Portable di Pulau Langkawi

Cuti sekolah telah tiba, ramai yang bercuti termasuklah aku. Oleh kerana xyl dikehendaki berkursus di Pulau Langkawi akupun menemankan beliau ke sana. Tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Langkawi pada Ahad 13 Mac 2011 pada jam 5.30 petang disambut oleh hujan renyai. Terus ke Pekan Kuah untuk menginap kerana xyl akan berkursus di Hotel Langkasuka. Aku dijangka akan pulang semula ke LCCT pada hari jumaat 18 Mac 2011. Habis kursus pada hari rabu aku bercadang ingin pusing satu pulau jalan-jalan cari makan. Setakat ini hanya dapat monitor di Astra Transnasional 147.675MHz dan 1456125MHz. Rakan-rakan langkawi tidak kedengaran lagi.

Pada petang hari selasa aku memangil di V16 tidak ku sangka rupanya rakan di Langkawi menggunakan simplex ini. Maka telah dijawab oleh Pak Wan 9W2XCO dari basenya Taman Kenari. Menurut beliau permukaan muka bumi yang dikelilingi bukit-bukau menyukarkan untuk rakan-rakan memancar. Akhirnya dapat juga qso di langkawi ini. Semasa qso rakan ham langkawi radio operator Fadhil 9W2FL yang bermobile dari saltmine turut salam contact perdana di udara.

Hari 16 Mac 2011 barulah aku bersama xyl berjalan di sekitar Pulau Langkawi. Tempat pertama yang ditujui ialah Makam Mahsuri tempat bersejarah. Kemudian ke kompleks Kraf dan seterusnya ke Oriental Village untuk menaiki kereta kabel. Pengalaman menarik di sini melihat pemandangan sekitar pulau lagenda ini. Ketika di aras 705 meter dari aras laut sempat mendengar rakan memanggil. Akupun menjawab Abg Nasir 9W2CMN yang sedang bermobile. Penerimaan kurang baik menyebabkan beliau tidak dapat copy dengan baik. Dapat juga salam contact perdana dengan seorang lagi rakan ham langkawi.

Seterusnya monitor di mana-mana jalur sebelum pulang ke base. Monitor 145.525MHz kedengaran audio rakan 9W2PDJ, 9W2JTD, 9W2XRT, 9W2LKT, 9W2DEC dan 9W2TZ.

Monitor di jalur 145.7375MHz kedengaran audio 9W2ESN dan 9W2MTO.

Lagi monotor di jalur 146.875MHz kedengaran audio 9W2BLG, 9W2BFA, 9W2WWA dan 9W2WWP.

Manakala jalur 147.825MHz kedengaran 9M2AU, 9W2TZ dan 9M2PZ.

73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...