Air Terjun Sungai Mahang, Nilai


Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, Nilai. Peserta terdiri daripada guru PJK sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Hulu Langat


Pelbagai aktiviti menarik mengikut sukatan pelajaran telah diadakan. Aktiviti yang paling menarik adalah  trekking ke air terjun Sg Mahang.

Aktiviti merentas kawasan getah dan dusun durian yang berbukit-bukau. Dusun durian di sini ditanam berkelompok dan masih berbunga dan berputik. Tunggu beberapa bulan lagi, musim buah durian akan gugur pastilah kawasan ini akan meriah dengan buah gugur ke bumi. Peraih-peraih akan datang berlori-lori untuk memasarkannya ke luar kawasan terutama di bandar.



Sepanjang berjalan berkumpulan ini, kerjasama berpasukan dapat digambarkan. Tolong-menolong antara satu sama lain penting bagi memastikan perjalanan berjalan lancar.


Kami juga melalui kawasan kebun getah dan ladang kelapa sawit. Jurulatih utama juga membawa merentas melalui sungai yang sememang terasa dingin dan menambah kepenatan lagi tetapi amat menyeronokkan. Ada ketika sewaktu keluar daripada sungai itu, aku berjalan dibelakang terlihat oleh kami sarang tebuan di atas kepala. Nasib baik semua anggota tidak melanggar atau menyentuh sarang itu, jika tidak sesuatu yang buruk pasti berlaku. Sarang tebuan itu bergantung teguh di atas ranting jikalau jatuh pasti nahas. Bagi aku, itulah saat yang mendebarkan maklumlah jikalau kena sengatannya boleh membawa maut.

Destinasi pertama kami tiba dikawasan air terjun berhampiran ladang sawit.


Menarik tempat persinggahan ini kerana kelihatan deruan air jatuh melalui celah-celah batu dari atas kolam takungan air. Terdapat beberapa rakan mengambil kesempatan berendam dikolam semulajadi untuk menyegarkan tubuh kembali. Kami mengambil kesempatan ini untuk menjamah bekalan yang dibawa sambil menghirup udara yang nyaman disini.

Seterusnya setelah menghilangkan penat, perjalanan diteruskan ke Kg Orang Asli. Melalui jalan tar tidaklah sesukar mana tetapi kecerunan yang semakin tinggi menyebabkan kami semua menarik nafas lebih laju. Pemandangan yang indah didepan mata dapat menghilangkan lelah seketika. Perkampungan di atas bukit ini mempunyai pelbagai kemudahan elektrik dan air dan terdapat juga gelanggang badminton.


Sebelum ke kawasan air terjun itu, kebenaran dari Tok Batin perlu untuk memastikan perjalanan kumpulan kami dalam pengetahuannya. Ini kerana ia merupakan sumber air bersih yang utama bagi penduduk kawasan dan juga merupakan kawasan takungan air jabatan bekalan air.

Semakin hampir destinasi semakin sukar untuk melangkah kerana jalan tar semakin mencanak dengan kecerunanan semakin tinggi. Nafas semakin kencang untuk tiba di trek ke bawah sungai.
 

Sampai di jeram kepuasan terpancar diwajah peserta menandakan kejayaan tiba di destinasi yang dituju. Bagi yang sudah berendam di bawah tadi aktiviti diteruskan disini. Peserta lain lebih suka menikmati dan berehat sambil mendengar deruan air.



Mengikut rekod data daripada telefon pintar ketinggian kawasan air terjun ini adalah 610 kaki dari aras laut. Kedingin terasa lebih-lebih lagi jika berendam didalam sungai ini.



Selepas puas menikmati keindahan disekitar kawasan air terjun kami semua bergerak pulang ke kem. Perjalanan turun melalui jalan tar yang berkecerunan tinggi lebih sukar. Ada yang terpaksa menahan lutut yang sudah jam dan jalan dengan berhati-hati melalui kawasan kg orang asli tadi.


Ketika melalui kg ini pemandangn bandar Nilai dapat dilihat didepan mata. Ini menunjukkan kedudukan yang tinggi dapat memberi pandangan yang lebih luas dan indah.


Perjalanan pulang ke kem mengmbil masa hampir satu jam melalui jalan tar ke Kg Sungai Mahang. Semua peserta yang keletihan gembira  tiba di khemah masing-masing sebelum berehat dan terus ke masjid untuk solat Jumaat.

Akhir kata, bengkel ini bagus untuk menambah dan mengukuhkan lagi ilmu untuk diguna mengajar di sekolah. Tahniah kepada pihak PPD Hulu Langat yang julung kali menganjurkan dan usaha ini harus diteruskan. Terima kasih juga kepada Jurulatih Utama yang banyak mengajar dan membantu membimbing sepanjang program diadakan. Tidak lupa kepada ahli kumpulan dan peserta lain yang memberi kerjasama yang jitu bagi melancarkan segala aktiviti yang diadakan. Tanpa sokongan dan kerjasama yang jitu pasti segala perancangan tidak dapat dilaksanakan.

jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet, 9w2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


3 comments:

  1. Salam tuan.
    Nak tanya adakah Air Terjun ni boleh sampai jika kita datang dengan berbasikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, ikut jalan Kg Org Asli di sini. Kecerunan amat tinggi

      Delete
  2. Boleh pergi parking kat Kg Org Asli minta kebenaran pada Tok Batin

    ReplyDelete

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...