European Football Championship 2012 Award

Award Rules


1. The Polish Amateur Radio Association (PZK) issues an award in collaboration with the Ukrainian Amateur Radio Association (UARL), in a joint effort during the European Football Championship EURO 2012 which takes place in Poland and in Ukraine.

2. This activity is carried out under the honorary auspices of The Polish Football Association (PZPN).

3. This activity takes place from June 1st to July 5th, 2012. During this period, radio amateurs may collect points needed to obtain the Award.

4. To obtain the award, the following number of points need to be collected:

40 points - SP and UR stations;

25 points - European stations;

15 points - DX stations.

5. QSOs with the following organizing stations are 2 points each:

* PZK: SN2012PZPN, HF2012EFC, 3Z2012EFC, SN2012GD, SN2012PO, SN2012WA, SN2012WR

* UARL: EM2012EFC, EN2012EFC, EO2012EFC, EN2012L, EN2012I, EN2012W, EN2012U

while QSOs with any other station operating in the "EFC-2012 on the air" program are 1 point.

• It is allowed to repeat a QSO with a given station once on another band or mode.

• A special distinction in the form of an "EXCELLENT" sticker will be provided for QSOs with all organizing stations listed above and additionally with 60 other stations from Poland and Ukraine taking part in the "EFC-2012" program.

6. Short wave listeners are also eligible for the award after meeting the same point requirements as amateur radio operators.

7. Certificate fees.

• The award in electronic form (in .pdf form) is free.

• The award in paper form is free for PZK and UARL members and club stations from Poland and Ukraine.

• The cost for a paper award for other stations is: 20 zloty/ 5 Euro/ 6 USD/ 6 IRC.

The fee should be paid to the PZK HQ bank account: PL 33 1440 1215 0000 0000 0195 0797, Nordea Bank Polska S.A. with the annotation: „EFC2012” and one's own call-sign.

8. Applications for the Award should be made by electronically by submitting a form from the Internet web page or by sending a standard application which should be sent to the following address: DOT PZK, Box 1977, 53-316 Wroclaw 14, Poland.

E-mail address: ot01@pzk.org.pl

QSL cards are not required - the verification of the application is based on electronic logs of organizing stations, after having received the award fee (if required).

9. Award applications shall be made before December 31st, 2012.






http://efc2012.org.ua/

'Community Policing' - Program Kayuhan Basikal Penduduk Bandar Seri Putra bersama Warga Polis Daerah Kajang


Bangi Heights Development Sdn Bhd akan menganjurkan satu acara yang dinamakan 'Community Policing' - Program Kayuhan Basikal Penduduk Bandar Seri Putra bersama Warga Polis Daerah Kajang pada 30 Jun 2012 bermula jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi berhadapan 'Sales Gallery', Bangi Heights Development Sdn Bhd. Aturcara yang diaturkan adalah bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara PDRM dan masyarakat setempat serta mewujudkan kemesraan tanpa batasan antara Polis dan masyarakat serta bersama-sama berinteraksi untuk memperolehi informasi jenayah masa kini. Disamping itu, ianya juga merapatkan lagi kemesraan penduduk-penduduk dengan pemaju; Bangi Heights Development Sdn Bhd yang telah sedia terjalin selama ini.



 Program ini akan disertai oleh semua penduduk daripada 21 taman di Bandar Seri Putra.  Jalan-jalan yang akan dilalui untuk kayuhan basikal ini adalah di Bandar Seri Putra. 
 
 
VIP yang diundang adalah YDH ACP Ab Rashid bin Ab Wahab, Ketua Polis Daerah Kajang dan tetamu kehormat adalah YBhg Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Yang DiPertua MPKj.
 

Semua penduduk adalah dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dengan menyertai kayuhan basikal ini. Sila bawa basikal masing-masing bersama. T-Shirt percuma akan diberikan kepada semua yang mendaftar untuk kayuhan basikal. Selain daripada kayuhan basikal, beberapa aktiviti juga diadakan seperti pameran Polis, K9 (Unit Anjing Pengesan), kenderaan peronda Polis, kaunter Rakan Cop dan tidak ketinggalan diadakan "cabutan bertuah" untuk semua penduduk yang mendaftar menyertai kayuhan basikal (akan diberi nombor cabutan bertuah semasa pendaftaran).



http://9w2dya.blogspot.com/

 

9M2 Land 10M CQ Day 2012

9M2 Land 10M CQ Day 2012


Date : 23rd June 2012 (Saturday)


Time : 09:00hrs UTC

Stations will be partipicate:

Station - freq qrv & cq

9M2ESM - 28.417

9W2VAR - 28.460

9W2SBL - 28.470

9W2MZY - 28.475

9W2SGN - 28.480

9W2ZLH - 28.485

9W2SBD - 28.488

9W2EJT - 28.4988

9W2GEO - 28.505

9W2VVH - 28.511

9W2JDD/9W2CCW - 28.515

9W2TS - 28.520

9W2WWW -

9W2DI -

Supported by

9M2ZAK

9M2ESM

9W2RMT

9M2GET

All these stations will qrv and make cq on the stated frequency from the different place in 9M2 Land. The purpose of the event is to foster DXing activities in 9M2 Land.

More detail please contact 9w2sbd@gmail.com / 9w2vvh@gmail.com
 
http://malaysianamateurradioleague.blogspot.com/2012/06/9m2-land-10m-cq-day-2012.html
 
Good luck semua station, harap dapat banyak contact.
 
73, Jojet, 9W2DYA
 
http://9w2dya.blogsport.com/
 

Portable di Cameron Highlands


Cuti sekolah yang lalu aku bercuti bersama xyl di Tanah Tinggi Cameron. Perjalanan dari base Bangi melalui Simpang Pulai selepas Lebuh Raya Utara Selatan. Melalui jalan berliku-liku terus ke Blue Valley dan seterusnya Kampung Raja. 29 Mei kami bermalam di Brinchang di belakang Balai Bomba.

Pekan Brinchang meriah di malam hari apabila orang ramai sibuk membeli-belah di pasar malam. Pada siang hari itu, kami ke Taman Agroteknologi Tanah Rata. Pelbagai tanaman dan bunga-bungaan terdapat di situ.

Hari Kedua 30 Mei kami bermalam di Kea Farm menginap di sebuah hotel yang terkenal di situ. Semasa aku menginap di sini aku dapat monitor 9M4RCF pengulang di Fraser Hill. Monitor di jalur 145.6125MHz kedengaran 9W2LPS dan 9W2TPS pada hari itu. Semasa QSO apa yang aku dapat perhatikan mereka lebih gemar menyebut suffix sahaja. Aku ingatkan rakan komersial sedangkan QSO menggunakan jalur amatur tetapi ternyata jalur amatur apabila kedengaran 9W2 disebut.

Hari Ketiga 31 Mei 2012 sebelum check-out di hotel sama aku masih monitor di jalur ini. Bermula jam 10.45 pagi kedengaran sekali lagi 9W2LPS Abg Jem, 9W2TPS abg Zaba, 9W2WEB dan 9W2POR Pak Ngah Jeram Besu sedang QSO.


Hotel Equatorial berlatar belakang Gunung Brinchang letaknya pengulang

Transnasional astra juga dapat monitor semasa di Cameron Highlands ini melalui jalur 147.925MHz. Pengulang Gunung Brinchang memang terlalu hampir tempat aku menginap ini.

Seterusnya aku bermalam di Tanah Rata pula. Aku juga terdengar rakan QSO di jalur 145.400MHz di Manjong.

Hari Terakhir 1 Jun sebelum pulang kami ingin membeli sayur-sayuran dan buah-buahan serta bunga-bungaan. Aku ternampak seorang rakan memegang handy lalu aku bertanya padanya. Abang ini 9 Whiskey ke? Lalu dia menjawab 9W2KDA dari Kedah. Akhirnya dapat juga bersalaman didaratan setelah mencuba bersalaman mana-mana rakan diudara. Dapat juga bersalaman bersama 9W2KDA harap selepas ini bersalaman di udara pula. Jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/




ARRL Field Day 2012

ARRL Field Day is the single most popular on-the-air event held annually in the US and Canada. Each year over
35,000 amateurs gather with their clubs, friends or simply by themselves to operate.


ARRL Field Day is not a fully adjudicated contest, which explains much of its popularity. It is a time where many aspects of Amateur Radio come together to highlight our many roles. While some will treat it as a contest, most groups use the opportunity to practice their emergency response capabilities. It is an excellent opportunity to demonstrate Amateur Radio to local elected community leaders, key individuals with the organizations that Amateur Radio might serve in an emergency, as well as the general public. For many clubs, ARRL Field Day is one of the highlights of their annual calendar.

To work as many stations as possible on any and all amateur bands (excluding the 60, 30, 17, and 12-meter bands) and to learn to operate in abnormal situations in less than optimal conditions. Field Day is open to all amateurs in the areas covered by the ARRL/RAC Field Organizations and countries within IARU Region 2. DX stations residing in other regions may be contacted for credit, but are not eligible to submit entries.

Field Day is always the fourth full weekend of June, beginning at 1800 UTC Saturday and running through 2059 UTC Sunday. Field Day 2012 will be held June 23-24, 2012.


http://www.arrl.org/field-day




Pertandingan Sukan Lasak Berbasikal Sepang

Sebagai memenuhi hasrat penggiat sukan lasak berbasikal di Sepang dan sekitarnya, HyperTrax akan menganjur Pertandingan Sukan Lasak Berbasikal Sepang seperti berikut:


Tarikh/Masa : 24hb Jun, 2012/jam 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Perkarangan Tasik Pancing d’Impiana,

KM 1, Jalan Ayer Hitam, Dengkil, Sepang.

Sokongan/ : Exco Belia dan Sukan Selangor
Kerjsama

Acara-acara : A.PERTANDINGAN BMX DIRT OPEN

Dihadkan penyertaan 40 orang

Hadiah keseluruhan RM1,500.00

B. PERTANDINGAN MTB MINI CROSS COUNTRY MEN OPEN.

Dihadkan penyertaan 200 orang

Hadiah keseluruhan RM1,500.00

DOWNHILL

MENURUNI LERENG DENGAN BERHATI-HATI
AWAS POKOK!


SELEKOH YANG CLEAR







MyGarec 2012



The 8th Global Amateur Radio Emergency Conference (GAREC), now coined as 'MyGAREC 2012', will be held at the Thistle Port Dickson Resort, Negeri Sembilan, from November 12 to 14, and it attracts partcipants from around the world.


GAREC began in 2006 and is the premier annual event attended by those with an interest in amateur radio providing emergency communications during training exercises or in response to disasters. MyGAREC 2012 has been timed to immediately follow the IARU Region 3 Conference in Vietnam (November 5 to 9) which has as its theme disaster relief communications.

General information for MyGAREC 2012 including information on the venue, registration fees and the tentative agenda and the registration forms will be posted on the website http://www.mygarec2012.com by the end of this month and this website will be updated weekly to keep all updated with the latest news and programme changes.

Among the draft topics to be discussed are the HF Emergency Operating Procedure,the Future of GAREC, presentations from the three regions of the IARU and also some presentations from societies with recent disaster relief communications operations.

For more information you may also email to : info[at]mygarec2012.com.


http://www.mygarec2012.com/garec/

Penilaian Kem Bina Semangat Olahraga 2012

Kem Bina Semangat Olahraga 2012

Aktiviti Kayak, Wall Climbing dan Flying Fox


Peserta menunggu giliran untuk melakukan aktiviti Wall Climbing dan Flying Fox

Kem ini berjaya dilaksanakan pada 6 hingga 7 Jun 2012. Seramai 39 orang peserta telah hadir daripada 42 orang yang mendaftar. Walaupun permulaan waktu dilimpahi hujan para peserta dengan penuh semangat yang tinggi hadir melaporkan diri di tempat yang telah ditetapkan.

Pembahagian kumpulan yang dibuat awal membolehkan peserta mengenalpasti rakan mereka dalam kumpulan. Kumpulan dibantu oleh dua orang fasilitator bagi menolong menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi sepanjang program ini berlangsung.

Tugasan pertama adalah mencipta nama kumpulan visi dan misi serta sorakan. Semangat kerjasama yang ada walaupun belum lagi mengenali rakan mereka dapat melakukan dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas berbincang setiap kumpulan mempersembahkan tugasan yang diberi itu.

Kemudian aktiviti LDK dikendalikan oleh guru praktikal yang opsyen dalam Bimbingan dan Kaunseling. Ilmu yang beliau ada dikongsi kepada peserta bagi memantapkan lagi jati diri dan kerjasama berpasukan.

Seterusnya, aktiviti ice breaking diadakan bagi peserta lebih mengenali rakan-rakan yang lain. Peserta bergerak mencari kumpulan berdasarkan arahan yang diberi. Mereka dapat mengenali negeri kelahiran, bulan kelahiran, saiz kasut dan lain lagi. Peserta juga diuji kecerdasan fikiran dalam permainan barisan. Semua peserta dapat memberi komitmen yang tinggi setiap arahan yang diberi serta mampu menyelesaikannya dalam masa yang singkat.

Aktiviti berstesen pula bertujuan memantapkan lagi semangat berpasukan serta kerjasama. Sebelum itu, dengan barang yang ada fasilitator dikehendaki menyediakan satu aktiviti berstesen dalam membentuk semangat berpasukan. Fasilitator berjaya mencipta program berdasarkan barangan yang diberi seperti gelung, penyedut minuman, skital serta kekacang seperti kacang hijau.

Setiap kumpulan dikehendaki menghabiskan aktiviti setiap stesen yang telah ditetapka. Matlamat tercapai apabila setiap peserta mampu memberi kerjasama yang erat dalam setiap tugasan yang diberi. Mereka telah didedahkan dengan semangat tolong-menolong, kerjasama berpasukan, komunikasi, komitmen, kesabaran, kreativiti, keberanian, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, mendengar arahan, ketepan masa, bergantung antara satu sama lain serta percaya kepada orang lain.

Nilai murni yang diterapkan ini diharap dapat menjadikan setiap peserta bersedia menghadapi cabaran seterusnya di kem. Bas tiba seperti yang dijanjikan untuk bertolak ke Outback Broga. Perjalanan mengambil masa setengah jam dari Cheras. Tibanya di kem peserta ke tapak perkhemahan yang telah ditetapkan. Peserta membawa peralatan peribadi dan juga peralatan program seperti tong air dan bekas peralatan tulis.

Selepas meletak beg, peserta beratur untuk menikmati hidangan tengahari. Peserta tidak dibenarkan menjamu selera selagi semua peserta sudah mengambil makanan. Bacaan doa didahulukan sebelum menikmati makanan untuk aktiviti seterusnya. Makan bersama dapat mengeratkan lagi hubungan  kemesraan setiap peserta. Ia juga mengajar menghargai orang lain serta sabar menunggu giliran sebelum dapat menikmatinya.

Selepas makan dan solat serta khemah didirikan, semua peserta telah bersedia memulakan aktiviti pertama di kem. Peserta dipecah kepada dua kumpulan besar sebelum memulakan aktiviti. Instruktor Outback memberi taklimat dan demonstrasi dalam setiap aktiviti.
Aktiviti stesen satu adalah rempuh halangan serta low rope.

Kolam Kayak bersebelahan dengan Low Rope dan Obstacle Course

Aktiviti ini menghendaki peserta melalui halangan dan rintangan yang disediakan. Aktiviti low rope pula lebih menarik kerana peserta perlu meniti atau melalui rintangan seperti monkey bridge, meniti kabel, tayar bergantungan, jambatan tangga, rentangan bersilang serta meniti tali bentuk U. Semasa meniti setiap halangan seorang peserta akan dibantu oleh dua orang rakan bagi mengelakkan diri daripada terjatuh ke bawah. Di sini nilai kepercayaan terhadap orang lain telah diterapkan. Selain bekerjasama, bantu- membantu dalam mendengar nasihat atau arahan memudahkan setiap halangan dapat ditempuhi tanpa sebarang masalah. Ia juga menguji kekuatan fizikal dan mental ketika meniti setiap halangan. Jika tidak membuat mengikut arahan serta teknik yang ditunjukkan pasti akan mengalami kegagalan dan kekecewaan.


Stesen kedua pula, para peserta dibawa kepada aktiviti yang lebih mencabar. Kumpulan dipecahkan kepada tiga bagi menyelesaikan setiap tugasan.

Kumpulan lelaki menghadapi rintangan yang paling sukar iaitu memanjat tembok setinggi 12 kaki. Setiap peserta dikehendaki melepaskan diri bagi memanjat tembok setinggi 12 kaki tanpa mengguna sebarang alat sokongan seperti tangga. Strategi yang betul amat penting bagi menaikkan semua peserta melepasi tembok ini. Kerjasama yang tinggi diperlukan kerana tanpanya mustahil seseorang dapat memanjat tembok setinggi itu tanpa bantuan orang lain melainkan menggunakan peralatan lain seperti tangga atau tali.

Aktiviti wild woozy adalah dua orang bekerjasama meniti kabel dari satu titik ke titik yang lain. Peserta bantu-membantu berpegangan untuk bergerak diatas kabel. Cabarannya adalah kabel semakin menjarak dan memboleh peserta terjatuh jika hilang keseimbangan. Kepercayaan dan komunikasi diterapkan bagi menghadapi rintangan ini.

Manakala spider web memerlukan peserta melepasi diri daripada halangan tali seperti sarang labah-labah tanpa menyentuhnya. Selain strategi, keyakinan diri penting ada selain bantuan orang lain.

Giant finger adalah cabaran terakhir merupakan cabaran mengapungkan diri diatas pelantar. Peserta beramai-ramai berdiri diatas pelantar seperti jongkang-jongkit. Matlamat aktiviti ini adalah dalam masa yang diberikan semua peserta berdiri atas pelantar itu dikehendaki membuat ia seimbang atau terapung. Kerjasama setiap orang amat perlu bagi membuatkan ia dapat bertahan untuk terapung.

Selepas melepasi pelbagai rintangan dan dugaan peserta berehat untuk solat asar sebelum melakukan aktiviti seterusnya.

Tapak perkhemahan di padang berlatar belakang Bukit Broga


Blind trail direka untuk setiap peserta menghadapi pelbagai halangan dengan mata ditutup. Fasilitator yang mengemudi peserta bagi menguji kesabaran serta kekuatan fizikal dan mental. Ia juga mengajar menghargai menjaga deria yang dianugerahi dengan baik. Walaupun deria penglihatan tidak dapat digunakan terdapat deria lain masih boleh diguna pakai.

Flying fox merintangi kolam kayak


Initiative game pula, peserta menyelesaikan permasalahan yang dicipta dengan kerjasama berpasukan. Peserta secara spontan memberi idea atau fikiran bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Peserta lelaki lebih cekap dan pantas berbanding dengan peserta wanita. Bagi aktiviti garisan yang terpanjang pula, peserta sanggup mengorbankan benda kesayangan bagi membentuk garisan terpanjang dengan menggunakan benda-benda yang ada pada diri. Ada yang sanggup membaringkan dirinya bagi memastikan kumpulannya menang. Kita sanggup membuat apa sahaja bagi mencapai matlamat. Pengorbanan juga penting bagi membantu kita berjaya dalam kehidupan masa depan.

Selepas persiapan diri dan solat maghrib peserta menjamu selera untuk makan malam. Kemudian selepas solat isyak aktiviti pertama pada malam itu adalah Sejam Bersama Pendaki Everest.

Mungkin satu hari nanti ada pendaki Everest dalam kalangan peserta Kem



Pendaki Everest yang diundang adalah En. Sharul Azuan dari projek everest 2011. Beliau juga merupakan guru yang pernah mengajar kebanyakan peserta semasa di sekolah rendah dahulu. Oleh itu, keakraban dalam kalangan peserta terserlah. Banyak persoalan dan pertanyaan dilemparkan kepada guru mereka ini. Beliau menceritakan pengalaman sewaktu mendaki everest pada tahun lepas. Banyak aspek ditekankan bagi menjadi seorang pendaki yang terbaik. Peserta sangat teruja mendengar perkongsian pengalaman itu. Apa yang diharapkan pengalaman itu dapat dijadikan panduan dan pengajaran semua peserta.

Selepas ceramah itu, peserta menikmati hidangan BBQ yang dibakar oleh guru-guru dan fasilitator. Sambil menikmati ayam dan udang bakar peserta berbincang mengenai persembahan yang akan dibuat selepas itu.

Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan bagi mencungkil bakat terpendam. Peserta membuat persembahan sketsa, nyanyian nasyid, tarian dan nyayian solo. Ia juga dapat menghiburkan hati setiap orang yang berada di kem selepas penat melakukan aktiviti seharian. Ia juga melatih peserta berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan bakat yang ada. Rata-rata peserta memberi sepenuh kerjasama berkumpulan tanpa menghiraukan rasa segan dan malu.

Aktiviti terakhir pada hari pertama adalah kunang-kunang. Aktiviti menguji keberanian setiap peserta kerana dikehendaki berjalan berseorangan berpandukan cahaya lilin dalam kegelapan malam. Pelbagai aksi dan ragam dapat dilihat semasa aktiviti ini dijalankan. Pelajar dengan berhati-hati memastikan api lilin tidak terpadam.  Mereka berjalan perlahan-lahan ke destinasi yang dituju dengan harapan cahaya yang menerangi itu dapat memberi panduan  ke hadapan. Hakikat sebenarnya cahaya itu mengaburi pandangan mata serta menyilaukan. Jika terpadam pandangan hati lebih tajam membawa diri ke destinasi yang ditujui. Pada malam itu juga diterangi cahaya bulan yang menerangi sekalian alam.

Kita seharusnya tidak memberi fokus kepada sesuatu sahaja kerana banyak alternatif lain boleh menyelesaikan sesuatu masalah. Selepas aktiviti itu tamat taklimat untuk hari esok diberikan.

Hari Kedua 7 Jun 2012

Seawal jam 4.30 pagi peserta telah bersiap bagi memulakan aktiviti mendaki Bukit Broga. Seperti yang dijanjikan oleh Instruktor Outback bertolaj jam 5.30 pagi. Malangnya kami memulakan trekking ke puncak jam 6.00 pagi.

Keluar melalui pintu belakang kem disambut dengan salakan anjing di tempat perlindungan haiwan. Selepas itu kami mula melalui jalan besar dengan berhati-hati dalam kegelapan subuh. Kami melawan arus memudahkan kenderaan melihat barisan panjang yang berjalan ke kaki bukit Broga. Selepas berjalan 20 minit kami tiba dikawasan kelapa sawit yang merupakan tempat letak kereta bagi pengunjung yang ingin mendaki.

Pendakian bermula dengan agak perlahan kerana terdapat beberapa kumpulan besar yang turut mendaki. Kami hanya dibenarkan mendaki di puncak pertama sahaja menurut Instruktor Outback. Tepat jam 7 pagi semua peserta selamat tiba dan menikmati pemandangan yang indah cipataan Tuhan. Berehat 30 minit di atas puncak sebelum memulakan langkah kembali ke kem.

Aktiviti trekking menguji ketahanan fizikal dan mental serta kesabaran untuk sampai ke puncak. Bila diadaptasikan dalam kehidupan ia berkait kerana perlu menempuh pelbagai dugaan sebelum mendaki puncak kejayaan. Dugaan dan rintangan dihadapi dengan tabah dapat melahirkan sikap yang kental dan ingin terus berjaya.

Laluan yang dipilih harus betul supaya tidak sesat dan mungkin tidak akan sampai ke tempat yang dituju. Jikalau sesat haruslah balik ke pangkal jalan semoga berjumpa semula jalan yang betul.

Tibanya di kem sarapan pagi telah dihidang dan peserta dengan kelaparan mengambil hidangan. Tetapi tidak boleh makan selagi semua peserta belum mengambil makanan.

Flying fox umpama terbang di awan

Aktiviti  pagi itu adalah Flying fox dan Wall climbing merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Ada yang takut dan gayat tetapi ingin cuba juga. Semangat ini harus  dicontohi kerana berani melawan ketakutan sendiri.

Flying fox mengajar pada diri tentang keberanian ingin mencuba sesuatu yang baru. Selain dapat menghilangkan ketakutan ia juga dapat melepaskan rasa tertekan semasa terbang diudara. Biasanya pada peringkat permulaan sahaja perasaan takut wujud apabila sudah meluncur laju ke bawah rasa ingin mengulangi sekali lagi.

Menuju puncak kejayaan

Wall climbing pula menguji kekuatan fizikal dan mental. Perlu ada strategi untuk mendaki kerana terpaksa berpaut pada hold untuk membawa badan naik ke atas. Ia juga mengajar sifat percaya pada belayer yang mengawal tali keselamatan semasa mendaki. Arahan belayer perlu diikuti kerana nyawa pendaki ditangan belayer yang mengawal segala pergerakan. Jika belayer leka dan tidak memberi tumpuan pada pendaki risiko kemalangan terjatuh boleh terjadi.

Pasukan kayak 2 Inovatif

Aktiviti kayak juga paling menyeronokkan dalam kalangan peserta. Jaket keselamatan perlu dipakai memastikan tidak tenggelam kelemasan. Teknik kayuhan yang betul membolehkan ia bergerak dan dikawal dengan baik. Kerjasama penting agar ia dapat dikawal dengan baik. Jika tiada persefahaman antara dua orang pendayung maka ia tidak akan bergerak ke mana-mana. Malahan boleh membawa bencana menyebabkan kayak capside jatuh ke dalam air.

Selepas melakukan ketiga-tiga aktiviti yang mencabar semua peserta berkemas untuk keluar daripada Outback Broga. Peserta akan kembara semula ke tempat letak kereta Bukit Broga untuk aktiviti Ikhtiar Hidup.

Kali ini perjalanan membawa beg lebih mencabar berbanding pagi tadi hanya berlenggang. Ia menguji kekuatan fizikal untuk berjalan kaki dalam jangka masa 20 minit yang kadangkala agak mendaki.  Aktiviti kembara mengajar kita menghargai alam sekeliling dan juga menguji kesabaran untuk ke destinasi yang dituju. Keselamatan diri tetap diberi perhatian dan peserta perlu berhati-hati terutama di jalan besar.

Tiba di tempat letak kereta setiap kumpulan memilih tapak dapur untuk memasak dan memanggang ubi kentang yang disediakan. Roti lilit yang telah diuli di kem dikeluarkan untuk proses memasak dengan cara kreativiti masing-masing. Setiap kumpulan dengan sedaya upaya menghidupkan api bagi memastikan setiap bahan dimasak dengan baik.

Belajar menghidupkan api juga memerlukan teknik yang betul. Ada kumpulan berjaya menghidupkan api dengan mudah dan sebaliknya. Ikhtiar  hidup penting kerana seseorang belajar bagaimana hendak menyelamatkan diri daripada kesusahan dan berusaha untuk meneruskan kehidupan dalam persekitaran yang dihadapinya.

Selepas berjaya memasak dengan cara memanggang atau membakar, peserta menikmati hasil usaha yang dilakukan. Tamatlah aktiviti terakhir dan semua menikmati nasi ayam bungkus sebelum melawat Rabbit Farm di seberang jalan. Selepas puas melihat pelbagai jenis haiwan di Rabbit farm perjalanan pulang ke sekolah dengan menaiki bas.

Penghargaan

1. Kepada pihak pentadbir terutam Pengetua yang meluluskan program ini. Kepada Penolong Kanan Kokurikulum yang meluluskan dan memberi sokongan sepenuhnya terutama penyediaan bas.

2. Rakan-rakan yang turut membantu merealisasika program ini. Pn Rosnita penyediaan surat-surat dan membantu perjalanan program, En Asrul banyak membantu terutama penyediaan minuman dan makanan yang sedap-sedap. En Ahmad Fahmi banyak membantu menyediakan peralatan PA dan aktiviti ikhtiar hidup. Pn Zuriana datang memberi sokongan. Pn Marina yang menguruskan pendaftaran peserta pagi serta isteri tercinta Pn Nor Deeyana yang banyak memberi sokongan dan galakkan serta turut turun ke padang membantu perjalanan program.

3. Guru-guru praktikal dari UPM Cik Amira, Cik Mardhiah dan Cik Shafizah yang banyak membantu dari mula program sehingga habis. Pengalaman yang berguna ini boleh dibawa semasa menjadi Guru.

4. Outback Broga terutama pengurus Dr Yap yang memberi perkhidmatan yang terbaik. Instruktor Ouback yang friendly, berpengalaman dan berpengetahuan serta staff yang menyediakan pelbagai keperluan Thank you very much.

5. Fasilitator yang bertungkus lumus membantu menjayakan perjalanan program ini. Pengalaman yang berharga ini harus digunakan dalam kehidupan.

6. Semua peserta yang terlibat kerana memberi kerjasama sepenuhnya dan dapat mencari pengalaman yang berguna dan menyeronokkan.

7. Pendaki Everest En Sharul Azuan yang sudi berkongsi pengalam semasa mendaki Gunung Everest.

Serta kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak.

73, Zaiham, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/



























Kejohanan Balapan dan Padang MSSM ke 54 2012



Pasukan Negeri Selangor telah mendapat tempat ke 4 daripada 15 pasukan yang bertanding. Pasukan Selangor memenagi 9 pingat emas, 3 pingat perak dan 8 pingat gangsa dengan jumlah keseluruhan adalah 20 buah.

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM ke 54 2012 telah diadakan pada 22 hingg 26 Mei yang lalu. Kejohanan 5 hari berlangsung di Stadium Utama Negeri Perlis Kangar.

Juara keseluruhan seperti biasanya adalah dari Sarawak diikuti Perak dan tempat ketiga adalah Wilayah Persekutuan.

Tahniah pada kontinjen Selangor atas pencapaian yang gemilang ini. Moga tahun hadapan pencapaian lebih membanggakan lagi.

SENARAI PEMENANG PINGAT KONTINGEN SELANGOR 2012

L TB MOHAMMAD DANIEL BIN MOKHTAR (HEPTA)


L 18 MOHD.  AZLY BIN GHAZALI (L.TINGGI)

L 18 ONG CHIN YONG (PELURU)

L 15 PUTRA AZRUL SYAZWAN BIN AZMAN (800 M)

L 15 PUTRA AZRUL SYAZWAN BIN AZMAN (1500 M)

L 15 MSS SELANGOR (4X400 M)

P 18 SHANDYIANI A/P MAHENDRAN (L.TINGGI)

P 15 SAVINDER KAUR A/P JOGINDR SINGH (800 M)

P 15 CHEONG HAN YI (1500 M)

L 15 ASIF RAHMAN BIN JIYAUDEEN (2000M LB)

L 12 JAZMAN AL AZIM BIN RUDISHAM (L.TINGGI)

P 15 SAVINDER KAUR A/P JOGINDR SINGH (1500 M)

L 18 ARAFAT BIN MUDIR (400 M LP)

L 18 MUHAMMAD SYAMIL BIN MOHD ALI HANAFIAH (L.JAUH)

L 18 MSS SELANGOR (4X400 M)

L 12 MUHAMMAD AFIQ BIN RAHMAT (80 M LP)

P 18 NUR NADIA NATASYA BINTI MAHAMMUD (L.KIJANG)

P 15 MSS SELANGOR (4X400 M)

P 12 HEE XIAO YI (100 M)

P 12 MAH SI SHIANG (80 M LP)

http://www.mssmperlis.com/v1/

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...