2meter Gemilang Check Net

Pada 9 November 2010 aku monitor di 147.825MHz kedengaran 2m Gemilang Check Net dari Negara Brunei Darussalam. Pengendali rangkaian oleh Roslan Dambong V85AVE. Ramai rakan 9W dan 9M turut menjayakan check net malam itu. Terima anda dari base Bandar Seri Putra Bangi, Selangor Malaysia 5/9. Ada kesempatan boleh bertemu di udara. Jumpa dan Jumpa lagi.
73, Jojet, 9W2DYA

NA1SS contact with 9M2RPN

Pada 2 November 2010 yang lalu ketika melayari blog kawan-kawan aku terbaca dari blog 9W2KEY yang bertajuk ISS School Contacts. Kebetulan acara itu akan berlangsung pada malam itu. Jadi akupun standby di frekuensi untuk mendapat pengalaman monitor audio dari ISS melalui 145.800MHz. Mengikut jadual ISS akan melalui ruang udara pada jam 2.02 pagi 3 November 2010. Jadi bolehlah aku menantinya memandangkan esok merupakan cuti. Sementara menantinya Nesrac ada 2M net yang dikendalikan oleh Abg Taib 9W2TBD dan monitor dan juga cuba check in.
Kemudian dalam pukul 11.30 malam monitor di Nesrac kedengaran Rizal 9W2KNZ sedang qso dengan Abg Saad 9W2TS yang merupakan saltmine di Planeterium Negara telah mengesahkan bahawa pada malam ini akan diadakan program ARISS oleh pelajar SK Bukit Damansara. Maka aku berasa gembira bahawa malam ini bolehlah aku monitor audio dari ISS. Tepat jam 2 pagi 3 November akupun menanti-nanti audio tapi tak kedengaran. Maka aku bergerak-gerak untuk mendapat audio maklumlah aku pakai handy sahaja maka perlulah mencarinya. Sahlah aku mendengar audio dari ISS memangil-manggil 9M2RPN untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh para pelajar. Terima audio 5/9 dari Col. Douglas Wheellock KF5BOC. Audio terhenti jam 2.20 pagi. Jadi seronoklah dapat juga mendengar audio dari ISS. Kemudian aku qso bersama Rizal 9W2KNZ di jalur Transnasional Astra. Menurut beliau telah berjaya merakam qso tersebut.Tahniah Rizal yang sibuk membuat log untuk contest yang lepas. Jika ada kesempatan lagi aku ingin monitor semula audio dari ISS ini.
73, Jojet, 9W2DYA

Malaysian Contact Successful

Malaysian Contact Successful


On Tuesday, November 2, students from S.K. Bukit Damansara visited the National Planetarium in Kuala Lumpur, Malaysia and participated in an Amateur Radio on the International Space Station (ARISS) contact. The youth posed questions to astronaut Doug Wheelock, KF5BOC about what it is like to live in space. The contact was made in conjunction with the “Prime Minister’s - National Space Challenge Trophy 2010” event.

sources from ISS Fan Club.

Jogathon PSKPP 2010

Sepertimana yang dijanjikan pada 30 oktober 2010 yang lalu aku menyertai kontinjen daerah untuk jogathon PSKPP Selangor di mana daerah Gombak menjadi tuan rumah. Selain jogathon, pertandingan bola sepak turut diadakan di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia, Sungai Buloh. seawal pagi lagi aku bersama xyl telah tiba disambut dengan hujan renyai yang bermula selepas subuh lagi. Kedinginan mencengkam diri membuatkan terpaksa membuat regangan dan aktiviti memanaskan badan secukupnya untuk mengelakkan diri dari kekejangan sewaktu larian dimulakan nanti. Ramai peserta telah tiba dan aku dapati mereka bukanlah calang-calang atlet jarak jauh. Kebanyakan mereka aku kenali lebih-lebih lagi sewaktu kejohanan olahraga yang lepas. Masa itu pelajar-pelajar yang bertanding kini giliran jurulatih pula yang akan menunjukkan kehebatan dan bakat sendiri.
Pengurus pasukan datang aku dibekalkan dengan sehelai baju, bestlah dapt  juga baju hehe. Selepas pendaftaran dibekal pula nombor larian yang isematkan ke dada dan belakang. Khabar buruk diberitahu bahawa jarak sebenar larian adalah 10K bukanya 8K seperti yang dimaklumkan terdahulu. Mampus aku, tapi tidak mengapa yang penting dapat menyertai dan menamatkan larian tanpa masalah. Acara bermula jam 9 pagi dilepaskan oleh pegawai dari PPD Gombak dengan tembakan pistol. Apalagi larilah mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang dapat aku lihat pelari-pelari ini memang memberi persaingan yang sengit untuk mengejar kejuaraan. Akupun berlari mengikut pace sendiri. Laluan menarik dikawasan ladang getah di pusat penyelidikan ini. Lebih 60% permukaan adalah jalan tanah merah dan berbatu kelikir, manakala 40% lagi merupakan jalan berturap. Jalan yang beralun dan kadangkala terpaksa mendaki sedikit tetapi tidaklah terlalu curam. Semasa mendaki terasa keletihannya tetapi bila menuruni langkah panjang diambil untuk meningkatkan kelajuan. Ada masanya juga, terpaksa berhati-hati kerana permukaan jalan yang tidak rata ditambahkan pula dengan batu-batu kelikir yang mmbolehkan kita tergelincir mahupun jatuh memboleh terseliuh adalah amat merbahaya sekali. Oleh disebabkan cuaca hujan dan mendung ada sesetengah trek digenangi air lopak menyebabkan kita terpaksa mengelakkan atau redah sahaja. Jika redah juga alamak kasut bertambah basah dan menyebabkan penggunaan tenaga menjadi semakin cepat penat. Tapi baik juga redup dan mendung kurang sikit penatnya, tapi boleh juga mudah mendapat kekejangan. Ada pelari yang lebih suka berlari waktu panas kerana badan cepat panas dan cepatlah sampai kegarisan penamat.
Larian diteruskan dengan penuh bersemangat walaupun dihadapan tiada lagi kelihatan pelari, ini menunjukkan aku sudah ketinggalan hehe. Tapi dibelakang ada pelari seperti mengejar-ngejar aku untuk memotong. Maka ia menjadi motivasi aku supaya aku tidak dipotong olehnya. Sebenarnya dia dihadapan aku tadi, tetapi telah aku potong  dan seterusnya aku terus membuka langkah agar dia tidak memotongku lagi. Kilometer terakhir adalah jalan berturap maka aku terus membuka langkah hingga ke garisan penamat. Xyl telah menyambut aku, menurutnya jarak aku dengan orang sebelum ini adalah jauh dan catatan aku adalah 68 minit mendapat tempat ke 24. Bolehlah sudah lama tidak berlari dan memberi seribu kepuasan dan meningkatkan kecergasan dan kesihatan.Tahun depan kalau diberi peluang bolehlah lari lagi.
73, Jojet, 9W2DYA.

Takziah buat 9W2TSE

Semalam (28.10.2010)selepas berjoging di Lake Valley selepas cool down sempatlah monitor di mana-mana  jalur yang kedengaran rakan sedang qso. Tiba-tiba dapat sms dari 9W2BCT yang berbunyi Salam, info kebajikan. Bapa mertua 9W2TSE Fendi telah meninggal dunia... Selepas itu monitor pula di V47 senyap sahaja selepas itu kedengaran 9W2BCT sedang memanggil mana-mana rakan ahli CORE Bulan Sabit ada info penting. Tetapi rakan tidak menjawab maka akupun cuba qso dan mendapat balas darinya. Jadi beliau mencari rakan-rakan tetapi mungkin semua telah saltmine. Jadi tentang berita kematian itu, 9W2BCT menyatakan akan ke Hospital Serdang dalam sejam lagi selepas menyelesaikan urusan peribadi. Kalau tak qrl akupun ingin ke sana. Selepas itu pulang ke rumah fundamental siap-siap bersarapan dan mandi aku terus ke Hospital Serdang. Tiba di sana kelihatan tempat letak kereta penuh dan sesak menunjukkan ramai pelawat pada pagi itu. Sampai di sana aku sms 9W2BCT menanyakan qth beliau dan membalasnya serta qso di jalur V47 infokan qth sebenar. Kemudian akupun ke lokasi kejadian dan bersalamanlah dengan beliau dan juga satu rakan baru 9W2FJO abg Jo dan kemudian ucapkan tahziah kepada abg Fendi 9W2TSE.Kemudian tidak beberapa jam datang abg Man 9W2BMX bersama rakan swl. Selepas urusan selesai van jenazah bergerak ke Kluang Johor untuk urusan pengkebumian. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
73, Jojet, 9W2DYA.

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...