Belon KLIA objek aprs D20039954 telah mendarat di Kg Tanjung Sepat pada malam tahun baru 2022. Altitud ketinggian terakhir adalah 796m dan altitud maksimum adalah 19432m.
Separuh daripada kebun pisang telah diperiksa namun tidak juga menjumpai belon. Padahal itulah kawasan dijangka mendarat. Walaupun meluaskan lagi radius kawasan hingga ke hujung kebun pisang. Tiada sebarang tanda kewujudannya disitu.
.
Setelah separuh kebun pisang diperiksa, Hanif 9W2VHF meminta menghantar lokasi kejadian dalam group what'sapp. QRV V40 memudahkan komunikasi. Semakin hampir dapat QSO bersama beliau. Ketika itu berada di hadapan Balai Polis Tanjung Sepat dari Gombak bermotosikal sejauh 104km. Hanya perlu menyeberang jalan besar untuk ke lokasi kejadian berhadapan kawasan perkuburan islam Kg Tanjung Sepat.
Kemudian pencarian separuh lagi kawasan kebun pisang tersebut. Namun masih juga gagal. Kemudian mencari di titik terakhir belon KLIA altitud ketinggian 796m. Melalui lorong Balai Raya 1 mencari jalan masuk. Melalui bahagian dapur rumah terus kebelakang kawasan kebun kelapa sawit. Merujuk kepada koordinat berjaya mendapatkannya dalam kebun tersebut. Masih tiada tanda-tanda wujudnya belon di situ. Mendongak ke atas bahagian pelepah atau pucuk jikalu belon tersangkut. Namun tiada kelibat belon boleh dicari.
Mencari dilaluan belon hingga ke kawasan jangkaan mendarat. Mendongak setiap pokok jikalau tersangkut di atas sana. Ke kanan dan ke kiri laluan disemak dan dicari. Bersembang dengan tuan rumah tentang tujuan berlegar-legar dalam kebun sawit belakang rumahnya. Menurutnya malam itu angin agak kuat ke arah laut serta hujan agak lebat.
Credit 9W2VHF |
Oleh kerana jelopi Yatt 9W2MFE sudah ada. Bergerak semula ke parkir depan kubur. Pencarian ke hadapan lagi sebelah kebun pisang di dalam kebun sawit. Ini berdasarkan maklumat angin kuat pada malam tadi. Namun masih gagal mendapat sebarang tanda.
Kawasan kebun pisang merupakan jangkaan mendarat. Mudah dimasuki dan mencarinya, namun tidak menjumpainya walaupun keseluruhan kawasan telah dicari. Kemudian mencari hingga kawasan perkuburan.
Credit 9W2SMF |
Credit 9W2VHF |
Selepas puas mencari, kami balik semula ke kawasan parkir. Bergambar kenangan atas usaha pencarian kali. Catatan masa pencarian kali ini adalah 4 jam 25 minit 26 saat dengan jarak 9.23km. Walaupun tak jumpa tetap memberi pengalaman baru setiap dari kami. Sikap tidak cepat putus asa dan bersabar merupakan latihan yang penting bagi pencarian seterusnya. Walaupun pertama kali bersemuka semangat kerjasama adalah tinggi kerana mempunyai minat yang sama.
No comments:
Post a Comment