LADAP PJK Air Terjun Sungai Perdik


Pada 5 September 2015 yang lalu, Panitia PJK SMKBTHO2 telah berjaya mengadakan LADAP PJK Pendidikan Luar di Hutan Lipur Hulu Perdik, Hulu Langat.



Aktiviti utama Ladap kali ini adalah trekking ke Air Terjun Sungai Perdik yang terletak 2.18km dari kawasan perkelahan. Sarapan beramai-ramai sebelum bertolak merupakan sesuatu yang menyeronokkan apabila nasi lemak yang dihidangkan itu sangat sedap.



Bendahari program bergambar keriangan sebelum menempuh perjalanan ke air terjun yang agak mencabar. Setiap peserta dibekalkan sebotol minuman bagi menghilangkan dahaga badan.



Bergambar kenangan semua peserta sebelum memulakan perjalanan yang dirasakan mencabar bagi guru-guru senior. Wajah kegembiraan terpancar menunjukkan betapa bersemangatnya untuk ke destinasi yang dituju. Sebelum ini konvoi bermula di Balai Polis Batu 18 Hulu Langat. Rata-rata guru tidak tahu tentang kewujudan Hutan Lipur Hulu Perdik ini.



Sesi taklimat tentang langkah keselamatan dan perjalanan disampaikan oleh saya sendiri selaku jurupandu. Guru boleh mengamalkannya apa yang disampaikan apabila mengendalikan program trekking kepada pelajar. Taklimat amat penting bagi melancarkan segala program yang dirancang. Kerjasama semua guru yang terlibat amatlah baik dan sangat dihargai. Terdapat kalangan peserta terdiri daripada anak guru yang begitu teruja untuk menempuh cabaran.



Lebih kurang jam 9.30 pagi perjalanan dimulakan ke tempat permulaan rintis selepas doa dibacakan oleh cikgu Azimin. Semasa sesi taklimat diberikan segerombolan pelajar MRSM Kuala Klawang telah melepasi kami ke destinasi yang sama. Kami melintasi sungai Perdik sebanyak tiga kali. Semasa melintasi sungai, dapat dilihat semangat kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain.



Nilai-nilai murni seperti ini sememangnya wujud apabila aktiviti Pendidikan Luar ini dilaksanakan kepada sesiapa sahaja. Cuaca pada pagi ini sangat baik walaupun tanah agak basah akibat hujan pada semalamnya. Apabila tanah agak lembap muncullah haiwan yang tidak digemari oleh semua oranga iaitu pacat. Seorang peserta telah kecundang sebelum memasuki rintis lagi kerana  haiwan kecil ini. Ini menyebabkan terpaksa berpatah balik ke base camp semula.



Base camp adalah tempat kami mengadakan aktivit BBQ dan makan tengahari. Beberapa orang guru yang tidak menyertai ke air terjun ditugaskan membakar dan menyediakan segala keperluan. Radio juga ditinggalkan di sini bagi memaklumkan segala pergerakan kami ke sana. Penerimaan dan pancaran agak baik sehingga boleh berkomunikasi hingga ke air terjun.



Selepas melintas sungai terakhir perjalanan diteruskan secara mendaki hingga ke air terjun. Sewaktu inilah keazaman dan kecekalan hati peserta diuji apabila menghadapi rintangan permukaan yang agak curam. Selain itu, kawasan buluh yang merentangi laluan memerlukan setiap peserta merangkak untuk melepasinya.



Saya ditanyakan beberapa kali oleh peserta dengan soalan bila nak sampai? Sayapun menjawab sikit lagi sampailah. Kedengaran riuh rendah suara pelajar MRSM tadi membuktikan bahawa destinasi yang dituju semakin hampiri. Wajah kegembiraan dan keseronokkan terpancar setelah menghadapi pelbagai rintangan setelah selamat sampai di air terjun. Laporan ke base stesen diberi memaklumkan semua peserta telah selamat sampai.



Kelihatan pelajar berbaju biru memenuhi ruang air terjun yang dingin itu.Suasana meriah dan hiruk-pikuk sekitar kawasan air terjun ini.



Wajah keriangan berbalas apabila melihat air terjun didepan mata setelah hampir sejam perjalanan. Saya merekodkan pergerakkan menggunakan aplikasi Runkeeper dan jarak yang direkodkan adalah 2.18km dalam masa 57:02. Kalori yang dibakar adalah sebanyak 325 kalori. Memang seronok apabila dapat melakukan trekking sambil dapat menjaga kecergasan dan kesihatan.



Air terjun yang masih terpelihara indah haruslah dijaga dan dikekalkan keindahannya bagi tatapan generasi masa hadapan. Air terjun ini jarang dikunjungi kerana ramai yang masih tidak tahu kewujudannya. Biasanya dikunjungi oleh peserta perkhemahan atau kursus di kem sekitar Sg Perdik.



Air terjun yang meluncur di atas batu sangat indah dilihat setelah menempuh dugaan dan cabaran. Semua orang akan merasa seronok setelah sampai tempat yang ditujui apabila disajikan dengan pemandangan yang indah nian.




Batu hamparan yang seolah-olah tempat bermandi-manda yang sesuai dan selesa kepada para pengunjung.  Ia tidaklah terlalu merbahaya  kerana dikelilingi oleh kolam-kolam kecil sahaja.
Banyak kes lemas adalah kerana air pusaran di kawasan lubuk dan kolam yang berarus deras.



Kejernihan air dan kedinginannya menggamit pengunjung untuk bermandi-manda dalam keseronokkan hingga lupa hendak pulang.



Keindahannya masih terpelihara dari pencemaran dan kemusnahan kerana ia jarang dikunjungi. Hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui tentang kewujudannya. Saya mengetahui tempat ini adalah dari rakan sekolah yang merupakan penduduk kampung disini. Kebiasaannya mereka lebih mudah mengenalkan sungai ini sebagai Peredek.



Dahulu penerokaan ke sini hanya melalui sungai sahaja. Tidak mengikut jalan balak yang begitu luas dan mudah. Apabila mengikut sungai banyaklah lubuk dan kolam ditemui dan sangat seronok untuk bermandi-manda. Sehinggalah bertemu kaki air terjun merupakan permulaan bagi air turun dari atas.



Selepas hampir sejam bermandi-manda dan menikmati keindahan air terjun, tiba giliran peserta untuk turun ke base stesen. Perjalanan turun lebih mencabar berbanding dengan pendakian tadi. Buluh yang merintangi laluan terpaksa ditempuhi semula. Sebenarnya kemunculan kumpulan JPJ Bangi  yang baru tiba di air terjun menyebabkan kami memberi laluan kepada mereka untuk bermandi-manda pula.












Suasana perjalanan pulang dengan kehadiran cahaya mentari yang banyak menyerlahkan lagi keindahan suasana hutan. Air yang mengalir lesu terdapat ikan berenang-renang tanpa diganggu. Sebelum memulakan perjalanan pulang, pengiraan semula peserta perlulah dibuat bagi memastikan tiada yang tertinggal atau hilang.



Segala barang peribadi dan peralatan perlulah diperiksa supaya tidak tertinggal ataupun hilang. Sampah yang dibawa hendaklah disimpan dan dibuang dibase camp. Bukannya ditinggalkan dikawasan air terjun yang indah dijaga. Amatlah rugi jika pengunjung tidak tahu menghargai keaslian dan keindahannya yang sukar dicari ditempat lain.



Pergerakan perjalanan perlulah terkawal bagi mengelakkan berlaku kes kehilangan atau sesat. Setiap ahli perlulah memastikan jarak yang tidak terlalu jauh dengan rakan dihadapan mahupun belakang. Jika berlaku terputus kumpulan pasti akan sukar yang boleh membawa kepada berpecahnya kumpulan menjadi dua atau kumpulan kecil yang lain. Tetapi dengan adanya komunikasi radio segala pergerakan dapat dipantau serta dikawal. Sweeper yang berada dibelakang sekali akan memastikan segala peralatan atau barang yang tertinggal akan dikutip kembali dan diserahkan kepada empunya barang.

 

Pemeriksaan semula dilakukan memastikan semua anggota berada didalam keadaan baik. Pada masa inilah, semua peserta mengambil kesempatan untuk berehat seketika melepaskan lelah.



Kesempatan juga diambil untuk menikamati keindahan persekitaran. Suasana yang berbeza sewaktu pergi dan pulang memberi seribu satu pengalaman. Pengalaman diperolehi dengan merasainya sendiri bukannya dengan hanya membaca. Sebab itulah Pendidikan Luar pembelajaran melalui pengalaman adalah satu kaedah yang paling menyeronokkan untuk diterokai terutamanya kepada para pelajar.



Selepas sejam berjalan semua peserta selamat kembali ke base stesen di sambut oleh Tuan Pengetua. Seronok rasanya program pada kali ini mendapat sokongan daripada pihak pentadbir sekolah.



Semua peserta melepaskan lelah terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan tengahari. Sudah pastilah ayam yang diperap dan dibakar menjadi santapan kerana masing-masing sudah kelaparan.



Sempat jugalah bergambar kenangan bersama PK Ko dan Tuan Pengetua sebelum perut diisikan. Terima kasih tidak terhingga kepada cikgu Ismail yang bertungkus-lumus menjadi cameramen pada program ini.



Berehat menikmati air sejuk menghilangkan dahaga disebelah sungai adalah saat sukar dilupakan. Air sungai yang jernih itu kelihatan ikan berenang-renang turut dapat menenangkan fikiran setelah menempuh cabaran sepanjang perjalanan turun.



Duduk bersimpuh seperti majlis kenduri merapatkan hubungan sesama guru yang mengikuti program ini. Makan bersama adalah wajib bagi setiap program bagi mengeratkan lagi kemesraan.



Walaupun penat mengharungi cabaran senyum ikhlas dilemparkan menunjukkan betapa seronoknya apabila dapat bersama beramah-mesra.



Walaupun keletihan mengharungi aktiviti, semangat kerjasama dan tolong -menolong tetap ditunjukkan. Inilah semangat ahli panitia PJK yang telah disemai sejak dari latihan dan sewaktu belajar dahulu di Maktab mahupun Universiti. Kelihatan bendahari pagi menghulurkan air kepada bendahari petang untuk menikmati teh tarik bagi menghilangkan dahaganya.



Akhir kata program ini berjaya mencapai matlamatnya dengan kerjasama yang sangat baik oleh semua peserta. Ahli panitia PJK bertungkus-lumus memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar. Tanpa kerjasama yang jitu pasti sukar untuk mencapai matlamatnya. Tahniah kepada Ketua Panitia Pn Nor Asiah yang berjaya mengemudi ahli-ahlinya hingga sempurna segala perancangan yang dirangka.

Tidak dilupa juga kepada pihak pentadbir terutama Tuan Pengetua Tn Haji Hasan serta Pen Kanan Pn Normalis dan juga Pen Kanan Ko En Muhamad Ridzuan yang sudi mengikuti program serta memberi sokongan kepada semua yang terlibat.

Kepada guru lain yang mengikutinya juga tidak dilupakan kerana memberi kerjasama yang sangat bagus dari mula hinggalah berakhirnya program setengah hari ini. Tanpa kerjasama yang diberikan pasti sukar program ini untuk dilaksanakan.

Tahniah semua, jumpa lagi program tahun hadapan yang lebih mencabar lagi.


2 comments:

  1. Assalamualaikum en zaiham. Saya muhammad pelajar USIM. Saya ingin 'get in contact' dengan en berkenaan tempat ini boleh?
    @ deadfight95@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Muhamad
    Email saya jojet76@gmail.com
    Tempat ni memang menarik

    ReplyDelete

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...