Stesen 9A5BDE-8 telah masuk Selat Melaka

Stesen 9A5BDE-8 telah melepasi Banda Acheh dan melalui Selat Melaka.
Update 31/12/16
Berhampiran stesen YB6DE-5.
Meneruskan pelayaran melalui Selat Melaka. Bergerak 24km/h bearing 117 darjah. Selari dengan Pulau Pinang.
Jam 8.10 pagi kedudukan selari dengan Lumut. Bergerak 28km/h bearing 120 darjah ke tenggara.

Bertemu 9M2AIA Pos Malaysia Shaftsbury Square Cyberjaya

Pembaharuan AA perlu guna wang pos, kiriman wang atau cek.
Jadi sasarannya pastilah pejabat pos. Kebiasaannya aku pergi pejabat pos di stesen bas malang dah pindah ke tempat lain.
Nasib baik hanya dibelakang Tower 1 skmm sahaja.
Berjumpa pula 9M2AIA  juga ingin memperbaharui AA. Banyak perkara kami sembangkan tentang radio. Pelbagai maklumat dapat dikongsikan.



Stesen 9A5BDE-8 menghampiri Indra point dan Banda Aceh

Stesen 9A5BDE-8 kini menghampiri Indira Point dan Banda Aceh.
Bergerak 31km/h bearing 84 darjah. Koordinat 5 41.48'N dan 90 38.59E

Stesen 9W2UGS bermobile dan QSO bersama 9W2PIO

Satu lagi rakan V38 Putrajaya mengaktifkan aprstrack.
Mobile dari Bandar Baru Bangi ke Salak. Stesen 9W2PIO guna 25watt terus ke Salak dari Putrajaya.
Terima anda 4/8 base di Bangi.
Manakala audio 9W2UGS negative copy.

Stesen 9A5BDE-8 terus mara ke utara Sumatera

Jam 8:47 pagi stesen 9A5BDE-8 terus bergerak 46km/h bearing 95 darjah.
Koordinat 5 35.10'N dan 85 15.39'E.

Stesen 9W2OZU di Bandar Baru Bangi

Satu lagi stesen aprs 9W2OZU dikesan di Bandar Baru Bangi. Menggunakan APRStrack sedang mobile ikon berjoging.
Pernah QSO dengan beliau.
Satu lagi stesen baru aktifkan aprstrack apabila mendapat passcode ialah 9W2VJP yang sedang mobile ke Klang dari Melaka. Sempat berbalas message dengan beliau.
Stesen YB0OO-9 baru tiba di Ibu Negara.
Stesen 9W2VVU-5 dan -10 di Sungai Merab guna aprsdroid.


Stesen 9A5BDE-8 maritime mobile di Sri Lanka

Stesen 9A5BDE-8 kini berada di selatan Sri Lanka. Berdekatan Galle bergerak 22km/h bearing 91 darjah.
Koordinat 5 35.04N dan 80 05.23E
Nampaknya ia kembali ke timur utara Sumatera.
Update
Jam 10:41 pergerakan terus ke utara Sumatera.

Stesen 9A5BDE-8 martime mobile kembali ke benua kecil India

Jam 1:46 pagi stesen 9A5BDE-8 terus belayar 26km/h bearing 135 darjah arah tenggara. Setelah beberapa hari di UAE kelihatan mula bergerak ke timur.

Stesen APRS baru setup 9W2PIO, 9W2MLW dan 9W2KHQ

Pagi ini kelihatan beberapa stesen aprs muncul menggunakan APRStrack. Merupakan apps android pada telefon pintar.
Hasil perkongsian kepada beberapa stesen. Ada antaranya berjaya mengaktifkan aprs melalui apps ini.
Antara stesen itu adalah 9W2PIO Putrajaya, 9W2MLW Melaka dan 9W2KHQ Kedah.
Sempat juga mencuba message bersama 9W2KHQ-8 di Kedah.
Bagi ingin mencuba layari sesawang http://www.aprstrack.com.
Boleh download telefon pintar anda.
Lepas download setup masukkan callsign.
Dapatkan password melalui email.
Bila dah dapat password maka aktiflah stesen aprs anda.
Antara apps yang paling mudah untuk berjinak-jinak dalam aprs.

Apa kepentingan APRS?
- dapat mengetahui QTH rakan.
- dapat mengetahui pergerakan rakan.
- mengetahui jarak semasa QSO antara dua stesen.
- pelbagai data dapat diketahui selain jarak.
- antara mode digital yang mudah diaktifkan.
- boleh hantar mesej walau takde no telefon.
- real time secara langsung.
- boleh sambung pada radio.

Kebanyakan kita ada telefon pintar bersama data internet. Tiada masalah  untuk aktifkan.




V38 Putrajaya 2 meter net

📢PEMBERITAHUAN:-📢

V38 akan mengadakan 2 meter Net di Simpleks.
 
Assalamulaikum,
Buat semua rakan2. Acara 2M Net V38 akan di langsung pada :

Tarikh: 31.12.2016
Jam: 10.00 pm
Hari : Sabtu

Pengawal Rangkaian:-

QRA : 9W2FDK
QTH NET: Putrajaya
Freq : V38- 145.475

Rakan2 Amatur dijemput bersama utk menyertai dlm acara ini...

Tip Checkin:
1. Sebutkan Callsign 2 atau 3 kali berserta QTH samada QRP..Mobile..Protable dan di ikuti perkataan Check
2. Apabila dipanggil oleh NCS nyatakan Callsign dan nama Handle Operator.
Juga nyatakan lokasi pemancaran, kuasa pemancaran, ketinggian antena dan laporan isyarat penerimaan Rx audio dari Pengawal Rangkaian.
3. Juga nyatakan Audio Report berkenaan penerimaan audio dari rakan2 lain sebelum anda.
4. Tujuan 2M Net adalah untuk latihan dan keupayaan  alat2 radas dan peralatan  di base station , mobile mahupun Portable. .

Harap maklum..

Melaka River Cruise

Melaka river cruise melalui pemandangan Kg Morten. Lebih menarik jika pada waktu malam diterangi lampu pada setiap rumah. Menurut pemandu bot segala kos lampu dibiayai kerajaan.
Gambar ini diambil dari tempat letak kereta tingkat 3A the shore. Pemandu botlah yang memaklumkan tentang bagunan tertinggi di Melaka ini.
Cuti sekolah ini bot sememangnya ramai orang. Walaupun beratur panjang tidaklah begitu lama untuk menunggunya.Bayaran dewasa RM15.

Stesen 9A5BDE-8 maritime mobile di Dubai UAE

Stesen 9A5BDE-8 kini masih lagi di Dubai. Ia berdekatan dengan Pulau Abu Musa. Bergerak 30km/h bearing 247 darjah.
Terus ke barat berdekatan Abu Dhabi pada pagi Isnin.

The Shore Oceanarium Melaka

The Shore Oceanarium tarikan terbaru negeri Melaka. Terletak ditingkat 2 dan bayaran untuk dewasa adalah RM35. Bayaran meliputi cermin mata 3D dan sekeping fridge magnet. Soalan kuiz jugs diberikan untuk dijawab dan cenderamata menarik diberi kepada jawapan yang betul.

Tempat terbaik untuk mempelajari ekosistem negara. Bagi yang ingin memberi makan penyu bayarannya RM10.60
Beberapa tema atau segmen menarik pengunjung antaranya adalah  Interactive touch pool, Magic aquarium, jungle quest, sea shells museum, river story, dangerous marine species, living fossil, fun freakish, kampung penyu, Ocean theatre, ocean journey dan shark quest.
Ikan pari dan jerung ini boleh dibelai dan disentuh dengan pengawasan petugas. Tapak sulaiman juga tidak terkecuali. Ia terletak pada segmen interactive touch pool. Jinak dan manja haiwan- haiwan ini.
Lalu dibawah jerung berenang-renang. Walau tak sehebat terowong di Akuaria namun ia tarikan tersendiri.
Ikan yang berwarna-warni seperti dalam watak animasi memang memikat hati. Pelbagai spisies yang cantik dipamerkan.

Ikan air tawar turut dipamerkan dalam river story. Ikan arowana dan piranha menarik tumpuan.

Arowana berenang mengelilingi pokok.

Akhir sekali adalah kampung penyu. Pengunjung boleh memberi makan penyu. Anakku sangat seronok melihat penyu makan lebih lagi apabila berebut makanan.
Ocean theatre menayangkan movie bertajuk A Turtle's Adventure dalam 3D. Harus menggunakan cermin 3D untuk menontonnya.
Ada juga pameran dalam bentuk 3D.
Selain Oceanarium, the shore juga mempunyai tarikan lain seperti Sky tower bayaran dewasa RM25 kanak-kanak RM18, Toy museum dewasa RM30 kanak- kanak RM20 dan the shore Interactive park dewasa RM30 kanak-kanak RM 20


Mahkota Hotel Melaka

Pada cuti kali ini, berkesempatan menginap di sini. Perkhidmatan yang diberikan oleh staff sangat baik. Segala keperluan yang diminta oleh tetamu akan dilayan sebaiknya.
Bilik yang diperolehi block Hibiscus. Pemandangan menghadap Pulau Melaka dan laut.
Bilik mempunyai ruang tamu dan dapur serta bilik tidur. Sesuai bagi keluar besar.
Tetamu disambut dengan beca di luar lobi. Terdapat juga kolam ikan dipintu masuk utama.

Sebelah petang berkesempatan ke Pantai Klebang menikmati coconut shake berdekatan bustel. Bas awam diubah menjadi gerai makanan dan tempat penginapan.





Beca Melaka

Melaka memang sebagai destinasi pelancongan terkenal tempat bersejarah. Musim cuti sekolah ini kedatangan pelancong makin bertambah.
Salah satu tarikan pelancong adalah beca yang dihias cantik.


Lebih lagi pada malam hari ia dihiasi lampu berwarna-warni.

Selain itu, pemilik beca juga mendengarkan lagu yang menarik dan kuat.
Ia juga menghiaskan beca berdasar karektor kartun yang popular seperti Hello Kitty. Selain itu terdapat Doraemon, Pokaemon, Mickey, Transformers, dan banyak lagi.
Anakku Damia sangat teruja melihat beca yang bergerak dengan lampu berwarna- warni.
Bayaran yang dikenakan adalah RM25. Perjalanan dari Menara Taming Sari ke A Famosa melalui muzium kapal untuk melengkapkan sepusingan.

Stesen 9A5BDE-8 maritime mobile VLCC at anchor near Muscat Oman

Jam 2:19 pagi ini stesen 9A5BDE-8 berada di Muscat Oman. Hari kedua berada di Teluk Oman melabuhkan sauhnya.
Petang semalam juga, stesen
9W2RBR-9 berjaya mendapat satu packet. Jaraknya adalah 747.1m paling dekat setakat ini.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 9A5BDE-8 maritime mobile VLCC on anchor at Fujairah UAE

Sehingga jam 9.39 malam semalam stesen 9A5BDE-8 telah tiba di UAE.
Nampaknya ia telah melabuhkan sauh menandakan tiba destinasi untuk beberapa hari.
Kelihatan di google map tiada stesen aprs diaktifkan. Hanya terdapat dua stesen WX yang aktif OMDB dan EW1978. Merujuk info terdapat stesen yang pernah diaktifkan adalah ZS6CA, IT9VFP-5, OD5NA-9, VU2LOC, KM6GKL dan DL7EE-10.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 9A5BDE-8 di Laut Arab

Jam 1:26 pagi ini, stesen 9A5BDE-8 terus bergerak laju 31km/h bearing 321 darjah. Nampaknya ia menuju ke negara arab iaitu Oman atau Teluk Oman ke negara timur tengah yang lain. Maklumlah pengeluar minyak dunia dari negara arab.

Sementara itu, dua stesen berjaya mendapat packet pada hari semalam.
Stesen 9M2NIA-9 mendapat 4 packet jarak 4.2km.
Manakala, stesen 9W2AOY-9 mendapat 2 packet jarak 6km.
Cuti yang panjang menyebabkan trafik sibuk dengan jelopi.
Maklumat di message 9A5BDE-8 akan tiba di Dubai UAE esok 14 Disember 2016.
8:34 malam stesen 9A5BDE-8 telahpun memasuki Teluk Oman ke Dubai. Bergerak 30km/h bearing 313 darjah.

73,Jojet de 9W2DYA

Aquaria KLCC

Semalam selepas pulang dari PD ke Aquaria KLCC.
Bayaran masuk dewasa
RM46 untuk Mykad.



Pelbagai spesies hidupan marin dipamerkan. Menarik minat golongan kanak-kanak tentang hidupan air  laut mahupun sungai. Tidak terkecuali anakku yang mencecah setahun sangat seronok melihat ikan berenang dalam akuarium.
Ia juga tempat untuk menambah pengetahuan dan pengalaman. Banyak maklumat tentang sesuatu spesies hidupan marin.
Ia juga tempat menggalakkan masyarakat menjaga dan mencintai alam semulajadi serta spisies terancam.
Ruang pameran mempunyai pelbagai tema serta penyampaian yang interaktif menarik minat pengunjung dalam dan luar negara.
Paling menarik ketika melalui terowong akuarium. Ikan dapat dilihat berenang dikeliling terowong  banyak sekali.
Antara menarik perhatian adalah ikan jerung, ikan pari dan penyu.
Selepas puas melihat singgah di kedai cenderamata untuk kenangan. Gambar kenangan juga diambil untuk simpanan oleh staf akuaria.


Stesen 9A5BDE-8 berada di barat India

Kedudukan terkini jam 7:15 pagi stesen 9A5BDE-5 berada di timur India. Koordinat 16 46.12'N dan 66 23.60'E bergerak laju 31km/h bearing 316 darjah.
Semalam stesen 9W2UHF-9 menambah lagi paket menjadi 9. Ia lalu higwah Plus pulang ke Johor.

73, Jojet de 9W2DYA

Rumah terbalik Port Dickson

Cuti sekolah bertembung cuti hujung minggu yang panjang sempena Maulidur Rasul menyebabkan tempat tumpuan pelancong sesak.
Cuti kali ini membawa keluarga ke Port Dickson sahaja.
Nasib baik dapat menginap di Seri Ratu Hotel & Spa di Teluk Kemang.
Bilik hari pertama mempunyai masalah water heater yang rosak. Televisyen jenis lama bergantung pada aerial tv semata menyebab penerimaan kurang baik dan satu saluran sahaja.
Hari kedua tukar bilik sebelahnya yang water heater berfungsi baik tetapi televisyen tidak dapat digunakan masalah yang sama.

Berbalik pada percutian ini kunjungan ke pantai peranginan adalah diharuskan.
Pada hari kedua berkesempatan ke tempat tarikan ramai.

Upside down art galery lokasi no 13A &15, Jln coral Walk, Batu 9, Jln Pantai. Bayaran dewasa RM20.
Bahagian rumah terbalik yang menarik perhatian. Ruang yang diterbalikkan adalah bilik bujang.
Meja solek juga tidak ketinggalan.
Kabinet televisyen

Hulk merempuh pintu gambar 3D
Model rumah yang kecil
Ruang dapur menarik perhatian ramai.
Cover majalah menyambut kedatangan pengunjung untuk bergambar kenangan
Bilik baby juga ada untuk bergambar kenangan.
Ostrich farm juga berhampiran rumah terbalik. Ia juga bersebelahan Politeknik Port Dickson. Bayaran masuk adalah RM15 untuk dewasa.
Telur burung untuk mampu menahan beban sehingga 120kg. Maklumlah burung unta itupun sangat besar.
Unta juga terdapat disitu. Jualan rumput RM3 seikat untuk memberi makan haiwan di situ. Pengalaman memberi makan pada burung unta sukar untuk dilepaskan. Terdapat seekor burung unta yang sangat jinak apabila diberi makan. Ia akan keluar masuk kandangnya jika dedak diberikan. Penjaganya mengambil gambar kami ketika memberi makan rumput.
Ketika tiba di Teluk Kemang sempat melihat keindahan pantai waktu petang.
Damia sangat seronok pertama kali di bawa ke pantai. Ia melihat deruan ombak serta kanak-kanak bermain.













Stesen 9A5BDE-8 di Selatan Sri Lanka

Stesen 9A5BDE-8 berada di selatan Sri Lanka. Ia belayar di laut Laccadive. Kanyakumari  berada di utaranya.
Bergerak 30km/h bearing 296 darjah. Koordinat 6 45.23'N dan 
77 50.21'E  
Dua stesen bertambah lagi mendapat packet. Iaitu stesen 9W2UHF-9  dapat 3 packet stesen 9W2SMF-9 dapat 164 packet yang berada di Seksyen 15 Bangi.
Pada tengahari ini stesen 9A5BDE-8 telah berada di selatan benua kecil India.



73, jojet de 9W2DYA

SISMAA-06 Gempa bumi di Acheh 6 Disember 2016



Ikon gempa bumi SISMAA-06 di utara Sumatera berlaku 6 Disember 2016. Gempa berlaku 22:03Z dengan kekuatan magnitude 6.4 pada infonya. Laporan media pula melaporkan magnitude 6.5 berlaku 22:00Z 5.03 pagi Selasa pada kedalaman 17 kilometer berdasarkan (USGS).
Koordinat 5 17.40'N dan 96 09.00'E sumber callsign daripada IK3SVW. Hampir 100 maut dan berates lagi cedera di Indonesia semalam apabila gempa kuat menggegarkan wilayah Aceh, menurut laporan media.


Sementara itu, kedudukan terkini stesen 9A5BDE-8 menghala ke barat bergerak 26km/h dengan bearing 268 darjah. Koordinat
5 35.06'N dan 90 19.69'E. Kedudukannya di barat Banda acheh.


Stesen 9W2ZVB-9 pada awal pagi ini Berjaya mendapat 7 packet ketika melalui PLUS highway dari selatan ke utara. Maklumlah base bersebelahan sahaja. Jikalau menurut raw mendapat 13 packets ketika melalui lebuhraya itu.
Ia menambahkan lagi stesen yang mendapat packet daripada 9W2DYA-5.
Stesen YB6HJE-1 satu paket jarak 321.1km
Stesen 9W2EDK-2 satu paket jarak 21.7km
Stesen 9W2JQQ-3 satu paket 14.8km


73, Jojet de 9W2DYA


Stesen 9A5BDE-8 menghala ke Sri Lanka

Kedudukan stesen 9A5BDE-8 melepasi antara Pulau Andaman dan Nicobar dan Acheh.
Merujuk arah dalam peta ia akan menghala ke Seri Lanka. Laut Andaman yang cantik sebelum ke lautan luas.
Jam 4.15 petang ia masih bergerak 26km/h bearing 252 darjah.
Memasuki lautan Hindi yang luas memerlu komunikasi satelit berfungsi dengan baik.
Pada pemantaunku aprsdroid berjaya memainkan peranan bekerja dengan baik sekali. Sekali sekala mengaktifkan aprs dapat memberitahu rakan lain tentang kedudukan terkini

Stesen 9A5BDE-8 di Pulau Carey

Kedudukan terakhir stesen 9A5BDE-8 pada jam 2.57 pagi di Pulau Carey. Beliau ada menghantar text padaku menyatakan telah tiba di Singapore straits. Sehingga jam 9 pagi ini kelibatnya masih belum dilihat.

Stesen 9A5BDE-8 berada di Selat Melaka

Stesen 9A5BDE-5 telah memasuki Selat Melaka. Kedudukan terakhir tengahari tadi berada di Kukup. Pada 12 November lalu kali pertama mengesannya. Hari ini kembali ke Selat Melaka setelah belayar ke Jepun.
Jam 11 berada di Bagan lalang.


73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 9A5BDE-8 hampiri Semenanjung

Stesen 9A5BDE-8 semakin menghampiri Semenanjung. Ia berada ditengah laut China Selatan.
Koordinat terakhir 5 42.06'N dan
106 52.71'E kelajuan 7km/h.
Beliau ada hantar text ke 9W2DYA-2 dan 9W2DYA-10.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 9W2YFS-3 dapat 2 packet

Stesen 9W2YFS-3 berjaya dapat 2 packet sejauh 16.5km Setapak ke Cheras.
Waktu itu portable saltmine. Ingat dapat yang dekat stesen 9W2JQQ-3. Pastinya beacon dari Setapak berjaya menerjah igate.

Manakala, stesen maritime mobile vlcc 9A5BDE-8 semakin menghampiri Pulau Spratly di Laut China Selatan. Semakin menghampiri 9M land.

73, Jojet de 9W2DYA
via mobile


Kedudukan terkini stesen 9A5BDE-8

Kedudukan terkini stesen 9A5BDE-8 adalah berada berdekatan utara Filipina, Luzon. Koordinat 
17 56.50'N dan 119 08.78'E bergerak laju 35km/h bearing 337 darjah.
Masih belum dapat contact untuk bertanya QTH seterusnya.

73, Jojet de 9W2DYA
via mobile

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...