Igate Bangi 9W2DYA-5

Cuti sekolah telah bermula membolehkan Igate ini diaktifkan. Ia akan diaktifkan apabila berada di base station. Jikalau mobile, akan mengaktifkan 9W2DYA-10 aprsdroid.
Pagi ahad telah Berjaya menangkap dua stesen iaitu 9W2LYO-9 dengan jarak 9.9km dan 9M2CQC-9 dengan jarak 6.9km.
Hanya 3 packet berjaya ditangkap oleh kedua stesen itu.
Harap selepas ini lebih banyak stesen lagi Berjaya mendapat packet.


Sementara itu, kedudukan terkini stesen 9A5BDE-8 lepas sejam tadi adalah 31 59.65'N dan 134 4.85'E bergerak 22km/h.
Ia menunjukkan turun semula ke arah selatan dan kemungkinan akan melalui Selat Melaka dalam 10 hari lagi.


Pagi tadi juga kelihatan stesen jiran iaitu E24IFG-5 ke Putrajaya. Pada pagi telah kembali semula ke Hatyai.


73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...