Hari ke-5 stesen 9A5BDE-8 maritime mobile ke Jepun

Pagi ini sebelum ke saltmine sempat aku meninjau kedudukan 9A5BDE-8 yang masih bergerak aktif. Kedudukannya terus bergerak ke arah utara berdekatan dengan Vietnam.
Koordinat 12 31.73'N dan 112 59.79'E. Bergerak 24km/h dan altitude 11m pada jam 5.29 pagi.
Kedudukannya ditengah antara Vitnam dan Filipina berdekatan Pulau Spratly.
Selepas itu, pada jam 6 pagi kedudukan berubah 12 37.24'N dan 113 4.65'E. Bergerak 28km/h dan altitude -12m. Ini menunjukkan kapal ini semakin laju bergerak di laut China Selatan.
Merujuk peta kemungkinan 9A5BDE-8 akan terus menuju ke arah Taiwan di utara Luzon Filipina.


Monitor pada jam 3.55 petang pula, kedudukan terkini adalah
14 15.24'N dan 114 31.58E ditengah antara Manila dan Qui Nhon, Vietnam. Manakala barat lautnya adalah Pulau Paracel di laut China Selatan. Ia bergerak sejauh 24km/h bearing 45 darjah.
Bergerak lagi 28km/h bearing 48 darjah. Koordinat 14 20.73'N
114 36.48'E jam 4.03 petang. Kemudian bergerak perlahan 19km/h bearing 34 darjah ke timur laut. Koordinat 14 24.27'N dan
114 39.65'E pada jam 4.23 petang. Percubaan menghantar mesej masih lagi belum dijawab untuk mendapat maklumat terkini.


Akhirnya beliau membalas mesej apabila pulang ke kabin dan ingin makan malam ketika jam hamper 5.30 petang. Rupanya beliau didalam kapal tangki minyak VLCC dan WX ketika ini sangat baik.
Mendapatkan internet menggunakan satelit tidak hairanlah ditengah lautan luas boleh lagi menggunakan aprsdroid.
Jadi kita masih lagi boleh menghantar mesej melalui aprs walau dimana jua jaraknya.





Contoh kapal tangki VLCC very large crude carrier yang beliau berada. Patutlah tidak membalas sebarang mesej kecuali pada waktu selepas kerja.




73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...