Posts

Showing posts from September, 2018

Stesen UR5FSV-5 di Sembawang, Singapura

Image
Stesen  Serge Prakhov UR5FSV-5 muncul lagi. Kali ini telah berada di Sembawang, Singapura. Menggunakan handheld Kenwood TH-D74 untuk memancar mendapatkan packet. Beberapa stesen di Johor Bharu berjaya mencapai beaconnya.



Kali pertama mendapat packet daripada stesen 9W2OBB-3 pada 28/9/18 jam 19:30:32 diikuti stesen 9W2GCC-1, 9W2HFI-1, 9W2KHE-1 dan 9W2RLW-2.



Kapal Alp Sweeper yang dilayari oleh UR5FSV-5 di Singapura.



Alp Sweeper merupakan Offshore tug supply ship yang didaftarkan di Rotterdam Belanda dengan callsign PDDF.Ia telah dibina pada tahun 2017. Panjang kapal ini adalah 88.51m dan lebarnya 21.65m

73, Jojet de 9W2DYA

LADAP Pendidikan Luar PJPK Gunung Angsi

Image
Semalam telah berlangsungnya program LADAP Pendidikan Luar PJPK di Gunung Angsi. Aktiviti pendakian melalui trek Bukit Putus.



Seramai 18 peserta telah mengikuti program ini bermula berkumpul seawal 7:30 pagi. Selaku ketua program, telah berada di situ seawal 7:30 seperti dalam tentatif. Sebelum itu, jam 6:00 pagi selepas solat subuh bertolak ke Petronas berhampiran sekolah untuk menjemput dua pelajar sebagai helper. Kemudian terus ke Lekas Highway untuk ke tempat tujuan. Sebelum itu juga sempat berkonvoi dengan seorang lagi rakan guru, Mahadzir yang menunggu di Kajang Utama.



Jam 8:15 pagi bermulanya sesi taklimat oleh ketua program tentang keselamatan dan perjalanan sepanjang program. Sesi suai kenal turut diadakan kerana ia turut diserta oleh rakan-rakan guru dari sekolah yang berlainan. Sesi ini penting supaya peserta boleh saling kenal-mengenal diantara satu sama lain. Kata kunci bagi kumpulan ini adalah Hussein Onn.

Selepas itu, bacaan Doa oleh Ustaz Husni bagi memberkati program ini…

9W2DYA-2 berjaya menyelit dapat satu packet YB0X-1

Petang ini 27 September 2018 bagi lintasan Satelit Lapan A2 YB0X-1, stesen 9W2DYA-2 berjaya mendapat satu packet. Pada hari ini, sebanyak enam lintasan  Satelit Lapan A2 YB0X-1 telah mengaktifkan aprs.

Dalam banyak packet itu, satu berjaya diselit oleh 9W2DYA-2.

Antara lintasan YB0X-1 pada Khamis 27/9/18 ini;

1. 9:03:14 - 9:14:21
2. 16:01:34 - 16:11:13
3. 17:45:54 - 17:54:03
4. 19:29:35 - 19:40:42
5. 21:13:53 - 21:27:12
6. 22:58:05 - 23:11:26

2018-09-27 09:03:14 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,YF1ZQA-10:> -9C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite
2018-09-27 09:03:15 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,YF1ZQA-10:T#002,136,204,254,000,000,00000010
2018-09-27 09:03:59 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,YF1ZQA-10:> -9C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite
2018-09-27 09:03:59 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,YF1ZQA-10:T#003,136,204,254,000,000,00000010
2018-09-27 09:04:43 MYT: YB0X-1>APOT21,SGATE,qAR,YF1ZQA-10:> -9C 3 Years Anniversary LAPAN-A2/LAPAN-ORARI Satellite
2018-0…