KAYUHAN AMAL & SIHAT (KASIH 2)




PENGENALAN PROGRAM

"KAYUHAN AMAL & SIHAT (KASIH 2)" merupakan satu program kayuhan berkonsepkan amal dan sihat. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana secara sukarela dan disumbangkan kepada Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi. CLICK

MENGENAI TREK

Jarak kayuhan "KAYUHAN AMAL & SIHAT (KASIH 2)" ni adalah sekitar 30km sahaja yang mana amat sesuai untuk ‘rider’ junior mahupun yang senior.Trek kayuhan bermula di Dectar,UKM - Perantau Hill - Masjid Putra, Putrajaya dan berakhir di Dectar,UKM.

CARA MENYERTAI

Rider yang berminat untuk menyertai kayuhan ini boleh ‘mendownload borang di SINI. (Sebarang pindaan akan dimaklumkan)

Bayaran pendaftaran dikenakan :Rm 35.00 ( t-shirt,goodies,makan,derma amal & lucky draw ).Peserta yang lewat mendaftar selepas 25/12/2012, tidak akan menerima t-shirt & goodies. Bagi 'rider' yang ingin memiliki t-shirt *Limited Edition* ini bolehlah menyertai program "KAYUHAN AMAL & SIHAT (KASIH 2)".

Tarikh tutup penyertaan adalah pada:25 /12/2012

Untuk makluman, wang tidak akan dikembalikan kepada peserta yang membatalkan penyertaan.

Bayaran anda boleh dibuat di:

MAYBANK: a/c no:116015074436 (SITI NURAMIRAH BT ROSLAN )

CIMB: a/c no:05012020349874 (SITI NURFARIEZA BT MUHAMAD)

Sila Emailkan bukti pembayaran beserta Nama/ IC / dan no. Tel anda setelah bayaran di buat di kasihukm2.0@gmail.com

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

017-2216902 (Kamarunnizam) - Ketua Program/Projek

019-3718243 (Juhaida) - Setiausaha


TARIKH, MASA DAN TEMPAT PROGRAM

Untuk makluman awal, Program KASIH 2 ini dicadangkan untuk
diadakan pada ketetapan seperti berikut:


TARIKH : 05 JANUARI 2013
HARI : SABTU
MASA : 8.00 MALAM
Tempat Program
Kayuhan akan bermula dari pintu utama UKM dan akan berhenti rehat seperti di jadual ;


Pusat Pemeriksaaan
Lokasi
Koordinat GPS
1
Perantau Hill, Jalan Sungai Merab, Bangi
2°56'53"N 101°44'5"E
2
Masjid Putra, Putrajaya
2°56'9"N 101°41'21"E

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


  • Penyertaan Terbuka Kepada Semua
  • Mempunyai Basikal Yang Lengkap (Mempunya Ciri-Ciri Keselamatan)
* Pihak Pengajur Menyediakan Basikal (TERHAD)
  • Semua Jenis Basikal Dibenarkan Untuk Menyertai Kecuali Skuter/Basikal Yang Berenjin
  • Tiada Aerobars
  • Tiada Unicycle & Tendem
  • Mempunyai Topi Keselamatan (Berkayuh tanpa Topi Keselamatan Tidak Dibenarkan)
  • Keselamatan Atas Risiko Sendiri, Walau Bagaimanapun Pihak Penganjur TETAP Akan Mengambil Langkah-Langkah Keselamatan
  • Program Ini Bukan Satu Perlumbaan
  • Sentiasa Mengikut Arahan MARSHALL & Peka Setiap Arahan Sepanjang Kayuhan
  • Tidak Mendengar "Protabel MP3@Apa Saja Alat Yang Menghilangkan Fokus
  • Peserta Dibawah Umur 18 Tahun Perlu Mendapat Kebenaran IbuBapa/Penjaga
  • Peserta Yang Melanggar Peraturan Atau Tidak Mengikut Arahan Keselamatan Akan Dikeluarkan secara Serta Merta Dari Program 

No comments:

Post a Comment

Dua Stesen AIS di Pantai Johor Barat

credit 9W2PRX   Pada malam ini stesen AIS sangat aktif di Pantai barat Johor terutama sebelah Pontian. Ini kerana telah wujud dua stesen pen...