Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh pihak satelite komersial terutamanya syarikat komunikasi seperti Measat Global Berhad kerana ini bermakna satelit mereka terpaksa diberhentikan operasi walaupun masih boleh digunakan untuk 5-10 tahun akan datang. Ini mewujudkan masalah pembaziran (space debris) dan pertambahan kos untuk syarikat komunikasi melancarkan satelit baru.
Orbital ATK yang merupakan syarikat satelit dari Amerika Syarikat telah melancarkan produk baru di Satellite 2018 Conference and Exhibition di Washington DC. Produk ini akan mengisi semula bahan api kepada satelite di orbit untuk melanjutkan jangka hayatnya.
Editor's note-Sektor ini dinamakan "in-orbit servicing" ataupun
perkhidmatan dalam orbit. Ini merupakan sektor semakin berkembang dalam Era baru angkasa (New Space).
Qayyum Dahlan and Norzaiham Nazley Terima kasih sebab bertanya, we like when you have questions. Bila kita cakap tentang bahan api dalam konteks artikel ini adalah bahan api untuk "orbital station keeping". Ini adalah untuk memastikan satelit tidak terkeluar dari orbit yang ditetapkan. Bahan api yang biasa digunakan adalah kombinasi hydrazin dan nitrogen (hypergolic fuel and oxidiser). Trend sekarang adalah menggunakan ion thruster sebab teknologi yang telah berkembang dan mempunyai high specific impulse (bertindak dengan cepat). Tenaga solar digunakan untuk elektrik.
Peh Hoo Guan Thank you for your question, I will answer in BM if you don't mind. We would like as many people to participate in the discussion-
RTG ataupun Radioisotope Thermoelectric Generator adalah teknologi nuklear. Ia menggunakan plutonium-238 (Pu238) yang akan terurai secara semulajadi untuk menukar haba kepada elektrik. Elektrik ini akan di gunakan untuk menjalankan alat-alat dalam satelit. Tetapi tenaga ini tidak cukup untuk menjalankan "orbital station keeping" sehingga baru-baru ini. Jika anda ingin tahu tentang perkembangan Electric Propulsion - http://www.esa.int/Our_Activities/Space_Engineering_Technology/What_is_Electric_propulsion.
Salah satu masalah RTG adalah kerana ia berasaskan plutonium dan pelancaran roket adalah berisiko tinggi. Jika berlaku kemalangan di bumi atau planet lain, ia boleh menyebabkan pencemaran radioaktif. Terdapat beberapa kemalangan yang melibatkan kapal angkasa yang menggunakan RTG seperti Transit-5BN-3 navigation satellite, Nimbus B-1 dan lain-lain.
Untuk mendapatkan perlepasan menggunakan RTG, pembina satellit perlu menunjukan bahawa tidak ada cara lain selain RTG yang boleh membekalkan tenaga yang di perlukan. Dalam konteks artikel ini, kita menyentuh berkenaan dengan satelit Geo-stationary/Geo-synchronous yang berada di kedudukan (35,786km) iaitu di antara bumi dan bulan (384,000km). Satelit-geo tidak boleh berasaskan RTG kerana masih boleh menggunakan solar panel untuk sumber tenaga. RTG digunakan untuk deep space mission melepasi Marikh seperti Voyager, Cassini-Huygens dan lain-lain.
Fission reactor is possible but not in a satellite, it will more likely be for a Moon base and Mars base. This is because the satellite will be too big to contain the reactor safely. In space industry mass and volume = cash. The higher the mass the higher the price of the mission.
I hope this answer your question?
Nuclear propulsion using mini nuclear reactor memang sudah lama dikaji..design pun sudah ada, mungkin boleh juga untuk satelit. Selain itu nuclear battery, daripada decay of radioisotope, untuk elektrik.
Mohamad Hairie Rabir Yes anda memang betul, setakat ini Amerika Syarikat telah melancarkan SNAP-10A yang merupakan satu-satunya fission power system experiment satellite dari mereka. Namun demikian, satelit tersebut mengalami "system failure" selepas pelancaran.
Manakala, Russia ataupun Soviet Union pada masa tersebut telah melancarkan 17 satelit dan membangunkan teknologi Topaz nuclear reactor.
Teknologi ini adalah amat mahal berbanding teknologi lain dan belum diiktiraf sebagai "economically feasible" untuk satelit komersial. Sebagai syarikat komunikasi (yang merupakan sektor komersial terbesar dalam sektor angkasa), mereka memerlukan satelit di bina dengan cepat dan tidak mempunyai kos yang tinggi. Di sebabkan itu, teknologi nuklear angkasa tidak membangun dengan cepat kerana dana datang dari kerajaan seperti NASA atau ROSCOMOS, jikalau di bandingkan dengan Malaysia dana akan datang dari ANGKASA.
Sumber Perbincangan di FB Malaysia Space Initiative - MISI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Parit
Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment