Total Pageviews

Friday, December 16, 2016

Beca Melaka

Melaka memang sebagai destinasi pelancongan terkenal tempat bersejarah. Musim cuti sekolah ini kedatangan pelancong makin bertambah.
Salah satu tarikan pelancong adalah beca yang dihias cantik.


Lebih lagi pada malam hari ia dihiasi lampu berwarna-warni.

Selain itu, pemilik beca juga mendengarkan lagu yang menarik dan kuat.
Ia juga menghiaskan beca berdasar karektor kartun yang popular seperti Hello Kitty. Selain itu terdapat Doraemon, Pokaemon, Mickey, Transformers, dan banyak lagi.
Anakku Damia sangat teruja melihat beca yang bergerak dengan lampu berwarna- warni.
Bayaran yang dikenakan adalah RM25. Perjalanan dari Menara Taming Sari ke A Famosa melalui muzium kapal untuk melengkapkan sepusingan.

No comments:

Post a Comment