Sepertimana yang dijanjikan pada 30 oktober 2010 yang lalu aku menyertai kontinjen daerah untuk jogathon PSKPP Selangor di mana daerah Gombak menjadi tuan rumah. Selain jogathon, pertandingan bola sepak turut diadakan di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia, Sungai Buloh. seawal pagi lagi aku bersama xyl telah tiba disambut dengan hujan renyai yang bermula selepas subuh lagi. Kedinginan mencengkam diri membuatkan terpaksa membuat regangan dan aktiviti memanaskan badan secukupnya untuk mengelakkan diri dari kekejangan sewaktu larian dimulakan nanti. Ramai peserta telah tiba dan aku dapati mereka bukanlah calang-calang atlet jarak jauh. Kebanyakan mereka aku kenali lebih-lebih lagi sewaktu kejohanan olahraga yang lepas. Masa itu pelajar-pelajar yang bertanding kini giliran jurulatih pula yang akan menunjukkan kehebatan dan bakat sendiri.
Pengurus pasukan datang aku dibekalkan dengan sehelai baju, bestlah dapt juga baju hehe. Selepas pendaftaran dibekal pula nombor larian yang isematkan ke dada dan belakang. Khabar buruk diberitahu bahawa jarak sebenar larian adalah 10K bukanya 8K seperti yang dimaklumkan terdahulu. Mampus aku, tapi tidak mengapa yang penting dapat menyertai dan menamatkan larian tanpa masalah. Acara bermula jam 9 pagi dilepaskan oleh pegawai dari PPD Gombak dengan tembakan pistol. Apalagi larilah mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang dapat aku lihat pelari-pelari ini memang memberi persaingan yang sengit untuk mengejar kejuaraan. Akupun berlari mengikut pace sendiri. Laluan menarik dikawasan ladang getah di pusat penyelidikan ini. Lebih 60% permukaan adalah jalan tanah merah dan berbatu kelikir, manakala 40% lagi merupakan jalan berturap. Jalan yang beralun dan kadangkala terpaksa mendaki sedikit tetapi tidaklah terlalu curam. Semasa mendaki terasa keletihannya tetapi bila menuruni langkah panjang diambil untuk meningkatkan kelajuan. Ada masanya juga, terpaksa berhati-hati kerana permukaan jalan yang tidak rata ditambahkan pula dengan batu-batu kelikir yang mmbolehkan kita tergelincir mahupun jatuh memboleh terseliuh adalah amat merbahaya sekali. Oleh disebabkan cuaca hujan dan mendung ada sesetengah trek digenangi air lopak menyebabkan kita terpaksa mengelakkan atau redah sahaja. Jika redah juga alamak kasut bertambah basah dan menyebabkan penggunaan tenaga menjadi semakin cepat penat. Tapi baik juga redup dan mendung kurang sikit penatnya, tapi boleh juga mudah mendapat kekejangan. Ada pelari yang lebih suka berlari waktu panas kerana badan cepat panas dan cepatlah sampai kegarisan penamat.
Larian diteruskan dengan penuh bersemangat walaupun dihadapan tiada lagi kelihatan pelari, ini menunjukkan aku sudah ketinggalan hehe. Tapi dibelakang ada pelari seperti mengejar-ngejar aku untuk memotong. Maka ia menjadi motivasi aku supaya aku tidak dipotong olehnya. Sebenarnya dia dihadapan aku tadi, tetapi telah aku potong dan seterusnya aku terus membuka langkah agar dia tidak memotongku lagi. Kilometer terakhir adalah jalan berturap maka aku terus membuka langkah hingga ke garisan penamat. Xyl telah menyambut aku, menurutnya jarak aku dengan orang sebelum ini adalah jauh dan catatan aku adalah 68 minit mendapat tempat ke 24. Bolehlah sudah lama tidak berlari dan memberi seribu kepuasan dan meningkatkan kecergasan dan kesihatan.Tahun depan kalau diberi peluang bolehlah lari lagi.
73, Jojet, 9W2DYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment