9W2KHE-9 di Putrajaya

Stesen 9W2KHE-9 telah dikesan melalui aprs.fi berada di Putrajaya. QTH Presint 15 merupakan port eyeball V38.

Gambar dari group whatsapp V38 Putrajaya. Efi 9W2KHE yang berbaju merah eyeball bersama rakan V38.
Beliau merupakan stesen yang aktif dalam APRS di Johor. Semua ssid hampir dipenuhinya daripada 1 hinggalah ke 15.

9W2DYA-2 BTHO APRS Gateway

9W2DYA-2 menggunakan router TP-Link TL-MR3020. Eddie 9W2EDK telah berjaya menanam tnc dan mensetkan firmware untuk berfungsi sebagai igate dan digipeater.

Memandangkan portable station masih lagi belum ada unifi. Eddie telah mensetkan wifi dari hotspot henpon.

9W2DYA-2 berada di lokasi 9W2DYA -1 Kg Batu 10, Cheras. 9W2DYA-2 berfungsi sebagai igate boleh menyedut packet daripada stesen lain berbanding digipeater 9W2DYA-1 menggunakan NET-51 TNC.

9W2DYA-1 bergantung harapan kepada igate 9W2DYA-2. Jadi, 9W2DYA-2 menggunakan antena quarterwave groundplane untuk mendapat liputan yang lebih meluas.

Manakala, 9W2DYA-1 menggunakan antena rubber duckies sahaja. Sebelum ini, bergantung harapan 9W2DYA-5 igate U2APRS yang sememangnya apps ini berfungsi dengan baik sekali.

Terima kasih kepada Eddie 9W2EDK kerana menyiapkan router igate. Mana-mana rakan yang mencuba device seperti ini bolehlah menghubungi beliau.

Mana-mana rakan yang kurang QSO tu boleh mencuba aktifkan APRS pula. Banyak perkara yang boleh dipelajari dari digital mode ini. Samaada data atau radio frekuensi masih memberi cabaran dalam hobi yang saintifik ini. Ternyata ada perbezaan RF di 2m misalnya antara voice dan digital melalui penggunaan radio. Kadangkala  capaian APRS melalui radio path lebih jauh berbanding voice semasa QSO.


73, Jojet de 9W2DYA

9A5BDE-8 di perairan Pulau Besar

Malam ini sekali lagi stesen 9A5BDE-8 kelihatan di Selat Melaka. Perjalanan semula ke Jepun dari negara Teluk. Berada di perairan Pulau Besar menuju ke selatan.

Kali terakhir di kesan dalam catatan blog adalah 28 Ogos yang lalu.

ARISS SSTV Award no. 235


Aktiviti SSTV pada bulan bulan Julai yang lalu ada menyediakan award. ARISS SSTV Award dianugerahkan kepada pengendali radio amatur yang berjaya mendecodekan imej SSTV dari ISS.
Baru pagi tadi menerima email dari Ariss, setelah mengisi borang permohonan melalui laman web.
Imej SSTV yang berjaya didecode menggunakan aplikasi Robot36 melalui telefon pintar. Frekuensi yang digunakan adalah 145.800MHz. Imej pada Jumaat 21 Julai 2017.

Imej pada 23 Julai 2017 berjaya didecodekan. Dua imej yang baik berjaya dirakam pada kali ini.


Beaches On The Air 23-24/9/2017

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat semua rakan2 HAM. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Hulu Selangor Amateur Radio (HUSAR) & Kelab Peminat Radio Amatur Dan Rekreasi Kerian (R.E.A.K.S.I)  akan mengadakan aktiviti Beaches On The Air ( BOTA) 2 Negeri Selangor & Perak. Semua ham yang berkelapangan dan berdekatan dijemput bersama-sama memeriahkan dan menjayakan acara tersebut seperti di ketetapan berikut :
BOTA 2 Negeri ( Selangor & Perak )
23 & 24 September 2017 ( 2H1M )

BOTA PERAK :
R.E.A.K.S.I "Beaches on the Air (BOTA)" bagi siri 2/2017..
BOTA Ref: 9M2-PRK-005
Lokasi: Kuala Gula Sanctuary Resort, Kuala Gula, Perak
Aktiviti:
- DXing di jalur 80m hingga 6m
- Pengujian hasil homebrew seperti antenna, BPF dan lain-lain
- Perkongsian ilmiah melalui 'Eyeball QSO'
- BBQ
Aktiviti khas: R.E.A.K.S.I juga mengambil peluang penganjuran BOTA kali ini untuk membuat pengujian dan DXing yang jarang-jarang dilakukan di jalur 6m (50MHz). Oleh itu, kami mempelawa semua ham operator yang mempunyai transceiver dan antenna 6m untuk bersama-sama menyertai DXing di jalur 6m pada hari berkenaan.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
9W2GKG BOB 019-5189514
9W2LDB DIN 014-6491889

BOTA SELANGOR :
HUSAR "Beaches on the Air (BOTA)" bagi siri 1/2017..
BOTA Ref: 9M2-SEL-002
Lokasi: Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor, Selangor
Aktiviti:
- DXing di jalur 80m hingga 6m
- Digital Mode by 9W2NFE , 9M2WAN
- Pengujian hasil homebrew seperti antenna, psu, & peralatan radio oleh wak Sugeng (9M2NDO)
- Penerangan dari Admin BOTA Malaysia oleh (9W2LUP,9W2NDQ,9M2RHQ)
- BBQ , Kambing Golek
• Pihak Kami tidak menyediakan penginapan sila bawa alat perkhemahan sendiri.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
9W2EPQ EPOL 013-3882682


CQ DX 9M4IOTA Pulau Indah

9M4IOTA INDAH ISLAND AS-074

We are pleased to inform that 9M4IOTA will be back again this September and this time will be active at Indah Island (AS-074) from September 16 to18, 2017.

The appearance of this time will consist of  9M2AIS, 9M2VDX, 9M2OOO, 9M2ZDX, 9M2ODX, 9M2JEP, 9M2AGC, 9M2UDE, 9M2ROL, 9M2EME, 9M2FDO, 9M2FZK,9W2BFZ, 9W2FOR, 9M2KEV, 9M2EDU and 9W2RGZ.

Hari ini 16 September 2017 Hari Malaysia sempat berkunjung ke Pulau Indah sempena program 9M4IOTA oleh KLDX.


Perjalanan dari Cheras melalui SKVE terus ke Pulau Indah dengan tol RM8.10 dari Plaza Tol Ayer Hitam. Tiba melepasi Tol Pulau Indah terus mencari lokasi malang tersilap masuk jalan keluar ke Klang. Terpaksalah berpatah balik di persimpangan Telok Gong.

Melalui Whatsapp bertanyakan lokasi kepada Ikmal 9M2EDU dan Kayrol 9M2OOO. Setelah dapat lokasi ters ke tempat tuju di sebuah homestay.
Seperti biasa sasaran lensa kamera telefon adalah antena farm di luar kawasan homestay. Dua jenis antena tegak berdiri bersama Jalur Gemilang.
Kain rentang megah digantung diluar rumah maklumkan tentang aktiviti dijalankan. Island on the Air menggalakkan aktiviti dxing di pulau-pulau seluruh dunia. KLDX sangat aktif dalam aktiviti IOTA sehingga isyarat panggilan 9M4IOTA dipilih untuk aktiviti ini.
Antena hexbeam digunakan dipersekitaran petempatan kampung yang dikelilingi kelapa sawit terutama di Pulau Carey.
Jelopi 9M2UDE yang menjadi viral dengan kelengkapan alat komunikasi. Kenderaan bantuan komunikasi kecemasan bersedia  berhidmat memberi pertolongan.

Pada petang itu, sewaktu aku tiba Salim 9W2ZSU dan Ikmal sibuk memasang kelengkapan solar pada jelopi 9M2UDE dan 9M2OOO.

Contoh sistem kelengkapan solar yang terdapat pada jelopi 9W2AGS. Sistem solar  pada kenderaan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bateri. Ini dapat mengurangkan beban bateri sebut kerana menggunakan punca yang lain. Maklumlah kekerapan aktiviti luar memerlukan sumber tenaga yang banyak bagi memudahkan urusan terutama bermalam di luar.
Jam 6.30 petang baru aku menjenguk ke dalam penginapan 9M4IOTA. Pastilah konti radio sasaran utamanya. Wow! kelihatan tiga buah rig kelihatan diatas meja. Hanya dua buah rig dinyalakan bagi aktiviti dxing ini.
Ini radio yang tidak digunakan semasa kunjunganku itu. Memang menjadi impian dxer untuk memiliki radio seperti ini.
Satu lagi rig bersama amplifier yang bekerja untuk mengejar banyak contact. Pemburu IOTA pasti ingin menambah koleksi mereka apabila terdapat stesen yang mengaktifkan di pulau-pulau tertentu. Pasti 9M4IOTA menjadi sasaran sehinggalah QRT pada hari Isnin 18 September 2017.

Sistem log berkomputer memudahkan rekod setiap contact. Seterusnya mudah menghantar report setelah selesai sesuatu aktiviti dan tujuan pengesahan ke badan- badan yang mengawal selia seperti aktiviti IOTA. 
Selain itu, dapat memantau aktiviti radio di seluruh dunia yang boleh dijadikan panduan melihat band yang aktif.


9M4IOTA Pulau Indah AS-074

9M4IOTA INDAH ISLAND AS-074

We are pleased to inform that 9M4IOTA will be back again this September and this time will be active at Indah Island (AS-074) from September 16 to18, 2017.

This is the third appearance of this year after Tioman Island in March and Pangkor Island in July.

Pulau Indah, this literal translation of a ‘beautiful island’, lives up to its name in the various agriculture and fishing activities that are defined by the rich traditional elements Malaysia is known for. The south of the island is decorated with essences of tranquillity and luscious greenery complemented by untouched traditional Malay villages hidden from the fast-paced development with bordering deep-rooted mangrove coast framing this part of the island.

The appearance of this time will consist of  9M2AIS, 9M2VDX, 9M2OOO, 9M2ZDX, 9M2ODX, 9M2JEP, 9M2AGC, 9M2UDE, 9M2ROL, 9M2EME, 9M2FDO, 9M2FZK,9W2BFZ, 9W2FOR, 9M2KEV, 9M2EDU and 9W2RGZ.

We will be QRV on 10m-80m in CW, SSB and Digital.

Don't forget to connect with us and hope to see you on air.

73 de 9M4IOTA

The Epic Adventure MT. Kilimanjaro VS The Mighty African Elephant

Ekspedisi mendaki Gunung Kilimanjaro pada 9-23 September 2017 diketuai oleh pendaki berpengalaman Deeno. Seramai enam pendaki akan mengibaran jalur gemilang sempena Hari Malaysia pada tahun ini.
Sempat menghantar pasukan ini pada 9 September lalu di KLIA. Kesempatan diambil bertemu dua pendaki Everest iaitu Deeno dan Pak Am. Mereka berdua merupakan kenalan penulis yang aktif berekreasi semasa belajar di UiTM Shah Alam.
Mereka meneruskan minat dengan menubuhkan syarikat dalam menganjur aktiviti mendaki gunung Alpine di luar negara.
Pak Am baru sahaja pulang dari ekspedisi Gunung Elbrus, Rusia. Beliau turut terlibat dalam kejadian tanah runtuh akibat cuaca buruk. Namun berjaya diselamatkan bersama pelancong asing tang lain oleh pasukan penyelamat tempatan.

Semoga ekspedisi kali ini berjalan lancar dan selamat pergi dan pulang. Pengalaman ketua xpdc yang tinggi pasti dapat membawa peserta ke puncak dengan jayanya.
Kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam mengejar impian dan cita-cita. Bukan mudahlah mengharungi penerbangan yang jauh ke benua Afrika. Gunung Kilimanjaro merupakan gunung yang tertinggi di benua Afrika. Manakala, Gunung Elbrus merupakan gunung tertinggi di benua Eropah.
Aksi tangan bersilang ini adalah lambang X-Kresma merupakan kelab yang memberi banyak pengalaman rekreasi.

BX2AB di Kajang

Kelihatan stesen BX2AB sedang mobile di Kajang Prima menghala ke Kuala Lumpur.


BOTA HUSAR Pantai Remis, Kuala Selangor.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat semua rakan2 HAM. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Hulu Selangor Amateur Radio (HUSAR) buat kali pertama ingin mengadakan aktiviti Beaches On The Air ( BOTA)  dengan kerjasama komuniti Radio Amatur Kuala Selangor ( MUMET) seperti di ketetapan berikut :

BEACHES ON THE AIR (BOTA) 2017

PANTAI REMIS, JERAM , KUALA SELANGOR
23 - 24 September 2017
Station Master : 9M2NDO
Station Manager : 9W2JAG
Station Coodinator : 9M4CHS
Persatuan/Club : KELAB PEMINAT RADIO AMATUR
HULU SELANGOR
Lokasi BOTA : PANTAI REMIS, KUALA SELANGOR
Callsign : 9M4CHS
BOTA ID : 9M2-SEL-002

Special 2M Net On HUSAR
“BOTA 2017”
9M4CHS
Tarikh : 23 SEPTEMBER 2017 ( SABTU )
Masa : 9.00 PM
Frq VHF: 145.6375 -0.600 T206.5 ( 9M4RHS)

Mohon Rakan2 di War2kan Informasi tersebut .
Sekiranya ingin turut serta sila hubungi 013-3882682 Epol ( 9W2EPQ )

Ameer atlet kebanggaan SMKBTHO2

Selasa 5 September 2017, atlet luncur Ais Sukan SEA ke-29 Ameer sempat berkunjung berjumpaku. Kesempatan yang ada untuk berkongsi kejayaan memenangi pingat emas terakhir negara yang ke-145. Kejayaan yang penuh bermakna berjaya menghadiah emas terakhir pada edisi ke-29 ini.
Kunjungan ini juga, selepas berlatih digym dan singgah sebentar walaupun cuaca hujan pada petang itu. Abangnya Ariff tidak berkesempatan hadir kerana berlatih digym MSN. Malamnya pula,akan berlepas ke luar negara bagi menyertai kejohanan.
Bergambar kenangan berlatarkan keratan akhbar tentang kejayaan mereka berdua serta pasukan luncur ais. Moga ini juga menjadi inspirasi pelajar lain untuk mengikut jejak mereka mewakili negara. Setiap kali pelajar masuk ke bilik sukan pasti yang ada mengintai-intai mencuri membaca tentang kejayaan mereka.
Kejayaan ini sangat bermakna bagi warga SMKBTHO2 untuk meneruskan kecemerlangan dibidang akademik dan juga ko-kurikulum. Sahsiah diri yang baik serta sifat terpuji haruslah menjadi contoh pada pelajar lain. Sememangnya sesesuai menjadi ikon supaya menjadi ikutan buat adik-adik yang masih dibangku sekolah ini. Usaha tangga kejayaan. 

Pingat emas daripada Royal Selangor yang cantik pasti menjadi kepuasan diri dan tidak dilupakan buat keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan. Bak berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Bukan mudah menggenggam impian yang telah lama diimpikan. Usaha tanpa kenal jemu dan semangat juang yang tinggi akhirnya membuahkan kejayaan. Rata-rata atlet yang mencipta kejayaan mempunyai cerita yang sama tentang pengorbanan. Terpaksa melupakan kesenangan bersama keluarga dan rakan demi negara tercinta. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Ameer seterusnya mengejar cita-citanya untuk layak bertanding ke Sukan Olimpik musim sejuk. Sebelum menggapai impian itu, terpaksa berjuang bertanding ke luar negara menyertai setiap kelayakan. Perjuangan berterusan tanpa kenal lelah pasti menuju kejayaan dan kegemilangan.

Semoga Ameer dan Ariff berjaya menempa kejayaan ke puncak dunia. Warga SMKBTHO2 pasti mendoakan kejayaan anda berdua.

Malaysia Boleh! Yakin boleh!

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...