Radio Amatur dalam SAR Broga

Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017  telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam keadaan yang baik setelah seminggu hilang di Bukit Broga.
Credit Hairi 9W2VOB

Tahniah kepada semua pihak berkuasa Dan para sukarelawan yang terdiri daripada para pendaki. Kesabaran Dan komitmen yang berjaya membuahkan hasil.



Tidak ketinggalan radio amatur turut memainkan peranan dalam kejayaan operasi SAR kali ini. Pak Rosli 9M2RHQ sudi memberi sumbangan dalam menyediakan peralatan radas untik pusat komunikasi. Beliau turut dibantu stesen yang lain dalam memastikan pusat komunikasi berada dalam siap siaga.
Keupayaan stesen komunikasi sangat mantap dan terbaik. Penerimaan isyarat di Bangi readability 5/9 sepanjang pemantauan dilakukan. Penulis memantau mula malam khamis hinggalah stesen komunikasi ditutup. Sebenarnya terdapat beberapa stesen lain turut memantau walaupun tidak berada ditempat kejadian.


Terima kasih kepada Muzammil 9W2SNR yang memberi maklumat frekuensi yang digunakan. Beliau sempat ke tempat kejadian membolehkan mengetahui frekuensi yang diguna pakai.

Bagi pasukan RQ yang menggunakan radio, penerimaan isyarat sangat baik apabila berada di kawasan tinggi.
Setiap info dapat dicopy dengan baik.

Pemilik gambar Hairi  9W2VOB berselfie di pusat komunikasi. Hobi radio Amatur turut menyumbang kepakaran dalam membantu insan yang memerlukan bantuan.


Bantuan komunikasi kecemasan antara cabang aktiviti dalam radio Amatur. Komunikasi sangat penting apabila berhadapan dengan saat musibah. Penggunaan radio vhf lebih praktikal ketika dalam hutan berbanding telefon. Kadang-kala liputan sukar. Namun tidak bagi radio, kerana jangkauannya hingga berkilometer.

Walaupun kini kita disajikan pelbagai teknologi, kemahiran membaca peta masih diperlukan. Pendaki yang hebat dan mahir pasti dapat ke tempat yang dituju dengan selamat. Laporan perlu diberi melalui radio ke pusat komunikasi.

Credit SWL Asrul
Agensi kerajaan menggunakan Sistem komunikasi tersendiri. Orang awam tidak dapat akses sistem itu. Jalan penyelesaiannya melalui radio Amatur.

Credit SWL Asrul
Operasi SAR tamat setelah mangsa ditemui. Perkhabaran gembira ini telah diketahui melalui radio. Untungnya pengendali Radio Amatur kerana telah mengetahui terlebih dahulu berita penemuan mangsa.


SWL Asrul yang turut memantau dibasenya Semenyih mendengar perkhabaran gembira itu. Beliau sempat melihat mangsa tiba ke ambulans dibawa rawatan hospital. Maka sahlah penemuan itu. Media sosial sibuk masyarakat ingin mengetahui kesahihan berita itu.


Sebagai pengendali radio Amatur pasti berbangga apabila dapat menyumbangkan sesuatu kepada komuniti. Hobi yang saintifik bukan sekadar berkomunikasi sahaja, malahan banyak cabang aktiviti dapat dilakukan selain bantuan komunikasi kecemasan.

1 comment:

  1. terbaek...tp x sempat sampai...sempat bertembungan ngan ambulance JPA depan hopital kajang sj...73 de 9w2vjp...

    ReplyDelete

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...