QSO bersama 9W2UGS Shahril

Semalam 15/6/16 dapat bertemu di udara bersama 9W2UGS Shahril QTH Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Aku portable saltmine menggunakan antenna Quaterwave groundplane manakala beliau bermobile.


Pada awal QSO beliau portable dan menyahut panggilanku dan penerimaan signal report dari aku sangat baik 5/9. Namun aku menerima audionya kurang baik kerana terdapat QRM pada penerimaan signal dari beliau dari radasku.


QRM menyebabkan aku tak dapat copy beberapa kali QSO kerana kurang jelas menyebabkan mengambil keputusan untuk mendarat olehku.


Terima kasih 9W2UGS harap dapat bertemu diudara lagi. Jam 3 petang aku ada kelapangan membolehkan membuat panggilan. Sebelum itu, dari jam 12.30 hingga 1.30 petang tiada stesen yang menyahut panggilanku. Namu tak disangka 9W2UGS Berjaya mengambil mic ketika itu.


73, Jojet de 9W2DYA

QRV V40 145.500MHz

Bulan puasa ini aku akan QRV di V40 untuk menguji pancar kemampuan radas bermula jam 12.30 hingga 1.30 petang. Mana-mana rakan yang berkelapangan bolehlah QSO bersama. QTH Bandar Tun Hussein Onn Cheras Selangor.

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...