Route Tour Semenanjung 9M2OOO

Jentera dah ready untuk Jelajah Semenanjung selama 11 hari bermula esok 7.30pagi, 28 November 2019 dari Masjid Putrajaya dan penamat di Masjid Putrajaya juga pada 8 December 2019. Semoga dipermudahkan.. Amin..

*CADANGAN ROUTE TOUR SEMENANJUNG 28 NOV - 8 DIS 2019*
- 4 RIDER
- Kalau jumpa tengah jalan kasi pin pin ya.. hihi..

*HARI PERTAMA*
*28/11/2019 - KHAMIS*

7.30am -
Masjid Putrajaya
Nilai (breakfast)
Masjid Jamek Seremban
Masjid Negeri Sembilan
Kompleks Muzium Negeri Sembilan
Kg. Penajis
Muzium Replika Astana Raja Melewar
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
Masjid Tanah (lunch)
Pantai Klebang
Muzium Kapal Selam
Kg. Morten
Masjid Kg Hulu
The Stadthuys
Kota A Famosa
Masjid Selat
Masjid Al-Azim
Check in Melaka *Rumah Komeng*

*HARI KEDUA*
*29/11/2019 - JUMAAT* 

TBC (breakfast)
Galeri Darurat Bukit Kepong
Kg Desa Temu Jodoh
Tugu Mahkota Batu Pahat
Batu Pahat (lunch)
Pantai Minyak Beku
Tanjung Piai
Istana Bukit Serene
Padang Sri Gelam
Masjid Sultan Abu Bakar
Pejabat Pos Besar Johor Bahru
Bangunan Sultan Ibrahim
Stadium Larkin
Check in Johor Bahru
*Hotel Seri Malaysia*

*HARI KETIGA*
*30/11/2019 - SABTU*

TBC (breakfast)
Kg Makam
Muzium Kota Tinggi
Paya Biru Lok Heng
Kuala Rompin (lunch)
Muzium Sultan Abu Bakar
Muzium Masjid Sultan Abdullah
Masjid Sultan Ahmad Shah
Muzium Seni Pahang
Pantai Teluk Chempedak
Pantai Pelindung
Pantai Batu Hitam
Pantai Balok
Check-in Kuantan
*Hotel Seri Malaysia*

*HARI KEEMPAT*
*01/12/2019 - AHAD*

TBC (breakfast)
Memorial Batu Bersurat
Kg Tok Imam Lapar
Masjid Tengku Tengah Zaharah
Pantai Batu Buruk
Kuala Terengganu (lunch)
Kota Lama Duyung
Bukit Puteri
Pasar Payang
Masjid Abidin (Masjid Putih)
Terengganu Draw Bridge
Miami Beach
K.Terengganu Waterfront
Check-in Kuala Terengganu
*Hotel Seri Malaysia*

*HARI KELIMA*
*02/12/2019 - ISNIN*

TBC (breakfast)
Surau Langgar Rindu
Masjid Lapan Kubah (Masjid Russia)
Pantai Melawi
Pantai Irama
Istana Bunian
Rumah Api Pantai Senok
Masjid Ar-Rahman
Restoran Nasi Ulam Cikgu (lunch)
Masjid Muhammadi
Muzium Islam
Muzium Perang Bank Kerapu
Menara Jam Tambatan DiRaja
Gerbang Sultan Ismail Petra
Istana Balai Besar
Pasar Besar Siti Khadijah
Street Art Kota Bharu
Bazar Tok Guru
Gelanggang Seni
Check in Kota Bahru
*Rumah Rosyam Yess*

*HARI KEENAM*
*03/12/2019- SELASA*
     
Kopitiam Kita (breakfast)
Masjid Kg Laut
Guillemard Bridge
Rest Stop Titiwangsa (lunch)
Masjid Negeri Arau
Check in Kangar

*HARI KETUJUH*
*04/12/2019 - RABU*

TBC (breakfast)
Masjid Al-Hussain
Muzium Kota Kayang
Masjid Alwi
Empangan Timah Tasoh
Istana & Galeri DiRaja Arau
Nat Pokok Getah
Ladang Nipah Kipli (lunch)
Rumah Merdeka
Masjid Zahir
Muzium DiRaja Kedah
Balai Seni Negeri Kedah
Rumah Kelahiran Tun Mahathir
Pekan Rabu
Masjid Al-Bukhary
Memorial Tunku Abdul Rahman
Muzium Negeri Kedah
Menara Alor Setar
Check in Alor Setar

*HARI KELAPAN*
*05/12/2019 - KHAMIS*

TBC (breakfast)
Kota Sarang Semut
Kg Bakar Kapor
Terminal feri Sultan Abdul Halim
Terminal feri Raja Tun Uda
Penang Street Art
Muzium Kamera
Masjid Kapitan Keling
Lebuh Campbell (lunch)
Fort Conwallis
Padang Kota Lama
Rumah Agam Cheong Fatt Tze
Rumah Kelahiran P.Ramlee
Masjid Negeri P.Pinang
Muzium Perang
Kg Seronok
Check in Penang

*HARI KE SEMBILAN*
*06/12/2019-JUMAAT*
     
TBC breakfast)
Boon Siew Honda Penang
Taman Tasik Taiping
Galeri Sultan Azlan Shah
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Kuala Kangsar (lunch)
Victoria Bridge
Tasek Cermin
Pokok Ipoh
Mural Arts Lane
Check In Ipoh

*HARI KE SEPULUH*
*07/12/2019 - SABTU*

TBC (breakfast)
Kellie's Castle
Tour Cameron Highlands
Tanah Rata (lunch)
Check in Cameron Highlands

*HARI KE SEBELAS*
*08/12/2019 - AHAD*

TBC (breakfast)
Kompleks Sejarah Pasir Salak
Menara Condong Teluk Intan
Kuala Selangor (lunch)
Kota Tanjung Keramat
Bukit Melawati
Bukit Selangor
Pantai Remis
Masjid Putrajaya

#GIVI
#GiviAsia
#GiviMalaysia
#GiviExploreEnjoy
#Givista
#GivistaCommunity
#GiviRider
credit 9M2OOO

credit 9M2OOO
credit 9M2OOO

Rakan ham cikgu Kayrol Afendy 9M2OOO telah memulakan pengembaraan bermotosikal mengelilingi Semenanjung. Xpdc bermula dari Masjid Putra, Putrajaya.

Beliau turut mengaktifkan 9M2OOO-6 boleh diikuti di aprs.fi sepanjang perjalanan beliau itu. Semoga perjalanan selamat pergi dan pulang dengan jayanya. Ketika artikel ini ditulis kelihatan 9M2OOO-6 berhenti di Nilai untuk sarapan berdasarkan tentatif yang diberi.

Boleh juga ikuti perkembangan pengembaraan ini melalui FB Kayrol Afendy.

73, Jojet de 9W2DYA

AMSAT-MY SSTV PARTY

📡📡AMSAT-MY SSTV PARTY🎉🎉

Tarikh Masa: 30 November 2019, Sabtu, 14:00-17:00 MST.

Frekuensi / Band / Mod : 144.700 MHz / 2M / FM - F3A

Format SSTV : PD120

Tx dijangka meliputi kawasan berikut dan daerah-daerah di sekitarnya :

1.Lembah Klang
2.Pulau Pinang
3.Bera, Pahang
4.Ledang, Johor
5.Jerai, Kedah
6.Kuala Pilah, Negeri Sembilan
7.Miri, Sarawak
8.Kuching, Sarawak
9.Sandakan, Sabah

Cara Penyertaan :

1. Nyahkod dengan jelas dan sebaik mungkin 10 (SEPULUH) imej SSTV yang akan dipancarkan.

2.  Letakkan 'watermark' CALLSIGN anda atau NAMA PENUH bagi SWL dan GRID lokasi.

3. Isi borang penyertaan di pautan http://tiny.cc/SSTVPARTY2019 dan muat naik 2 (DUA) imej TERBAIK dalam masa 24 jam untuk penilaian (Award) dan Sijil Penyertaan.


4. Muat naik dan kongsi semua imej SSTV yang diterima ke Facebook AMSAT-MY dengan hashtag #MYSSTVPARTY2019 dalam masa 24 jam.

5. Awards akan diberikan kepada 5 (LIMA) peserta yang berjaya menyahkod imej terbaik.

Semoga Berjaya !

Perhimpunan Pengakap Laut Kebangsaan Kali ke-4 2019


Semalam berkesempatan berkunjung ke Kelab Tasik Putrajaya untuk mengikuti aktiviti 4th National Seaboree. Oleh kerana Putrajaya berhampiran dengan base station maka kesempatan ini tidak boleh dilepaskan.



Pelbagai aktiviti menarik berkaitan dengan Pengakap Laut diadakan. Ilmu maritime perlu ada dalam jiwa setiap ahli. Ini penting ketika melakukan aktiviti di air. Tanpa ilmu yang cukup, pasti kesukaran dalam menghadapi sebarang situasi.


Pemilihan lokasi perhimpunan yang ke-4 ini amat sesuai. Kelab Tasik Putrajaya mempunyai kemudahan yang lengkap bagi sukan air. Peralatan dan kemudahannya terkini dan lengkap seperti kayak, perahu layar, kenu, gimnasium, surau, pelantar serta restoran.


Peserta Seaboree ini, berkhemah di sebelah kelab iaitu Pangkalan Polis Marin. Hampir 500 peserta berkumpul pada kali ini, terdiri daripada Pengakap Laut seluruh negara. Mereka melakukan aktiviti mendapat ilmu dan pengalaman yang sangat berharga.


Khemah pameran dari Jabatan Laut, UniKL, ALAM turut mengambil bahagian pada Seaboree ini. Peserta boleh mendapat pengatahuan tentang peranan agensi serta kemudahan serta fungsi berkaitan dengan ilmu maritime.


Pasti khemah Komunikasi Radio Marin menjadi sasaranku. Komunikasi radio sangat penting kepada pengguna kenderaan laut. Kelihatan di meja terdapat dua radio shack serta antena magmount. Turut kelihatan beberapa hand-helds untuk kegunaan komunikasi bagi aktiviti ini. Keyer untuk morse code juga dipamerkan.


Ada rakan pemimpin yang sangat teruja melihat keyer itu. Ia biasa melihat di filem perang sewaktu tentera menggunakan isyarat morse code menghantar berita. Kemudian, Kevin 9M2KEV yang menjaga aktiviti di sini menunjukan dan memperdengarkan setiap bunyi mengikut abjad kepada beliau.



Walaupun ini bukannya contoh set radio marin, pendedahan terhadap peralatan seperti ini amat penting kepada pengetahuan peserta. Set radio seperti ini lebih luas penggunaan frekuensinya


Selain Kevin 9M2KEV, dua rakan yang ditemui di sini ialah Fauzan 9W2FOR dan Jaya 9W2BUG. Ketika aku tiba di sini, Kevin 9M2KEV sedang menerima berita dari setiap kapal yang terdiri daripada kumpulan peserta melakukan simulasi komunikasi radio kecemasan.


Setiap kumpulan dengan menggunakan hand-helds bergerak ke tempat yang disukai untuk melaporkan berita. Semangat kerjasama berkumpulan dapat ditonjolkan melalui perbincangan dalam simulasi ini. Mereka perlu mencari idea bagi melaporkan setiap perkara yang dikehendaki. Laporan perlulah jelas dan tepat agar berita dapat diterima dengan baik oleh pihak penerima berita di` Port'


Antena J-Pole turut dipacak di khemah Komunikasi Radio Marin.


Tidak ketinggalan juga, HF20A wire antena turut digunakan diikat di jajaran batang pokok sebelah khemah.


Fauzan 9W2FOR memberi taklimat tentang aktiviti simulasi radio kecemasan kepada peserta. Taklimat tentang perkara-perkara yang perlu disampaikan apabila mengalami situasi kecemasan berada di air. Contoh situasi kecemasan yang dijawab peserta adalah, kapal bocor, enjin rosak, kemalangan, kecederaan, terjatuh laut, kebakaran dan lain-lain lagi. Paling lucu diserang jerung.


Setiap ahli kumpulan harus memberi tumpuan sepenuhnya. Ini kerana maklumat setiap perkara adalah amat penting dalam melaporkan situasi kecemasan. Pelapor mestilah memberi maklumat tepat dan jelas. Tidak terlalu laju ketika menyampaikan berita dan serius serta tidak bermain-main.


Idea kreatif terpaksa digunakan bagi menggambarkan situasi dengan beberapa panduan yang perlu diikuti dalam menyampaikan berita. Pengetahuan membaca carta laut dan pengetahuan  belajar disekolah turut dapat digunakan serta dipraktikkan.
Saluran 16 dalam radio Marin digunakan untuk membuat distress call. Frekuensi 156.800MHz

Antara perkara-perkara yang perlu disampaikan dalam situasi kecemasan di laut:

Sebut May Day sebanyak 3 kali terlebih dahulu.
1. Nama kapal atau bot sebut 3 kali
2. Posisi atau kedudukan
3. Nyatakan masalah yang berlaku
4. Jumlah atau bilangan di dalam kapal atau bot
5. Jenis kapal atau kenderaan
6. Keadaan persekitaran
7. Perancangan yang ingin dilakukan.


Selepas berjaya menghantar berita setiap kapal dalam kumpulan pulang ke `Port` semula untuk sesi debriefing. Kevin 9M2KEV mengulas semula aktiviti yang telah berlaku. Memaklumkan tentang perkara yang telah dilakukan oleh kumpulan tadi. Sesi ini penting bagi proses pembelajaran serta dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap kumpulan.


Bersebelahan khemah komunikasi radio marin adalah aktiviti penerangan peralatan selam skuba. Jurulatih bertauliah menerangkan setiap peralatan yang digunakan. Kelihatan dibelakang terdapat pokok itu antena wire direntangkan. Khemah-khemah yang banyak merupakan kawasan Pangkalan Polis Marin.


Khemah merah ini pula untuk aktiviti Alat Bantuan Apungan, Pengujian Kualiti Air, carta pelayaran dan Perubahan iklim. 
Semua aktiviti ini dapat menambah pengetahuan baru kepada peserta.


Manakala, dilaluan joging yang dirimbuni pokok-pokok turut beberapa aktiviti dijalankan.


Peserta turut didedahkan dengan ilmu kod morse. Aktiviti ini biasanya ada ketika JOTA. Bagi yang biasa mengikuti JOTA pasti sudah terbiasa mendengar kod morse disampaikan. Bagi yang sudah mahir, pastikan akan menyertai pertandingan kod morse yang diadakan.


Kod morse sangat penting untuk dikuasai dan sangat berfaedah untuk kecemasan juga. Abjad A dit dah Abjad B Dah dit dit dit.
Bagi ingin menguasainya perlu biasa mendengar setiap bunyi abjad itu. Bukannya menghafal setiap bilangan dit dah itu. Kemahiran mendengar iramanya yang sepatutnya bagi seseorang menjadi mahir. Inilah perkongsian Kevin 9M2KEV sewaktu menunujukkan kepada rakan pemimpin tadi.


Kod morse digambarkan dalam bentuk abjad bagi memudahkan mengingatnya.


Satu lagi aktiviti menarik menggunakan sejenis alat tiupan. Setiap pagi alat ini ditiup diperdengarkan keseluruh kem.


Jurulatih terlebih dahulu menunjukkan bahagian-bahagian alat tersebut. Kemudian menunjukkan cara meniupnya serta memegangnya.



Jurulatih menunjukkan bunyi high note dan low note. Perbezaan bunyi dihasilkan melalui cara memegangnya.



Satu lagi aktiviti yang menarik perhatian adalah Sound Signal. Bunyi kapal ketika di pelabuhan atau di laut memberi makna tertentu.


Satu bentuk komunikasi yang baik untuk dipelajari oleh Pengakap Laut. Setiap bunyi adalah memberi arahan tertentu kepada yang menerimanya. Selepas jurulatih menunjuk beberapa contoh bunyi itu. Peserta kemudian turut mencubanya. Contoh kapal hala ke kiri atau ke kanan ada bunyi yang berbeza.


Seterusnya aktiviti Kod Fonetik yang digunakan secara standard di peringkat antarabangsa. Peserta mengingatkan setiap fonetik abjad dari abjad A hinggalah ke abjad Z. Zulu Alpha India Hotel Alpha Mike adalah kod fonetik untuk nama saya.


Kelihatan setiap peserta menghafal setiap fonetik untuk melengkapkan aktiviti ini. Seperti biasa selepas menyelesaikan segala tugasan atau aktiviti di setiap stesen. Kad aktiviti peserta akan dichop oleh pengendali stesen aktiviti tersebut.


Stesen terakhir di trek jogging yang menyamankan adalah Isyarat Bendera atau Semaphore. Turut sering dijalankan sewaktu JOTA.


Penggunaan bendera yang turut memberi maksud tertentu. Satu bentuk komunikasi yang harus dipelajari setiap Pengakap. Walaupun dunia semakin canggih dengan teknologi. Namun, ilmu dan pengetahuan bentuk-bentuk komunikasi seperti aktiviti yang dijalankan adalah sangat baik dan penting dipelajari. 


Aktiviti air yang menjadi tumpuan peserta adalah kayak. Jurulatih akan menunjukkan terlebih dahulu teknik yang betul.


Kayak sit on top menjadi pilihan penganjur di Kelab Tasik Putrajaya.


Peserta pertandingan kayak berkayuh ke garisan permulaan. Menjadi tumpuan peserta setiap kali pertandingan diadakan. Ini dapat memeriahkan suasana Seaboree kali ini.


Suasana di gigi air dipenuhi peserta walaupun cuaca panas terik. Kelihatan dibelakang merupakan Masjid Putra. Peserta menunggu giliran untuk melakukan aktiviti seterusnya  dengan penuh kesabaran.


Aktiviti melempar tali menyelamat amat harus dipelajari. Ini dapat menurankan lagi kes mati kelemasan di air. Mempelajari teknik menyelamat seperti ini dapat membantu saat kecemasan.


Mempelajari dari jurulatih bertauliah amat menguntungkan. Mereka adalah orang selayaknya menurunkan ilmu kepada peserta. Segala arahan perlu dipatuhi kerana aktiviti air sangat merbahaya.


Suasana tapak perkehamahan pada perhimpunan kali ini di Pangkalan Polis Marin Putrajaya. Tidak dilupa juga pasukan Bomba yang turut menjaga keselamatan setiap peserta bagi aktiviti air.


Sesungguhnya perhimpunan ini amat memberi banyak faedah dan pengalaman kepada setiap peserta. Aktiviti berpengakap sentiasa mengikuti arus zaman dan sentiasa mendapat perhatian pada setiap golongan umur.


Aktiviti Simulator kapal turut mendapat perhatian. Maklumlah zaman ict generasi sekarang terdedah dengan gajet-gajet dan perisian yang mencambah minda.



Selepas bersalaman dengan Fauzan 9W2FOR dan Kevin 9M2KEV. Memandu jelopi pulang ke base. Sepanjang perjalanan QSO bersama Pak Hasan 9W2CLA di V38 145.475MHz.

Jumpa dan Jumpa lagi.
73, Jojet de 9W2DYA 

Igate 9W4GOT-1 Putrajaya ke Bangi 9WDYA-3 dan 9W2DYA-1

Igate 9W4GOT-1 Putrajaya sangat penting kepada 2 digipeater 9W2DYA-1 dan 9W2DYA-3 bagi menerima packet.


Pada malam ini propagasi sangat baik memboleh packet diterima dari Bangi dengan baik sekali bagi kedua stesen.


Jarak sebenar Bangi ke Putrajaya Precint 18 adalah 8.7km. Sebenar tnc 9W2DYA-1 turut berada di Bangi bukannya di Batu 10 Cheras.


9W2KHE-5 terbang AK6423 Penang ke Johor Bharu


Pesawat Air Asia AK6423 penerbangan dari Penang ke Johor Bharu dinaiki oleh 9W2KHE-5. Data terakhir menunjukkan kelajuan pesawat tersebut adalah 845km/h bearing 151° dengan altitud 9518m. Ketika itu diruang udara melepasi Ipoh pada jam 20:06:41 Screenshot diambil jam 20:35 masih tiada pergerakan selepas itu kemungkinan sudah selamat mendarat.

73 Jojet de 9W2DYA

Ladies Net Simplex 145.475MHz (V38)

Assalamualaikum wbt.

9M4CPY 9M4CPY 9M4CPY

LADIES NET SIMPLEX 145.4750 (V38)

*Putrajaya Amateur Radio Community* akan mengadakan acara 2m net pada :

Tarikh : 16.11.2019 (Sabtu)
Jam.   : 2100hrs (9mlm)
CS.      : 9M4CPY
Operator : 9W2CLH & 9W2MSE
QTH.  : Putrajaya.

Acara ini dijalankan untuk memastikan rangkaian simplex antara kawasan dapat mencapai & memastikan setup station berada dlm keadaan sempurna.

Menjemput rakan rakan yang berkelapangan untuk turut serta dalam acara ini.

Jangan lupa ye semua, Che Ta & Mak Ani menunggu tau!!

73

Eyeball bersama Abg Shah 9W2EJE


Malam tadi semasa balik dari Cheras ke base monitor di Marts lingking. Kedengaran Tn Haji Din Mega 9W2DGA qso dijalur. Hasil perbualan bersama stesen lain, beliau sedang mobile ke Bukit Mahkota untuk eyeball.


Bukit Mahkota sebelah sahaja dengan base station. Bolehlah bereyeball bersama rakan-rakan pada malam itu. Sampai di UKM beliau QSY ke V22. Hanya kedengaran audio beliau sahaja di corong radio. Terus memandu ke Bukit Mahkota yang tidak pasti lokasinya.


Bukan susahpun hendak cari rakan radio. Ronda-ronda cari kedai kemudian tengok jelopi yang ada antena yang tinggi-tinggi. Pasti di situlah QTH pada malam itu. Ternyata betullah, apabila kelihatan di parkir jelopi tertera 9W2DGA.


QTH eyeball di kedai Big Wok. Walaupun bersebelahan dengan base. Inilah pertama kali berkunjung ke situ.


Hanya Tn Haji Din Mega yang dikenali di situ. Lebih-lebih lagi beliau memakai baju Nesrac senang untuk mengenali beliau. Stesen lain pernah jumpa 9W2VQL yang merupakan tuan rumah pada malam itu. Base beliau di Seksyen 5 Bukit Mahkota.


Stesen yang diraikan pada malam itu adalah Abg Shah 9W2EJE lokalan Jitra. Beliau berkursus di Bangi dan sebelum pulang eyeball bersama rakan Bangi. Bersalaman didaratan pula bersama rakan yang selalu QSO. Peluang sebegini sememangnya tidak dilepaskan walau dimanapun berada. Ini dapat menguatkan ukhwah sesama rakan ham.


Selain dua stesen yang ku kenali itu, stesen lain pertama kali bersalaman didaratan ialah 9W2HXO, 9W2NQH dan swl PRPCU.


Kemudian menyusul beberapa stesen iaitu 9W2VXM, 9W2SGJ dan terakhir 9W2XEZ bagi melengkapkan 10 stesen eyeball.


Tradisi meletak hand-helds di atas meja diteruskan. Barulah eyeball namanya. Lambang rakan ham berkumpul berjumpa bertukar fikiran dan pandangan serta berkongsi ilmu terkini serta perkembangan semasa.


Macam-macam model disusun untuk diambil gambar sebagai kenangan. Seiring dengan perkembangan teknologi, handy ini juga turut berubah mengikut teknologi terkini dari analog hinggalah teknologi digital. Semua ikut kemampuan dan minat untuk memiliki sesuatu model. Mula yang termurah hinggalah yang mahal bergantung pada individu itu sendiri.


Banyak perkara dibincangkan serta dikongsikan bersama bagi kemajuan radio amatur. Ini dapat bertukar-tukar fikiran dan idea serta berkongsi pengalaman masing-masing.


Ini juga dapat mengumpulkan rakan lokalan bagi persediaan jika terjadi sesuatu perkara yang tidak dingini dapat dibantu.


Sesungguhnya eyeball ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama rakan ham.


73, Jojet de 9W2DYA

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...