Stesen JOTA 9M4SJN Pengakap Negeri Sembilan Kem Bukit Putus

Stesen Jota 9M4SJN merupakan stesen yang ketiga kunjunganku ke program Jota dan Joti Dunia 2017 pada hari semalam. Seramai 1198 peserta telah menyertai program ini, yang bertempat di Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus. Program kerjasama Perseketuan Pengakap Negeri Sembilan dan Nesrac. Kelab Radio Amatur Negeri Sembilan setiap tahun bekerjasama membantu menyediakan peralatan dan tenaga pakar dalam aktivit i radio amatur di Negeri Sembilan.
Manakala, seramai 46 peserta pula telah menyertai kem bermula hari Jumaat yang lalu. Turut dibantu ahli KLM daripada IPG Bandar Enstek, Nilai.
Ketibaanku adalah sebelah malam selepas melawat stesen Jota 9M4CCC Kem Semenyih. Mencari kem ini tidaklah sukar kerana terletak di tepi jalan Bukit Putus yang seluas 13 ekar. Punca air kem ini daripada air bukit yang mengalir turun. Beberapa kemudahan disediakan seperti dewan, tandas dan bilik mandi.
Pada sebelah malam, aktiviti radio dan lain-lain tertumpu kepada peserta kem. Memandangkan sebelah siang tadi diberi keutamaan kepada peserta sekolah lain.
Aktiviti komunikasi VHF menggunakan V22 dan disambut rakan. Peserta diberi peluang untuk bercakap dan teknik yang betul menekan mikrofon. Penekanan penggunaan bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang sering digunakan oleh pengendali radio amatur seantero dunia. Ia turut melatih peserta berani menggunakan bahasa Inggeris dalam berkomunikasi walaupun tidak berapa fasih. Sebabnya juga, ramai  pengendali radio amatur di pelusuk duniapun tidak berapa mahir. Namun, mereka berani untuk berqso dengan bangsa lain  sekadar penggunaan bahasa Inggeris yang asas sahaja.
Hari kedua pada hari ini dimulakan dengan aktiviti kecergasan senamrobik oleh pelatih KLM IPG. Ia penting membantu peserta lebih bersemangat pada hari terakhir.
Selepas senamrobik, peserta menukar pakaian seragam untuk Istiadat Menaikkan Bendera.
Bentuk ladam kuda bagi peserta manakala Pemimpin-pemimpin dihadapan mereka menghadap bendera.
Nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu Pengakap, Persetiaan dan doa. Kemudian peserta melakukan persiapan diri dan mengemas khemah.
Aktiviti kerjasama berpasukan melatih semangat setiakawan. Kepimpinan yang baik dilatih bagi mengurus segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan.
Khemah yang telah digunakan dibersihkan bahagian bawah yang kotor. Kemudian ia dijemur sehingga kering untuk dilipat dengan kemas sebelum disimpan di dalam sarungnya. Walaupun, cuaca agak panas terik para guru pelatih ini penuh bersemangat melakukan tugasan ini. Tanpa mengira jantina atau pangkat mereka melakukan bersama-sama.
Tapak perkhemahan juga harus ditinggalkan dalam keadaan bersih. Ini memastikan pengguna lain dapat menggunakan di masa hadapan. Kem ini baru dibersih dan dikemas bagi menampung jumlah serta program ini dan masa hadapan.
Pesrta telah bersedia untuk Majlis Penutupan di dewan. Bersemangat untuk mendengar amanat dari dif-dif kehormat pagi itu. Cuaca amat baik pada hari Sabtu dan Ahad. Cuma pada hari pertama hujan lebat turun memberi sedikit cabaran kepada mereka. Sememangnya program perkhemahan melatih setiap ahli Pengakap hidup berdikari dan tahan lasak serta melatih menyelesaikan masalah yang timbul.
Bagi guru pelatih pula, program ini seperti ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman sebelum ditempatkan mengajar disekolah.
Pengalaman sebegini merupakan bekalan yang dibawa untuk ke sekolah nanti. Ia dapat digunakan apabila ditugaskan sebagai Pemimpin Pengakap di sekolah.
Gambar kenangan peserta bersama para pemimpin dan ahli Nesrac.


1 comment:

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...