9M4ESC-11 diaktifkan Belon Altitud tinggi

Jam 11 pagi ini stesen 9M4ESC-11 belon altitud tinggi di USM Transkrian diaktifkan. Masa yang ditunggu telah tiba untuk melhat pergerakan Belon Altitud Tinggi terbang di udara. Pemantauan menggunakan APRS.



Sayangnya sistem GPS tidak dapat berfungsi sempurna menyebabkan kedudukannya tidak dapat dikesan melalui aprs. Namun petunjuk untuk suhu, tekanan udara dan kuasa bateri berfungsi dengan baik.


Payload dalam beg hijau akan terbang ke angkasa Krian.


Program Mega Space Connect 2018 bermula jam 8.00 pagi. Kemuncaknya pastilah pelepasan belon ini.


Kedudukan 9M4ESC-11 tidak berganjak walaupun belon telah dilepaskan. Menggunakan ikon kereta merah untuk penerbangan kali ini. Lebih menarik jika menggunakan ikon belon seperti kebiasaan dalam program HAB yang lain.




Senarai stesen berhampiran 9M4ESC-11 adalah 9M2CQC-9, 9W2LDB-6, 9W2VRD-9 dan  9W2VRD-1.


Frekuensi yang digunakan untuk voice repeater iaitu Uplink 435.935MHz dan Downlink 145.935MHz  dan tone 203.5.



Semasa melepasi ketinggian yang sesuai beberapa stesen telah cuba memancar. Antara stesen yang dapat dicopy dengan baik readability 5/9:
9W2NNA, 9W2TPL, 9M2CQC, 9W2LDB, 9W2EXL/M, 9W2LCF, 9W2BXN, 9W2EYR, 9W2VRD, 9M2NAL, 9W2HHS, 9M2DA dan 9W2XIK.



Jam 12:20 QSY ke frekuensi aprs untuk percubaan mendapatkan packet daripada 9M4ESC-11. Namun tidak berjaya dan antara stesen yang mendapat packet adalah;
9W2WS (26), E23QD-1 (8), 9W2EDK-1 (2), 9W2SHB-1 (12), 9M4RAB-3 (1), dan HS9IFG (7).



Perkhabaran mengatakan bahawa belon ini telah mendarat ke dalam laut.




Data daripada raw path 9M4ESC-11

Bermula jam 10:54:46 pagi  12.7V, 36.5C, 1013.3Pa.
Suhu paling rendah direkodkan adalah pada jam 12:51:46 tengahari 12.3V, 8.3C dan 0339.5Pa. Data terakhir jam 13:15:45 petang 12.4V, 15.9C dan 0989.7Pa.


Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menganjurkan program ini. Menggunakan belon sebagai repeater sangat menarik dan mengujakan bagi semua stesen yang terlibat.


Penulis di Bangi boleh menerima audio semua stesen dengan baik sekali.


73, Jojet de 9W2DYA

Credit gambar daripada group whatsapp Amsat-MY





No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...