Stesen 9A5BDE-8 telah masuk Selat Melaka

Stesen 9A5BDE-8 telah melepasi Banda Acheh dan melalui Selat Melaka.
Update 31/12/16
Berhampiran stesen YB6DE-5.
Meneruskan pelayaran melalui Selat Melaka. Bergerak 24km/h bearing 117 darjah. Selari dengan Pulau Pinang.
Jam 8.10 pagi kedudukan selari dengan Lumut. Bergerak 28km/h bearing 120 darjah ke tenggara.

Bertemu 9M2AIA Pos Malaysia Shaftsbury Square Cyberjaya

Pembaharuan AA perlu guna wang pos, kiriman wang atau cek.
Jadi sasarannya pastilah pejabat pos. Kebiasaannya aku pergi pejabat pos di stesen bas malang dah pindah ke tempat lain.
Nasib baik hanya dibelakang Tower 1 skmm sahaja.
Berjumpa pula 9M2AIA  juga ingin memperbaharui AA. Banyak perkara kami sembangkan tentang radio. Pelbagai maklumat dapat dikongsikan.



Stesen 9A5BDE-8 menghampiri Indra point dan Banda Aceh

Stesen 9A5BDE-8 kini menghampiri Indira Point dan Banda Aceh.
Bergerak 31km/h bearing 84 darjah. Koordinat 5 41.48'N dan 90 38.59E

Stesen 9W2UGS bermobile dan QSO bersama 9W2PIO

Satu lagi rakan V38 Putrajaya mengaktifkan aprstrack.
Mobile dari Bandar Baru Bangi ke Salak. Stesen 9W2PIO guna 25watt terus ke Salak dari Putrajaya.
Terima anda 4/8 base di Bangi.
Manakala audio 9W2UGS negative copy.

Stesen 9A5BDE-8 terus mara ke utara Sumatera

Jam 8:47 pagi stesen 9A5BDE-8 terus bergerak 46km/h bearing 95 darjah.
Koordinat 5 35.10'N dan 85 15.39'E.

Stesen 9W2OZU di Bandar Baru Bangi

Satu lagi stesen aprs 9W2OZU dikesan di Bandar Baru Bangi. Menggunakan APRStrack sedang mobile ikon berjoging.
Pernah QSO dengan beliau.
Satu lagi stesen baru aktifkan aprstrack apabila mendapat passcode ialah 9W2VJP yang sedang mobile ke Klang dari Melaka. Sempat berbalas message dengan beliau.
Stesen YB0OO-9 baru tiba di Ibu Negara.
Stesen 9W2VVU-5 dan -10 di Sungai Merab guna aprsdroid.


Stesen 9A5BDE-8 maritime mobile di Sri Lanka

Stesen 9A5BDE-8 kini berada di selatan Sri Lanka. Berdekatan Galle bergerak 22km/h bearing 91 darjah.
Koordinat 5 35.04N dan 80 05.23E
Nampaknya ia kembali ke timur utara Sumatera.
Update
Jam 10:41 pergerakan terus ke utara Sumatera.

Stesen 9A5BDE-8 martime mobile kembali ke benua kecil India

Jam 1:46 pagi stesen 9A5BDE-8 terus belayar 26km/h bearing 135 darjah arah tenggara. Setelah beberapa hari di UAE kelihatan mula bergerak ke timur.

Stesen APRS baru setup 9W2PIO, 9W2MLW dan 9W2KHQ

Pagi ini kelihatan beberapa stesen aprs muncul menggunakan APRStrack. Merupakan apps android pada telefon pintar.
Hasil perkongsian kepada beberapa stesen. Ada antaranya berjaya mengaktifkan aprs melalui apps ini.
Antara stesen itu adalah 9W2PIO Putrajaya, 9W2MLW Melaka dan 9W2KHQ Kedah.
Sempat juga mencuba message bersama 9W2KHQ-8 di Kedah.
Bagi ingin mencuba layari sesawang http://www.aprstrack.com.
Boleh download telefon pintar anda.
Lepas download setup masukkan callsign.
Dapatkan password melalui email.
Bila dah dapat password maka aktiflah stesen aprs anda.
Antara apps yang paling mudah untuk berjinak-jinak dalam aprs.

Apa kepentingan APRS?
- dapat mengetahui QTH rakan.
- dapat mengetahui pergerakan rakan.
- mengetahui jarak semasa QSO antara dua stesen.
- pelbagai data dapat diketahui selain jarak.
- antara mode digital yang mudah diaktifkan.
- boleh hantar mesej walau takde no telefon.
- real time secara langsung.
- boleh sambung pada radio.

Kebanyakan kita ada telefon pintar bersama data internet. Tiada masalah  untuk aktifkan.




V38 Putrajaya 2 meter net

📢PEMBERITAHUAN:-📢

V38 akan mengadakan 2 meter Net di Simpleks.
 
Assalamulaikum,
Buat semua rakan2. Acara 2M Net V38 akan di langsung pada :

Tarikh: 31.12.2016
Jam: 10.00 pm
Hari : Sabtu

Pengawal Rangkaian:-

QRA : 9W2FDK
QTH NET: Putrajaya
Freq : V38- 145.475

Rakan2 Amatur dijemput bersama utk menyertai dlm acara ini...

Tip Checkin:
1. Sebutkan Callsign 2 atau 3 kali berserta QTH samada QRP..Mobile..Protable dan di ikuti perkataan Check
2. Apabila dipanggil oleh NCS nyatakan Callsign dan nama Handle Operator.
Juga nyatakan lokasi pemancaran, kuasa pemancaran, ketinggian antena dan laporan isyarat penerimaan Rx audio dari Pengawal Rangkaian.
3. Juga nyatakan Audio Report berkenaan penerimaan audio dari rakan2 lain sebelum anda.
4. Tujuan 2M Net adalah untuk latihan dan keupayaan  alat2 radas dan peralatan  di base station , mobile mahupun Portable. .

Harap maklum..

Melaka River Cruise

Melaka river cruise melalui pemandangan Kg Morten. Lebih menarik jika pada waktu malam diterangi lampu pada setiap rumah. Menurut pemandu bot segala kos lampu dibiayai kerajaan.
Gambar ini diambil dari tempat letak kereta tingkat 3A the shore. Pemandu botlah yang memaklumkan tentang bagunan tertinggi di Melaka ini.
Cuti sekolah ini bot sememangnya ramai orang. Walaupun beratur panjang tidaklah begitu lama untuk menunggunya.Bayaran dewasa RM15.

Stesen 9A5BDE-8 maritime mobile di Dubai UAE

Stesen 9A5BDE-8 kini masih lagi di Dubai. Ia berdekatan dengan Pulau Abu Musa. Bergerak 30km/h bearing 247 darjah.
Terus ke barat berdekatan Abu Dhabi pada pagi Isnin.

The Shore Oceanarium Melaka

The Shore Oceanarium tarikan terbaru negeri Melaka. Terletak ditingkat 2 dan bayaran untuk dewasa adalah RM35. Bayaran meliputi cermin mata 3D dan sekeping fridge magnet. Soalan kuiz jugs diberikan untuk dijawab dan cenderamata menarik diberi kepada jawapan yang betul.

Tempat terbaik untuk mempelajari ekosistem negara. Bagi yang ingin memberi makan penyu bayarannya RM10.60
Beberapa tema atau segmen menarik pengunjung antaranya adalah  Interactive touch pool, Magic aquarium, jungle quest, sea shells museum, river story, dangerous marine species, living fossil, fun freakish, kampung penyu, Ocean theatre, ocean journey dan shark quest.
Ikan pari dan jerung ini boleh dibelai dan disentuh dengan pengawasan petugas. Tapak sulaiman juga tidak terkecuali. Ia terletak pada segmen interactive touch pool. Jinak dan manja haiwan- haiwan ini.
Lalu dibawah jerung berenang-renang. Walau tak sehebat terowong di Akuaria namun ia tarikan tersendiri.
Ikan yang berwarna-warni seperti dalam watak animasi memang memikat hati. Pelbagai spisies yang cantik dipamerkan.

Ikan air tawar turut dipamerkan dalam river story. Ikan arowana dan piranha menarik tumpuan.

Arowana berenang mengelilingi pokok.

Akhir sekali adalah kampung penyu. Pengunjung boleh memberi makan penyu. Anakku sangat seronok melihat penyu makan lebih lagi apabila berebut makanan.
Ocean theatre menayangkan movie bertajuk A Turtle's Adventure dalam 3D. Harus menggunakan cermin 3D untuk menontonnya.
Ada juga pameran dalam bentuk 3D.
Selain Oceanarium, the shore juga mempunyai tarikan lain seperti Sky tower bayaran dewasa RM25 kanak-kanak RM18, Toy museum dewasa RM30 kanak- kanak RM20 dan the shore Interactive park dewasa RM30 kanak-kanak RM 20


Mahkota Hotel Melaka

Pada cuti kali ini, berkesempatan menginap di sini. Perkhidmatan yang diberikan oleh staff sangat baik. Segala keperluan yang diminta oleh tetamu akan dilayan sebaiknya.
Bilik yang diperolehi block Hibiscus. Pemandangan menghadap Pulau Melaka dan laut.
Bilik mempunyai ruang tamu dan dapur serta bilik tidur. Sesuai bagi keluar besar.
Tetamu disambut dengan beca di luar lobi. Terdapat juga kolam ikan dipintu masuk utama.

Sebelah petang berkesempatan ke Pantai Klebang menikmati coconut shake berdekatan bustel. Bas awam diubah menjadi gerai makanan dan tempat penginapan.





Beca Melaka

Melaka memang sebagai destinasi pelancongan terkenal tempat bersejarah. Musim cuti sekolah ini kedatangan pelancong makin bertambah.
Salah satu tarikan pelancong adalah beca yang dihias cantik.


Lebih lagi pada malam hari ia dihiasi lampu berwarna-warni.

Selain itu, pemilik beca juga mendengarkan lagu yang menarik dan kuat.
Ia juga menghiaskan beca berdasar karektor kartun yang popular seperti Hello Kitty. Selain itu terdapat Doraemon, Pokaemon, Mickey, Transformers, dan banyak lagi.
Anakku Damia sangat teruja melihat beca yang bergerak dengan lampu berwarna- warni.
Bayaran yang dikenakan adalah RM25. Perjalanan dari Menara Taming Sari ke A Famosa melalui muzium kapal untuk melengkapkan sepusingan.

Stesen 9A5BDE-8 maritime mobile VLCC at anchor near Muscat Oman

Jam 2:19 pagi ini stesen 9A5BDE-8 berada di Muscat Oman. Hari kedua berada di Teluk Oman melabuhkan sauhnya.
Petang semalam juga, stesen
9W2RBR-9 berjaya mendapat satu packet. Jaraknya adalah 747.1m paling dekat setakat ini.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 9A5BDE-8 maritime mobile VLCC on anchor at Fujairah UAE

Sehingga jam 9.39 malam semalam stesen 9A5BDE-8 telah tiba di UAE.
Nampaknya ia telah melabuhkan sauh menandakan tiba destinasi untuk beberapa hari.
Kelihatan di google map tiada stesen aprs diaktifkan. Hanya terdapat dua stesen WX yang aktif OMDB dan EW1978. Merujuk info terdapat stesen yang pernah diaktifkan adalah ZS6CA, IT9VFP-5, OD5NA-9, VU2LOC, KM6GKL dan DL7EE-10.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 9A5BDE-8 di Laut Arab

Jam 1:26 pagi ini, stesen 9A5BDE-8 terus bergerak laju 31km/h bearing 321 darjah. Nampaknya ia menuju ke negara arab iaitu Oman atau Teluk Oman ke negara timur tengah yang lain. Maklumlah pengeluar minyak dunia dari negara arab.

Sementara itu, dua stesen berjaya mendapat packet pada hari semalam.
Stesen 9M2NIA-9 mendapat 4 packet jarak 4.2km.
Manakala, stesen 9W2AOY-9 mendapat 2 packet jarak 6km.
Cuti yang panjang menyebabkan trafik sibuk dengan jelopi.
Maklumat di message 9A5BDE-8 akan tiba di Dubai UAE esok 14 Disember 2016.
8:34 malam stesen 9A5BDE-8 telahpun memasuki Teluk Oman ke Dubai. Bergerak 30km/h bearing 313 darjah.

73,Jojet de 9W2DYA

Aquaria KLCC

Semalam selepas pulang dari PD ke Aquaria KLCC.
Bayaran masuk dewasa
RM46 untuk Mykad.



Pelbagai spesies hidupan marin dipamerkan. Menarik minat golongan kanak-kanak tentang hidupan air  laut mahupun sungai. Tidak terkecuali anakku yang mencecah setahun sangat seronok melihat ikan berenang dalam akuarium.
Ia juga tempat untuk menambah pengetahuan dan pengalaman. Banyak maklumat tentang sesuatu spesies hidupan marin.
Ia juga tempat menggalakkan masyarakat menjaga dan mencintai alam semulajadi serta spisies terancam.
Ruang pameran mempunyai pelbagai tema serta penyampaian yang interaktif menarik minat pengunjung dalam dan luar negara.
Paling menarik ketika melalui terowong akuarium. Ikan dapat dilihat berenang dikeliling terowong  banyak sekali.
Antara menarik perhatian adalah ikan jerung, ikan pari dan penyu.
Selepas puas melihat singgah di kedai cenderamata untuk kenangan. Gambar kenangan juga diambil untuk simpanan oleh staf akuaria.


Stesen 9A5BDE-8 berada di barat India

Kedudukan terkini jam 7:15 pagi stesen 9A5BDE-5 berada di timur India. Koordinat 16 46.12'N dan 66 23.60'E bergerak laju 31km/h bearing 316 darjah.
Semalam stesen 9W2UHF-9 menambah lagi paket menjadi 9. Ia lalu higwah Plus pulang ke Johor.

73, Jojet de 9W2DYA

Rumah terbalik Port Dickson

Cuti sekolah bertembung cuti hujung minggu yang panjang sempena Maulidur Rasul menyebabkan tempat tumpuan pelancong sesak.
Cuti kali ini membawa keluarga ke Port Dickson sahaja.
Nasib baik dapat menginap di Seri Ratu Hotel & Spa di Teluk Kemang.
Bilik hari pertama mempunyai masalah water heater yang rosak. Televisyen jenis lama bergantung pada aerial tv semata menyebab penerimaan kurang baik dan satu saluran sahaja.
Hari kedua tukar bilik sebelahnya yang water heater berfungsi baik tetapi televisyen tidak dapat digunakan masalah yang sama.

Berbalik pada percutian ini kunjungan ke pantai peranginan adalah diharuskan.
Pada hari kedua berkesempatan ke tempat tarikan ramai.

Upside down art galery lokasi no 13A &15, Jln coral Walk, Batu 9, Jln Pantai. Bayaran dewasa RM20.
Bahagian rumah terbalik yang menarik perhatian. Ruang yang diterbalikkan adalah bilik bujang.
Meja solek juga tidak ketinggalan.
Kabinet televisyen

Hulk merempuh pintu gambar 3D
Model rumah yang kecil
Ruang dapur menarik perhatian ramai.
Cover majalah menyambut kedatangan pengunjung untuk bergambar kenangan
Bilik baby juga ada untuk bergambar kenangan.
Ostrich farm juga berhampiran rumah terbalik. Ia juga bersebelahan Politeknik Port Dickson. Bayaran masuk adalah RM15 untuk dewasa.
Telur burung untuk mampu menahan beban sehingga 120kg. Maklumlah burung unta itupun sangat besar.
Unta juga terdapat disitu. Jualan rumput RM3 seikat untuk memberi makan haiwan di situ. Pengalaman memberi makan pada burung unta sukar untuk dilepaskan. Terdapat seekor burung unta yang sangat jinak apabila diberi makan. Ia akan keluar masuk kandangnya jika dedak diberikan. Penjaganya mengambil gambar kami ketika memberi makan rumput.
Ketika tiba di Teluk Kemang sempat melihat keindahan pantai waktu petang.
Damia sangat seronok pertama kali di bawa ke pantai. Ia melihat deruan ombak serta kanak-kanak bermain.













Stesen 9A5BDE-8 di Selatan Sri Lanka

Stesen 9A5BDE-8 berada di selatan Sri Lanka. Ia belayar di laut Laccadive. Kanyakumari  berada di utaranya.
Bergerak 30km/h bearing 296 darjah. Koordinat 6 45.23'N dan 
77 50.21'E  
Dua stesen bertambah lagi mendapat packet. Iaitu stesen 9W2UHF-9  dapat 3 packet stesen 9W2SMF-9 dapat 164 packet yang berada di Seksyen 15 Bangi.
Pada tengahari ini stesen 9A5BDE-8 telah berada di selatan benua kecil India.



73, jojet de 9W2DYA

SISMAA-06 Gempa bumi di Acheh 6 Disember 2016



Ikon gempa bumi SISMAA-06 di utara Sumatera berlaku 6 Disember 2016. Gempa berlaku 22:03Z dengan kekuatan magnitude 6.4 pada infonya. Laporan media pula melaporkan magnitude 6.5 berlaku 22:00Z 5.03 pagi Selasa pada kedalaman 17 kilometer berdasarkan (USGS).
Koordinat 5 17.40'N dan 96 09.00'E sumber callsign daripada IK3SVW. Hampir 100 maut dan berates lagi cedera di Indonesia semalam apabila gempa kuat menggegarkan wilayah Aceh, menurut laporan media.


Sementara itu, kedudukan terkini stesen 9A5BDE-8 menghala ke barat bergerak 26km/h dengan bearing 268 darjah. Koordinat
5 35.06'N dan 90 19.69'E. Kedudukannya di barat Banda acheh.


Stesen 9W2ZVB-9 pada awal pagi ini Berjaya mendapat 7 packet ketika melalui PLUS highway dari selatan ke utara. Maklumlah base bersebelahan sahaja. Jikalau menurut raw mendapat 13 packets ketika melalui lebuhraya itu.
Ia menambahkan lagi stesen yang mendapat packet daripada 9W2DYA-5.
Stesen YB6HJE-1 satu paket jarak 321.1km
Stesen 9W2EDK-2 satu paket jarak 21.7km
Stesen 9W2JQQ-3 satu paket 14.8km


73, Jojet de 9W2DYA


Stesen 9A5BDE-8 menghala ke Sri Lanka

Kedudukan stesen 9A5BDE-8 melepasi antara Pulau Andaman dan Nicobar dan Acheh.
Merujuk arah dalam peta ia akan menghala ke Seri Lanka. Laut Andaman yang cantik sebelum ke lautan luas.
Jam 4.15 petang ia masih bergerak 26km/h bearing 252 darjah.
Memasuki lautan Hindi yang luas memerlu komunikasi satelit berfungsi dengan baik.
Pada pemantaunku aprsdroid berjaya memainkan peranan bekerja dengan baik sekali. Sekali sekala mengaktifkan aprs dapat memberitahu rakan lain tentang kedudukan terkini

Stesen 9A5BDE-8 di Pulau Carey

Kedudukan terakhir stesen 9A5BDE-8 pada jam 2.57 pagi di Pulau Carey. Beliau ada menghantar text padaku menyatakan telah tiba di Singapore straits. Sehingga jam 9 pagi ini kelibatnya masih belum dilihat.

Stesen 9A5BDE-8 berada di Selat Melaka

Stesen 9A5BDE-5 telah memasuki Selat Melaka. Kedudukan terakhir tengahari tadi berada di Kukup. Pada 12 November lalu kali pertama mengesannya. Hari ini kembali ke Selat Melaka setelah belayar ke Jepun.
Jam 11 berada di Bagan lalang.


73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 9A5BDE-8 hampiri Semenanjung

Stesen 9A5BDE-8 semakin menghampiri Semenanjung. Ia berada ditengah laut China Selatan.
Koordinat terakhir 5 42.06'N dan
106 52.71'E kelajuan 7km/h.
Beliau ada hantar text ke 9W2DYA-2 dan 9W2DYA-10.

73, Jojet de 9W2DYA

Stesen 9W2YFS-3 dapat 2 packet

Stesen 9W2YFS-3 berjaya dapat 2 packet sejauh 16.5km Setapak ke Cheras.
Waktu itu portable saltmine. Ingat dapat yang dekat stesen 9W2JQQ-3. Pastinya beacon dari Setapak berjaya menerjah igate.

Manakala, stesen maritime mobile vlcc 9A5BDE-8 semakin menghampiri Pulau Spratly di Laut China Selatan. Semakin menghampiri 9M land.

73, Jojet de 9W2DYA
via mobile


Kedudukan terkini stesen 9A5BDE-8

Kedudukan terkini stesen 9A5BDE-8 adalah berada berdekatan utara Filipina, Luzon. Koordinat 
17 56.50'N dan 119 08.78'E bergerak laju 35km/h bearing 337 darjah.
Masih belum dapat contact untuk bertanya QTH seterusnya.

73, Jojet de 9W2DYA
via mobile

Igate Bangi 9W2DYA-5

Cuti sekolah telah bermula membolehkan Igate ini diaktifkan. Ia akan diaktifkan apabila berada di base station. Jikalau mobile, akan mengaktifkan 9W2DYA-10 aprsdroid.
Pagi ahad telah Berjaya menangkap dua stesen iaitu 9W2LYO-9 dengan jarak 9.9km dan 9M2CQC-9 dengan jarak 6.9km.
Hanya 3 packet berjaya ditangkap oleh kedua stesen itu.
Harap selepas ini lebih banyak stesen lagi Berjaya mendapat packet.


Sementara itu, kedudukan terkini stesen 9A5BDE-8 lepas sejam tadi adalah 31 59.65'N dan 134 4.85'E bergerak 22km/h.
Ia menunjukkan turun semula ke arah selatan dan kemungkinan akan melalui Selat Melaka dalam 10 hari lagi.


Pagi tadi juga kelihatan stesen jiran iaitu E24IFG-5 ke Putrajaya. Pada pagi telah kembali semula ke Hatyai.


73, Jojet de 9W2DYA

Lalang Island IOTA: AS-072

IOTA: AS-072
Location:LALANG ISLAND (Part of 9 Island).District Of Perak.West Malaysia
Date: 25-27 November 2016
Starting Time: 12:00 UTC
Ending Time: 12:00 UTC
Astra Malaysia collaboration with Selangordx Team will activate callsign 9m4li from Lalang Island-AS-072
Hopefully we can produce more dxer in future.to gain more experience using HF tranceiver and also antenna preparation expecially for IOTA Dxpedition.
Acknowledgment with our friends from region 1 and region 2 will be stanby for us during our dxpedition from 25-27 Nov 2016.
p/s: Thanks to: 9M2RHQ/9W2LUP/9M2EPX/9W2XKM/9W2HYY AND 9M4LI IOTA TEAM 2016.
Thank YOU
73,SelangorDx Team

Kelihatan di google map stesen 9W2FRP-5 berdekatan Pulau Sembilan. Mungkin salah seorang krew untuk dxpdc Pulau Lalang ini.

9A5BDE-8 di Kurashiki, Okayama Japan

Merujuk info stesen 9A5BDE-8 berada di Kurashiki pada kali terakhir diaktifkan. Koordinat 34 29.85'N dan 133 44.25'E. sudah sehari lebih tidak aktifkan aprs. Mungkin sedang berehat atau meneruskan pelayaran.
Antara stesen yang aktif  adalah JP4YDV-I, JA4XO-1, JE4YIZ-10, JR4WUN, JF4CYP-10, JE4YMQ-10.
Kelihatan juga, stesen AIS 004310603 JP menyebabkan segala pergerakan kapal dalam system AIS dapat dilihat pergerakannya.


73, Jojet de 9W2DYA

9M2ZAK-5 dan 9M2PUL-i




Stesen 9M2ZAK-5 Zaki  mengaktifkan aprs di HS land untuk CQ WWCW contest hujung minggu ini. Beliau bersama Syaiful 9M2PUL-i akan membawa cabaran untuk HS0ZAR di Ban Ta Bong.



Semoga Berjaya kedua mereka untuk contest kali ini.

Stesen 9A5BDE-8 telah tiba di Kiire, Kagoshima Jepun



Stesen 9A5BDE-8 telahpun tiba ditempat yang dituju. Koordinat terkini 31 23.65'N dan 130 34.35E bergerak 4km/h dengan altitude 203m yang dicatatkan. Nampaknya ia bergerak keluar Kagoshima Bay menuju destinasi lain agaknya pada jam 1.34 pagi ini.
Jam 4.55 pagi pula, kelihatan stesen 9A5BDE-8 masih bergerak di Selat Osumi menuju utara. Koordinat 31 1.25'N dan 130 56.65'E bergerak 26km/h dan altitude -14m.
73 Jojet de 9W2DYA

Hari ke-11 9A5BDE-8 maritime mobile ke Jepun

Stesen 9A5BDE-8 sudah sampai Jepun. Dua ini kelihatannya masih lagi berada di 30 36.05'N dan 129 53.85E bergerak 17km/h. Kedudukan ini jam 10.03 malam tadi.
Ia berdekatan dengan Kagoshima QTH terakhir.


Antara stesen yang aktif adalah JG6YIC-6, JM6ISF-3, JA6KTI-6, JA6KJQ-5, JE6NHI-9, JN6IFE-10, JH6YMX-2, JG6YCH-3, JG6YDF-2, JA6VBY-9, JO6NZJ-3, JR6NJN-15.
Frekuensi aprs di sana adalah 144.660MHz


73, Jojet de 9W2DYA

Notis pembaharuan lesen

Beberapa hari lalu aku mendapat notis pembaharuan AA. Tarikh renew 18 November 2016 dan dikehendaki memperbahrui selama 5 tahun berjumlah RM180. Biasanya aku memperbahurui selama setahun sahaja.


Pada petang tadi sempatlah ke Tower 1 MCMC untuk bertanyakan notis itu. Aku pergi bersama swl Taariq yang ingin bertanyakan  tentang RAE. Malangnya beliau terlepas untuk menduduki RAE kerana telah tamat tempoh pendaftaran yang perlu dalam talian.
Terpaksalah menunggu RAE tahun hadapan pula.


Kemudian, kami ke Puchong Gateway di CCC International Sdn Bhd untuk  membeli charger handyku yang rosak. Selama ketika meminjamkan daripada Taariq yang sama model handynya denganku. Pertama kali sampai di CCC kulihat banyak model TYT dijual disana. Rizal 9W2SZR sibuk melayan pelanggan yang berurusan dengannya.


Selepas selesai, barulah beliau berkesempatan untuk bertanya tentang kedatangan kami.Aku bertanya tentang bateri sender jika ada. Kemudian aku membeli charger yang amat penting untuk meneruskan kelangsungan radio terus berfungsi.


Selepa mendapatkan barangan yang dihajati, kami terus pulang ke Kajang ke base swl Taariq. QTH Taman Taming Impian, Sg Jelok Kajang. Ketika tiba base beliau, terlihat olehku antenna radio yang menjulang. Akupun memandu elopi terus ke arah antenna itu.


Tibanya di sana, sebuah rumah berdirinya dua batang pole. Kelihatan jelopi yang mempunyai callsign 9W2VMW. Oh disini rupanya base 9W2VMW. Selalu monitornya dijalur dan dapat dicopy audionya dengan baik. Kemudian beberapa selang dari rumahnya bernombor 127 berdiri sebatang pole yang aku cari itu. Malangnya tidak diketahui tuan punya isyarat panggilan. Selepas ini, bolehlah swl Taariq monitor di V38 kerana audio 9W2VMW sentiasa berkumandang.


Apabila sudah sampai saltmine terus mencaj handy dan monitor di V38. Kedengaran audio abg Azman 9W2OTX Sg Merab terima 5/9 dari Cheras. Abg Johan 9W2PJH bermobile di Putrajaya terima 4/8 diawalnya. Kemudian Abg Zamri 9W2ZBV mobile di Bukit Jalil negative copy.
9W2MSZ mobile di Jalan Kuching terima anda 3/8.
9W2DFL negative copy PICC


73, Jojet de 9W2DYA

Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM ✅Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini diperlukan utk daftar eSPECTRA nanti. Hantar email ke alamat: espectra.support@mcmc.gov.my ...................................... Perkara: Memohon Shared Secret eSpectra Butiran Stesen Amatur Nama Penuh: Callsign: Client No: Sekian terima kasih ...................................... ✅ Selepas dapat email balasan mengandungi SHARE SECRET... anda boleh teruskan proses pendaftaran eSPECTRA di sini https://espectra.mcmc.gov.my/ ✅Selesai daftar ePECTRA... Boleh proceed untuk buat renewal AA up to 31.12.2028 @ 5 tahun dengan pengecualian bayaran fi proses & fi tahunan AA.. ✅ Selepas permohonan renewal AA berjaya, sila email butiran seperti di bawah ke alamat e-mel : https://espectra.mcmc.gov.my untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak SKMM. ...................................... Perkara/Subjek: Pembaharuan AA melalui e-SPECTRA Nama : No. Permohonan (Application No.) : Cara penghantaran Sijil AA : Pos/ Serahan Tangan Sekiranya Pos, sila nyatakan alamat pengeposan. ..................................... Semoga berjaya renewal AA anda.

Hari ke-9 9A5BDE-8 maritime mobile ke Jepun

Hari ke-9 stesen 9A5BDE-8 dari Selat Melaka ke Jepun koordinat terkini. Walaupun sudah tiba di Negara matahari terbit namun destinasinya belum pasti. Koordinat terakhir pemantauan adalah
30 19.25'N dan 129 35.35'E bergerak kelajuan 2km/h dan altitude 72m pada jam 6.05 petang.






Kelihatan banyak stesen aprs di Kagoshima meriah sekali. Banyak dan meriah sekali di tempat lain juga stesen aprs di Jepun.


Kemudian bergerak perlahan lagi selepas sejam koordinat
30 20.35'N dan 129 36.95'E bergerak 4km/h dengan altitude -33m
6.22 petang bergerak 4km/h koordinat 30 20.55'N dan 129 37.25'E dengan altitude 77m. Kelihatan Pozdrav za 9A3KG tertera di komen.






73, Jojet de 9W2DYA

9W2NKC-3 mengalami masalah teknikal

Stesen 9W2NKC-3 mengalami masalh teknikal dan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi menurut Kuan Hoe 9W2KHN. Ia akan cuba diselesaikan bagi membolehkan ia berfungsi semula. Menggunakan antenna Reaksi f253 bekerja dengan baik untuk kawasan Cheras.





Namun, kewujudan stesen 9W2JQQ-3 telah dapat membantu mengatasi masalah ini. Stesen ini juga berfungsi dengan baik sekali membuat liputan sekitar Cheras dan Kajang.


Berikut adalah imej daripada stesen 9W2NKC-3 peralatan radas yang digunakan bagi digipeater.


a








Terima kasih Kuan Hoe 9W2KHN atas maklumatnya. Semoga boleh setup semula digipeaternya.


73, Jojet de 9W2DYA

Hari ke-8 9A5BDE-8 maritime mobile ke Jepun

Setelah lapan hari memantau, stesen 9A5BDE-8 akhirnya telah memasuki perairan Jepun. Meninggalkan Taiwan semalam, pagi ini dilihat stesen 9A5BDE-8 berada di selatan Jepun.


Menuju Okinawa dengan koordinat 25 16.95'N dan 123 59.95E bergerak dengan kelajuan 24km/h bearing 20 darjah dan altitude 58m.
Melepasi Yonaguni, Taketomi, Ishigaki, Tarama, dan Miyakojima tidak kelihatan stesen aprs diaktifkan. Manakala, Okinawa aktiviti aprs kelihatan di google map. Antaranya adalah JR6LI, JS6JFG, JR6VZG-10, JR6YTR-10, JS6RAV-14, dan JR6DI-3.
Mereka menggunakan UI-View untuk mengaktifkan aprs.


Manakala yang bermobile adalah JJ6OAA-9, JS6JFG-14 dan JS6RAV-14.


73, Jojet de 9W2DYA

Hari ke-7 9A5BDE-8 ke Jepun

Hari ke-7 selepas dapat dikesan stesen 9A5BDE-8 kini telah berada di Taiwan. Koordinat 22 29.55'N dan 121 35.05E bergerak sejauh 35km/h. Kedudukannya antara Pulau Green dan Pulau Orchid timur Taiwan. Green Island terdapat stesen BX6AM-15 jarak 20.7km dengan 9A5BDE-8

Hari ke-6 stesen 9A5BDE-6 ke Jepun

Kedudukan kali terakhir stesen 9A5BDE-6 adalah jam 11.09 malam tadi. Koordinat 19 26.45'N dan 119 7.75'E dengan bergerak 22km/h dan altitude -20m
QTH berhampiran dengan utara Filipina. Beliau menukar ssid dari 8 ke 6 pula. Masih menggunakan aprsdroid yang bekerja dengan cemerlang sekali sepanjang pelayaran ini.
Sepanjang perjalanan dapatlah ketahui bahawa laluan kapal dagang dunia yang dilaluinya.
Selain itu, komunikasi satelit digunakan bagi terus mendapat internet. Apabila dapat berbalas mesej dengan beliau, maka itulah terjadi komunikasi satelit. Kedudukannya jauh ditengah lautan memerlukan komunikai satelit bagi meneruskan perhubungan.


Koorinat berubah lagi pada 19 43.15'N dan 119 21.25'E dengan kelajuan 22km/h serta altitude 66m direkodkan.
Sekali lagi pada awal pagi ini berjaya menghantar mesej kepadanya. Ia menyatakan QTH berhampiran dengan Taiwan. Kelihatan banyak stesen aprs turut aktif di Taiwan. Mereka menggunakan frekuensi 144.640MHz untuk aprs.
Manakala, di Filipina pula hanya terdapat stesen DV2KXT dan DU1ZXO Alabang dan Paranaque.


73, Jojet de 9W2DYA

9W2JQQ-3 Balakong Digipeater



Nampaknya ada satu lagi stesen yang aktifkan aprs di Cheras. Stesen 9W2JQQ-3 nampaknya bekerja dengan baik sekali. Banyak stesen dapat mencapainya seperti
9M4RDG-332016-11-17 07:43:592016-11-17 18:12:24OJ03VA > OJ03VK47.0 km 1°2016-11-17 18:12:24
9W2CEH-3462016-11-16 22:03:552016-11-17 15:34:01OJ03VA > OJ02VW11.8 km 159°2016-11-17 15:34:01
9M4RTB-322016-11-17 01:36:562016-11-17 07:19:26OJ03VA > OJ12AU39.8 km 123°2016-11-17 07:19:26
9W2VHF-332016-11-17 09:04:002016-11-17 10:54:01OJ03VA > OJ03UF24.4 km 346°2016-11-17 10:54:01
9W2EDK-2282016-11-16 22:33:552016-11-17 13:34:01OJ03VA > OJ02TW22.2 km 247°2016-11-17 13:34:01
9W2FTG-1252016-11-17 00:13:562016-11-17 18:22:22OJ03VA > OJ03VC10.7 km 10°2016-11-17 18:22:22
9M2RGL-332016-11-17 10:24:012016-11-17 12:14:02OJ03VA > OJ12HI118.5 km 128°2016-11-17 12:14:02
9W2NKC-332016-11-17 06:13:592016-11-17 11:44:02OJ03VA > OJ03UB5.7 km 332°2016-11-17 11:44:02


Jadi, baguslah kalau dapat aktifkan igate disaltmine pasti dapat packet.


73, Jojet de 9W2DYA

Hari ke-5 stesen 9A5BDE-8 maritime mobile ke Jepun

Pagi ini sebelum ke saltmine sempat aku meninjau kedudukan 9A5BDE-8 yang masih bergerak aktif. Kedudukannya terus bergerak ke arah utara berdekatan dengan Vietnam.
Koordinat 12 31.73'N dan 112 59.79'E. Bergerak 24km/h dan altitude 11m pada jam 5.29 pagi.
Kedudukannya ditengah antara Vitnam dan Filipina berdekatan Pulau Spratly.
Selepas itu, pada jam 6 pagi kedudukan berubah 12 37.24'N dan 113 4.65'E. Bergerak 28km/h dan altitude -12m. Ini menunjukkan kapal ini semakin laju bergerak di laut China Selatan.
Merujuk peta kemungkinan 9A5BDE-8 akan terus menuju ke arah Taiwan di utara Luzon Filipina.


Monitor pada jam 3.55 petang pula, kedudukan terkini adalah
14 15.24'N dan 114 31.58E ditengah antara Manila dan Qui Nhon, Vietnam. Manakala barat lautnya adalah Pulau Paracel di laut China Selatan. Ia bergerak sejauh 24km/h bearing 45 darjah.
Bergerak lagi 28km/h bearing 48 darjah. Koordinat 14 20.73'N
114 36.48'E jam 4.03 petang. Kemudian bergerak perlahan 19km/h bearing 34 darjah ke timur laut. Koordinat 14 24.27'N dan
114 39.65'E pada jam 4.23 petang. Percubaan menghantar mesej masih lagi belum dijawab untuk mendapat maklumat terkini.


Akhirnya beliau membalas mesej apabila pulang ke kabin dan ingin makan malam ketika jam hamper 5.30 petang. Rupanya beliau didalam kapal tangki minyak VLCC dan WX ketika ini sangat baik.
Mendapatkan internet menggunakan satelit tidak hairanlah ditengah lautan luas boleh lagi menggunakan aprsdroid.
Jadi kita masih lagi boleh menghantar mesej melalui aprs walau dimana jua jaraknya.





Contoh kapal tangki VLCC very large crude carrier yang beliau berada. Patutlah tidak membalas sebarang mesej kecuali pada waktu selepas kerja.




73, Jojet de 9W2DYA

Hari Keempat 9A5BDE-8 maritime mobile ke Jepun

Hari ke-4 sejak dikesan Sabtu lalu stesen 9A5BDE-8 kedudukan
10 29.98'N dan 111 12.09'E. Kedudukan laut timur Vietnam berhampiran dengan Pulau Spratly sebelah timurnya.
Bergerak dengan kelajuan 28km/h dan altitude -52m.  Cubaan menghantar mesej masih belum dijawab berkemungkinan sibuk diatas kapal.
Terus bergerak ke timur laut 26km/h dengan altitude -52m lagi. Koordinat 10 30.37'N dan 111 12.38'E
Nampaknya pergerakannya masih lagi aktif.


73, Jojet de 9W2DYA

Kedudukan terkini 9A5BDE-8

Kedudukan terkini stesen 9A5BDE-8 yang sedang berlayar ke Jepun berada di Laut China Selatan. Masih lagi kelihatan ikon Satellite dish yang diguna digoogle map. Koordinat 6 24.49N dan 107 38.70E
Kedudukan itu antara Semenanjung dan Sabah Sarawak dan di selatan Vietnam. Bergerak sejauh 28km/h dan altitude -138m.
Pulau yang terdekat adalah Con Son di selatan Vietnam. Percubaan menghantar mesej kepada beliau sejak 5.30 petang masih lagi belum berbalas.
Satu lagi stesen, kelihatan di Phnom Phhen, Kemboja iaitu BG2AZY yang satu-satunya aktif. Jikalau melihat kepada peta Negara Thai, betapa meriahnya APRS di sana.
Pada jam 6.20 petang stesen 9A5BDE-8 masih lagi aktif dikedudukan 6 31.82N dan 107 44.98E. Bergerak 22km/h dan altitude 45m.




73, Jojet de 9W2DYA

Stsen 9A5BDE-8 maritime mobile di Selat Melaka ke Jepun

Stesen dari Croatia yang sedang berlayar ke Jepun hari ini telah berada di selatan tanahair menuju ke Singapura. Aku mula mengesan beliau pada malam tadi dan sempat menghantar mesej kepada beliau.
Menurut beliau akan ke Jepun dalam masa 10 hari. Bagus aprs boleh mengesan pergerakan rakan. Sebelum ini, rakan dari Negara China berbasikal daripada Melaka pulang ke Tanah Besar turut dapat dikesan hingga beberapa rakan memukatnya.

Message with 9A5BDE-8







016-11-12 23:15:54 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: hi











2016-11-12 23:15:57 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: jojet de 9w2dya
2016-11-12 23:16:22 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: hi
2016-11-12 23:18:23 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-2: aprst?
2016-11-12 23:18:37 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-2: hi friend ge
2016-11-12 23:19:05 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: where are you been
2016-11-12 23:19:15 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: maritime mobile
2016-11-12 23:19:36 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-2: yes just now passing Singapore Strait
2016-11-12 23:20:18 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: how long your maritime mobile
2016-11-12 23:22:28 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-1: for 30 years sailing
2016-11-12 23:22:59 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-1: maritime mob was on packet bpq32 psk31 and digi modes
2016-11-12 23:23:02 MYT: 9W2DYA-1>9A5BDE-8: [N1,úû£Œ
2016-11-12 23:23:24 MYT: 9W2DYA-1>9A5BDE-8: [N1,[äñ₧]ºùÑ}ε
2016-11-12 23:23:56 MYT: 9W2DYA-1>9A5BDE-8: [N1,˜µèäJÒÌË©Ý¡Çñªæé
2016-11-12 23:24:32 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-1: not receive that service,here is simple droid
2016-11-12 23:25:12 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-1: look my old call sagn 9a3ade-14
2016-11-12 23:25:40 MYT: 9W2DYA-1>9A5BDE-8: [N1,úû£Œ
2016-11-12 23:28:51 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: QSL UIview 32
2016-11-12 23:29:15 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-1: no go this service?....???
2016-11-12 23:30:23 MYT: 9W2DYA-1>9A5BDE-8: [N1,JèØÖJ
2016-11-12 23:32:22 MYT: 9W2DYA-1>9A5BDE-8: [N1,‹ÂՐŸŽÚ¹žàœÔäaØçÍÄÒ²
2016-11-12 23:32:44 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-1: no passing
2016-11-12 23:33:28 MYT: 9W2DYA-1>9A5BDE-8: [N1,ÿÁÞõJ┐╗á
2016-11-12 23:35:49 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-2: here
2016-11-12 23:36:19 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-2: sorry i was listened anothercall with ssid 1
2016-11-12 23:37:25 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: its me same callsign
2016-11-12 23:37:49 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: both can used
2016-11-12 23:38:41 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-2: but from there some msgs not rediable
2016-11-12 23:38:46 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-2: here is ok
2016-11-12 23:39:49 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: no problem
2016-11-12 23:40:51 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: so next QTH
2016-11-12 23:41:11 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-2: japan Kiire
2016-11-12 23:41:56 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: wow how it take there
2016-11-12 23:42:09 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: long
2016-11-12 23:42:25 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-2: 10 days
2016-11-12 23:43:14 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: nice journey
2016-11-12 23:44:21 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-2: yea,maybe you can ping sometime or send msg
2016-11-12 23:45:11 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: QSL
2016-11-12 23:45:24 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: save jorney
2016-11-12 23:45:45 MYT: 9A5BDE-8>9W2DYA-2: tnx,73 cul
2016-11-12 23:46:01 MYT: 9W2DYA-2>9A5BDE-8: 73 bye











































Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...