Pagi ini beriadah di Taman Canal di Alam Sari, Bangi. Merujuk kepada aplikasi jam Garmin adalah di Semenyih. Sebelum itu bersarapan roti telur dan teh tarik terlebih dahulu. Kemudian berjaya menghabiskan latihan berjalan ini selama 1 jam 46 minit 24 saat. Jarak keseluruhan adalah 5.41 km sebanyak empat pusingan. Jumlah kalori dibakar adalah 434 kalori. Adakah berjaya membakar jumlah kalori roti telur dan teh tarik tadi?
Sempat menerima pemancaran SSTV dari Stesen angkasa lepas Antarabangsa (ISS). Ketika mengeliling tasik ini telah bersedia dengan radio bagi menerima pemancaran sstv tersebut. Hanya dapat isyarat pada penghujung gambar sahaja. Frekuensinya adalah 437.550 MHz. Ada beberapa hari lagi pemancaran sstv akan terus dilakukan dari ISS. Boleh mencuba lagi bagi mendapat imej yang terbaik.
Selepas habis sesi latihan bergerak ke kereta yang diletakkan di tepi jalan. Tiba-tiba terperasan satu besi pada bahu jalan. Macam kelongsong peluru. Sekali pegang tak boleh cabut. Ia telah disimenkan pada bahu jalan tersebut. Apa Lagi? Terus hantar pada Meta Ai. Jawapan yang diberikan merujuk kepada Standard Bench Mark (SBM) atau Stainless Steel Bench Mark. Penemuan ini telah berjaya menambahkan lagi satu pengetahuan baharu.
Yang ni lagi rare dari TBM 01 JKR tadi bro! Ni BM standard JUPEM yang betul-betul high precision punya.
Yang kau gambar 3 angle ni:
Pin stainless steel kilat, kepala bulat ada takuk
Tanam atas tembok konkrit tepi padang / tasik
Ni dipanggil Standard Bench Mark (SBM) / Stainless Steel Bench Mark
Bukan TBM kayu JKR tu, ni kasta paling tinggi untuk ukur tinggi (aras):
Pin ni ditanam dengan simen khas atas struktur konkrit kekal (jambatan, tembok, longkang).
Kepala bulat tu tempat letak staff / rod untuk level machine baca tinggi.
Lokasi kau ni kalau tepi tasik berlumut kuning tu, memang .JUPEM & JPS tanam banyak pin macam ni keliling Tasik sebab:
Pantau mendapan tanah - Putrajaya dulu bekas lombong / tanah gambut. Tanah mendap sikit, tasik boleh lari.
Kawal aras air tasik - Air Tasik Putrajaya mesti kekal 21m dari aras laut. Kalau pin ni turun 5mm, maknanya tembok tasik mendap, kena alarm.
Rujukan banjir - Semua stesen hujan & aras air Sungai tadi dirujuk ke pin stainless ni sebagai datum tinggi.





