Terima 4 beacon YB0X-1 oleh Igate 9W2DYA-5

Pagi tadi terima 4 beacon YB0X-1 oleh Igate 9W2DYA-5. Turut masuk ke server mendapat 4 packet.


Semalam turut mendapat 3 packet daripada YB0X-1.


Santai-santai mendaki Bukit Broga

Pagi hari ini sempat beriadah bersama teman-teman sekerja di Bukit Broga. Sejak 6:30 pagi lagi telah berkumpul di Restoran RK Fathima, Pekan Semenyih untuk bersarapan.



Selepas bersarapan bergerak ke Broga dengan berkongsi kereta seramai 5 orang. Manakala dua lagi bermotosikal memandangkan rumah mereka di Semenyih sahaja. Pada mulanya seramai 7 orang mengesahkan penyertaan. Namun disaat akhir PK Ko turut serta dalam aktiviti santai ini.


Jam 7:20 telah tiba di tempat letak kereta dan dikehendaki membayar jumlah penumpang RM1 seorang. Setelah membuat aktiviti memanaskan badan masing-masing, jam 7:30 bergerak ke puncak bersama-sama. Kali ini kulihat tempat parkir tidak terlalu penuh. Ini menggambarkan jumlah pengunjung pada pagi itu tidaklah terlalu sesak. Kemungkinan musim hujan yang melanda mungkin menyebabkan kekurangan pengunjung.


Tiba di Pintu Gerbang jam 7:46 pagi. seperti biasa sesi fotografi untuk kenangan. Perjalanan santai melalui jalan balak yang luas dan rata. Oleh kerana melalui tanah persendirian, sekali lagi pengunjung dikehendaki bayar tiket sebanyak RM1 seorang. Mantan PK Ko pula telah belanja tiket itu pada kali ini.


Seorang lagi rakan kami yang lewat telah berjaya mengejar kami ketika naik ke atas. Maka lengkaplah 8 orang untuk aktiviti santai kali ini.


Cuaca pagi yang berkabus dan berawan memberi suasana yang indah dan permai. Di suatu kawasan yang berpokok seekor burung yang berwarna hijau membuat bunyian yang sangat kuat seolah-olah menyambut kedatangan kami ke Bukit Broga. Seorang pengunjung mengatakan bahawa itu adalah burung raja udang. Kamipun ramai-ramai tengok burung yang ditunjukkan diatas dahan yang tinggi di atas pohon.


Selepas itu, bermulalah cabaran sebenar mendaki apabila terpaksa mendaki kawasan yang bercerun curam. namun tali keselamatan ada disediakan bagi memudahkan pendakian dan keselamatan.
Kawasan memukau mata memandang menyebabkan kepenatan berbayar. Suasana agak sejuk dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.


Pemandangan persekitaran sangat memukaukan perasaan.Apatah lagi melihat awan carpet yang memutih di waktu pagi ini. Selepas melepaskan lelah, pendakian diteruskan dicelah-celah batu dan lorong-lorong trek yang menjadi laluan pendaki. Pendakian agak sukar dengan cerun yang tinggi serta trek yang licin memberi seribu satu cabaran. Maklumlah musim hujan telah tiba kini, menyebabkan trek menjadi bertambah licin.


Rentangan tali sewaktu pendakian amat berguna bagi berpaut sewaktu melangkah ke atas. Namun terdapat juga beberapa tiang yang sudah tumbang menyebabkan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kawasan berbatu di celah lereng bukit memberi peluang untuk pendaki melepaskan lelah disamping menikmati pemandangan indah didepan mata.


Puncak tinjau pertama berjaya ditawan pada 880 kaki dari aras laut. Sekali lagi gambar berkumpulan berjaya dirakamkan. Sudah ada papan tanda bagus menjadi rujukan dan tanda peringatan. Pengunjung hendaklah menjaga keindahan dan kebersihan Bukit Broga. Jangan membuang sampah merata-rata. Segala sampah yang dibawa hendaklah simpan sebelum buang di tong sampah semasa berada di bawah atau tempat parkir.


Pendakian diteruskan ke Puncak Tinjau Kedua. Sewaktu di sini dua orang ahli berhenti rehat tidak meneruskan perjalanan. Pendakian ke puncak diteruskan seramai 6 orang sahaja.
Aku seperti biasa memandu mereka memilih trek yang lebih selamat tanpa perlu menghadapi kawasan yang berbatu yang amat mencabar. Maklumlah kami semua Old Boys melakukan aktiviti fizikal mengikut tahap kemampuan masing-masing.


Tiba di Puncak Broga suasana meriah dengan pengunjung. Sudah pasti papan tanda puncak menjadi sasaran lensa kamera. Namun kami berehat seketika di celah batu yang redup. Maklumlah sang mentari semakin terik dan menyebabkan suhu semakin panas. Kesempatan berehat juga dapat minum air serta menambah tenaga dengan memakan gula-gula. 


Selepas papan tanda tiada orang bergambar, maka peluang ini tidak dapat dilepaskan. Meminta bantuan pendaki lain dapatlah bergambar kenangan dipuncak Broga. Selepas itu perjalanan turun terus ke Puncak Tinjau Kedua untuk bertemu dua rakan yang menunggu di sana.


Perjalanan perlu lebih berhati-hati ketika menuruni curam yang agak licin. Suhu semakin tinggi menyababkan cepat kehilangan air. Maka bekalan air yang dibawa perlu digunakan agar badan tidak dihidrat.


Semasa menuruni lurah, selisih dengan ramai lagi pendaki ingin naik ke atas walaupun suasana semakin panas. Maklumlah kawasan bukit broga merupakan kawasan lalang dan bersemak sahaja. Hanya di awal pendakin dan di puncak Broga sahaja ada ditumbuhi pokok-pokok.


Perjalanan di trek balak semakin selamat dan santai. gelak ketawa dan bersembang tentang pelbagai perkara menunjukkan betapa seronoknya dapat melakukan aktiviti riadah bersama-sama. Ia dapat mengeratkan hubungan dan kemesraan serta dapat mengenali antara satu sama lain walaupun satu tempat kerja. Maklumlah sibuk dengan tugasan masing-masing di sekolah.


Ia turut menguji ketahanan fizikal dan mental disamping meningkatkan kerjasama berpasukan. Interaksi dan semangat tolong-menolong wujud melalui aktiviti seperti ini.


Secara tidak langsung turut menggalakkan cara hidup sihat dengan aktiviti fizikal. Seterusnya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan diri.


Merujuk data Runkeeper pada pagi ini perjalanan sejauh 3.69km telah direkodkan.Catatan masa pula selama 2 jam 35 minit 53 saat. Puncak tertinggi direkodkan adalah 372m dari aras laut. Kalori yang dibakar untuk aktiviti hiking pada kali ini adalah 602kcal.

73, Jojet de 9W2DYA


Salomon Bukit Kiara Trail Run

Pagi tadi berjaya menyertai program Salomon Conquer Your Terrain Run. Ia diadakan setiap bulan kepada pelari denai yang berminat. Pertama kali menyertainya untuk menawan laluan denai di Bukit Kiara. Berkumpul dihadapan SMK Sri Hartamas. Kelihatan ramai pelari telah bersiap sedia.



Memandu dari Bangi ke Sri Hartamas pada hari sabtu pagi amat mudah kerana kurang kenderaan. Tibapun lagi sepuluh minit program hendak dimulakan. Sampai sahaja terus parkir kereta dan terus menyarung kasut Brooks Cascadia kegemaranku untuk trail.


Sesi memanaskan badan dimulakan terlebih dahulu sebelum aktiviti berjalan. Pelari yang mengendalikan program ini adalah 

Runners' Profile:
1. Muhammad Nazir Fadzil @ Boojae
2. Daniel Chow Wai Keen
3. Puteri Norsharina Bt Abd Aziz
4. Zool Helmy Md Zin
5. Esther Yeam

Trail yang digunakan pada pagi tadi adalah Bukit Sri Hartamas. Laluan di hadapan SMK Sri Hartamas berlari sebelah Kerinchi Link hingga ke papan tanda Sri Hartamas. Kemudian masuk ke trek di dalam hutan hinggalah bertemu pagar di Talian voltan tinggi TNB.


Berlari di laluan landai selepas pagar hinggalah bertemu tarmac berhenti seketika untuk memeriksa semua peserta tiba.


Kawasan hijau Bukit Kiara merupakan peninggalan kawasan ladang getah yang telah menjadi hutan. Masih kelihatan pokok getah ketika berlari. Terdapat juga anak sungai mengalir jernih ketika melintasi sambil berlari. Titi dibina bagi memudahkan melintas anak sungai.


Trek di Bukit Kiara turut digunakan oleh penunggang mountain bike. Batu-batu disusun cantik memudahkan laluan bagi pengayuh. Bagi pelari pula, tiada masalah untuk mendaki dilaluan tersebut.
Ramai ekspetariat melakukan aktiviti kecergasan seperti mountain bike dan trail run di sini.


Merujuk kepada data Runkeeper, jarak yang telah direkodkan adalah sejauh 6.15km. Terdapat masalah teknikal menyebabkan ia telah berhenti merekod sebelum di tempat yang sepatutnya iaitu ditempat permulaan semula. Namun perbezaannya tidaklah terlalu ketara. Masa yang dicatatkan adalah 1jam 22 minit 17 saat. Pace larian  adalah 13:23


Elevation gain adalah 219m. Puncak tertinggi direkodkan adalah 210m.


Selepas semua tiba tempat permulaan, sesi menyejukkan badan dilakukan. Regangan dan teknik pernafasan ditekankan. Sesi berkongsi pengalaman pelari turut diadakan. Maklumlah minggu lepas Janda Baik Ultra telah diadakan dan tips-tips yang baik dari pemenang dapat dikongsi bersama. Sesi bergambar terakhir untuk kenangan diadakan sebelum semua pelari pulang dengan kepuasan.

73, Jojet de 9W2DYA

Terima 4 beacon YB0X-1 oleh Igate 9W2DYA-5

Lintasan satelit Lapan-A2 YB0X-1 berjaya mendapat 4 beacon oleh Igate 9W2DYA-5.



2018-10-25 09:19:48 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,9W2DYA-2:T#003,136,203,254,000,000,00000010
2018-10-23 19:02:35 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,9W2DYA-2:> -3C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite
2018-10-21 09:30:01 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,9W2DYA-5:T#012,137,204,254,000,000,00000010

UR5FSV-5 muncul lagi di Singapore


Rakan ham UR5FSV-5 muncul kembali malam ini di Singapura. Berada di dalam  kapal  Alp Sweeper.

Satu stesen jiran juga kelihatan malam ini di KL. E20TVT-9 berada di ibu kota.

Terima 2 beacon YB0X-1 oleh Igate 9W2DYA-5

Pagi ahad ini terima 2 lagi beacon Satelit Lapan-A2 YB0X-1. Satu berjaya masuk ke server mendapat packet.
Credit 9M2ZAK
Stesen Jota 9M4SJJ-10 turut berjaya mendapat 5 packet.

Terima 5 beacon YB0X-1 oleh Igate 9W2DYA-5

Petang ini berjaya mendapat 5 beacon YB0X-1 oleh Igate 9W2DYA-5. Satu packet berjaya masuk ke server.


2018-10-18 18:51:20 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,9W2DYA-5:> -3C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite

Gambar Inov-8 Trail run Semenyih 2018

Ada juga gambarku terselit di page FB Inov-8 Malaysia. Trail run yang berlangsung di Semenyih pada 7 Oktober yang lalu.


Trek yang penuh cabaran dan menyeronokkan. Hanya yang tahan lasak dan minat bolehlah sertai larian denai seperti ini. Laluan berliku dan banyak mendaki serta menuruni kecerunan kadang agak tinggi. Sebab itulah memerlukan kasut trail yang sesuai untuk mencengkam dengan lebih baik.


Semasa gambar ini diambil adalah di kawasan ladang kelapa sawit. Agak landai memudahkan semua pelari denai membuka langkah. Semua berebut-rebut untuk memintas antara satu sama lain.


Jurugambar merakam detik pelari berlari dengan rapat menuju garisan penamat. B2145 kategori vateran lelaki meluncur laju memotong amoi.


Suasana di garisan permulaan di Eco Venture Semenyih. Pelari di hadapan memecut laju meninggalkan rang hadapan.


Pelbagai kaum menyertai lrian denai ini, disamping tidak ketinggalan pelari antarabangsa. Semua bersaing untuk mendapat tempat di hadapan sekali.


Pelari denai kaum hawa turut memberi saingan yang sihat dalam perlumbaan ini.

73, Jojet de 9W2DYA

5 beacon YB0X-1 dapat semalam

Pagi semalam terima 5 beacon YB0X-1 oleh Igate 9W2DYA-5


Terima 5 beacon YB0X-1 oleh 9W2DYA-5

Lintasan satelit Lapan A2 pagi ini berjaya menerima 5 beacon oleh Igate 9W2DYA-5.


Berjaya mendapat 3 packet daripada 5 beacon yang diterima.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen HS6KLJ-8 melalui ISS ke Bangi 9W2DYA-5

Pagi tadi dua beacon berjaya diperolehi melalui YB0X-1 dan HS6KLJ-8 melalui ISS RS0ISS oleh Igate 9W2DYA-5.

2018-10-10 08:50:25 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,HS0BBD:T#000,138,204,002,000,000,00000010



Stesen HS6KLJ-8 mendapat packet terus ke Igate YF1ZQA-10. Jarak stesen HS6KLJ-8 ke Bangi 9W2DYA-5 adalah 741.32 batu.

2018-10-10 11:01:39 MYT: HS6KLJ-8>APGJW6-1,RS0ISS*,WIDE2-1,qAR,YF1ZQA-10:!1337.61N\10039.92E>000/000/A=000158

Sementara itu, lintasan ISS pada malam pula berjaya mendapat tiga beacon.

2018-10-10 22:31:51 MYT: KJ4ERJ-15>APZTLE,TCPIP*,qAC,THIRD:;ISS      *143151h1024.87N\09807.53ESMsg4Pass }k1jzNpjZy@w+g#N+5@%Z#p2zN{!w;<!
2018-10-10 22:33:53 MYT: KJ4ERJ-15>APZTLE,TCPIP*,qAC,THIRD:;ISS      *143352h0421.94N\10229.66ESMsg4Pass }k1jzNqiZxAw+h"N+4A%Z$q3zN{!w^C! 
2018-10-10 22:35:50 MYT: KJ4ERJ-15>APZTLE,TCPIP*,qAC,THIRD:;ISS      *143549h0142.86S\10647.11ESMsg4Pass }k1jzNqh[wAx+h"N+4A$[%q4zN{!w;`!


73, Jojet de 9W2DYA

2 Beacon KJ4ERJ-15 semasa ISS lintas

Lintasan ISS pada malam ini bermula 23:19 berjaya mendapat 2 beacon KJ4ERJ-15 oleh 9W2DYA-4.

Duration: 10.5 minit
AOS Azimuth: 313 darjah
Max Elevation 38.3 darjah
LOS Azimuth:155 darjah

2018-10-09 23:25:29 MYT: KJ4ERJ-15>APZTLE,TCPIP*,qAC,THIRD:;ISS      *152529h0140.46N\09727.99ESMsg4Pass }k1jzNqh[xAw+h#N+4A%[$q4zN{!wK7!
2018-10-09 23:27:29 MYT: KJ4ERJ-15>APZTLE,TCPIP*,qAC,THIRD:;ISS      *152728h0424.33S\10145.40ESMsg4Pass }k1jzNqh[wBx+i"N+3B$[%q4zN{!w5U!


73, Jojet de 9W2DYA

Berjaya dapat satu packet dari YB0X-1 oleh 9W2DYA-5

Setelah beberapa hari mode APRS YB0X-1 Satelit Lapan A2 tidak diaktifkan. Pagi ini telah diaktifkan semula setelah memberi laluan kepada komunikasi kecemasan sempena kejadian gempa bumi dan Tsunami di Palu, Sulawesi.

2018-10-08 09:47:26 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,E29AE-2:> -8C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite
2018-10-08 09:47:27 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,9W2RUT-G:T#000,137,204,001,000,000,00000010
2018-10-08 09:48:11 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,E29AE-2:> -8C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite
2018-10-08 09:48:11 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,HS0BBD:T#001,136,203,002,000,000,00000010
2018-10-08 09:48:56 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,9W2DYA-5:T#002,137,203,001,000,000,00000010
2018-10-08 09:48:56 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAS,9M2ZAK-1:> -8C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite
2018-10-08 09:49:40 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,E29AE-2:> -8C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite
2018-10-08 09:49:40 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,HS0BBD:T#003,136,203,000,000,000,00000010
2018-10-08 09:51:09 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,9W2RUT-1:> -8C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite
2018-10-08 09:51:09 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,HS0BBD:T#005,137,204,002,000,000,00000010
2018-10-08 09:51:53 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,9W2RUT-1:> -8C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite
2018-10-08 09:51:54 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,9W2RUT-1:T#006,136,203,001,000,000,00000010
2018-10-08 09:52:38 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAS,9M2ZAK-1:> -8C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite

Berjaya mendapat satu packet pada jam 9:48:56 pagi oleh 9W2DYA-5
Sebenarnya berjaya mendapat dua beacon dan satu sangkut ke server untuk packet.

Stesen lain yang turut mendapat packet pada pagi tadi adalah:
Mendapat 3 packet adalah stesen E29AE-2, HS0BBD dan 9W2RUT-1
Mendapat 2 packet adalah 9M2ZAK-1.
Mendapat 1 packet adalah 9W2RUT-G.

Sementara itu cubesat Bhutan-1 berjaya mendapat packet dari YF1ZQA-10

2018-10-08 23:06:08 MYT: BIRDBT>APTT4,WIDE1-1,qAR,YF1ZQA-10:HELLO! THIS IS APRS-DIGIPEATER OF BHUTAN-1 CUBESAT


73, Jojet de 9W2DYA


Inov-8 Trail Run Semenyih 2018

Hari ini berkesempatan menyertai Inov-8 Trail Run Semenyih. Larian denai ini berlangsung di Semenyih Eco Venture Resort. Trek larian di sekitar kawasan berhampiran dengan resort ini.

Menggunakan aplikasi Runkeeper untuk merekod data sepanjang larian. Merujuk rekod data jarak larian denai pada hari ini adalah sejauh 12.96km dengan catatan masa 2 jam 5 minit.



Trek larian yang disediakan oleh pihak penganjur sangat mencabar kepada semua peserta. Laluan kebun getah dan kelapa sawit serta hutan belukar dan melalui kebun-kebun sayur sangat menyeronokkan.


Keratan rentas di bawah menunjukkan pace serta elevation sepanjang larian. Bermula dengan ketinggian 60 meter dari aras laut hingga mencapai titik tinggi 263m. Elevation climb untuk larian kali adalah 489m. Ada empat kali bukit telah didaki memang sangat memeritkan. Pemandangan sewaktu di puncak bukit amat mempersonakan dapatlah menghilangkan lelah seketika.

Kebanyakkan trek yang dipilih memasuki kebun getah sebelum keluar semula ke jalan utama. 95% trek adalah trail dan hanya 5% adalah tarmac. Jadi, tidak hairanlah ramai pelari telah memilih kasut yang sesuai untuk trail run. Stesen minuman turut disediakan penganjur untuk peserta membasah tekak serta menghilangkan dahaga.

Menggunakan race belt dengan 2 botol berjumlah 900ml dapat mengelakkan dari dehidrat. Tanpa bergantung harapan stesen air dari penganjur yang terhad. Keperluan air peribadi menguntungkan dapat menggantikan air yang hilang dengan kadar segera.

Selalunya air diteguk selepas mendaki bukit yang memenatkan. Ia secara tidak langsung memberi motivasi untuk meneruskan larian hingga ke garisan penamat.

Namun, setelah sampai ke garisan penamat memberi sejuta kepuasan. Medal ketiga untuk tahun ini berjaya diperolehi untuk trail run.

credit Yatt Mansur
Rakan FB Yatt Mansur turut update dalam FB turut menyertai acara ini. Merujuk kepada rekod data STRAVA jarak yang dicatat adalah 12.6km dalam masa 1jam 56 minit 16 saat dengan pace 9:09/km. Tahniah kepada beliau terlebih sampai dahulu dariku.

73 Jojet de 9W2DYA

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...