Stesen UR5FSV-8 dan YD0RH-1

Dua stesen UR5FSV-8 dan YD0RH-1 berlayar di sekitar Pulau Jawa.


Stesen UR5FSV-8 berada diatas kapal penunda Terasea Osprey. Ia sedang menunda pelantar minyak OOS Prometheus dari Cape Town. Bermula berlayar sejak 11 Mac 2018 ke China. Kini masuk hari ke- 45 meneruskan pelayaran .


Ketika ini sedang berlayar berhampiran Pulau Krakatau dari Cape Town merentas Lautan Hindi hinggalah ke Pulau Jawa sebelum ke China.



Stesen ini QRV 145.500MHz berdasarkan info pada aprsdroid. Pelayaran dari Cape Town memakan masa70 hari.





Pelantar minyak yang ditarik berada 45 hari dilautan luas.

28 April 2018

Stesen UR5FSV-8 muncul kembali petang ini, meneruskan pelayaran ke China dari Jakarta.

29 April 2018


Oh, nampaknya stesen UR5FSV-8 bukannya menghala ke China. Berdasarkan QTH terkini ia berpatah balik ke Afrika Selatan. Lokasinya di utara antara Pulau Cocos dan Pulau Christmas. Laluannya itu merupakan laluan ribut tropika Flamboyan yang akan menghala ke barat daya di lautan Hindi. UR5FSV-5 bergerak 28km/h, bearing 238 darjah dan altitud -5 meter.

1 Mei 2018

Stesen UR5FSV-8 masih berlegar di lautan hindi berdekatan Pulau Sumatera. Nampaknya stesen ini belum lagi ke mana-mana tengahari ini.

6 Mei 2018

Malam ini kelihatan stesen UR5FSV-8 mula bergerak keluar dari Laut Jawa. Beberapa hari ini berada berdekatan pulau Jawa. Mula bergerak  laju ke arah utara.

73, Jojet de 9W2DYA

Comments

Popular posts from this blog

Air Terjun Sungai Mahang, Nilai

Bercuti di Pulau Pangkor

Radio Amatur dalam SAR Broga

Bercuti di Cheringin Hills dan Berjaya Hills Bentong, Pahang

Renew Lesen

Perasmian Rumah Kelab PRADAS

Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun Negeri Sembilan

Balapan dan Padang MSSM 2013 kali ke-55 Pahang

Bercuti di Pantai Peranginan Port Dickson

Sharing from our friends in Melbourne