Misi Mencari Radiosonde D20052384 Berjaya di Kg Kanchong Tengah

 

Credit 9W2SMF
Malam tadi berjaya mencari belon radiosonde D20052384 bersama Abg Mike fox 9W2SMF dan Hanif 9W2VHF di Kg Kanchong Tengah, Banting.

Credit 9M2ZAK
Jatuh pada koordinat 2 darjah 45.31' Utara dan 101 darjah 29.93' Timur. Altitud ketinggian terakhir 51m dengan bearing 222 darjah. Detik terakhir jam 21:12 bertarikh 25 Januari 2022. Grafik dari Zak 9M2ZAK menunjukkan jarak 15.8m ia jatuh dari titik terakhir.

Credit 9M2ZAK

Memandu dari Cheras melalui Dengkil ke Kg Kanchong Tengah. Berkumpul di Jalan Serai. Kami sampai lebih kurang tempoh yang sama walaupun destinasi lain tempat datangnya.

Credit 9W2DVZ

Stesen 9W2DYA-10 telah dipantau oleh rakan-rakan dalam group misi malam tadi. Aktiviti mencari sentiasa dipantau rakan untuk mengikuti perkembangan secara langsung. Aprs medium yang sering kami guna bagi menentukan kedudukan terkini secara langsung.

Credit 9M2ZAK

Pemantauan oleh Zak 9M2ZAK menggunakan peta google satelit. Jejak stesen 9W2DYA-10 turut kelihatan. Persoalan mereka melihat kami berkumpul. Titik ramalan jatuh turut telah diletakkan pada 2.754767 dan 101.498497. Manakala koordinat belon jatuh pada 2.75513 dan 101.49879.

Credit 9M2ZAK

Kami menggunakan jalan di hadapan berdekatan dengan deretan rumah. Berhenti berdekatan simpang tiga di Jalan Serai. Meletak jelopi di tepi jalan bawah sinaran lampu jalan yang terang. Boleh menyiapkan keperluan di situ dengan senang.


Abg Mike fox 9W2SMF sedang memasukkan koordinat pada aplikasi GPS Waypoint Finder. Oleh kerana isyarat belon radiosonde ini masih aktif, maka koordinat dapat dicari menggunakan mysonde ttgo. Peranti kecil molek berkeupayaan mengesan koordinat radisonde dengan tepat. Keperluan yang wajib dimiliki oleh pemburu belon di malam hari semasa isyarat masih lagi aktif.


Berpandukan koordinat yang telah dikesan oleh mysonde ttgo itu, dapat mengetahui lokasi belon ini berada. Setelah bersedia dengan kelengkapan, kamipun masuk memburu melalui tepi rumah. Masuk bertemankan lampu suluh setiap seorang. Abg mike mengetui misi pencarian berpandu GPS Waypoint Finder.

Credit 9W2SMF

Berjalan dengan penuh berhati-hati memasuki kawasan kebun sawit. Kebunnya bersih dan kemas memudahkan tugas pencarian. Terpaksa melangkah parit yang kering untuk sampai ke titik koordinat.

Credit 9M2ZAK
Tiba dikawasan yang dijangka jatuh, mencari dikawasan sekitar. Namun tidak menemui sebarang tanda. Abg Mike fox telah scan sekali lagi mendapat kedudukan yang tepat. Malangnya kawasan tidak mendapat isyarat setelah antena dicabut. Jadi sememangnya ia tidak berada di situ.

Credit 9W2SMF

Kali ini bergerak berpatah balik melintas parit semula untuk arah ke hadapan sedikit. Hanif 9W2VHF berpandukan isyarat radiosonde terus bergerak mengesan bunyi yang semakin kuat. Ternyata radiosonde yang bernyala lampu merahnya berada di depan mata. Jatuh atas tanah dengan benang tergantung dari atas pokok sawit.

Credit 9W2SMF
Belon pula tersangkut pada pelepah sawit dalam keadaan basah serta belon hijau masih berisi gas sedikit. Kedudukan belon berada di belakang kami atau arah selatan. Kebiasaan yang dijumpai kedudukan belon pasti dihadapan peranti radiosonde itu. Kemudian Hanif 9W2VHF mengemas belon untuk dibawa keluar. Benang diputuskan memudahkan dibawa keluar. Kami mengikut laluan hingga tiba di jalan besar tempat parkir kereta.

Credit 9W2VHF

Ada dua orang anak muda lepak ditepi jalan terkejut dengan kehadiran kami bertiga keluar dari kebun sawit. Memaklumkan bahawa kami berjaya mencari belon yang dilepaskan dari KLIA. Mereka pelik dan seolah tidak percaya apa yang diberitahu.

Kerjasama yang padu membuahkan hasil misi pada kali ini. Kamipun keluar untuk minum disebuah gerai tepi jalan hala ke Banting. Membuat post mortem adalah rutin setiap kali misi dijalankan.

73, Jojet de 9w2dya

Belon Radiosonde D20054270 jatuh di Banting


 Pada malam ini jam 21:08 belon radiosonde D20054270 telah jatuh di Banting. Lokasi merujuk peta google satelit jatuh kawasan hutan. Altitud ketinggian terakhir hanya 69m sahaja. Terlalu rendah pasti ketepatan jatuhan pasti tinggi. Namun kawasan hutan menjadi halangan besar untuk menjumpainya.


Bearing 216 darjah menghala ke barat daya boleh menjadi panduan ketika mencarinya. Koordinat 2 darjah 45.22 Utara dan 101 darjah 34.38' Timur.

Credit 9W2VHF

Semalam turut diadakan misi mencari belon radiosonde di Pulau Carey bersama Hanif 9W2VHF. Misi kedua mencari belon-belon rdiosonde yang masih belum ditemui di Pulau Carey. Stesen 9W2VHF-6 telah diaktifkan di pantai berdekatan lokasi pendaratan belon radiosonde D20052319. Percubaan ketiga mencari belon ini, namun gagal menemui sebarang tanda.

Credit 9W2VHF

Stesen 9W2VHF-6 mendapat packet melalui 9M2RKK-3 Bukit Lanjan ke Igate 9M4GCJ-1. Koordinat belon D20052319 adalah 2 darjah 50.83' Utara dan 101 darjah 17.52' Timur. Mengikut bearing 144 darjah hingga ke titik 2 darjah 50.79' Utara dan 101 darjah 17.54' Timur. Namun, masih gagal menemui sebarang tanda. Kawasan ini dipenuhi kayu-kayu mati dan kering. Pokok renek tiada tali benang terjuntai.

Credit 9W2VHF
Jam 17:35 berada di Masjid Darul Tahsis turut berjaya  mendapat packet. Kali ini melalui digipeater 9M2RKK-3 ke igate 9W2XDD-1



Belon Radiosonde D20050785 jatuh di Pulau Carey


 Belon radiosonde D20050785 telah jatuh di Pulau Carey pada malam ini jam 21:56. Altitud ketinggian terakhir adalah 469m. Bearing 95 darjah ke timur di atas jalan tanah merah kawasan ladang kelapa sawit.


Koordinat 2 darjah 52.56' Utara dan 101 darjah 18.95' Timur. Pada 9 Januari 2022 yang telah sampai di tapak pendaratan ini. Kami meletak kereta berhampiran dengan titik terakhir malam ini. Ketika itu mencari belon radiosonde D20052410 koordinat 2 darjah 52.65' Utara dan 101 darjah 18.03' Timur. Namun gagal pada misi waktu itu.


Pada malam ini, jalan yang sama jatuh sekali lagi. Sangat dikhuatiri ada orang akan mengambilnya kerana kemungkinan jatuh di atas jalan itu. Mungkin esok Hanif 9W2VHF akan melancarkan misi mencari dan menyelamat pada esok pagi.


Sebelah jalan tersebut terdapat parit. Bukan mmusim banjir air tidaklah terlalu dalam. Kederasan airnya agak laju juga walaupun tidak terlalu tinggi parasnya. Harap tidak jatuh ke dalam parit itu.

Credit 9W2SMF

Sondehub menjangkakan belon jatuh berdekatan dengan simpang jalan. Jatuh tepi sawit agak selamat berbanding atas jalan. Ia akan tersorok dari pandangan mata kecuali pekerja yang membuat pekerjaan di ladang itu.

Misi Mencari Radiosonde D20052320 Berjaya di Shah Alam


 Hari ini berjaya mencari radiosonde D20052320 di Shah Alam. Belon ini jatuh pada 18 Disember 2021 sewaktu banjir besar melanda Selangor dan negeri lain. Nasib baik peranti radiosonde ini tidak dihanyutkan banjir. Genap sebulan belon ini dijumpai pada hari ini. Kuat untuk mencarinya disebabkan altitud ketinggian terakhir 108m. Paling rendah antara pencarian sebelum ini.


Jatuh berdekatan trek keretapi dan juga tepi sungai. Kawasan rentis tnb yang terdapat kebun sayur berdekatan kuil. Itulah lokasi persekitaran kawasan pendaratan belon ini. Jadi, bolehlah mencarinya tidak berada di kawasan perumahan. Namun meletak kereta di Jalan Rotan Sega 18/19 di Seksyen 18, Shah Alam.


Bersiap sedia seperti biasa bersama beg mengandungi 2 botol air dan sebuah radio. Turut tab yang mengaktifkan stesen 9W2DYA-10. Memandangkan dikelilingi kawasan pembangunan. Tiada masalah liputan talian telefon dan data. Berjalan di tepi kuil beserta dekat kebun sayur. Bertegur sapa tuan punya kebun. Sedia maklum tujuan kehadiran. Maklumlah minggu lepas dua orang turut mencari belon namun tidak menjumpainya. Menunjukkan jalan ke trek keretapi berdekatan kuil yang lebih kecil.


Hanif 9W2VHF dan Yatt 9W2MFE telah cuba mencarinya minggu lepas. Sukar memasuki titik terakhir kerana semak. Tiba di kuil kecil berdekatan kontena, berjumpa dengan seorang lelaki India. Bertanyakan jalan ke trek keretapi. Sambil tangan menujuk ke arah kebun di belakang. Kemudian masuk ke kiri hingga jumpa sungai melalui dicelah-celah kawasan kebun. Akupun mengikut arahannya sambil memeriksa koordinat titik terakhir pada jam garmin.


Titik terakhir berjaya dikesan melalui jam garmin. Sebelum itu, melalui kawasan kebun bersebelahan trek keretapi. Melihat kawasan sekitar namun tidak menemui sebarang tanda. Bearing terakhir 300 darjah. Jadi, belon pasti jatuh ke arah barat laut. Masuk semula ke kawasan belukar untuk melihat pada kanopi pokok. Tiada sebarang tanda juga.


Mencari-cari dan meninjau di lantai dan sekitarnya. Namun tiada juga jumpa barang yang di cari. Turun semula ke bawah dari kawasan tebing tinggi sebelah trek keretapi itu.Berjalan kelur semula ke kawasan kebun beberapa meter.


Memeriksa setiap sudut kawasan kebun ini. Jalan menghala ke pondok semula. Tiba-tiba terlihat benang yang merentangi pokok yang agak panjang. Kali ini, benang merentangi beberapa pokok. Menjadi kebiasaan ikut benang ke mana arah tujuannya. Pasti di situlah peranti yang terakhir akan dijumpai. Ternyata peranti berada dibawah rumput lalang bersemak. Selak dan ambil gambar kemudian merekod data. Koordinat sangat perlu diambil bagi membuat perbandingan berapa jauh dari titik akhir hingga kawasan yang dijumpai.


Menarik-narik benang untuk melihat ke mana ia berakhir. Benang berada di hadapan peranti, namun berjaya melihat ia terbelit di atas pokok yang mati. Malangnya tiada belon dijumpai dihujung benang yang terbelit di atas pokok itu. Pasti ada orang yang sudah mengambilnya, kemungkinan tergantung atau jatuh di bawah pokok itu.

Nasib baiklah peranti ini tidak dicarinya. Jikalau tidak pasti ia tidak akan ditemui. Peranti ini lebih penting berbanding belon. Ia terlekat kod bar yang memaparkan nombor siri setiap peranti. Lagipun ia tersorok dalam semak dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar berbanding belon yang agak besar.


Koordinat kawasan peranti ditemui. Setelah diukur hampir 75m jaraknya dari titik terakhir belon bagi altitud ketinggian 108m. Rasanya angin waktu banjir itu agak kencang hingga bergerak lebih jauh lagi. Arahnya tepat di sekitar barat laut.
 

Belon juga berada dihadapan peranti berdasarkan kedudukan peranti ditemui dihujung benang. Benang yang terselit di pokok mati pula, sememangnya berada dihadapan. Jadi, arah tiupan angin adalah betul mengarah ke barat laut. Sememangnya sudah banyak kali ditemui belon sentiasa berada dihadapan peranti.


Sebulan ia jatuh ditenggelami rumput yang semakin meninggi. Kalau bukan kerana benang, pasti ia tidak ditemui. Benangpun ada yang dililit oleh pokok-pokok kecil yang menjalar. Sama seperti kes di Pulau Carey yang lebih 2 bulan apatah lagi. Syukur dapat juga ia ditemui kerana berjaya menyorokkan diri. Jikalau tidak pasti dikebas orang seperti yang terjadi pada belon.


Pada pokok limau inilah benang dapat dikesan. Inilah petunjuk yang paling sangat diharapkan setiap kali misi dilancarkan. Ternampak sahaja benang hati berbunga-bunga kerana barang yang dicari pasti jumpa. Risau juga kalau tersangkut di atas pokok. Lega rupanya tersembunyi di balik rumput. Tengok semula atas pokok tiada pula kelibat belon. Sah belon telah diculik. Masa pencarian pada kali ini adalah 1 jam 7 minit 5 saat dengan jarak 2.19km.


Ini merupakan pertemuan belon kali ke-8 sejak misi pencarian belon radiosonde bermula. Berjaya mengumpul tiga koleksi peribadi radiosonde. Dua lagi akan diserahkan kepada rakan bagi tujuan pembangunan radiosonde di Malaysia. Hobi yang saintifik ini sungguh menyeronokkan kerana dapat banyak membuat eksprimen. Kemudian disebar dan dikongsikan kepada rakan yang mempunyai minat yang sama. Seterusnya berkembang lebih meluas dan merancakkan lagi aktiviti ini.


73, Jojet de 9w2dya

Misi Mencari Radiosonde di Banting

 


Semalam lima misi mencari radiosonde dilancarkan lagi di Banting. Misi berdua bersama Hanif 9W2VHF. Kali ini berjumpa jam 10 pagi di Jalan Masuadi Kanchong Darat. Belon D20054614 jatuh pada 24 Disember 2021. Kali kedua mencarinya. Kali ini cuba mencari di sebelah kiri titik akhir pada dua baris sawit. Bersebelahnya kawasan lapang yang ditambak untuk pembangunan. Boleh baca cerita berkaitan pada http://9w2dya.blogspot.com/2021/12/misi-mencari-radiosonde-d20052302.html  bertarikh 26 Disember 2021.


Hanif 9W2VHF sempat bersembang dengan Pakcik yang sedang meracun di sekitar kebun sawit itu. Kemungkinan jikalau terjumpa atau orang lain jumpa bolehlah membantu memaklumkan pertemuan itu. Maklumlah kawasan kampung pasti orang boleh menemuinya adalah tinggi.


Kemudian meneruskan pencarian kedua di Jalan Sempadan, dekat Kg Ladang Batu. Ini kali kedua mencari belon D20039910 yang jatuh pada 28 November 2021. Boleh baca cerita dalam blog ini pada http://9w2dya.blogspot.com/2021/11/misi-mencari-radiosonde-di-kanchong.html   bertarikh 29 November 2021. Meletak kereta di simpang, kemudian bersama Hanif membonceng motorsikalnya mencari laluan masuk. Sebelum itu, berjaya melalui titi berdekatan simpang yang kereta diletakkan. Malangnya setelah masuk dikepung oleh parit. Ada beberapa titi untuk menyeberang parit. Malangnya titi yang telah tenggelam ketika banjir menyebabkan ia tidak kukuh.


Terpaksa aku meninjau seorang diri masuk ke kawasan pencarian. Kami berhubung melalui radio di frekuensi 145.500MHz. Hanif 9W2VHF tunggu diluar dan aku ke dalam mencuba nasib. Seberang titi dengan berhati-hati kemudian melompat dua parit untuk ke jalan. Jalannya bersemak terpaksalah diredahi. Menyusur ke utara hingga latitud 2 darjah 44.86' Utara. Selepas tiba, belok ke kiri untuk mendapatkan longtitud 101 darjah 31.46' Timur. Jumpa lagi satu jalan yang lebih baik dan kemas. Menyeberang parit menggunakan titi konkrit. Meneruskan mencari titik terakhir. Oleh kerana keadaan sawit yang bersemak dan pelepah kelapa sawit tidak kemas dan dipotong. Suasana persekitaran seperti dalam hutan. Berjaya sampai di longtitud 101 darjah 31.54' Timur sahaja.


Longtitud sebenar adalah 101 darjah 31.46' Timur. Maka misi dibatalkan dan memaklumkan pada Hanif 9W2VHF untuk berpatah balik. Kemudian kami ke hadapan di titik terakhir belon D20052284. Oleh kerana laluan sehala, kami meninjau keadaan di kawasan belon ini. Oleh sebab altitud terakhirnya terlalu tinggi, 1081m maka tidak mahu mengambil risiko untuk mencari. Semakin tinggi altitud semakin sukarlah pencarian. Belon ini jatuh pada 26 Disember 2021 jam 9:16 pagi.


Misi seterusnya ke Kg Ladang Batu jalan Keranji belon D20052398. Belon jatuh pada 24 Disember 2021 ini telah dicari ketika itu. Boleh baca cerita dalam blog ini pada http://9w2dya.blogspot.com/2021/12/misi-mencari-radiosonde-di-kg-ladang.html  bertarikh 26 Disember 2021. Meletak kereta  di tanah lapang berdekatan rumah penduduk. Membonceng hingga ke titik terakhir. Kemudian masuk ikut laluan dan mencarinya di kawasan yang disyaki jatuh.


Kawasan pencarian juga agak semak. Maklumlah kebun sawit tanah persendirian.  Berlegar-legar mencari sambil mendongak beberapa kali. Namun, masih tidak menjumpai barang yang dicari. Terpaksa menamatkan misi kerana gagal menjumpainya. Keluar semula melintasi parit yang telah kering ke titik terakhir. Berpatah balik ke tempat letak kereta.

Credit 9W2VHF

Misi terakhir ke Taman Kekal Pengeluaran Makan (TKPM) Kampung Kundang. Kawasan pertanian yang luas ini menjadi pendaratan belon D20052435. Jatuh pada 23 Disember 2021 jam 21:21 telah dicari oleh Weerut 9W2RUT dan Abg Mike fox 9W2SMF. Namun mereka tidak menemuinya pada malam kejadian itu.

Credit 9W2VHF

Titik terakhir jatuh dikawasan penanaman pokok bunga kantan. Telah disemak dan diperiksa menunjukkan tiada apa-apa tanda. Sebelum itu ketika tiba memeriksa  di tapak penanaman ubi kayu. Habis musim menuai tidak menemui apa-apa. Jikalau jatuh tepat dikawasan ini. Pastilah tuan punya tanah atau pekerja menjumpainya terlebih dahulu.

Credit 9W2VHF
Puas hati mencari dikawasan kebun ubi kayu tidak ada sebarang tanda. Beralih ke sebelah kawasan kebun itu ke kawasan kebun kelapa sawit. Mencari seiring dengan kebun ubi kayu hingga ke parit. Memerhatikan setiap pokok dan lantai kebun. Namun tidak juga menemui sebarang tanda.

Credit 9W2VHF

Penulis bergerak ke kiri dan kanan untuk memeriksa jikalau barang dicari boleh ditemui. Pondok biru merupakan tempat simpanan baja dan racun perosak. Memandangkan ia berada di kawasan kebun. Peratus orang lain jumpa terlebih dahulu memanglah tinggi.

Credit 9W2VHF

Penulis berdiri di titik terakhir belon D20052435. Altitud ketinggian terakhir 481m. Pada malam kejadian Weerut 9W2RUT dan Abg Mike fox 9W2SMF gagal mendapat isyarat radiosonde tersebut. Adakah orang lain telah menemuinya terlebih dahulu? Mustahil isyarat boleh hilang memandangkan bateri mampu bertahan hingga jam 3.

Credit 9W2VHF

Bearing terakhir 150 darjah ke tenggara. Jangkaan jatuh sempadan antara kebun ubi kayu dan kebun kelapa sawit. Keduanya dipisahkan oleh parit. Setelah parit diperiksa, tiada tanda jatuh di situ. Adakah ia hanyut pada malam itu? Jikalau hanyut mungkin tersangkut tali benang yang panjang dengan belon yang berat.

Credit 9W2VHF
Cabaran pemburu belon radiosonde berada ditempat-tempat terpencil seperti di kebun ini. Mengharungi rintangan dan cabaran demi sebuah belon radiosonde. Usaha berbaloi dan kepuasan diri dirasai apabila ditemui dan sebaliknya. Gagal boleh cuba sekali lagi.

Credit 9W2VHF

Pulang dengan kehampaan perkara biasa dalam sesuatu misi. Ada mudah ada yang susah untuk diperolehi. Setiap kegagalan memberi nilai dan pengajaran untuk memperbaiki lagi teknik pada masa hadapan.

Credit 9W2VHF

Semakin banyak misi semakin mematang dan dapat meningkatkan lagi kemahiran pencarian. Usaha berterusan tanpa mengenal jemu pasti  membuahkan hasil pada masa hadapan.


Puas mencari di kebun, misi ditamatkan dengan berkunjung di menara pandang. Melihat sekeliling pemandangan 360 darjah dari tingkat atas. WX cerah dan berangin sangat kuat di atas. Hilanglah lelah dan penat seketika dengan pemandang indah di hadapan mata.


Kawasan berpagar hijau ini merupakan Petak Pemerhatian Susutan Tanah Gambut. Tanah gambut dikawasan ini ditanam pelbagai jenis tanaman makanan. Petak ini berhampiran menara pandang.

Credit 9W2VHF

Menara pandang boleh menjadi tarikan pelancong untuk menikmati keindahan dipersekitaran taman ini. Pelbagai jenis tanaman boleh dilihat dengan lebih dekat. Agropelancongan turut menambah pendapatan negara. Potensi yang ada haruslah diperluaskan lagi.


Jelopiku berhadapan menara pandang bersebelahan tanaman yang hidup subur. Nampak jalan sangat baik, namun untuk menyampainya terpaksa melalui laluan yang agak sukar dari Jalan Keranji. Nasib baiklah musim panas dan kering kini. Jikalau musim hujan pasti lecah dan tayar dipenuhi lumpur. Pasti selepas sesuatu misi, mesti jelopi ini haruslah dimandikan.


Jalan batu laterit tidaklah sesukar jalan tanah merah yang berlubang agak dalam. Lingkaran jalan di taman ini memudahkan mengangkut hasil ke luar.


Pemandangan bahagian utara kelihatan hutan gambut nun jauh di sana sebelah kanan. Batas-batas tanaman jelas kelihatan.


Pemandangan sebelah timur merupakan kawasan belon mendarat. Laluan yang kami lalu dari titik terakhir ke menara pandang. Ubi kayu yang menunggu hari untuk dipungut hasil.


Pemandangan barat laut menghadap Bukit Jugra dan seterusnya arah Pulau Carey. Banting dan Pulau Carey merupakan lokasi terakhir belon jatuh ke darat. Namun, sangat sukar kini, kebanyakan jatuh ke dalam laut Selat Melaka. 

Credit 9W2VHF

Aku dan Hanif 9W2VHF masih boleh tersenyum walaupun tidak membawa pulang apa-apa pada kali ini. Misi seterusnya pasti membuahkan hasil dengan pelbagai pengalaman yang dilalui.

Credit 9W2VHF

Faktor kesukaran misi kali ini adalah persekitaran kawasan yang sangat semak. Kawasan kebun sawit yang tidak diselenggara dengan baik menyukarkan pencarian. Kemungkinan ada orang lain telah menemui terlebih dahulu turut menyumbang kepada halangan kejayaan. Memandangkan jatuh dikawasan kebun yang mudah dilihat depan mata.

Credit 9W2VHF

Misi akan terus dilakukan apabila belon jatuh ke darat. Segala pengalaman dan pengetahuan diguna sebaiknya bagi mencapai matlamat. Usaha berterusan tanpa kenal jemu pasti membawa kejayaan. Jom kejar belon radiosonde!

73, Jojet de 9w2dya

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...