VHF DXing 9W2CHF-9 to YD0NXX-4 via ISS

Jam 8:02 malam semalam satu stesen mobile 9W2CHF-9 Johor berjaya mendapat packet melalui ISS ke Riau Pekan baru YD0NXX-4.

Kemudian YD0NXX-4 mendapat beacon dari ISS.

Seterusnya stesen YE0EEE-6 mendapat packet ke YD0NXX-4 melalui ISS.

Stesen E22KKC-3 mendapat packet melalui ISS ke Kuantan 9W2JDY-1.

Ujian APRS digipeater satelit Lapan-A2 petang semalam berjalan lancar. Banyak stesen Igate berjaya mendapat beacon.

73, Jojet de 9W2DYA


Kemunculan stesen baru dalam aktivit aprs via ISS

Pada jam 7:41 pagi laluan ISS kali muncul beberapa stesen mengaktifkan aprs menggunakan frekuensi 145.825MHz.

Stesen E22KKC-3 mendapat melalui ISS ke E27CBR-6.

Stesen E20MZU-7 mendapat packet melalui ISS ke E27CBR-6.

Kemudian YD0NXX-4 dan YC3BVG mendapat beacon daripada ISS.

Akhir sekali, stesen Bali YC9CCS mendapat packet melalui ISS ke YD0NXX-4  dan YC3BVG.

Semakin meriah nampaknya satelit Lapan pun telah berjaya dilancarkan ke orbit tengahari tadi. Tunggu digipeater aprs diaktifkan.

Malam semalam stesen 9W2JEK-4 di Kluang berjaya mendapat packet melalui ISS ke Gombak stesen 9W2VHF-1.



Pada sebelah malam hari ini pula stesen 9M4RAK-4 telah mendapat packet melalui ISS ke YD0NXX-4.



73, Jojet de 9W2DYA

VHF DXing YC9CCS to 9W2JDY-1 via ISS

Laluan ISS pada jam 8:31 pagi ini menunjukan terdapatnya aktiviti radio packet.

Persediaan untuk bekerja dengan satelit Indonesia menyebabkan dalam beberapa hari kebelakangan ini menunjukan tanda positif. Banyak stesen aprs telah mengaktifkan frekuensi 145.825MHz.

Satelit YB0X-1 turut menggunakan frekuensi yang sama untuk digipeater aprs. Khabar mengatakan bahawa ia akan mengelilingi Indonesia sebanyak 14 kali sehari. Sebagai negara jiran kita perlulah mengambil peluang untuk mengaktifkan aprs dalam frekuensi satelit.

Berbalik pada aktiviti pagi ini, stesen YC9CCS di Bali telah mendapat packet melalui ISS ke Kuantan 9W2JDY-1. Stesen 9W2JDY-1 turut mendapat dua beacon daripada ISS.

Sekali lagi stesen Bali YC9CCS mendapat packet melalui ISS ke stesen YD0NXX-4.

Seterusnya stesen yang pertama mendapat packet pada pagi ini adalah E20MZU-7 ke HS6KLJ-1.

Laluan ISS pada pagi bermula AOS azimuth 317 darjah dan berakhir LOS azimuth 151 darjah.

Usaha perlu dilakukan agar Malaysia tidak ketinggalan menghantar satelit radio amatur sepertimana Indonesia dan Thailand akan menghantarnya ke orbit tidak lama lagi.

73, Jojet de 9W2 DYA


Satelit Indonesia LAPAN-A2



LAPAN-A2 Launch


LAPAN-A2
LAPAN-A2
An Indonesian satellite LAPAN-A2/ORARI, carrying an FM transponder and an APRS digipeater, is planned to launch September 28, 2015 on India’s PSLV-C30 rocket.
The satellite will be deployed in a 650 km near equatorial orbit with an inclination of between 6 and 8 degrees enabling it to cross the territory of Indonesia 14 times a day. The low inclination orbit means it will not be receivable in the UK.
The primary aims of the mission are Earth observation using an RGB camera and maritime traffic monitoring using AIS, both using frequencies outside the Amateur Satellite Service.
The IARU has coordinated these frequencies for LAPA-A2/ORARI:
• 437.425 MHz telemetry beacon
• 435.880 MHz FM uplink
• 145.880 MHz FM downlink (5 watts)
• 145.825 APRS digipeater (5 watts)
Organisasi Amatir Radio Indonesia (ORARI) in Google English http://tinyurl.com/IndonesiaORARI
The IARU Region 3 Conference takes place in Bali, Indonesia, October 12-16, 2015
http://amsat-uk.org/2015/08/21/iaru-region-3-act-on-band-plan-satellite/

Text bersama 9W2XPL-9


Sebentar tadi sempat text aprs bersama stesen 9W2XPL-9 Ros Saifullizan. Beliau sedang bermobile dari Kuala Klawang dan sedang berada di Seremban.

Semua ini berpandu pergerakan di aprs.fi. Menurut beliau membaca blog ini. Maka aku nak coret ucapan penghargaan kepada 9W2XPL Ros atas keprihatinannya.

Berhati-hati bermobile agar selamat tiba ditempat yang dituju.

73, Jojet de 9W2DYA

VHF DXing E22KKC-3 to 9W2JDY-1 via ISS

Laluan ISS malam 25 September 2015

YD0NXX]CQ,RS0ISS*,qAR,9W2JDY-1::BLNQSL1/1:E22KKC-3,HS6MYW-10,E20MZU-7{UISS54}

 E20MZU-7]APSAB5,RS0ISS*,qAR,9W2JDY-1:!1442.48N/10055.61E` 13.0V

 YB6DE-2]APOT30,RS0ISS*,SGATE,WIDE2-1,qAR,HS8BAL-1:!0421.93N/09804.53E# APRS Digi Langsa on T3-135

 RS0ISS]CQ,qAR,9W2JDY-1:]ARISS - International Space Station

 HS6MYW-10]APOT21,RS0ISS*,WIDE,qAR,9W2JDY-1:!1355.54NP10041.42E]206/000/A=-00024for test Path DiGi RS0ISS,YB0X-1

YB6DE-11]APU36Q,RS0ISS*,PCSAT-1,WIDE2-1,qAR,9W2CEH-3:!0430.09N/09757.49E-Telemetry

 E22KKC-3]APOTC1,RS0ISS*,ARISS,qAR,9W2JDY-1:!1442.45N/10055.59E`

 HS6MYW-10]APOT21,RS0ISS*,WIDE,qAR,9W2JDY-1:!1355.49NP10041.40E]319/000/A=-00409for test Path DiGi RS0ISS,YB0X-1

 YD0NXX]CQ,RS0ISS*,qAR,9W2JDY-1:=0045.56N/10128.43Ey73' from Indonesia Via ISS {UISS54}

 YB6DE-2]APOT30,RS0ISS*,SGATE,WIDE2-1,qAR,9W2JDY-1:!0421.93N/09804.53E# APRS Digi Langsa on T3-135

Kemeriahan VHF DXing malam Hari Raya Aidil Adha

Nampaknya kemeriahan radio packet melalui ISS terserlah pada malam hari Raya Aidil Adha pada tahun ini.

Laluan pertama ISS pada malam ini sangat meriah sekali. Tiga buah negara saling menerima packet antara satu sama lain melalui ISS.

16 packet telah dapat dikira oleh semua stesen pada laluan pertama ISS malam ini. Sememang sangat meriah kerana terdapat banyak stesen mengaktifkan diri memburu packet melalui ISS.

Stesen E22JMY-12 mendapat packet melalui ISS ke Bangi stesen 9W2CEH-3.

Stesen YD0NXX memperoleh packet melalui ISS menuju ke Bangi 9W2CEH-3. Manakala stesen yang mendapat beacon daripada ISS adalah 9W2JDY-1 dan E22JMY.

Seterusnya stesen YC9CCS mendapat dua packet melalui ISS ke Kuantan 9W2JDY-1.

Manakala,  stesen YB6DE-6 dan YB6DE-2 mendapat packet melalui ISS ke Kuantan 9W2JDY-1.

Stesen YD0NXX sekali lagi mendapat packet melalui ISS ke Kuantan 9W2JDY-1 pula.

Kemudian, stesen yang paling aktif masa kini E22JMY-12 mendapat packet melalui ISS mendapat tiga packet ke stesen sendiri E22JMY dan dua packet ke Kuantan 9W2 JDY-1.

Stesen tunggal dari negara kita stesen 9W2VHF-1 mengeluarkan taringnya memburu packet melalui ISS hingga ke E22JMY.

Akhir sekali, stesen YD0NXX mendapat packet melalui ISS ke E22JMY.

Bagi laluan kedua ISS, hanya satu stesen sahaja iaitu HS6MYW-10 ke Kuantan 9W2JDY-1.

73, Jojet de 9W2DYA





VHF DXing HS6MYW-6, E20MZU-3, YD0NXX to 9W2JDY-1 & 9W2CEH-3 via ISS

Hari Raya Aidiladha pada hari ini disambut meriah dipelusuk negara. Sewaktu solat sunat di surau kelihata jelopi 9W2UMM. Masa balikpun mengekorinya dari belakang rupanya beliau jiran je dengan rumah ibu mertuaku.

 Begitu juga dengan radio packet melalui satelit.

Pada pagi raya ini, stesen 9W2JDY-1 mendapat tiga beacon daripada ISS.

Stesen HS6MYW-6 mendapat packet daripada ISS ke stesen 9W2JDY-1. Seterusnya, stesen E20MZU-3 mendapat packet melalui ISS ke 9W2JDY-1.

Akhir sekali, YD0NXX mendapat packet melalui ISS ke 9W2CEH-3.

Pagi ini aktiviti aprs merangkumi tiga negara. Bertambah meriah aktiviti aprs merentas negara.

73, Jojet de 9W2DYA



VHF DXing E20MZU-7 to 9W2JDY-1 via ISS

Pagi ini aktiviti aprs dxing sangat aktif antara Malaysia dan Thailand.

Laluan pertama ISS hanya satu packet diperolehi oleh stesen E20MZU-7 ke stesen 9W2 JDY-1 di Kuantan melalui ISS.

Manakala, bagi laluan kedua pula banyak packet diperolehi stesen di HS land.

Stesen E22JMY-7 mendapat packet melalui ISS ke stesen E22JMY.

Seterusnya stesen E20MZU-3 peroleh packet melalui ISS ke stesen HS0BBD.

Sekali lagi, E20MZU-7 mendapat packet melalui ISS ke E22JMY.

Kemudian E22JMY-12 mendapat dua packet via ISS ke stesennya sendiri E22JMY. Ia juga mendapat packet melalui ISS dengan lebih jauh lagi ke Kuantan 9W2JDY-1.

Nampaknya stesen E22JMY sangat aktif dalam memburu packet melalui ISS masa kini.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen E22JMY mendominasi radio packet melalui ISS RS0ISS

Laluan ISS pertama  pada  malam tadi telah didominasikan oleh stesen dari HS Land. Aktiviti aprs pada malam itu telah dikuasai oleh mereka pada AOS Azimuth 231darjah dan berakhir LOS Azimuth 20 darjah. Bahasa mudahnya dari arah barat daya ke arah  timur laut.

Stesen pertama yang mendapat packet melalui ISS adalah E22JMY-7 ke E22JMY. Kemudian stesen E22JMY mendapat beacon daripada ISS.

Stesen kedua pula adalah E22JMY-12 mendapat packet melalui ISS sekali lagi ke E22JMY.

Manakala, stesen ketiga adalah HS6MYW-10 mendapat packet melalui ISS ke HS0BBD. Seterusnya E22JMY mendapat lagi beacon dari ISS. Bagi yang terakhir pula pada laluan ini sekali lagi stesen E22JMY-12 mendapat packet melalui ISS ke E22JMY.

Nampaknya malam ini tiada DXing kerana semua stesen berada dalam negara yang sama. Pada laluan kedua ISS juga masih didominasikan oleh E22JMY melalui stesennya E22JMY-7 dan E22JMY-12.

Kesimpulannya stesen E22JMY benar-benar menguji keupayaan stesennya untuk bekerja dengan ISS. Stesen dari Malaysia 9W2JDY-1 dan 9W2CEH-3 tidak nampak kelibatnya pada malam ini.

73, Jojet de 9W2DYA

National Field Day 2015 9M52BA Tasik Cempaka Bangi

Pada 22 Spetember 2015 aku berkesempatan mengunjungi NFD 9M52BA di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Pada tahun ini berkelapangan memudahkan aku melihat aktiviti Field day yang berlangsung selama dua hari.



Pada tahun ini ia dianjurkan oleh MARES, Pejabat Adun Bangi dan Jabatan Amal Selangor. Banyak lagi stesen seumpamanya dibuka sempena National Feild day pada tahun ini yang menggunakan callsign 9M52. Ahli daripada Jabatan Amal turut berkampung di sini untuk merasai suasana persediaan menghadapi situasi kecemasan dalam penggunaan radio komunikasi.




Mereka juga turut membantu menaikkan antena yang akan digunakan sepanjang dua hari. Aktiviti pada tahun ini turut disertai kumpulan SAKA Simplex V24 145.300MHz. Aku sendiripun tidak pernah mengetahui tentang kewujudan kumpulan ini. Bagus kerana ini merupakan cara untuk memperkenalkan kumpulan dan sanggup memberi bantuan jika saat diperlukan.



Suasana kawasan perkhemahan tempat berlangsungnya Field day yang dilihat begitu indah sekali. Malangnya ketika waktu malam dilaporkan nyamuk mendominasinya. Maka banyaklah ubat nyamuk dipasang ketika perhubungan komunikasi dilakukan.




Keliling bawah meja itu, sebenarnya dipasang ubat nyamuk untuk menghalau kehadirannya yang sangat mengganggu. Ketika tiba, beberapa stesen telahpun bersedia untuk CQ. Terdapat juga stesen yang masih dibuai mimpi maklumlah berjaga untuk mendapatkan contact yang banyak.




Stesen 9M2RHQ  Pak Rosli sedang sibuk mengendalikan radio disamping laptopnya. Manakala 9W2DSE Hisham sedang sibuk memanggil cq cq cq pada pagi itu. Zamri 9W2NMX turut baru tiba pada waktu pagi itu untuk memberi sokongan pada aktiviti ini.



Beberapa contact telah berjaya diperolehi sepanjang berlangsungnya Field day ini. Ketika 9.45 pagi kedengaran audio 9M2TEE Tee di Melaka turut membuka stesen di taman kawasan basenya di band 40m. Terima anda 59 loud and clear di Bangi.



Antena Yagi yang banyak berjasa dan amat sesuai untuk komunikasi kecemasan. Ia sangat mudah dibawa dan seterusnya pasang di mana-mana kawasan. Ia mampu menahan angin yang kencang dan terus berdiri megah tanpa ditumbangkan. Kekuatan sebegini amat diperlukan apabila ditegakkan dikawasan terpencil tanpa ada pelbagai kemudahan asas. Sebab itu Field day adalah medan menguji kelengkapan radas serta kecekapan stesen mengendalikannya dengan sumber  tenaga yang minimum.



Aku bukannya mahir sangat tentang teknikal tetapi pengetahuan yang sedikit dapat memahami betapa pentingnya fungsi sesuatu antena dalam komunikasi radio. Bantuan antena yang sesuai dari segi penggunaannya dapat melancarkan segala perhubungan ketika saat diperlukan.



Selain itu, ia mudah dipasang dan dapat menggunakan band yang sesuai untuk tujuan komunikasi kecemasan terutamanya di dalam negara seperti  kejadian banjir tahun lepas. Pengamal radio amatur telah diiktiraf memberi bantuan komunikasi kecemasan apabila sistem perhubungan telah terputus dan tidak dapat berfungsi dengan baik.



Radas yang digunakan juga perlulah sesuai dengan keadaan. Ini kerana ia perlu mudah dibawa serta dioperasikan.



Sewaktu kecemasan penggunaan sumber  tenaga adalah amat kurang dan terpaksa mengurangkan penggunaan kuasa. Gobox seperti diatas sangat sesuai dan mudah dibawa. Ketika berlangsungnya 2 meter Net Astra ia sangat berfungsi dengan baik. Bunyi audio sangat menarik dan jelas kerana pembesar suara yang ada digunakan.



Tepat jam 10.00 pagi pula, berlangsungnya 2 Meter Net Astra yang menggunakan special callsign 9M52BA. Pengawal rangkaian yang pertama pada pusingan pertama adalah kendalian Fitri 9W2FMC.



Acara mingguan 2 meter net diadakan adalah untuk menguji keupayaan pengulang bekerja. Di samping itu, dapat mengetahui sejauh mana capaian liputannya serta menguji radas dapat berfungsi dan bekerja dengan baik.



Antena VHF yang dapat berfungsi dengan baik bekerja Pengulang Genting 9M4RGH. Menggunakan pokok sebagai tapak bagi memastikan ia berdiri megah.



Pengendali rangkaian yang kedua 2 meter net Astra special callsign 9M52BA adalah kendalian Shahrul 9W2OCX. 2 meter net ini berlangsung dari Tasik Cempaka sehingga jam 12.30 tengahari. Syabas dan tahniah kepada pengendali yang begitu bersemangat dalam menjayakan National Field day 2015.

Kemudian aku kembali semula ke khemah HF untuk melihat aktivit yang berlangsung. Sempat juga duduk bersembang bersama elmers Pak Aziz 9M2AU dan 9M2RHQ Pak Rosli  tentang radio. Banyak pengetahuan dan pengalaman elmers dapat kita dengar dari perbualan mereka itu.



Perbincangan senario radio amatur dari penggubalan peraturan dan akta hinggalah pengalaman sebagai SWL. Pengalaman elmers sememangnya seronok didengar kerana dapat menambah pengetahuan dan pengalaman.

Zaman dahulu aktiviti radio amat berbeza berbanding pada masa kini. Cerita yang dikongsi itu serba sedikit telah memberi gambaran suasana ketika itu. Contohnya ujian CW pernah terhenti selepas Jabatan Telekom tidak mengendalikannya lagi. Sehinggalah diteruskan semula oleh SKMM untuk melahirkan lebih ramai pemegang lesen A.



Mereka juga berkongsi tip untuk lulus ujian CW. Kebanyakkan calon gagal adalah kerana tidak bersedia untuk menghadapinya. Benar kata-kata mereka kerana aku sendiri masih belum benar-benar bersedia untuk mengahadapinya ketika mengambil ujian beberapa tahun lalu.

Menurut elmers lagi, apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa mendengar cw setiap hari dalam masa 15 minit. Tempoh tiga bulan pasti kita dapat menguasainya tanpa memegang key untuk menghantar isyarat. Semasa ujian sebenar, secara automatik kita akan dapat menghantar selepas menguasainya melalui penguasaan pendengaran itu.



Menurut elmers lagi, pada zaman dahulu aktiviti SWL sangat menarik. Aktiviti monitoring sangat rancak kerana dapat mendengar pelbagai frekuensi di VHF mahupun HF. Tetapi pada masa kini aktiviti monitoring telah terhad kerana frekuensi telah coded dikunci dan diblok untuk menggelakkan dari dicuri dengar.



Malahan menurut 9M2RHQ band HF turut dikunci bagi mengelakkan dicuri dengar terutama yang membabitkan keselamatan. Menurut 9M2AU selepas lulus ujian CW belum tentu lesen dapat dikeluarkan kerana perlu tapisan pihak keselamatan. Selepas disah bersih barulah lesen dapat dikeluarkan kerana situasi pada zaman itu.

Pada masa kini banyak teknologi dapat digunakan bagi mempelajari tentang ilmu radio amatur. Sumber seperti media sosial dan internet memudahkan mendapat maklumat bagi mempelajar sesuatu terutama bagi mengahadapi peperiksaan radio amatur (RAE) dan CW. Berbanding zaman dahulu sukar mandapat maklumat dan sumber pendedahan tentang radio amatur.




Selepas 12.30 tengahari antena diturunkan serta peralatan radas dikemaskan menandakan stesen 9M52BA ditutup. Rakan lokalan Husni 9W2HUF turut tiba bagi megemas segala peralatan dibawah Jabatan Amal. Menurut beliau lagi ini adalah pendedahan kepada ahli dalam aktiviti radio amatur terutamanya persediaan bantuan komunikasi kecemasan. Baru-baru ini empat orang ahli telah lulus RAE dan layak memohon isyarat panggilan.



Ahli-ahli badan amal telah membantu menurun dan mengemas segala peralatan dan tempat. Pendedahan seperti ini memberi nilai tambah dan minat mereka terhadap radio amatur. Semangat untuk mempelajari sesuatu dapat dilihat dalam kesungguhan membantu tanpa meminta balasan. Sikap yang baik ini perlu diteruskan kerana ilmu radio amatur ini tidak akan habis kerana sentiasa ada perkara yang baru dapat dipelajari.




Membuka semula antena juga mengajar sikap bekerjasama dan kesabaran. Bagi diriku, ini juga pengalaman pertama melihat antena dibuka dan disimpan dengan baik. Setiap bahagian dibuka dan dipisahkan dengan baik dan cermat supaya setiap bahagian berada dalam keadaan sepatutnya. Setiap elemen juga ditanda dengan warna yang berbeza bagi memudahkan ia direkod dan dipasang semula.



Segala skru perlu dibuka dengan berhati-hati agar ia tidak hilang kerana pasti susah jika terdapat bahagian yang hilang. Teknik menggulung wayar dan kabel turut perlu dipelajari. Ini kerana perlu mempelajari teknik menggulung agar memudahkan kerja dilaksanakan.


Akhir kata, tahniah kepada pihak penganjur Mares yang berjaya melaksanakan acara tahunan National Field day. Tidak dilupakan juga kedua elmers 9M2AU dan 9M2RHQ yang sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta stesen lain yang berada di Tasik Cempaka ini. Tahniah semua...

73, Jojet de 9W2DYA

VHF DXing YB6DE-6 to E22JMY via ISS RS0ISS

Sebentar tadi aktiviti radio packet telah berlaku antara dua negara iaitu Sumatera dan Negara Thai.

Stesen YB6DE-6 mendapat packet melalui ISS ke E22JMY.
Kemudian stesen YB6DE-2 pula, mendapat packet melalui ISS sekali lagi ke E22JMY.

Seterusnya sekali lagi packet berulang dari YB6DE-6 ke E22JMY.
Stesen 9W2JDY-1 Kuantan mendapat packet 2 kali dari ISS.

Akhir sekali, E22JMY-7 mendapat packet ke E22JMY sendiri.

Nampaknya stesen YB6DE mengaktifkan stesen memburu packet melalui ISS. Malam semalam ia terus ke Kuantan.

73, Jojet de 9W2DYA

National Field Day 2015

Dear All Amateur Radio Members,
Malaysian Amateur Radio League (MARL), will be organizing 2015 National Field Day , for 24 hours beginning from Saturday, 19th September 2015, 8am until Saturday, 20th September 2015, 8am.
This event will also be held concurrently at a number of location throughout the country.
All station are requested to check in MALAYSIAN 40 Meter Net.
MARL welcomes all other Amateur Radio groups, clubs and societies also individuals, to set up their station at their respective states.
As a reminder, in the spirit of Field Day, ALL participating groups/clubs/society/individuals are requested to use ONLY BATTERIES OR GENERATOR SET to power up their stations and equipment.
MARL would like to call for all amateur radio members in the country to participate in this event. Those interested, kindly contact us at hq@marl.org.my. Kindly visit MARLFacebook page for up-to-date information.
We look forward for your participation in the 2015 National Field Day.

9M52FA Bukit Beruntung Field day station oleh 9M2RMT.


QSO bersama 9W2IRQ

Pada hari ini ketika portable di saltmine dapat aku menguji pancar dicalling channel 145.500MHz. Jam 5.57 petang aku cuba memanggil dan dijawab oleh Pak Idris 9W2IRQ di hentian rehat MEX highway. Ketika itu beliau berhenti untuk menunaikan tanggungjawab kepada Yang Esa.



Merujuk data Aprs.fi jarak antara kedua stesen adalah 11.1km. Beliau menggunakan kuasa pancaran 10watt dengan bantuan antena mobile Larsen. Beliau menerimaku readability 41.

Aku pula menerima beliau adalah readability 59 menggunakan handy dengan kuasa pancaran 4watt. Aku menggunakan antena quarterwave ground plane dengan ketinggian 6 meter.

Terima kasih Pak Idris dapat QSO pertama kali diudara yang sebelum ini dapat dilihat di aprs dan FB sahaja. Jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet de 9W2DYA

Inaugural Malaysian DXers Weekend 2015 (IMDX)

Pada 12 September 2015, aku berkesempatan mengikuti program IMDX di Port Dickson. Perjalanan dari base stesen ke RnR Nilai arah selatan adalah bertemu Hafiidz 9W2PAW. Hafiidz telah tiba awal seperti yang dijanjikan dan menungguku tiba untuk berkonvoi ke lokasi IMDX. Sempat juga memanggilnya di V40 sebelum tiba di RnR untuk berjumpanya kerana ini adalah pertemuan pertama kali.



Selepas bersalaman didaratan kamipun bergerak ke Port Dickson. Kami menggunakan handy bagi tujuan komunikasi bagi melancarkan  perjalanan.



Program hujung minggu yang dianjurkan Anak Muda Radio Amatur Negara (AMRAN) dengan kerjasama MARTS. Merujuk blog IMDX 2015 seramai 113 peserta telah mendaftar.



Program seperti ini sangat baik untuk menambah pengetahuan dan pengalaman terutamanya mengenai DXing. Kita dapat bertemu dan bertukar pendapat dan pengalaman bersama dengan DXer yang berpengalaman tinggi.



Ia juga sebagai batu loncatan untuk menarik minat pemegang lesen radio amatur menceburi dalam aktiviti DXing yang lebih mencabar dan mempunyai keseronokkan tersendiri. Aktiviti DXing memerlukan kesabaran yang tinggi seperti yang dinyatakan oleh 
pembentang 9W2WWW Azam.



Selepas sejam memandu kamipun tiba dilokasi  9M4CPD. Rupanya lokasi sebenar adalah bersebelahan sahaja di sebuah resort. Kelihatan beberapa jelopi yang mempunyai antena tinggi mengesahkan lagi lokasinya.




Kemudian terlihat pula kren yang dijadikan tiang bagi antena yagi yang sangat tinggi. Pergh... mesti dapat banyak contact jika antena setinggi ini diadakan.



Menjadi cita-cita setiap pengamal radio amatur mempunyai antena yang diletakkan setinggi boleh. Peluang lebih baik jika kedudukan antena diletakkan lebih tinggi dari paras bumi untuk mendapat stesen yang lebih jauh.



Kemudian kami mendaftar dimeja pendaftaran dan diberi goodies bag serta tag nama. Peserta masih tidak ramai yang tiba dan sempat berkenalan dengan beberapa stesen. Masa yang ada membolehkan aku meninjau diruang pameran yang disediakan oleh penganjur.



Aku tertarik dengan radio yang dipamerkan oleh Tacticom yang membariskan radio yang canggih untuk kegunaan pihak keselamatan. Weerut 9W2RUT telah memberi penerangan tentang kelebihan yang ada pada radio yang dipamerkan.



Ketiga-tiga radio ini mempunyai GPS dan boleh dikesan oleh pengguna radio yang lain di mana ia berada. Dua radio yang berbeza band dapat digabungkan dengan menggunakan crossgate.



Aksesori bagi melengkapkah fungsi radio turut dipamerkan. Pada jam 10.30 pagi diumumkan aktiviti akan bermula. Peserta semakin bertambah ramai menyebabkan suasana semakin meriah.
Pengacara majlis menjemput dipentas utama bermula dengan ucapan oleh wakil penganjur Pak Rosli 9M2RHQ.Kemudian diikuti oleh Presiden Marts 9M2IR Mohd Aris Bernawi.

 

Selepas ucapan tuan Presiden, Majlis penyampaian sijil Penghargaan oleh 9W2PD Rabin sempena program ARF DiREx 2015 yang di Pengerusikan oleh 9W2VVQ.


Credit Jaya 9W2BUG
Seterusnya pembentangan pertama oleh 9W2WWW Norzam tentang DXing di Malaysia. Pembentangan tentang aktiviti DXing di Malaysia yang mempunyai pelbagai cabaran dan keseronokkan tersendiri.


Saudara Azam menceritakan tentang pengalaman beliau melakukan aktiviti DXing dengan begitu menarik sekali. Malaysia menurut beliau adalah antara negara yang tersenarai dalam most wanted DXCC clublog. Jadi, stesen dari 9M land mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan dxer dari luar negara. Sebab itulah, aktiviti DXing sangat digalakkan dalam kalangan pengamal radio amatur untuk bekerja di band 10m dan 6m bagi pemegang lesen B.


Semasa pembentangn juga, Cikgu Hussairy 9W2VVH telah dianugerahkan Sijil WAMA oleh tuan Presiden Marts 9M2IR Aris. Pencapaian yang diberikan kepada stesen yang berjaya membuat contact kepada stesen di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. 


Award seperti WAMA adalah satu galakan kepada stesen untuk aktif mendapat contact dari stesen yang lain. Apabila terdapat award dan contest maka aktiviti DXing akan bertambah menaikkan semangat stesen untuk mengaktifkan diri menghubungi stesen yang lebih jauh hingga ke luar negara.



DXing juga adalah tempat mempromosikan nama negara dan mewakili negara sebagai duta kecil dalam kalangan dxer-dxer. Oleh itu, nama baik negara perlulah dijaga bagi meningkatkan imej dalam kalangan dxer-dxer. Maka kod etika DXing perlu diikuti dan dipatuhi bagi menunjukkan imej yang baik oleh dxer Malaysia.


Seorang DXer juga perlu banyak bersabar dan panjang akal bagi mendapat contact dari luar negara. Bukannya senang mendapat contact kerana banyak faktor yang membawa sesebuah kejayaan. Cabaran yang dihadapi itulah yang memberi satu kepuasan dan pengalaman yang sukar dicari. Walaupun teknologi terkini dengan bantuan internet tidaklah sama dengan merasai sendiri menggunakan gelombang radio yang sebenar. Kemahiran menggunakan antena, radas dan strategi yang baik kadangkala membuahkan hasil yang lumayan sehingga mendapat contact yang banyak.


Rizal 9M2RZL sanggup menunjukkan cara untuk tune antena magnetic loop yang mempunyai tiga band HF . Kemahiran tinggi dalam teknikal dapat membantu gelombang pergi lebih jauh dengan menggunakan pelbagai jenis antena yang sesuai. 



Walaupun bekerja di VHF 2 meter kita masih boleh melakukan dxing melalui satelit seperti SO-50 Saudisat dengan menggunakan antena cross yagi. Beberapa stesen dari Malaysia telah berjaya bekerja di SO-50 ke negara Thailand dan Indonesia. Kempunan hendak belajar dxing melalui SO-50 kerana terlepas laluannya pada pagi itu.



Antena dari kilang ini sangat mahal untuk memilikinya tetapi kita mesti panjang akal untuk membuat sendiri atau homebrew. 9W2EJT Izaddin menanyakan kepadaku bila nak bekerja di SO-50? Ejat sanggup ke Kulai untuk berjumpa dengan 9M2ZAK Zaki belajar tentang antena cross yagi ini. Itulah contoh penangan untuk melakukan dxing yang memerlukan kesabaran yang tinggi dan bijak dan panjang akal dalam menyelesaikan segala permasalahan.



Seorang dxer perlulah minat terhadap radio dan sanggup melakukan ujikaji dan percubaan bagi mencapai matlamat untuk mendapat contact sejauh mungkin. Tidak semestinya memilki radas dan antena yang begitu mahal. Namun dengan kebijaksanaan bereksperimen membolehkan mendapat contact walaupun mempunyai kuasa pancaran yang kecil. Itulah yang dinamakan panjang akal seperti abg Salehan 9W2SBD mendapat 100 DXCC dengan hanya QRP.


Selain itu, menurut 9W2WWW lagi dxing juga dan berkenalan dengan rakan ham luar negara. Kita juga dapat mengenal budaya dan dapat mengetahui lokasi sesebuah negara. Seperti mereka lebih mengenali Penang dan Singapore dari Malaysia sendiri.

Sungguh menarik pembentangan daripada 9W2WWW Azam tentang DXing yang menyarankan agar lebih ramai lagi pengamaal radio amatur bekerja di HF untuk dxing. Selepas sejam, pembentangan seterusnya adalah Cikgu Hussairy 9W2VVH pada jam 12.09 tengahari.




Cikgu Hussairy 9W2VVH membentangkan bertajuk Cabaran 10M band. Beliau menceritakan pengalaman pembabitan dalam radio amatur dari  JOTA di Kem Sardon Zubir hinggalah posting di Sabah memegang callsign 9W6VH.

Antara cabaran yang diceritakan adalah tentang QSO vs Propagasi yang kadang kala sukar mendapat contact. Ia dikatakan ada kaitan dengan pusingan 11 tahun Solar. Menurut beliau lagi, sekitar tahun 2007 adalah sukar mendapat contact. Namun demikian, mulai tahun 2008 propagasi bertambah baik dan seterusnya 2011 dan 2013 dianggap sebagai kemuncak pusiangan solar tersebut. Kini pada tahun 2015 merupakan fasa penurunan jumlah atau kekerapan QSO.


Seterusnya adalah cabaran untuk mendapatkan maklumat tentang 10M band. Cabaran dari maklumat sms sahaja hinggalah ke zaman internet. Selain itu, ramai pengamal radio amatur tidak mempunyai peralatan radas yang sesuai untuk 10M band yang terhad kepada kuasa pancaran 50 watt sahaja.

Namun sedemikian 10M band yang diberi kepada pemegang lesen B merupakan pembakar semangat untuk meneroka band yang lebih banyak lagi. Ramai yang berjaya dari kelas B telah menaik taraf ke lesen A. Ini adalah kerana hendak meneroka lebih banyak band dan pergi lebih jauh lagi.

Mereka juga aktif dalam memburu award dan menyertai banyak contest. Akibatnya juga telah melahirkan dxer-dxer yang menjadi tumpuan dunia. Contohnya 9M2M, 9M2SM, 9M2SE, 9M4SG, 9M2SI, 9M2SJ dan banyak lagi.




Malaysia 10M Group juga menjadi satu fenomena dengan jari 10. Menjadi wadah bertukar maklumat dan fikiran bagi penggemar 10M band. Sesungguhnya 10M band menjadi pembakar semangat untuk melahirkan ramai dxer-dxer.

Kemudian pembentang ketiga adalah mengenai IOTA Islands On The Air yang disampaikan oleh 9M2ESM Sham.




9M2ESM Sham sememangnya berpengalaman dalam dxpedisi ke pulau-pulau mengaktifkan IOTA. Banyak perkara-perkara tentang  IOTA diperhaluskan dan memberi penerangan yang jelas kepada para peserta. Sebab  itulah dengan  adanya award dan contest maka aktiviti radio ini dapat diaktifkan oleh pengamal radio seluruh dunia.

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...