BOTA 9M2-SEL-001 Pantai Batu Laut, Kuala Langat

Pagi ini sempat berkunjung ke Bota di pantai Batu Laut Kuala Langat. Program Bota ini dianjurkan oleh Kelab Radio Amatur Melayu Jalan Klang Lama (AROL V17) dengan kerjasama Malaya DX Club dan MARTS.
Memandu dari Cheras ke SKVE keluar ke Putrajaya hingga ke Dengkil. Seterusnya ke Banting dan jalan tali air sampailah ke Batu Laut.

Sempat sarapan dahulu nasi lemak sebelah kedai ikan segar baru naik dari laut. Selepas sarapan baru ke tempat Bota. Banyak jelopi tersusun dari jauh penampakan antena memanggil-manggil untuk ke sana.


Melalui ditepi rumah sahabat radio juga dibelakangnya kawasan paya air masin kelihatan bakau dan ikan belacak bermain-main. Kemudian ke beting pasir pantai yang memutih sangat sesuai untuk berkhemah.
Situlah stesen Bota didirikan dan kelihatan khemah dome untuk bermalam. Pagi itu jangkaanku air laut surut menampakkan tunggul kayu bakau digigi pantai.

Menghadap laut Selat Melaka laluan kapal dagang yang begitu sibuk. Pagi itu wx baik sekali panas hingga menyilaukan mata menjadi sepet.
Pemandangan indah lautan  luas terbentang begitu RF boleh pergi lebih jauh tanpa halangan bukit atau gunung.
Bersalaman dengan rakan yang berehat dan menikmati udara pagi. Bersalaman juga stesen master 9M2RMT dan 9M2KRZ serta 9M2AIA.
Kali pertama berjumpa rakan AROL yang mengaktifkan Bota pada pagi ahad itu. Sempat bersembang dengan Pak Jinggo 9W2OJS yang sering kedengaran audio di Marts linking dan RAKL. Sibuk mengemas peralatan aktiviti memanggang pada malam sebelumnya. Aktiviti seperti ini, dapat berpeluang belajar tentang band HF. Maklumlah untuk memiliki radio HF bukanlah mudah kerana harganya begitu tinggi. Bagi merasai mengendalikan radio HF, boleh menyertai aktiviti kelab seperti Bota ini.

Abg Rahmat 9M2RMT sedang menerangkan tentang antena HF. Banyak boleh dipelajari dengan Pengendali radio amatur yang mahir mengenai teknikal  terutamanya serta berpengalaman yang luas.
Sangat menarik tapak perkhemahan Bota di Batu Laut ini dipersekitaran pokok bakau melatari pemandangan.
Bendera negeriku tercinta megah berkibar dihadapan antena untuk band 40M.
Antena VHF ditengah-tengah khemah berdekatan bendera Selangor.
Manakala, berkibar megah Jalur Gemilang berdir diatas antena HF multiband yang gunakan untuk memancar pada pagi itu.
Pagi itu, band 20M sangat baik penerimaannya. Jadi CQ WW DX SSB contest yang sedang rancak seluruh dunia pada hujung minggu ini turut jadi sasaran.
Justin 9W2JST tengah sibuk untuk cq contest pada pagi itu.
Berbanding malam sebelumnya, pagi ini band semakin rancak banyak negara dapat dihubungi dengan pertambahan zone.
Aku memantau sahaja aktiviti contest yang dijalankan sehingga hampir jam 12 tengahari baru bergerak pulang semula ke Cheras mengikut Banting .
Antara negara yang dicapai rasaku Arab, India, Thailand, Australia, Indonesia, Brunei, Filipina, Bhutan, China.
Abg Ahmad Ismail 9M2AIA sedang  beraksi dalam contest.
Tahniah pada AROL atas aktiviti Bota Batu Laut.
Semoga banyak lagi aktiviti Bota akan diaktifkan pada masa depan.

73, jojet de 9W2DYA

BOTA Pantai Batu Laut

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera buat semua rakan2 HAM. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Radio Amatur Melayu Jalan Klang Lama (AROL V17) buat kali pertama ingin mengadakan aktiviti Beaches On The Air ( BOTA)  dengan kerjasama MALAYA DX CLUB Dan MARTS  seperti di ketetapan berikut :

BEACHES ON THE AIR (BOTA) 2017

PANTAI BATU LAUT, BANTING , KUALA LANGAT.
28 - 29 Oktober 2017
Station Master : 9M2RMT/9M2KRZ
Station Manager : 9W2VWT
Station Coodinator : 9M4COK
Persatuan/Club : KELAB  RADIO AMATUR JALAN KLANG LAMA
Lokasi BOTA : PANTAI BATU LAUT, KUALA LANGAT, SELANGOR, MALAYSIA
Callsign : 9M4COK
BOTA ID : 9M2-SEL-001

Special 2M Net On MARTS LINKING
“BOTA 2017”
9M4COK
Tarikh : 28 SEPTEMBER 2017 ( SABTU )
Masa : 14.00 PM
Frq VHF: 147.900 -0.600 T203.5 ( 9M4RLG LINK)

Mohon Rakan2 di War2kan Informasi tersebut .

Stesen JOTA 9M4SJN Pengakap Negeri Sembilan Kem Bukit Putus

Stesen Jota 9M4SJN merupakan stesen yang ketiga kunjunganku ke program Jota dan Joti Dunia 2017 pada hari semalam. Seramai 1198 peserta telah menyertai program ini, yang bertempat di Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus. Program kerjasama Perseketuan Pengakap Negeri Sembilan dan Nesrac. Kelab Radio Amatur Negeri Sembilan setiap tahun bekerjasama membantu menyediakan peralatan dan tenaga pakar dalam aktivit i radio amatur di Negeri Sembilan.
Manakala, seramai 46 peserta pula telah menyertai kem bermula hari Jumaat yang lalu. Turut dibantu ahli KLM daripada IPG Bandar Enstek, Nilai.
Ketibaanku adalah sebelah malam selepas melawat stesen Jota 9M4CCC Kem Semenyih. Mencari kem ini tidaklah sukar kerana terletak di tepi jalan Bukit Putus yang seluas 13 ekar. Punca air kem ini daripada air bukit yang mengalir turun. Beberapa kemudahan disediakan seperti dewan, tandas dan bilik mandi.
Pada sebelah malam, aktiviti radio dan lain-lain tertumpu kepada peserta kem. Memandangkan sebelah siang tadi diberi keutamaan kepada peserta sekolah lain.
Aktiviti komunikasi VHF menggunakan V22 dan disambut rakan. Peserta diberi peluang untuk bercakap dan teknik yang betul menekan mikrofon. Penekanan penggunaan bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang sering digunakan oleh pengendali radio amatur seantero dunia. Ia turut melatih peserta berani menggunakan bahasa Inggeris dalam berkomunikasi walaupun tidak berapa fasih. Sebabnya juga, ramai  pengendali radio amatur di pelusuk duniapun tidak berapa mahir. Namun, mereka berani untuk berqso dengan bangsa lain  sekadar penggunaan bahasa Inggeris yang asas sahaja.
Hari kedua pada hari ini dimulakan dengan aktiviti kecergasan senamrobik oleh pelatih KLM IPG. Ia penting membantu peserta lebih bersemangat pada hari terakhir.
Selepas senamrobik, peserta menukar pakaian seragam untuk Istiadat Menaikkan Bendera.
Bentuk ladam kuda bagi peserta manakala Pemimpin-pemimpin dihadapan mereka menghadap bendera.
Nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu Pengakap, Persetiaan dan doa. Kemudian peserta melakukan persiapan diri dan mengemas khemah.
Aktiviti kerjasama berpasukan melatih semangat setiakawan. Kepimpinan yang baik dilatih bagi mengurus segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
Khemah yang telah digunakan dibersihkan bahagian bawah yang kotor. Kemudian ia dijemur sehingga kering untuk dilipat dengan kemas sebelum disimpan di dalam sarungnya. Walaupun, cuaca agak panas terik para guru pelatih ini penuh bersemangat melakukan tugasan ini. Tanpa mengira jantina atau pangkat mereka melakukan bersama-sama.
Tapak perkhemahan juga harus ditinggalkan dalam keadaan bersih. Ini memastikan pengguna lain dapat menggunakan di masa hadapan. Kem ini baru dibersih dan dikemas bagi menampung jumlah serta program ini dan masa hadapan.
Pesrta telah bersedia untuk Majlis Penutupan di dewan. Bersemangat untuk mendengar amanat dari dif-dif kehormat pagi itu. Cuaca amat baik pada hari Sabtu dan Ahad. Cuma pada hari pertama hujan lebat turun memberi sedikit cabaran kepada mereka. Sememangnya program perkhemahan melatih setiap ahli Pengakap hidup berdikari dan tahan lasak serta melatih menyelesaikan masalah yang timbul.
Bagi guru pelatih pula, program ini seperti ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman sebelum ditempatkan mengajar disekolah.
Pengalaman sebegini merupakan bekalan yang dibawa untuk ke sekolah nanti. Ia dapat digunakan apabila ditugaskan sebagai Pemimpin Pengakap di sekolah.
Gambar kenangan peserta bersama para pemimpin dan ahli Nesrac.


Stesen JOTA 9M4CCC Pengakap Negeri Selangor Kem Semenyih

Stesen Jota yang kedua disinggahi adalah 9M4CCC di Kem Mutiara Semenyih. Sebenarnya sehari sebelum pada Jumaat telah singgah di sini. Tiba jam 3.30 petang, peserta sibuk dengan pelbagai aktiviti disediakan.
Aktiviti pertama yang dilihat berhampiran jalan masuk adalah morse code. Peserta Jota didedahkan dengan morse code cuba memahami maksud setiap bunyi itu.
Kemudian, ke dewan untuk meninjau aktiviti yang dijalankan. Kelihatan di atas pentas deretan antena untuk aktiviti ARDF. Terdapat juga, satu conttol marker tergantung di situ.
Di satu sudut dalam dewan satu kumpulan peserta sedang khusyuk menatap peta dunia. Mereka mengenalpasti callsign setiap negara di dunia.
Penuh dengan teliti dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Secara tidak langsung juga pelajar mempraktikkan subjek geografi di sekolah. Aktiviti radio merentas benua dan negara dalam komunikasi.
Mini RAE juga diadakan dalam program jota ini. Pendedahan seperti ini dapat merangsang serta menggalakkan peserta untuk menduduki ujian radio Amatur. Ini kerana seawal 14 tahun layak untuk mendudukinya.
Seterusnya meninjau aktiviti diluar dewan. Kelihatan sesuatu yang seronok dan rancak dalam aktiviti itu. Oh! rupanya satu aktiviti komunikasi menggunakan handy uhf. Peserta mendengar arahan rakan melalui penggunaan radio dua hala. Peserta yang diikat mata mendengar arahan rakannya itu untuk melepasi beberapa halangan.
Semangat kerjasama dan yakin pada rakan diterapkan dalam aktiviti ini. Arahan yang tepat dan jelas juga dapat membawa rakan hingga ke garisan penamat.

Selepas melihat aksi dan keletah peserta itu, terus ke bilik radio. Rupanya bilik radio pada Jota kali ini dalam sebuah kontena atau kabin. Dua antena vertical memayungi diatas kabin itu. Aktiviti komunikasi satelit juga ada di situ. Bersalaman dengan rakan yang mengendalikan slot iaitu 9W2BXN, 9W2VMW, 9W2HH dan 9M2RZL.
Abang Dahlan 9W2BXN antena arrow menjejak Satelit SO-50 dan IO-86. Satellite Lapan A2 untuk stesen jota dari YB land sahaja pada petang itu. Saudisat pada petang itu tiada rakan untuk masuk bergabung.
Inilah stesen 9M4CCC yang didirikan di Kem Mutiara Semenyih. Satu pencapaian yang baik bila dapat mewujudkan radio room untuk pelbagai aktiviti radio amatur.
Tidak ketinggalan juga kenderaan emcomm daripada Mares. Penampilan mobile station ini penting bagi bantuan komunikasi kecemasan. Menurut Rizal 9M2RZL, ia masih lagi dalam proses melengkapkan peralatan dan kemudahan. 

Apabila siap kelak, barulah boleh menjalankan peranannya. Masih lagi memerlukan dana bagi merealisasikan matlamat sebenar sebagai kenderaan emcomm. Kenderaan seperti ini, amat penting dalam memberi bantuan komunikasi kecemasan apabila berlakunya sesuatu kejadian atau peristiwa yang tidak ingin.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan dana bolehlah menghubungi beliau. Masih banyak lagi keperluan perlu dilengkapkan bagi membolehkan kenderaan emcomm ini berfungsi dengan baik sekali.
Berbalik komunikasi satelit inilah pertama kali dapatku lihat bagaimana ia dikendalikan. Abang Dahlan 9W2BXN cuba untuk mendapat contact. Sayangnya tiada stesen di Saudisat petang itu.
Para peserta diberi penerangan tentang komunikasi satelit oleh 9W2HH dan 9M2RZL. Penerangan juga menggunakan mini glob bagi memudahkan pemahaman bagaimana satelit itu lalu di orbit.
Banyak persoalan dikemukan oleh peserta menunjukkan semangat ingin tahu amat menebal. Secara tidak langsung menerapkan elemen STEM dalam kalangan peserta. Radio komunikasi yang meluas sehingga boleh berhubung melalui angkasa. Penerapan nilai sains dan teknologi angkasa dapat menarik minat untuk mendalaminya hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Natijahnya ramai pakar bidang sains angkasa dapat dilahirkan pada masa hadapan seiring negara maju tahun 2020.
Aksi ketika mengikut pergerakan satelit Lapan A2.  Awal laluan sukar mendengar sebarang audio. Bila hampir penghujung LOS ada pula kedengaran stesen dari YB land. Tetapi masa diawal dan pertengahan kedengaran audio Zaki 9M2ZAK . Terima anda dengan baik readability 5/9 dari Semenyih ke Kulai.
Cikgu Suhaidi 9W2VMW, juga ahli Amsat-My yang aktif dalam komunikasi satelit menjejak IO-86 menggunakan antena teleskopik. Kumpulan SIG yang meminati komunikasi satelit semakin meningkat dan aktif terutama di satelit Lapan-A2  dan SO-50. Ini adalah satu perkembangan yang amat positif. Hobi yang saintifik ini, menggalakkan aktiviti meneroka bidang sains angkasa.
Presiden Marts 9M2IR turut memantau aktiviti komunikasi satelit pada petang itu.
Rizal 9M2RZL memberi taklimat komunikasi satelit kepada para peserta. Penuh perhatian peserta mendengar dan mengambil nota dan maklumat yang penting dicatat dalam buku log aktiviti. Peserta juga dalam program jota ini, dikehendaki mencari 10 stesen yang bercallsign. Jadi, kami yang ada di tapak komunikasi satelit ini menjadi sasaran untuk mendapatkannya. Beberapa terminologi dalam radio amatur turut dicatat oleh peserta. Setiap fonetik dihafal dan disebut sehingga sudah mahir bila menyebutnya. Contohnya ditanya dan sebutkan d y a. Lantas menjawab delta, yankee dan alpha.
Suasana dalam radio room yang digunakan dalam jota stesen 9M4CCC.
Akhir kata tahniah kepada Marts dan Perseketuan Pengakap Negeri Selangor atas program jota dunia pada tahun ini. Tidak dilupa juga Amsat-My yang berjaya mencambah minat peserta dalam komunikasi satelit.

73, Jojet de 9W2DYA


Minggu Sains Negara 2019

Rakan ham turut terlibat dalam pameran dan demostrasi di Melaka dan Planetarium pada 17/8/2019. Perkongsian gambar dalam group WhatsApp; ...