9M2 Land Igate RX packet YB0X-1

Hari  ini dua lintasan YB0X-1 berjaya menerjah 2 stesen 9M2 Land. Stesen 9M2ZAK-1 dan 9W2DYA-2 berjaya mendapat packet disamping HS0BBD, VK6HV-10 dan YF1ZQA-6.

Berikut lintasan YB0X-1 berjaya mendapat beacon;

9:46:27  9M2ZAK-1
9:46:12  9M2ZAK-1
9:46:56  9W2DYA-2
9:50:39  9W2DYA-2
16:43:48  9M2ZAK-1
16:44:33  9W2DYA-2
16:45:18  9W2DYA-2

Dua lintasan YB0X-1
9:43:14 hingga 9:56:34
16:43:48 hingga  16:52:44

9M4ESC-11 diaktifkan Belon Altitud tinggi

Jam 11 pagi ini stesen 9M4ESC-11 belon altitud tinggi di USM Transkrian diaktifkan. Masa yang ditunggu telah tiba untuk melhat pergerakan Belon Altitud Tinggi terbang di udara. Pemantauan menggunakan APRS.



Sayangnya sistem GPS tidak dapat berfungsi sempurna menyebabkan kedudukannya tidak dapat dikesan melalui aprs. Namun petunjuk untuk suhu, tekanan udara dan kuasa bateri berfungsi dengan baik.


Payload dalam beg hijau akan terbang ke angkasa Krian.


Program Mega Space Connect 2018 bermula jam 8.00 pagi. Kemuncaknya pastilah pelepasan belon ini.


Kedudukan 9M4ESC-11 tidak berganjak walaupun belon telah dilepaskan. Menggunakan ikon kereta merah untuk penerbangan kali ini. Lebih menarik jika menggunakan ikon belon seperti kebiasaan dalam program HAB yang lain.




Senarai stesen berhampiran 9M4ESC-11 adalah 9M2CQC-9, 9W2LDB-6, 9W2VRD-9 dan  9W2VRD-1.


Frekuensi yang digunakan untuk voice repeater iaitu Uplink 435.935MHz dan Downlink 145.935MHz  dan tone 203.5.



Semasa melepasi ketinggian yang sesuai beberapa stesen telah cuba memancar. Antara stesen yang dapat dicopy dengan baik readability 5/9:
9W2NNA, 9W2TPL, 9M2CQC, 9W2LDB, 9W2EXL/M, 9W2LCF, 9W2BXN, 9W2EYR, 9W2VRD, 9M2NAL, 9W2HHS, 9M2DA dan 9W2XIK.



Jam 12:20 QSY ke frekuensi aprs untuk percubaan mendapatkan packet daripada 9M4ESC-11. Namun tidak berjaya dan antara stesen yang mendapat packet adalah;
9W2WS (26), E23QD-1 (8), 9W2EDK-1 (2), 9W2SHB-1 (12), 9M4RAB-3 (1), dan HS9IFG (7).



Perkhabaran mengatakan bahawa belon ini telah mendarat ke dalam laut.




Data daripada raw path 9M4ESC-11

Bermula jam 10:54:46 pagi  12.7V, 36.5C, 1013.3Pa.
Suhu paling rendah direkodkan adalah pada jam 12:51:46 tengahari 12.3V, 8.3C dan 0339.5Pa. Data terakhir jam 13:15:45 petang 12.4V, 15.9C dan 0989.7Pa.


Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menganjurkan program ini. Menggunakan belon sebagai repeater sangat menarik dan mengujakan bagi semua stesen yang terlibat.


Penulis di Bangi boleh menerima audio semua stesen dengan baik sekali.


73, Jojet de 9W2DYA

Credit gambar daripada group whatsapp Amsat-MY





9M4ESC-11

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua Ahli Radio Amatur Malaysia.

Sukacita dimaklumkan Komuniti Amsat-My Bersama R.E.A.K.S.I dan Komuniti Aprs-my dibawah MARTS akan berkolaborasi bersama Pusat Pengajian Aeroangkasa USM Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal Pulau Pinang dalam projek Pelancaran Belon Altitud Tinggi (HAB). Oleh itu Komuniti Amsat-My akan menganjurkan satu pertandingan (Contest) iaitu mengumpul seberapa banyak kontek dengan stesen lain melalui VR (Voice Repeater) VHF/UHF yang disediakan oleh Team R.E.A.K.S.I dan dipantau melalui APRS (Automatic Packet Reporting System) yang disediakan oleh Team APRS-My. Maklumat pertandingan adalah seperti berikut:-

Tarikh Pelancaran : 29 April 2018 (Ahad)
Masa Pelancaran : 9.00 Pagi (VR Aktif dan bermula pertandingan selepas 30min Balon dilancarkan)
Tempat pelancaran : USM Transkrian, Nibong Tebal. Pulau Pinang
Frekuensi Uplink: 435.935Mhz
Frekuensi Downlink: 145.935Mhz
Tone: 203.5
Callsign APRS: 9M4ESC-11

Semua stesen2 Amsat-My dan seluruh Ahli Radio Amatur Malaysia yang dapat mencapai VR (Voice Repeater) tersebut dijemput menyertai dan memeriahkan ujikaji dan aktiviti pertandingan ini.

Sijil disediakan kepada peserta yang berjaya mengumpul kontek terbanyak seperti berikut:

1 – 10 Stesen = Bronze Award
11 – 20 Stesen = Silver Award
21 – 30+ Stesen = Gold Award
3 Sijil buat 3 Stesen dari Grid QTH yang terjauh membuat kontek.

Peraturan Pertandingan

1. Penyertaan adalah terbuka kepada pemegang Lesen Radio Amatur Malaysia yang sah.
2. Setiap peserta perlu mendapatkan kontek sebanyak mungkin sepanjang tempoh VR diaktifkan.
3. PEP kuasa pancaran tidak melebihi 5 watt???
4. Log lengkap mengandungi Callsign (success contact) dan Grid dalam bentuk (Microsoft Excel,Word atau PDF)
*Untuk mendapatkan Grid QTH anda sila cek di web ini http://qthlocator.free.fr/
5. Setiap Stesen akan diuji dengan kemahiran membaca kedudukan dan ketinggian Balon tersebut berpandukan Aprs boleh lihat di www.aprs.fi dan masukan Callsign Aprs 9M4ESC-11 untuk mula menjejaki belon VR tersebut.
6. Peraturan pertandingan setiap stesen perlu membuat perhubungan dengan merekod Callsign berserta Grid QTH anda memancar. Contoh – Stesen 1 – 9W2BXN disini 9W2VRD OJ04IV QSL / Stesen 2 – QSL 9W2VRD disini 9W2BXN OJ02UV 73 dan Stesen kontek seterusnya.
7. Log yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar melalui emel kepada 9w2vrd@marts.org.my tidak lewat dari 4 Mei 2018.
8. Pertandingan hendaklah dijalankan dengan tertib dan tidak melanggar mana-mana peraturan yang berkuatkuasa.
8. Keputusan juri adalah muktamad.

Peraturan Pertandingan dan makluman boleh didapati di Fb Amsat-My atau di laman Web www.amsat.my.

#JikaBukanKitaSiapaLagi
#BersamaMenciptaSejarah
#HamRadio Malaysia
#HAB-HighAltitudeBalloon

Sekian. 73
KOMUNITI AMSAT-MY

Stesen UR5FSV-8 dan YD0RH-1

Dua stesen UR5FSV-8 dan YD0RH-1 berlayar di sekitar Pulau Jawa.


Stesen UR5FSV-8 berada diatas kapal penunda Terasea Osprey. Ia sedang menunda pelantar minyak OOS Prometheus dari Cape Town. Bermula berlayar sejak 11 Mac 2018 ke China. Kini masuk hari ke- 45 meneruskan pelayaran .


Ketika ini sedang berlayar berhampiran Pulau Krakatau dari Cape Town merentas Lautan Hindi hinggalah ke Pulau Jawa sebelum ke China.



Stesen ini QRV 145.500MHz berdasarkan info pada aprsdroid. Pelayaran dari Cape Town memakan masa70 hari.





Pelantar minyak yang ditarik berada 45 hari dilautan luas.

28 April 2018

Stesen UR5FSV-8 muncul kembali petang ini, meneruskan pelayaran ke China dari Jakarta.

29 April 2018


Oh, nampaknya stesen UR5FSV-8 bukannya menghala ke China. Berdasarkan QTH terkini ia berpatah balik ke Afrika Selatan. Lokasinya di utara antara Pulau Cocos dan Pulau Christmas. Laluannya itu merupakan laluan ribut tropika Flamboyan yang akan menghala ke barat daya di lautan Hindi. UR5FSV-5 bergerak 28km/h, bearing 238 darjah dan altitud -5 meter.

1 Mei 2018

Stesen UR5FSV-8 masih berlegar di lautan hindi berdekatan Pulau Sumatera. Nampaknya stesen ini belum lagi ke mana-mana tengahari ini.

6 Mei 2018

Malam ini kelihatan stesen UR5FSV-8 mula bergerak keluar dari Laut Jawa. Beberapa hari ini berada berdekatan pulau Jawa. Mula bergerak  laju ke arah utara.

73, Jojet de 9W2DYA

APRS Satelit




Hari ini QRV 145.825 untuk mendapat packet dari Satelit. Hanya berjaya mendapat satu packet dari YB0X-1.

YB0X-1 packet ke 9M2ZAK-10 dan 9W2DYA-2

Pada hari ini, tiga lintasan YB0X-1 telah mengaktifkan mode APRS. Stesen 9MLands hanya mendapat 3 packet sahaja.

Packet diperolehi sewaktu lintasan disebelah pagi sahaja.

Monitor satelit IO-86 Lapan A2

Pada malam ini, lintasan jam 8:34 sempat monitor satelit IO-86 Lapan A2. Semalam dapat melihat rakan memancar menggunakan antena masing-masing. 

Pada malam ini pula, ingin mendengar audio rakan memancar dari lokasi masing-masing.

Stesen yang dapat diterima 5/9;

9W2BXN
9W2DFL
9W2VRD
9W2LRN
9W2ETL
E21EJC

OJ03vb

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen ON4DRJ di Pulau Pangkor

Stesen ON4DRJ kini berada di Pulau Pangkor. Menggunakan winlink Catimini @ Island Marina Pulau Pangkor.


Mungkin berlayar selepas singgah di Marina Island merupakan jeti baru ke Pulau Pangkor.  

Eyeball V47 Kajang-Cheras

Malam tadi berkesempatan untuk eyeball bersama rakan V47 Kajang-Cheras. Bertempat di Medan sate Taman Prima Kajang tempat untuk bertukar pendapat dan berkongsi ilmu berkaitan hobi radio amatur.
credit 9M2OOO

Stesen yang sempat beramah-mesra ialah YB0EYE, 9M2KUE, 9M2OOO, 9M2YOT dan xyl 9W2JYL, 9W2GCD, 9W2XIK, 9W2MSH dan 9W2LRN.

credit 9M2OOO

Agenda utama adalah menunggu lintasan satelit AO-85 pada jam 11:24 malam. Sebelum itu mereka telah menembak satelit IO-86 Lapan-A2. Komuniti V47 Kajang-Cheras antara yang aktif dalam komunikasi satelit pada waktu ini. Mereka telah berjaya menarik minat rakan ham lain untuk mencuba dalam komunikasi satelit dalam radio amatur.

credit 9M2OOO

Perkembangan seiring dengan kemunculan satelit yang banyak sediakan untuk berkomunikasi. Media sosial menjadi medan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi menarik minat lebih ramai lagi untuk menceburi dalam bidang sosial.

Arechik 9W2XIK yang sering berkongsi di FB tentang aktiviti memburu burung besi ini. Bermula dari membuat antena, frekuensi serta teknik mengendalikan hinggalah sampai untuk membuat contact. Hasilnya ramai rakan ham menunjuk minat untuk memburu burung besi ini.

Komunikasi satelit semakin meriah dan banyak stesen telah berjaya membuat contact bersama rakan ham dari Indonesia, India, Sri Lanka, Singapura dan lain-lain lagi.

Semasa aktiviti ini dijalankan turut menarik perhatian masyarakat sekeliling. Mereka melihat rakan-rakan sedang menggunakan antena sambil berkomunikasi dengan pelbagai gaya. Antena juga pelbagai bentuk dan saiz samada dipegang atau menggunakan tripot.

Selepas puas hati mendapat contact mode voice, percubaan untuk mendapat beacon aprs pula. Frekuensi satelit  untuk mode aprs adalah 145.825MHz. Ini secara tidak langsung turut memperkenalkan rakan ham terhadap aprs.

Sememang hobi radio amatur mempunyai pelbagai perkara yang boleh dipelajari dan dikuasai. Bukan secara tradisi  bercakap antara dua stesen sahaja. Malahan banyak mode digital boleh diterokai seiring dengan kemajuan teknologi serta radas yang pelbagai fungsi.

Syabas dan tahniah kepada komuniti V47 Kajang-Cheras yang mempunyai perancangan yang pelbagai bagi ahli komunitinya untuk kemajuan radio amatur.

73, Jojet de 9W2DYA





Stesen KC2DOA di Langkawi

Stesen KC2DOA dikesan berada di Pulau Langkawi pada malam ini.


KC2DOA menggunakan winlink yang biasa kepada para Pelayar. Berada perairan Pantai Cenang tempat tumpuan pelancong.

K6MRC-6 berlepas dari Port Klang


Kapal USNS Mercy K6MRC-6 pada pagi ini telah berlayar ke utara. Jam 10.33 pagi, ia meninggalkan Port Klang dan berada di perairan Jeram. Tiba dari Singapura pada 16 April yang lalu. Berlepas dari San Diego pada 23 Februari 2018 dalam misi 13th  Pacific Patnership 2018.


Jam 10:58 pagi telah tiba diperairan Kuala Selangor. Destinasi kemungkinan ke Sri Lanka.



Jam 4:43 petang stesen K6MRC-6 berada diperairan Pulau Pangkor.

Jam 8:28 malam semakin jauh dari tanah semenanjung.



Jam 11:15 malam stesen K6MRC-6 menuju ke Acheh.





Hari Kedua 21 April 2018

Stesen K6MRC-6 telah berada di utara Sumatera. QTH dilihat selari dengan Pulau Langkawi di timur. Manakala di utara adalah Phuket.



Jam 11:30 pagi K6MRC-6 telah berada diperairan utara Sumatera menghala ke Acheh.

Jam 4:08 petang stesen K6MRC-6 telah menghampiri Banda Acheh.


Jam 5:21 petang berhampiran dengan Banda Aceh menghala ke barat menuju Sri Lanka.


Hari Ketiga 22 April 2018



Stesen K6MRC-6 telah melepasi Banda Acheh dan Indira Point. Bearing 270 darjah tepat ke barat menghala ke Sri Lanka untuk beberapa hari lagi. Semakin jauh ke lautan luas menunjukkan stesen ini menggunakan komunikasi satelit untuk terus menerima internet. Bergerak sejauh 19km/h ke lautan luas.



Jam 7:32 malam  stesen K6MRC-6 semakin jauh meninggalkan Indira point. 

Hari Keempat 23 April 2018
Masih lagi berlayar dengan kelajuan 17km/h.

Jam 4:00 masih lagi berlayar ke Sri Lanka.



Jam 11;15 berada di koordinat 7darjah 13.09'N dan 13.03'E.

Hari Kelima 24 April 2018

Stesen K6MRC telah menghampiri Sri Lanka pada malam ini  jam10:46.

Hari Keenam 25 April 2018

Telah tiba di perairan Sri Lanka.



Jam 2:00 ptg stesen K6MRC-6 telahpun berlabuh  di Sri Lanka.

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...