS Kulai 9M2ZAK berjaya mengesan vesel hingga berhampiran perairan Selangor. Sungguh jauh ia mencapai hingga ke Kulai vesel ini memancar frekuensi AIS. Nombor MMSI 574466000 vesel tersebut menghala ke Pasir Gudang.

Credit 9M2ZAK

Stesen YB6DE-AIS di Langsa turut aktif pada semalam. Semakin meriah aktiviti AIS di jalan laut Selat Melaka mahupun di Laut China Selatan. 

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Misi Bench Mark (BM) Sendayan ke Sepang

  Oleh kerana belon KLIA pagi ini agak sukar untuk mencarinya. Misi mencari Batu Aras (BM) diteruskan pula. Semalam semasa hala ke Sepang te...