KEJOHANAN ROAD RUN SMKBTHO2 KALI KE 8 2011

Kejohanan tahunan ini akan diadakan pada Ahad 3 April 2011. Bermula di hadapan SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras pada jam 8.00 pagi. Larian tamat di kantin sekolah yang mengadakan kategori mengikut peringkat umur Bawah 18 tahun dan Bawah 15 tahun lelaki dan perempuan. Peserta akan berlari di sekitar Suasana, Arca dan Primaya dan kembali ke sekolah semula. Jarak larian bagi lelaki adalah sejauh 7km manakala perempuan pula sejauh 6km.
Sehubungan dengan itu juga pada 30 Mac 2011 hari Khamis akan diadakan acara mengenal trek bagi membiasakan peserta dengan trek larian. Bagi sesi pagi latihan akan bermula jam 8.00 hingga 10.30 pagi. Manakala sesi petang pula latihan akan bermula 4.30 hingga 6.30 petang.
Oleh yang demikian, diharapkan rakan-rakan dapat mewar-warkan tentang aktiviti ini bagi melicinkan perjalanan kejohanan ini. Ini kerana laluan yang dilalui oleh peserta adalah jalan utama. Pihak penganjur berharap kerjasama pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika melalui jalan-jalan tersebut. Walaubagaimanapun langkah-langkah keselamatan telah diambil dan para peserta diingatkan tentang keselamatan diri ketika berada di jalan raya. Aspek keselamatan adalah diutamakan bagi memastikan tiada sebarang kemungkinan akan berlaku. Akhir kata, kerjasama  penduduk sekitar amatlah dihargai bagi melancarkan aktiviti tahunan ini.

73, Jojet, 9W2DYA



WebSDR

A WebSDR is a Software-Defined Radio receiver connected to the internet, allowing many listeners to listen and tune it simultaneously. SDR technology makes it possible that all listeners tune independently, and thus listen to different signals; this is in contrast to the many classical receivers that are already available via the internet.
WebSDR was first conceived as a means to make the 25 m radio telescope at Dwingeloo available to many radio amateurs for EME reception. In order to test a preliminary version of the software without using the 25m dish, a shortwave WebSDR was set up on Christmas Eve 2007 at the radio club of the University of Twente. After further development, its existence was publicly announced in April 2008. Interest for the project has been large since then, and many amateurs worldwide have expressed an interest in setting up their own WebSDR server. In November 2008, a beta testing phase has started with a few selected stations. When these beta tests are successful, the software will be made available publicly on this site.
A WebSDR server consists of a PC running Linux and the WebSDR server software, a fast internet connection (several hundred kbit/s uplink bandwidth per listener), and some radio hardware to feed antenna signals into the PC. This radio hardware is typically a quadrature mixer connected to the PC's soundcard, like the popular SoftRock kits.
Questions and comments can be sent to PA3FWM, the author of the WebSDR software and maintainer of this site.
A list of currently active WebSDR servers is on http://www.websdr.org/.

Hamfest Malaysia datang lagi

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Hamfest 2011 akan berlangsung pada bulan mei ini. Tetapi tarikhnya belum pasti bilanya akan berlangsung sekali lagi untuk tahun ini. Tempat menurut sumber itu adalah seperti tahun lepas di Menara Kuala Lumpur. Pada tahun ini dijangka lebih meriah kerana hanya aktiviti radio amatur sahaja yang akan berlangsung di sana nanti. Ia juga sempena Hari Telekomunikasi dan memang sesuailah penganjuran Hamfest 2011 ini diadakan.
Selain Hamfest, pada bulan Mei ini juga akan diadakan JOTA Malaysia ke-4. Tidak pasti pula bila tarikh sebenar aktiviti ini akan diadakan. Nampaknya sibuklah rakan-rakan dengan pelbagai aktiviti radio amatur pada bulan ini.

73, Jojet, 9W2DYA.

Kereta Kabel Pulau Langkawi

                                                    Dalam kereta kabel dari Oriental Village
Dalam kereta kabel berlatar belakang Pulau Langkawi
Stesen Kereta Kabel Pertama
9W2DYA

Teluk Burau

pemandangan banjaran gunung Mat Chinchang dan titi gantung
Pemandangan stesen kereta kabel pertama
705 meter pelantar selatan
pelantar selatan 705m  dari aras laut
trek ke titi gantung

titi gantung
jambatan gantung berlatar belakang pelantar utara
pemandangan dari titi gantung

sunset andaman sea
Latar belakang gunung Mat Chinchang dengan stesen kereta kabel
Tangga yang menghubungkan stesen kereta kabel dengan jambatan gantung
                                                                    Oriental Village
Kaki Gunung Mat Chinchang tempat permulaan kereta Kabel. Tiket my kad RM15.

73, Jojet, 9W2DYA

HS WORKING 100 COUNTRIES

Is your HamSphere GOAL to work 100 Countries

Setting such a goal is not out of reach for any HAMSPHERE USER. The database has over 200 countries registered. Goals such as Working 100 countries or more are for HamSphere users self satisfaction and achievement. (there are no official Local / Global Awards issued for this achievement via Internet Voip Virtual Radio Operation).

What is DXING ??
A DX Station is a distant station usually far away from your location. Generally this is another station in a different country from the one you’re transmitting from!

Proper protocol and good communication skills are required to effectively make these DX Contacts………Some homework is required to become familiar and learn to identify these DX Countries by the Prefixes / Callsign as you see & hear them. There are various lists that can be helpful and these are available on the HamSphere Forum as TOOLS to help you identify these countries.
[www.hamsphere.com]

Other lists can also be viewed on many different WebPages as you search the Internet for “11 meter prefixes “ - have the same information, regarding 345 different countries.

Remembering / Recognizing these prefixes related to countries immediately is very important. Making identification quickly is a great asset towards making the desired QSO, when you see and hear a Callsign of interest.

Being in the right place at the right time is the key to succeeding towards your GOAL !!!

Now that you have identified & located a DX Station you wish to work, Listen Listen Listen to how he/ she operates & understand their technique. When the frequency is clear, call using the DX callsign with your own callsign. Then listen again!! Another technique is the DX station calls CQ CQ for anyone. Then when frequency is clear … make your call using your callsign and listen again for a reply ………and so on!!!

Once contact is made …………speak slowly and use words that the DX station will understand………. Not all or very few speak “English” as their mother language. English will usually be their 2nd, 3rd language, so be calm, speak slowly, speak very distinctly and keep transmissions short. Make the exchanges of NAME / QTH / Signal report etc. Let the DX station determine the length of the qso connection.

Other HamSphere Users can be waiting in line (a pile up) for these DX STATIONS. If this is the case, generally you should get in and get out quickly……… But here on HAMSPHERE generally the QSO’s can be a little longer than you would normally hear on real HF HAM RADIO……….Also be courteous to the other HamSphere users wishing to make contact. It is their right to working DX Stations and log them in their logbooks as well…everyone is equal and one should remember this is to be fun!
Also be courteous to the DX operator as well, some may have very limited experience on radio communication and it may not be comfortable for them to talk using a microphone, so be soft spoken / encouraging / and polite, keeping in mind that they may have a hard time understanding English / other country accents/dialects and phrases…KEEP IT SIMPLE!!


Using HAMSPHERE effectively can seem to be hard work:

To spot DX Stations as they come on-line, HamSphere Forum has other tools, which can be very helpful.
1) Last Users logged on within last HOUR
2) The “ Live Cluster “can also be a very useful tool.
3) The “DX CLUSTER” on the HamSphere Radio is another tool with useful information.
Now the challenge is to make the connection and exchange information using the proper protocol & procedures which are important in working the DX station. Be kind and courteous, if you miss today there may be another chance tomorrow or the next day!!!

These are some guidelines to be used in working DX Stations. An interesting fact about Dxing is that you are also a DX Station to others so this can add to the exciting times using the software HamSphere.

My logbook dated 2011 from January to end of March …I have 119 countries worked in 3 months.

Dxing = Fun !! Fun !! Fun !! ………….. Enjoy collecting NEW COUNTRIES

Vic
VE3JAR

Linking Gunung Raya dan Gunung Jerai putus

Monitor pagi ini 17 Mac 2011 tidak kedengaran di kedua pengulang iaitu di Gunung Raya dan Gunung Jerai, tetapi di Bukit Larut boleh dicopy audio 4 8 menggunakan handy di tingkat 8 Hotel Langkasuka, Langkawi.
Sekian, Harap Maklum

73, Jojet, 9W2DYA

Portable di Pulau Langkawi

Cuti sekolah telah tiba, ramai yang bercuti termasuklah aku. Oleh kerana xyl dikehendaki berkursus di Pulau Langkawi akupun menemankan beliau ke sana. Tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Langkawi pada Ahad 13 Mac 2011 pada jam 5.30 petang disambut oleh hujan renyai. Terus ke Pekan Kuah untuk menginap kerana xyl akan berkursus di Hotel Langkasuka. Aku dijangka akan pulang semula ke LCCT pada hari jumaat 18 Mac 2011. Habis kursus pada hari rabu aku bercadang ingin pusing satu pulau jalan-jalan cari makan. Setakat ini hanya dapat monitor di Astra Transnasional 147.675MHz dan 1456125MHz. Rakan-rakan langkawi tidak kedengaran lagi.

Pada petang hari selasa aku memangil di V16 tidak ku sangka rupanya rakan di Langkawi menggunakan simplex ini. Maka telah dijawab oleh Pak Wan 9W2XCO dari basenya Taman Kenari. Menurut beliau permukaan muka bumi yang dikelilingi bukit-bukau menyukarkan untuk rakan-rakan memancar. Akhirnya dapat juga qso di langkawi ini. Semasa qso rakan ham langkawi radio operator Fadhil 9W2FL yang bermobile dari saltmine turut salam contact perdana di udara.

Hari 16 Mac 2011 barulah aku bersama xyl berjalan di sekitar Pulau Langkawi. Tempat pertama yang ditujui ialah Makam Mahsuri tempat bersejarah. Kemudian ke kompleks Kraf dan seterusnya ke Oriental Village untuk menaiki kereta kabel. Pengalaman menarik di sini melihat pemandangan sekitar pulau lagenda ini. Ketika di aras 705 meter dari aras laut sempat mendengar rakan memanggil. Akupun menjawab Abg Nasir 9W2CMN yang sedang bermobile. Penerimaan kurang baik menyebabkan beliau tidak dapat copy dengan baik. Dapat juga salam contact perdana dengan seorang lagi rakan ham langkawi.

Seterusnya monitor di mana-mana jalur sebelum pulang ke base. Monitor 145.525MHz kedengaran audio rakan 9W2PDJ, 9W2JTD, 9W2XRT, 9W2LKT, 9W2DEC dan 9W2TZ.

Monitor di jalur 145.7375MHz kedengaran audio 9W2ESN dan 9W2MTO.

Lagi monotor di jalur 146.875MHz kedengaran audio 9W2BLG, 9W2BFA, 9W2WWA dan 9W2WWP.

Manakala jalur 147.825MHz kedengaran 9M2AU, 9W2TZ dan 9M2PZ.

73, Jojet, 9W2DYA

HamSphere 3rd ANNIVEsARY

Version 1.0 was released in february 2008 and version 2.0 was released in late 2009 and after a period of Updates to fix troubled areas. This new version became reliable as we see it today.
HamSphere 2.0 has been running very well for the past 12 months (pretty stable).

What has happened during the last year, many enhancements to the HamSphere.com, the official USERS FORUM to provide better information to the USER such as: ---List of users lasts logged in that hour---The LIVE CLUSTER a current to the minute list showing real time users logged on to the radio. This list can be updated manual & refreshed.….Users see this good tool when on the lookout for DX stations and friends. The color indicating Users Status is also useful information.
NEWS bulletins from Administration was added to communicate important messages & documents for the Users to find & read.

Now that the year 2011 is here so is the 3 rd ANNIVERSARY of HAMSPHERE . The virtual simulated Ham Radio has grown from approx 6000 interested trial users back in ver 1.0 days to well over 44,000 interested trial users (signed-up) accounts in the Database……. Would you believe the HamSPhere software ver 2.0 has been downloaded in excess of 110,000 time…………..Many users have been fortunate to have worked many DX stations from around the Globe, enhancing their worked dx country logbooks and exchanging qsl cards with many valued contacts. Last count HamSphere is represented from over 200 countries ………Users need to practice good timing and operating techniques to capture some of these into their logbooks.

What else is new for this 3 rd Anniversary of HAMPSHERE… It is the anticipation of VERSION 3.0……………As being proposed BETA testing will be available 1st Quarter of the year, about mid March 2011….. There has been a collection of suggested ideas from USERS that would be nice to have , New or Changes & Additions / or modifications to be considered for the new version 3.0. The list has been posted elsewhere in the HAMSHERE FORUM……….Major work is being concentrated on behind the scene SERVER UTILITIES and EVENT LOGGING data processes. Not to say that HamSphere Radio will not get some face lifting with changes noticeable by the users: audio / radio appearance features / dx cluster redefined / work done to the 30 meter band to accommodate digital mode operations ……..Maybe other surprises…….!!

On a whole the last 12 months HamSphere has stood up well with busy and moderate activity testing the Server overload with up to 70 plus users on at one time . All Users have been enjoying worldwide communication from a variety of different operating systems from Windows , Linux , and Apple formats………

Well done to all Users and to the Administration for supporting and having faith in HAMSPHERE. We all can promote and make it possible to improve HS software with added features and Hardware such as another Server by encouraging more USERS to join up as paid subscribers.
………….. Thank you … Thank you ………

Kelly 5B4AIT (founder) and Vic VE3JAR (editor/Admin).

Not sure what is ahead for the next Future ANNIVERSARIES
Technology, Imagination and Ideas can not be counted out !!!!!

SUARA MALAYSIA DILANCARKAN

Tarikh Peristiwa : 15-02-1963 

Pada hari ini dalam tahun 1963, Perkhidmatan Siaran Luar Negara Radio Malaysia yang dikenali sebagai Suara Malaysia, telah memulakan siarannya dalam tiga bahasa iaitu bahasa Indonesia, Inggeris dan Mandarin. Bilik siaran dan studio Suara Malaysia yang pertama ialah di Rumah Persekutuan di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur sebelum berpindah pada tahun 1972 ke Komplek Penyiaran Angkasapuri di Bukit Putera, Kuala Lumpur. Tujuan utama siaran Suara Malaysia ialah untuk meningkatkan imej negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Pelbagai rancangan telah disiarkan meliputi berita, ceramah dan lain-lain perkara semasa bertujuan mewujudkan hubungan dengan negara-negara luar terutama sekali di rantau ASEAN. Pada 29 April 1967, DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj telah merasmikan sebuah stesen pemancar tetap untuk siaran Suara Malaysia yang terletak di Kajang. Peranan terakhir yang dipertanggungjawabkan kepada Suara Malaysia ialah untuk membekalkan pengetahuan mengenai pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh negara kepada rakyat Malaysia terutama pelajar kita di luar negara. Siaran Suara Malaysia dapat didengar di negara Jepun, China, keseluruhan Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan, Australia, New Zealand, India, Bangladesh dan juga negara-negara Asia Barat. Walau bagaimanapun, dari maklum balas yang diterima melalui surat, siaran Suara Malaysia dapat didengar di bahagian Utara dan Barat Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat.  

Bukit Broga, Broga Semenyih

Bukit Broga dekat semenyih sekarang ini sering menjadi tumpuan ramai sebelum subuh lagi pengunjung telah tiba untuk menikmati pemandangan terbitnya matahari. Berdasarkan gambar rakan-rakan yang menanti matahari terbit itu, di sini tidaklah menarik jika berbanding dikawasan yang lebih tinggi seperti pemandangan dari puncak-puncak gunung. Apapun keindahan ciptaan tuhan itu haruslah dihargai. Lagi satu, di sini pemandangan rumput-rumput yang menghijau melatari pemandangan bukit menyebabkan orang ramai sanggup mendakinya. Lebih-lebih lagi kaki fotografi sanggup menunggu detik yang sesuai untuk mendapat sudut yang cantik untuk kepuasan diri. Bagi kaki gunung pula untuk lebih mencabar boleh teruskan trekking anda ke Gunung Tok Wan. Puncak Bukit Broga adalah 400 meter dari aras laut. Memang cantik pemandangannya, kepada sesiapa yang telah sampai tahu keindahannya. Pemandangan pekan Broga, Semenyih, Kajang dan lain-lain tempat dapat dilihat dari sini. Bagi kita rakan ham cubalah memancar untuk menguji kemampuan alat kita. Saya sendiri telah mencuba memanggil rakan dan dijawab oleh 9W2YUP dijalur V47 ketika itu di basenya Sri Damansara. Saya guna handy pancaran 5 watt menggunakan antena rubber duckies diterima baik 5/9 oleh beliau. Terima kasih Pak Yup dapat juga qso pada pagi itu. Ada kesempatan boleh bertemu di udara mahupun didaratan jumpa jumpa lagi 73.
Hendak ke Bukit Broga senang sahaja. Anda perlu ke Pekan Semenyih kemudian cari papan tanda ke Broga. Kalau dari arah Kuala Lumpur perlu belok ke kiri manakala dari arah Seremban perlu belok ke kanan. Kemudian terus perjalanan hinggalah jalan kembali kepada dua lorong selepas itu disebelah kiri adalah tempat letak kereta di kawasan ladang kelapa sawit. Letak kereta teruslah mendaki ke atas ada papan tanda disediakan. Tidak perlu risau jika tersesat kerana pasti anda akan berselisihan dengan pengunjung lain.Memang meriah di sana, pelbagai ragam orang dapat dilihat. Ada yang berpakain seperti hendak ke pusat membeli-belah turut mendaki ke puncak bukit. Tidak perlu risau kerana denai pendakiannya amatlah luas tetapi aspek keselamatan perlulah diutamakan. Beberapa kejadian yang tidak diingini pernah berlaku di sini, jadi berhati-hatilah kerana terdapat beberapa lokasi amatlah merbahaya jika tidak berhati-hati kerana kecerunannya amatlah tinggi. Bagi kaki gunung tiada masalah kerana sudah berpengalaman sebaliknya yang tidak pernah masuk hutan ini lagilah perlu berhati-hati. Bagi saya yang berpuluh kali naik turun gunungpun mengambil langkah keselamatan sangat dititikberatkan. Berdasarkan pemerhatian saya terdapat beberapa tempat mempunyai risiko yang tinggi seperti kawasan cerun tinggi dan kawasan berbatu-batu besar. Oleh itu, persiapan diri perlu ada untuk memulakan xtvt pendakian ini. Bagi kita rakan ham, dari segi komunikasi tidak mempunyai masalah kerana kepakaran dan peralatan yang dimiliki mampu memberi bantuan jika ada sebarang kecemasan. Selamat mendaki.

73, Jojet, 9W2DYA

9W2CTX check in dari puncak Gunung Besar Hantu

Ahad 6 Mac 2011 2 meter Net Ceria bersama Astra pengawal rangkaian oleh 9W2XCP Pak Aziz dari Medan Gopeng Perak. Kedengaran salah seorang rakan yang check in ialah 9W2CTX radio operator Roshamrizal b Zahari. Qth dari Puncak Gunung Besar Hantu sempadan Negeri Sembilan Pahang. Terima audio 5/9 syabas dan tahniah atas penyertaan pada pagi ini. Semoga selamat pulang dengan tanpa masalah. Berhati-hati ketika menuruni lurah dan gaung. Mesti pemandangan dari puncak sangat cantik. Memandangkan beliau dapat memancar ke pengulang Genting dengan baik sekali.Rakan-rakan yang kaki gunung bolehlah menguji pancar kemampuan audio dari mana-mana puncak gunung agar dapat digunakan ketika berlaku kecemasan.Tidak qsl berapa kuasa pancaran yang digunakan serta antena yang dipakai. Apapun tahniah sekali lagi, 73.


73, Jojet, 9W2DYA.

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Hulu Langat kali ke 47 2011

PayBox



Kejohanan tahunan pada kali ini berlangsung di Stadium UKM Bangi. Biasanya berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, tetapi pada tahun ini berubah suasana pertandingan. Hampir 40 buah sekolah menengah mengambil bahagian. Berlangsung selama 4 hari bermula 1 hingga 4 Mac. Hari ini telah berlangsungnya upacara perasmian dalam suasana hujan lebat.Tetapi semangat peserta terus membara untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Aku sperti biasa jika ada kelapangan memanggil mana-mana rakan di lokalan Bangi tetapi aku tahu rakan-rakan bekerja pada waktu itu.


Hari 2 Rabu 2/3/2011
Akhirnya dapat juga qso dengan abg Bonar 9W2CEH di Taman Universiti bersebelahan dengan Stadium UKM Bangi.Kira-kira jam 2.00 petang sebelum acara bermula ketika atlet sedang merehatkan diri semptlah qso dengannya. Lama tak qso sebab aku dah pindah base, maka aku tidak dapat memancar menggunakan handy yang ada. Ketika portable ini, gunakan kuasa pancaran 5 watt terima audio 5/9 dengan antena rubber duckies. Lagipun stadium ini juga terletak diatas bukit membantu aku untuk memancar dengan baik. Info yang diberi oleh abg Bonar bahawa Pak Basri 9W2BJS telah berpindah. Ini mengejutkan aku, patutlah audio tidak lagi kedengaran di V66 kerana menurut beliau Pak Basri telah dinaikkan pangkat. Tahniah pada Pak Basri atas kenaikkan pangkat ini.Semoga lebih bersemangat untuk meneruskan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Ada kelapangan boleh qso lagi.


Hari 3 Khamis 3/3/2011
Hari ini 6 peserta sahaja yang ada acara, jadi mereka semua naik kereta sahaja.Esok lebih ramai lagi yang ada acara maka naik bas semula. Hari ini memangil-mangil rakan tidak ada yang respon. Oleh kerana kurang acara maka bolehlah pulang awal menghantar mereka ke rumah masing-masing.Kesempatan yang membolehkan aku ke Lake Valley di Bandar Tun Hussein Onn Cheras untuk melepak sementara menunggu xyl untuk dijemput. Sempat qso beberapa over dengan rakan-rakan. Pertama qso dengan 9W2ZBV ,jalur Nesrac qth Seri Kembangan. Sebelum itu 3 kali memanggil nasib baik Abg Zamri menyahut, dapat juga bersalaman di udara. Ada kesempatan boleh jumpa lagi. Kemudian cuba memanggil di V66 disahut pula oleh Abg Bonar 9W2CEH yang sedang bermobile. Maka penerimaannya kurang baik. Beberap minit kemudian kedengaran abg Joe 9W2PGA memangil abg Misai tetapi dijawab oleh orang yang ada misai iaitu Hisham 9W2KGA di Cheras.Monitor sahaja qso mereka. Terima audio 9W2KGA sangat baik mungkin berhampiran dengan tempat portable aku itu. Manakala Abg Joe berada di Simpang Balak Bt 13 Cheras dapat dicopy 5/9 juga. Lokasi aku di Bt 10 Cheras. Apabila 9W2KGA dah qrt maka akupun masuk untuk qso dengan 9W2PGA yang ketika itu baru hendak membuka gerainya. Maka satu over sahaja menghantar audio report. Terima kasih semua jumpa dan jumpa lagi.


Hari 4 Jumaat 4/3/2011
Hari terakhir bertandang di Stadium UKM Bangi angkut semua pelajar untuk menyokong rakan yang bertanding. Akhirnya dapat 1 Emas, 1 Perak dan 1 gangsa. Pencapaian yang boleh dibanggakan juga memandangkan tahun ini kebanyakannya adalah atlet yang baru. Manakala menghadapi tahun depan perlu mencari yang lebih berbakat lagi dan mampu meraih seberapa pingat. Memanggil mana-mana rakan juga tiada respon. Cuba memanggil di 9M4RBC juga tiada yang menyahut memandangkan ketika itu selepas solat jumaat mungkin rakan sedang saltmine lagi. Kembali ke saltmine sambil menunggu xyl untuk pulang semmpat juga moniitor mana-mana jalur. Kedengaran di V33 abg zam 9W2MBV sedang qso dengan rakan-rakan di Ampang. Qth aku di Bandar Tun Hussein Onn Cheras boleh copy audio beliau 5/9. Sememangnya audio beliau boleh didengari hingga ke base lama aku.Selepas beliau qso dengan 9W2DML yang sedang berkayuh barulah aku masuk untuk qso. Dapatlah bersalaman di udara sekali lagi dari saltmine. Kali ini aku tiada tugasan bolehlah qso lebih lama sedikit. Biasanya di saltmine tidak boleh memancar kerana kekangan masa, tetapi kerana masa free bolehlah memancar. Terima kasih abg Zam sudi qso bersama, ada kelapangan boleh bertemu lagi di udara mahupun didaratan. 73

73, Jojet, 9W2DYA.

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...