Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama seperti pagi semalam juga. Radiosonde WxR-301D 2302105840 jatuh di Jalan Kenangan Lama, Banting. Altitud ketinggian terakhir hanyalah 109m sahaja. Memang boleh dicari selagi ia tidak diganggu oleh orang lain. Kemungkinan berdekatan dengan ladang ternakan ayam atau kilang minyak kelapa sawit membolehkan ia dijumpai orang terlebih dahulu.
Belon Klia pagi semalam radiosonde WxR-301D 2302105860 jatuh di Jalan Kenangan Lama, Banting dengan altitud ketinggian terakhir 416m. Stesen radiosonde 9W2MDZ di Nilai berjaya mencerap pada ketinggian tersebut. Jatuh pada jam 9:39 pagi semalam bertarikh 18 April 2024.
Manakala, belon Klia radiosonde WxR-301D 2302105857 malam tadi telah jatuh di Tongkah, jalan ke Morib. Berdekatan tepi jalan kampung. Nasib baik macam di dalam kawasan kelapa sawit. Altitud ketinggian terakhir 384m. Bekerja dengan baik stesen radiosonde 9W2MDZ di Nilai pada kali ini juga. Altitud ketinggian maksimum adalah 28,716m.
Malam kelmarin pula, belon Klia telah jatuh bersebelahan runway. Belon pecah awal pada ketinggian17,208m. Kemungkinan cuaca buruk malam itu menjadi punca ia telah pecah terlebih awal. Radiosonde WxR-301D 2302195854 telah masuk kawasan larangan. Altitud ketinggian terakhir adalah 174m. Kemantapan stesen radiosonde 9W2MDZ di Nilai membolehkan ketinggian terakhir serendah mungkin. Lagi rendah altitud, lagi mudahlah pencarian dijalankan.
Sebelah tengah hari pula Met Malaysia Sepang telah melepaskan belon ozon. Mendarat jam 13:32 petang dengan altitud ketinggian terakhir 155m. Sekali lagi stesen radiosonde 9W2MDZ di Nilai berjaya mencerap radiosonde WxR-301D 1032305058 dengan cemerlang. Belon ozon ini berjaya mencecah altitud ketinggian maksimum 36,243m. Koordinat 2.7312 darjah Utara dan 101.52087 darjah Timur.

Credit 9W2MFE |
Video rakaman oleh Yatt 9W2MFE ketika kejayaan menemui belon ozon pada petang tadi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment