Radiosonde DFM09P 19026452 terbang di Selat Melaka


Pagi ini muncul lagi radiosonde DFM09P 19026452 yang terbang di Selat Melaka diperairan antarabangsa. Bersebelah peraiaran Selangor berhampiran Sekinchan dan Tanjung Karang. Hari kedua berturut belon DFM09P muncul. Semalam di Laut China Selatan, manakala pagi ini muncul di Selat Melaka pula.


Jam 7:24 pagi mencapai altitud ketinggian 9273m di koordinat 3.41759 darjah Utara dan 100.47196 darjah Timur. Frekuensi 402.031MHz. Stesen radiosonde Space Exploration berjaya mencerapnya.


Jam 7:49 pagi mencapai altitud ketinggian 13,731m pada koordinat 3.35317 darjah Utara dan 100.40375 darjah Timur. Frekuensi 402.03MHz. Stesen radiosonde yang berjaya mencerap adalah 9M2TPT di Sungai Buloh.




Jam 7:51 pagi telah muncul belon KLIA D22028957 altitud ketinggian 6428m. Terdapat dua belon pagi ini di sebelah negeri Selangor.

Jam 8:16 pagi telah mencapai altitud ketinggian 17,986m pada koordinat 3.32309 darjah Utara dan 100.1647 darjah Timur. Frekuensi 402.025MHz.

Jam 8:37 pagi berjaya hingga altitud ketinggian 21,709m pada koordinat 3.31387 darjah Utara dan 100.22046 darjah Timur. Frekuensi 402.028MHz.


Jam 9:23 pagi telah mencapai altitud ketinggian 31,373m pada koordinat 3.2703 darjah Utara dan 100.42877 darjah Timur. Frekuensi 402.031MHz diterima readability 5/9 dari Bangi.


Jam 9:50 pagi mencapai ketinggian maksimum 36,368m. Belon telah pecah selepas melepasi ketinggian itu. Mungkin jatuh di kawasan laut antarabangsa Selat Melaka. Semalm di Mersing altitud ketinggian mencapai 37,229m manakala hari ini 36,368m. Melebihi 35 ribu meter ketinggian yang dicapai untuk model DFM09P.

73, Jojet de 9w2dya


Yatt 9W2MFE berjaya dapat radiosonde D22028608 di Tanjung 12


 Belon KLIA yang jatuh pagi tadi berjaya dicari oleh Yatt 9W2MFE di ladang kelapa sawit Tanjung 12. Koordinat 2.75725 darjah Utara dan 101.60188 darjah Timur.

Credit 9W2MFE

Altitud ketinggian terakhir 134m dan ketinggian maksimum adalah 28,506m. Yatt 9W2MFE menunjukkan hasil tangkapan pagi tadi.


Video rakaman Yatt 9W2MFE menunjukkan kawasan persekitaran lokasi belon dijumpai.

Credit 9W2MFE

Kelihatan belon pecah sepenuhnya bagi altitud ketinggian maksimum 28,506m. Peranti masih aktif ketika dijumpai.

Credit 9W2MFE

Keadaan belon ketika ditemui terlindung dengan tumbuhan liar dan paku-pakis kelihatan di situ.

Credit 9W2MFE

Jarak 49.3m merupakan jarak ke titik akhir bagi altitud ketinggian terakhir 134m.

Credit 9W2MFE

Lampu led merah dan kuning menyala menandakan isyarat masih lagi aktif.

Credit 9W2MFE

Keadaan peranti yang tertonggeng di batang kayu menghadap tanah. Nasib baik isyarat masih lagi aktif. Pasti boleh mengesannya menggunakan radio.



Satu lagi video rakaman oleh Yatt 9W2MFE. Beliau menceritakan sewaktu peranti ditemui setelah ke titik akhir. Bergerak ke hadapan lgi dalam 50m baru ia ditemui. Tahniah Yatt 9W2MFE atas kejayaan pagi ini.

73, Jojet de 9w2dya

Radiosonde DFM09P 19026362 Terbang berhampiran Taman Laut Sultan Iskandar

Awal pagi tadi muncul belon dari Laut China Selatan. Radiosonde DFM09P 19026362 muncul menghampiri Taman Laut Sultan Iskandar. Stesen radiosonde sebelah Johor berjaya mengesan kehadirannya.
 

Frekuensi yang digunakan adalah 402.031MHz. Tak sempat nak memantau pagi tadi jikalau isyarat dapat diterima dari Bangi. Masih mencari jawapan pihak mana yang sering melepaskan belon DFM09P dari laut China Selatan ini.


Ia menghala ke barat arah Semenanjung Malaysia. Jika mendarat didaratan sudah pasti diburu oleh Tim SAR Selatan bagi menambahkan lagi koleksi model radiosonde yang baru.

Jam 9:14 pagi kali terakhir memantau dal altitud ketinggian 8459m. Tidak pasti sama ada ia aktif semula hingga altitud yang paling rendah selepas itu. Ketinggian maksimum yang dicapai adalah 37,229m. Menghampiri 40 ribu meter sangat tinggi penerbangannya. Tunggu esok jikalau ada lgi kemunculan dari Laut China Selatan ini.

73, Jojet de 9w2dya

Radiosonde D22028674 tergantung pada pelepah sawit


 Belon KLIA radiosonde D22028674 telah tergantung pada pelepah sawit bertinggian 35 meter. Jatuh jam 9:25 pagi tadi bertarikh 4 Disember 2022. Altitud ketinggian terakhir adalah 342m dan ketinggian maksimum adalah 27,355m.


Isyarat dapat diterima dari simpang Masjid KLIA lagi sebelum ke titik akhir di Jalan Bandar Seri Ehsan 1. Lokasinya belakang kawasan rumah teres yang sedang dalam pembinaan.











 






Berjaya jumpa tiga daripada enam Misi SAR


 Hari ini berjaya melancarkan enam misi SAR belon KLIA. Tiga daripadanya berjaya ditemui. Namun satu hanya jumpa belon dan benang sahaja. Mungkin pekerja ladang sawit mengambilnya atau monyet telah mengganggunya.

Belon KLIA sebelah menjadi sasaran utama sebelum mencari yang lain. Belon-belon ini disimpan dalam tempoh seminggu sebelum keluar mencarinya. Maklumlah setiap hari semua pemburu belon ada tugasan masing-masing. Hanya hujung minggu bagi yang berkelapangan boleh turun mencarinya.


Pagi ini, belon KLIA jatuh di Kg Hulu Chuchoh. Memandu dari Bangi terus melalui Litar Sepang sebelum melalui jalan pintas yang tidak berapa nak elok. Tiba dititik akhir kedengaran isyarat berjaya ditangkap keluar corong radio. Jarak 224m di atas merupakan jarak kereta diletakkan ke titik akhir. Meletak kereta ditepi jalan. Tanpa berlengah terus mengaktifkan rdzTTGOsonde bagi mendapatkan koordinat terbaru.

















Misi ke-2 Radiosonde D22028648




Misi ke-3 Radiosonde D22028626





Misi ke-4 Radiosonde D22028638




Misi ke-5 Radiosonde 22028607

















Misi ke-6 Radiosonde D22028502









Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...