Pada 2 November 2010 yang lalu ketika melayari blog kawan-kawan aku terbaca dari blog 9W2KEY yang bertajuk ISS School Contacts. Kebetulan acara itu akan berlangsung pada malam itu. Jadi akupun standby di frekuensi untuk mendapat pengalaman monitor audio dari ISS melalui 145.800MHz. Mengikut jadual ISS akan melalui ruang udara pada jam 2.02 pagi 3 November 2010. Jadi bolehlah aku menantinya memandangkan esok merupakan cuti. Sementara menantinya Nesrac ada 2M net yang dikendalikan oleh Abg Taib 9W2TBD dan monitor dan juga cuba check in.
Kemudian dalam pukul 11.30 malam monitor di Nesrac kedengaran Rizal 9W2KNZ sedang qso dengan Abg Saad 9W2TS yang merupakan saltmine di Planeterium Negara telah mengesahkan bahawa pada malam ini akan diadakan program ARISS oleh pelajar SK Bukit Damansara. Maka aku berasa gembira bahawa malam ini bolehlah aku monitor audio dari ISS. Tepat jam 2 pagi 3 November akupun menanti-nanti audio tapi tak kedengaran. Maka aku bergerak-gerak untuk mendapat audio maklumlah aku pakai handy sahaja maka perlulah mencarinya. Sahlah aku mendengar audio dari ISS memangil-manggil 9M2RPN untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh para pelajar. Terima audio 5/9 dari Col. Douglas Wheellock KF5BOC. Audio terhenti jam 2.20 pagi. Jadi seronoklah dapat juga mendengar audio dari ISS. Kemudian aku qso bersama Rizal 9W2KNZ di jalur Transnasional Astra. Menurut beliau telah berjaya merakam qso tersebut.Tahniah Rizal yang sibuk membuat log untuk contest yang lepas. Jika ada kesempatan lagi aku ingin monitor semula audio dari ISS ini.
73, Jojet, 9W2DYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena Campak Dalam Parit
Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment