9M4RDG-6 rx packet daripada Igate 9W2DYA-5 di Temerloh


Hari ini bermobile pulang ke base dari Kuantan. Seperti biasa Igate 9W2DYA-5 diaktifkan sepanjang perjalanan.
Semasa berhenti makan, digipeater 9M4RDG-6 berjaya mencapai packet hingga ke Temerloh.


Bekerja menggunakan handheld bersama antena rubber duckies sahaja. Jikalau ada Igate disini pasti menjadi buruan digipeater di Genting.

73, Jojet de 9W2DYA

RX tiga beacon stesen 9W2JDY-1 di Kuantan

Cuti hujung minggu yang panjang membolehkan menziarahi pak cik di Kuantan. Hanya ada satu Igate yang aktif di Kuantan iaitu stesen 9W2JDY-1.


Perolehi semasa bermobile ke Teluk Cempedak oleh Igate 9W2DYA-5.



RX dua beacon YB0X-1 oleh Igate 9W2DYA-5

Lintasan Satelit Lapan A2 YB0X-1 pagi berjaya mendapat dua beacon. Percubaan untuk mendapat packet dalam minggu ini masih belum dicapai. Baru pagi ini berjaya semula mendapat dua beacon daripada YB0X-1.



Igate 9W2DYA-5 menggunakan U2APRS dalam android yang dimuatturunkan pada telefon pintar. Ia disambung dengan digital interface ke radio. Boleh google U2APRS untuk memuatturunkan software ke telefon pintar masing-masing. Dapatkan juga interface bagi menyambungan ke radio daripada telefon pintar.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 9W2OPS-3 MyAPRS & PERHILITAN digipeater bekerja dengan baik

Stesen 9W2OPS-3 MyAPRS & PERHILITAN digipeater telah bekerja dengan baik. Berjaya menyambungkan packet dari kawasan tengah Pahang ke Kelantan, timur ke barat, barat ke timur. Menjadi tulang belakang utama digipeater bagi Semenanjung Malaysia. Terletak di puncak Gunung Tahan, Pahang merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung. Jadi, tidak hairanlah ia boleh mencapai packet dari semua arah.



Stesen 9W2ZSU-4 Sungai Leng, Pahang terus ke 9W2OPS-3 Gunung Tahan, kemudian ke 9W2CDK-3 Dabong dan berakhir di Tanah Merah, Kelantan.


Stesen 9W2GGI-3 Ibok, Terengganu, ke 9W2OPS-3 Gunung Tahan, seterusnya ke 9W2CDK-3 Dabong dan berakhir di 9W2YIE Tanah Merah, Kelantan.


Stesen 9M4RBJ-3 Bukit Jerung, Terengganu ke 9W2OPS-3 Gunung Tahan, kemudian ke 9M4RCH-3 Gunung Brinchang dan berakhir di 9M2OHM-1 Manong, Perak.


Stesen 9W2OPS-3 Gunung Tahan ke 9M4RCH-3 Gunung Brinchang dan berakhir 9W2VIS-1 Jeram, Selangor.

Sungguh jauh packet terbang dari satu negeri ke negeri yang lain. Berjaya merentasi beberapa negeri melalui gelombang radio.

Sejak berakhirnya Ribut Tropika Pabuk beberapa hari yang lalu. Pertukaran monsun telah beralih ke cuaca panas pula. Secara tidak langsung turut mempengaruhi gelombang radio pergi dengan lebih jauh lagi. Kes seperti di atas bukti aktiviti packet semakin aktif pada masa ini terutamanya sebelah malam.

Rakan ham di Terengganu boleh mula menggunakan tracker kerana terdapat dua digipeater telah aktif.  Digipeater 9M4RBJ-3 Bukit Jerung dan 9W2GGI-3 di Ibok bekerja dengan baik bersama 9W2OPS-3 Gunung Tahan. Kewujudan 2 digipeater pasti mampu memberi liputan terbaik aprs di Terengganu. Bertambah meriah pula, kewujudan Igate dapat merancakkan lagi aprs.

Lihat sahaja rakan ham di Johor berjaya meluaskan kuasamu bagi aktiviti aprs. Banyak stesen aprs berjaya diaktifkan. Malahan merebak ke beberapa daerah mempunyai sekurangnya satu digipeater.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 7M3PEK-5 di KLIA

Stesen 7M3PEK-5 berada di KLIA Sepang malam ini.


Ribut Tropika Pabuk 5/1/19

Jangkaan terkini Ribut Tropika Pabuk telah merentasi Segenting Kra. Membadai daratan yang sebelum ini di Laut China Selatan. Kini menghala ke Andaman pula.


Ribut Tropika Pabuk 4/1/19

Jangkaan Ribut Tropika Pabuk merentasi Segenting Kra. Siang tadi cuaca berangin di Lembah Klang. Kawasan berhampiran laluan Ribut Tropika kena tempias dengan ombak besar dengan tiupan angin yang kuat. Pihak berkuasa menasihatkan penduduk menjauhi kawasan pantai yang sangat berisiko tinggi.





Imej Radar kawasan yang aktif Ribut Tropika Pabuk daripada Apps MyCuaca.


Data daripada laman sesawang www.tropicalstormrisk.com
Dapatkan maklumat terkini kedudukan Ribut Tropika Pabuk.


Kedudukan terkini Ribut Tropika Pabuk pada 1:30 pagi ini.



Kedudukan Ribut Tropika Pabuk jam 6:00 petang. Menghampiri Segenting Kra memasuki Thailand.


Ribut Tropika Pabuk

Ribut Tropika Pabuk kelihatan di APRS.

http://www.tropicalstormrisk.com/tracker/dynamic/main.html


Maklumat terkini juga boleh didapati di laman sesawang di atas.



Imej satelit terkini boleh lawat laman sesawang dibawah

https://www.data.jma.go.jp/mscweb/data/himawari/sat_img.php?area=se1&fbclid=IwAR3NfQPJYcMjNPfd1fONOhLGE_Li_EhJbsOLw2GbwZ8h-wAoe-4Wg-_dHAc



9M4CPY Bogor Contest

Malam ambang tahun baru berlangsungnya Bogor Contest. Stesen 9M4CPY telah mengambil bahagian pada contest ini di Presint 14, Putrajaya. Multi-operator oleh 9W2FDK, 9W2UGS, 9W2DFL dan 9W2VDN.


Turut hadir 9W2CLA, 9W2GHH, 9W2OTX dan 9W2DYA.


Pada malam itu, suasana meriah dengan pelbagai stesen yang aktif dalam memburu contact. Kebanyakan pada pemerhatianku stesen YB land menguasai jalur 40m. Penerimaan audio semua sangat baik readabilty 5/9.

Credit 9W2DFL
Antena yang digunakan pada malam tadi di pacak tegak berhampiran kawasan lapang. Walaupun agak jauh, dari konti radio ia telah bekerja dengan baik. Suasana sejuk selepas hujan memberi peluang aktiviti semakin rancak.


Lagipun kedudukan Presint 14 Putrajaya ini agak tinggi di kawasan berbukit. Selain dari YB Land stesen lokal juga dapat menembusi corong radio. Antaranya Cikgu Husairy 9W2VVH, Dahlan 9W2BXN dan ramai lagi.


Sehingga jam 2:15 pagi aku berada di sana, lebih 45 contact stesen berjaya diperolehi. Suasana rancak semakin kurang apabila jam melepasi satu pagi. Tepat jam 12:00 tengah malam kedengaran letupan bunga api di persekitaran Putrajaya menyambut Tahun Baru 2019.


Tahniah kepada semua krew PARC berjaya menyertai contest Bogor pada kali ini. Ini dapat memeriahkan lagi aktiviti Dxing sebagi pembuka tahun baru 2019.

73, Jojet de 9W2DYA

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...