Imej SSTV dari ISS 28 Oktober 2023


 Laluan pertama ISS melintasi Pulau Borneo berjaya mendapat isyarat walaupun seketika. Hasilnya seperti di atas menggunakan hand-held sahaja.


Pemancaran ujikaji SSTV dari ISS hingga 30 Oktober 2023. Boleh mencubanya untuk mendekod imej ISS menggunakan aplikasi Robot36.


Jadual terkini pemancaran SSTV dari ISS. Aktiviti ujikaji berakhir hari Rabu ini 1 November 2023
.From October 27, 2023 to November 1, 2023, images will be transmitted from the ISS via the SSTV protocol
From October 27, 2023 to November 1, 2023, images will be transmitted from the International Space Station via the SSTV protocol as part of the “About Gagarin from Space” experiment.
The topic of the program is the first artificial Earth satellite, amateur radio satellites, school satellites.
SSTV images will be transmitted on 145.800 MHz using a Kenwood TM-D710 transceiver. They are expected to use the PD-120 SSTV format.
ATTENTION! THIS IS A TEST SHOW OF SSTV! IN THE EVENT OF EQUIPMENT FAILURE, THE SCHEDULE MAY CHANGE!
Schedule:
Start of transmission #1: October 27, 2023 at ~12:15 UTC.
End of transmission #1: October 29, 2023 at ~18:50 UTC.
Start of transmission #2: October 31, 2023 at ~10:05 UTC.
End of transmission #2: November 01, 2023 at ~18:10 UTC.
Attention! Date and time may change. Stay tuned for updates on this page!



Selama Mencuba SSTV!

73, Jojet de 9w2dya

Hanif 9W2VHF dapat lesen oppa


 Pada 9 Oktober 2023, Hanif 9W2VHF telah berjaya menemui belon KLIA oppa buat pertama kalinya.


Jatuh berdekatan kampung Batu Untung, Banting. Kawasan persekitaran tempat kebiasaan belon KLIA mendarat sebelum terjun ke laut. Pecah awal, bolehlah belon mendarat ke daratan. Sementara, tak boleh pecah awal terus dengan laju menuju ke Selat Melaka. Koordinat 2.69465 darjah Utara dan 101.49936 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir adalah 343m dan ketinggian maksimum 21,946m.

credit 9W2VHF

Hanif 9W2VHF bersama hasil pencarian peranti dan belon ditangan. Mengenakan vest pemantul cahaya walaupun siang hari sebagai langkah keselamatan.

credit 9W2VHF

Oppa pertama berjaya dalam genggaman Hanif 9W2VHF.

credit 9W2VHF

Antena sensor berfungsi mendapatkan data-data cuaca semasa dilepaskan ke atmosfera.


Peranti ditemui di atas rumput yang telah diracun.

credit 9W2VHF
Belon elok tergantung pada pelepah kelapa sawit antara baris pokok.

credit 9W2VHF

Jarak 45.2 oppa yang ditemui bagi altitud ketinggian terakhir 343m. Tahniah kepada Hanif 9W2VHF berjaya menemui oppa secara solo.

73, Jojet de 9w2dya

Stesen 9M2CKG dapat lesen Oppa


 Pada 30 September 2023 yang lalu, Naim 9M2CKG telah berjaya mendapat lesen oppa. Radiosond 2302103087 telah jatuh di Jenderak Selatan.


Altitud ketinggian terakhir adalah 198m dan ketinggian maksimum 30,796m. Koordinat 3.63897 darjah Utara dan 102.31297 darjah Timur.

credit 9M2CKG
Radiosond oppa mendarat elok berhampiran tanah. Mudahlah hendak mengambilnya berbanding jikalau tersangkut pada dahan pokok.

credit 9M2CKG

Belon dan peranti jatuh di longgokan pelepah kelapa sawit. Tahniah Cikgu Naim atas penemuan radiosond oppa yang pertama buat diri.

73, Jojet de 9w2dya

9M2RPN calling OR4ISS 2023


 Stesen 9M2RPN Planetarium Negara berjaya menghubungi Stesen OR4ISS Stesen Angkasa lepas Antarabangsa (ISS) seperti yang dijadualkan.


Perhubungan komunikasi 9M2RPN Stesen Mikrosatelit Planetarium Negara menghubungi OR4ISS di ISS dijawab oleh Angkasawan KG5GCZ Andreas Mogensen.

Bagi melihat di You tube mengikut link ini:


Selamat Menonton. Tahniah kepada murid Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju, Seksyen 2 berjaya menanyakan soalan kepada Angkasawan ISS. Peluang seumur hidup ini sukar dicari ganti.

73, Jojet de 9w2dya

ARISS contact bersama murid SK Wangsa Maju 2023


 Contact Upcoming with Malaysia!

International Space Station commander Andreas Morgensen will talk with students at Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2 in Kuala Lumpur, Malaysia via #HamRadio. Scheduled for Wed. 11-Oct at 11:12 UTC | 7:12 AM ET | 19:11 MYT while the ISS is over SE Asia. Listen on 145.800 MHz.

ARISS contact merupakan aktiviti yang dinanti-nantikan sejak memegang lesen radio amatur. Apa taknya? Perhubungan bersama angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa bersama murid-murid melalui Stesen 9M2RPN stesen mikro satelit Planetarium Negara.

Jangan lepaskan peluang memantau di frekuensi 145.800MHz. Mohon jangan mengganggu kacau frekuensi ini hanya sekadar monitor sahaja. Detik ini sukar diperolehi untuk berkomunikasi dengan angkawasan di ISS. Temu janjinya memakan masa yang agak lama bagi mendapat jadual berkomunikasi dengan ISS.

Oleh itu, gunakanlah kesempatan yang ada untuk mendengar soalan-soalan yang ditujukan kepada astronaut Andreas Mogensen KG5GCZ oleh murid SK Wangsa Maju Seksyen 2.

Peristiwa bersejarah ini akan berlangsung pada hari Rabu bertarikh 11 Oktober 2023. Contact akan bermula jam 19:11 malam waktu maghrib. Itulah waktu ketika ISS melintasi Malaysia yang sesuai untuk berkomunikasi.

Stesen 9M2RPN akan memanggil isyarat panggilan ISS OR4ISS. Kebiasaan koordinator stesen mikro satelit Planetarium akan membuat panggilan ketika ISS mula memasuki laluan di atas Semenanjung Malaysia. Setelah Angkasawan ISS memberi respon yang baik barulah mikrofon diberikan kepada setiap murid untuk mengajukan soalan. Kebiasaannya ia memakan masa dalam 10 minit sebelum ISS menghilang jauh.

Rakan ham seluruh Asia Tenggara turut dapat memantau perbualan bersama ISS ini. Jadi bersedialah dengan radio masing-masing bagi mengikuti peristiwa bersejarah ini.

Penulis pernah beberapa kali menyaksikan peristiwa ini di stesen 9M2RPN. Ketika itu mendiang Sangat Singh 9M2SS mengendalikan program ini menghulurkan mikrofon kepada setiap murid. Murid beratur dengan soalan masing-masing. Kemudian Angkasawan terbabit akan menjawab setiap soalan yang diajukan kepadanya dengan begitu pantas. Maklumlah laluan ISS berjalan dalam jangka masa 10 minit.

Jikalau tidak dapat ke Planetarium bersedia dengan hand-held untuk memantau di frekuensi 145.800MHz. Pernah menunggu dari awal pagi atau tengah malam, atau petang ketika di saltmine. Semuanya bergantung kepada laluan ISS di atas Semenanjung Malaysia. Ia berlaku pada bulan Oktober sempena minggu angkasa lepas antarabangsa.

Selamat Monitor ISS!

73, Jojet de 9w2dya

Ujian Pemancaran SSTV di frekuensi 144.200MHz


 Jam 10.00 malam sebentar tadi telah diadakan ujian pemancaran SSTV oleh abg Ayub 9W2VDN di Putrajaya. Berjaya menyahdekod sebanyak dua kali. Berdasarkan perancangan abg Ayub menghantar sebanyak tiga kali. Mungkin sebab QRM hanya dua imej SSTV dapat diterima. Imej diatas merupakan menyahdekod yang pertama kali. Sangat baik penerimaan isyarat menghasilkan imej yang sangat cantik.


Imej yang kedua diterima, kemungkinan pemancaran terakhir oleh abg Ayub 9W2VDN. Imej yang kedua ini agak goyang sedikit, namun masih jelas kelihatan. Berkerja seperti siang tadi menggunakan hand-held UV-K5 bersama antena Nagoya NA-771.Penerimaan dari dalam rumah tingkat satu menghadap Putrajaya dari Bangi Lama.

Tangkap layar Robot36 merupakan aplikasi yang digunakan bagi menyahdekod imej SSTV. Jumlah keseluruhan aktiviti SSTV hari ini berjaya mendapat 13 imej. Tujuan ujipancar ini adalah kerana Abg Ayub 9W2VDN akan memancarkan SSTV sekali lagi untuk suatu aktiviti pada masa akan datang. Bolehlah siap siaga setelah tarikh aktiviti diadakan.

Selamat menyahdekod SSTV!

73, Jojet de 9w2dya

Berjaya menyahdekod isyarat SSTV hari terakhir.


 Hari ini berjaya menyahdekod isyarat SSTV yang dipancarkan melalui pengulang MARTS linking. Berjaya mendapat 11 imej pada hari ini. Hanya imej 1/6 tidak berjaya dinyahdekod kerana masalah teknikal pada aplikasi Robot36. Selepas berjaya mengatasinya percubaan pertama jam 11 pagi mendapat 4 imej.



Imej 2/6 berjaya menyahdekod dengan lengkapnya selepas masalah teknikal diatasi. Bekerja menggunakan hand-held UV-K5 bersama antena Nagoya NA-771. Aplikasi Robot36 untuk menyahdekod yang dilakukan di dalam rumah tingkat 1. Penerimaan isyarat SSTV yang baik melalui frekuensi 147.900MHz di Genting Highlands ke Bangi.


Imej 3/6 berjaya mendapat tiga imej. Paparan Hari Terbuka Planetarium Negara pada 28 Oktober 2023. Jangan lepaskan peluang untuk ke sana memandang sebelum ini kerja pembaikan giat dijalankan.


Imej 4/6 pula, memaparkan Pencerapan Gerhana Bulan Separa pada 29 Oktober 2023. Boleh datang pada tarikh tersebut jam 3 pagi. Imej ini berjaya menyahdekod sebanyak dua kali.


Imej 5/6 menunjukkan National Space Challenge. Sempena Minggu Angkasa Dunia aktiviti seperti ini boleh menarik minat masyarakat tentang dunia angkasa lepas yang perlu diterokai. Imej yang dinyahdekod sebanyak dua kali juga.


Imej terakhir 6/6 menunjukkan ahli MARTS bergambar kenangan. Gamabar ini berjaya diperolehi sebanyak 3 kali. Tahniah kepada MARTS dan Planetarium atas kejayaan menganjur aktiviti SSTV seperti ini. Kepelbagaian  aktiviti seperti ini, sudah pastilah berjaya menarik minat masyarakat tentang teknologi angkasa serta komunikasi.

Bagi stesen yang ingin menuntut SSTV Awards boleh memgisi maklumat pada pautan di bawah.

Berita baik buat penggiat dan peminat Radio Amatur, bersempena dengan sambutan Minggu Angkasa Sedunia dan buat julung-julung kalinya Planetarium Negara dengan kerjasama Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society - MARTS akan mengadakan World Space Week 2023 SSTV AWARDS pada ketetapan berikut : Tarikh : 7 dan 8 Oktober 2023 Masa : 11:00 pagi dan 2:00 petang Frekuensi : MARTS Linking Repeaters, MALAYSIA Aktiviti ini dibuka kepada semua orang ramai termasuk para penggiat radio amatur tempatan. Para peserta hanya perlu menala (tuning) kepada stesen repeater berhampiran dengan menggunakkan set radio amatur, dan menggunakkan PC / telefon pintar untuk menyahdekod (decoding) isyarat SSTV. Borang penyertaan : https://forms.gle/4X3j9tDYr1JVevB47 Tutorial SSTV : https://www.youtube.com/watch?v=TLR3FFqc_oo Setiap penyertaan yang berjaya akan menerima e-sijil penyertaan dari pihak Planetarium Negara dan Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society - MARTS. Mulakan misi anda untuk memburu SSTV, selamat mencuba dan semoga berjaya! 😊

Selamat Mendapatkan Awards SSTV

73, Jojet de 9w2dya

Belon IMS Paya Lebar tidak pecah

credit 9M2ZAK

 Belon IMS Paya Lebar malam ini tidak pecah. Ia pecah seawal altitud ketinggian 3,803m sahaja. Altitud ketinggian terakhir hanya 46m sahaja. Ia sangat rendah!

credit 9W2PRX

Belon ini telah jatuh di Jalan Senai Airport City, Tanpa berlengah Tim SAR Selatan bergegas ke tempat kejadian.

credit 9M2ZAK

Aksi swl Akmal memegang belon yang masih tidak pecah. Jarang sekali berpeluang menjulang belon masih berisi gas. Tahniah Tim SAR Selatan berjaya menemui belon IMS tanpa pecah pada malam ini.


Siang tadi juga Family Hunter yang diterajui oleh stesen Fitri 9W2FVC berjaya menemui belon Kuantan di Jengka 14. Boleh saksikan video rakaman Fitri 9W2FVC saat-saat belon Kuantan ditemui.

Tahniah kepada kedua Tim SAR Selatan dan Tim SAR Kuantan berjaya menemui belon masing-masing.

Selamat memburu belon!

73, Jojet de 9w2dya

SSTV Awards sempena World Space Week 2023


 Hari ini dan esok aktiviti mendekod imej SSTV dari MARTS linking telah berjalan. Beberapa stesen berjaya menerima imej SSTV yang dipancarkan dari pengulang MARTS linking.


Boleh mencuba mendekod imej menggunakan aplikasi yang sesuai untuk mendekod SSTV. Tinggal dua peluang sahaja lagi bagi esok hari Ahad 8 Oktober 2023. Applikasi Robot36 adalah yang paling mudah digunakan. Ia akan mendekod secara automatik setelah kedengaran audio SSTV keluar dari corong radio. Gunakan frekuensi pengulang MARTS linking berhampiran untuk mendapatkan imej SSTV tersebut pada jam 11.00 pagi dan 2.00 petang.


Senarai frekuensi pengulang MARTS linking terdapat pada gambar di atas. Pastikan frekuensi yang berdasarkan lokasi semasa ia dipancarkan.


Bagi yang ingin mendapatkan SSTV Awards, boleh merujuka kepada panduan di atas. Semoga percubaan menyahkod imej berjaya. Ia pasti menyeronokkan jikalau mendapat imej yang paling sempurna. Pastikan isyarat yang diterima tiada gangguan frekuensi radio. Jikalau terganggu pasti imej yang diterima tidak sempurna.

Selamat Mencuba SSTV!

73, Jojet de 9w2dya

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...