Ninmedia Freesat

Dasar langit terbuka seiring dengan teknologi komunikasi. Teknologi satelit yang berkembang pesat dalam industri penyiaran dapat menguntungkan rakyat.

Teknologi TV satelit membolehkan rakyat menikmati siaran secara percuma dengan ada FTA. FTA membolehkan menerima siaran secara percuma tanpa bayaran. Ia dipancarkan secara percuma apabila menggunakan radas yang sesuai untuk menerima isyaratnya.

Misalnya satelit Chinasat 11 Ku band menyiarkan ninmedia tv rakyat Indonesia. Semenanjung juga dapat menerima pancarannya dengan baik.

Dekoder yang digunakan perlu mempunyai fungsi DVB-S2 untuk mendapat siaran satelit. Dish yang diperlukan cukup sekadar 65cm yang banyak digunakan dirumah.

Saluran yang boleh diterima adalah Antara TV, Al jazeera, CCTV, Channel News Asia, Euro News, France24, NHK World, DW, Arirang, TV Edukasi, FTV, JungChul English, Lejel Home shoping, K-Drama, SMI, Klik Music, Metro TV, Salingsapa,TV One, SFI, Indosiar, Maleo Channel, Net TV, Tribrata TV, SCTV, NU Channel, ANTV, KITANESIA, Tabalong TV, Duta TV, Trans 7, Fakta TV, Kompas TV, Arek TV, DMI, Qur`an TV, Rodja TV, TVRI, TV Desa, Trans TV, Inspira TV, RTV, Inews, Ladies Channel, BMW TV, DC7, Gemilang TV, Diamonds Kids, Avava Bolywood, Black Diamond, Gold Diamond, RCTI, MNC TV, Diamond TV, Red Diamond dan Avava Diamond.

TV Digital MY Freeview

 Perkembangan teknologi turut merubah teknologi penyiaran seluruh dunia daripada analog kepada digital. Teknologi digital membolehkan penonton menikmati kualiti gambar yang lebih baik terutamanya penggunaan tv HD.


Bagi ahli masyarakat yang ingin menerima signal digital ini perlu menyediakan radas yang sesuai. Dapatkan dekoder yang boleh menerima isyarat digital ini. Pastikan dekoder mempunyai fungsi DVB-T2 seperti Alphabox X6+ combo. Ia turut mempunyai fungsi DVB-S2 bagi penerimaan isyarat satelit. DVB merupakan Digital Video Broadcasting.




Antena yang sesuai pastilah antena HDTV Digital. Contoh Smart Digi model HD-12BPA1 14 elemen. Antena UHF menerima isyarat frekuensi 666MHz di lembah Klang. Jikalau rumah,  berhampiran stesen pemancar memadailah menggunakan antena 5 elemen sahaja. Selamat mencuba kerana My Freeview turut menyediakan siaran TV3HD selain TV Alhijrah. 

Sememang berbaloi jika menerima isyarat digital daripada My Freeview walaupun cuaca kurang baik berbanding penerimaan dari tv satelit. Ia percuma dan tidak memerlukan langganan. Hanya dapatkan dekoder dan antena yang sesuai.

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...