Pertandingan Bola Sepak 1 Murid 1 Sukan 2012


Pertandingan Bola Sepak 1 Murid 1 Sukan 2012 dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).

Objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat baru dan seterusnya mencari pemain bagi menggalas pasukan bawah 15 pada tahun hadapan. Ia juga menyahut seruan kementerian bagi menggalakkan penglibatan 1 murid 1 sukan.

Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati, di mana setiap pasukan memiliki 9 orang pemain utama dan 6 orang simpanan. Tempoh permainan adalah 8-1-8. Pelaksanaannya dijalankan pada waktu PJPK untuk peringkat awal dan peringkat akhir pada hari sabtu 29 September 2012. Sebanyak 25 perlawanan akan diadakan bermula pada hari ini 24 September 2012.

Sebanyak 12 pasukan daripada kelas tingkatan 2 dan 13 pasukan daripada kelas tingkatan 1 akan menyertai pertandingan ini. Berikut adalah jadual pertandingan:

Isnin 24/9/12
1 Inovatif lwn 1 Efektif

Selasa 25/9/12
2 Kualiti lwn 2 Proaktif
.............. lwn 2 Inisiatif
1 Objektif lwn 1 Produktif
.............. lwn 1 Proaktif

Rabu 26/9/12
1 Inisiatif lwn 1 Dedekasi
1 Progresif lwn 1 Dinamik
2 Inovatif lwn 2 Kreatif

Khamis 27/9/12
2 Progresif lwn 2 Produktif
................. lwn 2 Nurani
1 Kualiti lwn 1 Optimis
2 Optimis lwn 2 Dinamik

Jumaat 28/9/12
1 Kreatif lwn 1 Nurani
2 Dedikasi lwn 2 Efektif

Menjadi harapan penganjur agar pertandingan ini dapat berjalan lancar seperti yang dirancang.

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...