Hamfest Malaysia datang lagi

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Hamfest 2011 akan berlangsung pada bulan mei ini. Tetapi tarikhnya belum pasti bilanya akan berlangsung sekali lagi untuk tahun ini. Tempat menurut sumber itu adalah seperti tahun lepas di Menara Kuala Lumpur. Pada tahun ini dijangka lebih meriah kerana hanya aktiviti radio amatur sahaja yang akan berlangsung di sana nanti. Ia juga sempena Hari Telekomunikasi dan memang sesuailah penganjuran Hamfest 2011 ini diadakan.
Selain Hamfest, pada bulan Mei ini juga akan diadakan JOTA Malaysia ke-4. Tidak pasti pula bila tarikh sebenar aktiviti ini akan diadakan. Nampaknya sibuklah rakan-rakan dengan pelbagai aktiviti radio amatur pada bulan ini.

73, Jojet, 9W2DYA.

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...