Repeater NESRAC berfungsi kembali

Semalam monitor 145.375MHz repeater NESRAC telah berfungsi kembali. Jam 2.00 petang tadi aku juga sempat menguji pancar ke repeater dari saltmine di Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Ketika itu 9W2YDL abg Asri di jalur menjawab panggilan aku. Beliau RX audio aku 48 sedikit berpasir memandangkan WX hujan renyai. Aku bekerja menggunakan handy dengan kuasa pancaran 5 watt antena rubber duck. Beliau sedang bermobile di Port Dickson. Terima kasih abg Asri atas menjawab panggilan dan selamat berpuasa. Tidak dilupa juga kepada rakan yang bertungkus lumus memperbaiki repeater ini berfungsi semula. Tahniah semua jasamu dikenang. Terima Kasih NESRAC.

73, Jojet, 9W2DYA.
http://9w2dya.blogspot.com
 

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...