Pada pagi tadi berkesempatan berkunjung sekali lagi ke Kompleks Sukan Mendaki, Taman Cabaran Putrajaya. Semalam setelah sampai pada waktu rehat. Tiada pertandingan dijalankan ketika itu. Jadi, pada pagi ini datang kembali melihat aksi para pendaki.
Tiba di dalam dewan para peminat dan peserta telah memenuhi segala ruang. Sangat meriah dengan suasana pertandingan peringkat ASEAN ini. Pasukan yang dapat dilihat terdiri daripada Thailand, Singapura, Indonesia dan Malaysia sebagai tuan rumah.
Bagi penulis ini merupakan kedatangan julung kali ke sini. Tidak berkesempatan untuk masuk mencuba untuk mendaki dengan bayaran yang ada. Peluang sempena kejohanan ini tidak harus dilepaskan. Ini membolehkan penulis melihat kemudahan yang ada di kompleks ini.
Kemudahan tembok mendaki bertaraf antarabangsa mengikut piawai yang ditetapkan badan dunia. Kemudahan secanggih ini haruslah digunakan secara maksimum agar dapat melahirkan ramai lagi jaguh sukan mendaki. Berbanding setengah negara jiran masih dapat menghantar atlet hingga peringkat dunia walaupun kemudahan yang terhad.
Tembok setinggi bangunan tiga tingkat ini ada pelbagai corak dan bentuk memberi cabaran penuh kepada pendaki. Selepas masuk pintu utama sebelah kiri adalah tembok untuk bouldering serta tilam di bawahnya sangat tebal. Manakala sebelah kanan, ada tembok untuk acara Speed climbing. Keliling yang lain adalah tembok untuk mendaki biasa.
Atlet Malaysia bersedia untuk menawan tembok bouldering. Memanjat tanpa menggunakan tali. Perlu bijak memilih laluan sebelum sampai hold yang terakhir. Hold merupakan permukaan yang direka khas untuk memegang dan memijak seperti permukaan batu alam semulajadi. Ada pelbagai saiz serta bentuk bagi menguji keupayaan pendaki untuk berpaut, memegang malahan untuk dipijak.
Bentuk permukaan bukan sahaja menegak malahan terpaksa tergantung kerana permukaan yang condong ke atas. Maka terpaksalah pendaki menggunakan kebijaksanaan agar tidak jatuh ke bawah. Sukan anti graviti ini memerlukan atlet dengan bijaksana memilih laluan yang betul agar tidak terjatuh. Bawah permukaan lantai terdapat tilam yang tebal bagi membolehkan pendaki jatuh dengan selamat. Ketinggian tembok dalam lima meter tinggi.
Aksi spiderman melekat di dinding. Memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi bagi melepasi setiap kesukaran. Maka, keadaan fikizikal bagi kekuatan jari dan tangan serta kaki perlu berada di tahap paling tinggi. Jika otot gagal bertahan pasti jatuh ke bawah jua. Kebijaksanaan memilih laluan turut membantu kejayaan atlet. Fizikal dan mental seiringan dalam melepasi setiap halangan.
Lambang Persatuan Pendaki Malaysia (PMM) peneraju dalam pembangunan sukan mendaki di Malaysia. Projek yang PPM anjurkan tidak dilupai seluruh rakyat Malaysia adalah kejayaan pendaki Malaysia berjaya menawan bumbung dunia pada tahun 1997. Sejak itu, pelbagai kejayaan anak watan di seluruh dunia berjaya mengharungi pelbagai cabaran demi menaikkan nama Malaysia.
Aksi kategori kid dalam acara lead climbing. Pendaki memanjat setinggi boleh bagi mendapat mata kemenangan. Sentuhan tertinggi dalam kalangan pendaki berkemungkinan boleh membawa kejayaan. Pendaki akan memakai tali keselamatan bersama dengan harness atau abah-abah seperti memakai seluar. Alat keselamatan sangat penting kerana aktiviti mendaki sangat berisiko tinggi. Jatuh terhempas pasti mendatangkan kecederaan parah.
Pendaki dikawal oleh Belayer di bawah. Belayer mengawal pergerakan pendaki dengan berhati-hati. Setiap tali dilurut perlahan-lahan mengikut ketinggian atau pergerakan semasa mendaki. Ketika pendaki gagal mencapai sebarang hold. Sudah pastilah Belayer perlu mengawal tali dan pendaki daripada jatuh terhempas ke bawah. Nyawa pendaki bergantung sepenuhnya kepada Belayer. Belayer gagal mengawasi pergerakan pendaki sudah pasti boleh mendatangkan risiko yang tinggi kepada pendaki. Belayer sangat perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada pendaki.
Pendaki cilik ini perlu melepasi permukaan yang semakin condong ke atas. Sudah pasti perlu bergayut. Perlu menggunakan kebijaksaan yang tinggi bagi merancang laluan. Fikiran perlu tajam dan membuat keputusan dengan pantas dan tepat. Kesilapan sudah pasti menguburkan impian menjadi juara.
Satu tembok mendaki di belakang pentas utama. Permukaan tidak menegak sepenuhnya memberi cabaran tersendiri kepada pendaki. Lagi condong pasti lagi sukar tahapnya.