Hari ini berkesempatan untuk mencari lagi batu sempadan negeri Putrajaya/Selangor. Hampir keliling Putrajaya, hanya dapat di tempat yang sama sahaja. Mungkin ditempat lain masih dalam perancangan untuk membina lebih banyak lagi. Setakat ini hanya di sebelah utara Putrajaya batu ini telah dibina.
Menambah koleksi lagi batu tanda sempadan negeri 2/113 di Presint 11 juga. Tempat yang sama minggu lepas hanya menambah satu batu sahaja. Ini menjadikan koleksi batu bermula dari 2/113, 2/114, 2/115, 2/116, 2/117, 2/118, 2/119, 2/120, 2/121, 2/122, 2/123, 2/124, 2/125, dan 2/128. Jumlah keseluruhan di jalur ini 14 buah batu. Koordinat 2.967702 darjah Utara dan 101.666143 darjah Timur.
Kemudian menghala ke Bulatan dekat Anak Sungai Gajah menghala ke Wetland yang ada Glamping itu. Bersebelahan dengan bangunan janakuasa elektrik TNB. Batu tanda sempadan berada di dalam longkang. Nombor stesen tidak jelas. Pastinya 2/148 rasanyalah. Tenyehan cat hingga menenggelamkan angka tersebut.
Batu tanda sempadan negeri berada di tengah longkang. Koordinat 2.971335 darjah Utara dan 101.679863 darjah Timur. Selepas batu ini hingga arah ke wetland tidak kelihatan lagi.
Kemudian menghala ke Petronas SKVE. Berhampiran jambatan kelihatan tulisan BM 2038. Puas cari plate BM tersebut tetapi tiada sebarang tanda ditemui. Bawahnya ada sungai tetapi tiada papan tanda. Mungkin itu juga aliran Anak Sungai Gajah. Merujuk kepada laman sesawang Jupem. Stesen tanda aras yang terdekat di Petronas tersebut adalah B 62054. Stesen berhampiran juga adalah B 2036. Tidak ditemui stesen 2038 dalam laman sesawang tersebut.
Seterusnya kembali semula ke Persiaran Utara. Meletak kereta di simpang masuk Garden Residence. Menapak semula mencari batu tanda sempadan negeri. Stesen 2/62 ditanda di atas jalan sikal.
Seterusnya stesen 2/61 turut di tanda di atas jalan sikal. Ada anak panah pada pembahagi jalan. Berfungsi menunjukkan titik sempadan. Kemudian terus ke batu besar 2/52 semula. Seterusnya melintas Persiaran Utara ini menghala susur keluar ke Dengkil.
Menyusur laluan sikal arah ke Dengkil berjaya melihat satu batu tanda sempadan di hujung terowong sikal dari arah Puchong. Stesen tanda sempadan negeri 2/49. Koordinat 2.942969 darjah Utara dan 101.666262 darjah Timur.
Stsesen 2/49 lokasi berdekatan laluan sikal dipenghujung terowong. Laluan sikal ini tidak digunakan lagi.
Seterusnya menghala arah Dengkil jumpa satu tanda sempadan. Stesesn 2/48 berada di atas laluan sikal tersebut. Semburan cat merah semakin pudar, namun masih boleh melihat angka 2/48.
Berjalan lagi ke depan jumpa pula tanda 2/47. Kali ini semburan cat merah masih jelas kelihatan.
Jumpa batu kedua adalah stesen 2/44. Batu terakhir dijumpai bersebelahan laluan FT029 laluan Puchong - Dengkil.
Boleh pula jumpa tulisan Tamat semburan cat merah di atas laluan sikal. Ternyata memang tiada lagi batu tanda sempadan negeri. Cuba memerhati pemandangan arah ke Dengkil. Ternyata tiada lagi batu tanda putih ini sepanjang jalan ke arah depan lagi.
Berdekatan dengan tulisan tamat itu terdapat tanda yang tertera HZ. Ini kemungkinan tanda bagi 2/43. Kemungkinan batu tanda sempadan seterusnyan akan di bina menyambung hingga ke stesen batu besar 1/72 di Persiaran Selatan. Berakhirnya tulisan tamat ini telah mengumpul koleksi 2/43, 2/44, 2/47, 2/48, 2/49, 2/52, 2/53, 2/54, 2/55, 2/56, 2/57, 2/58, 2/59, 2/60, 2/61, 2/62, 2/63 dan 2/64. Jumlah batu yang dijumpai sebanyak 13 buah batu tanda sempadan negeri. Lima tanda sempadan negeri dijumpai daripada keseluruhan koleksi di atas.
Kemudian berpatah balik ke kereta. Menyusur semula Persiaran Utara hingga melalui papan tanda Anak Sungai Gajah. Tiga papan tanda Anak Sungai Gajah berjaya ditemui. Dua daripadanya di Bulatan menghala ke SKVE dekat Presint 11.
Selamat Menjejak!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment