Pengesahan ketidakaktifan satelit Tiungsat 1 MO-46 oleh 9W2VRD dan YC3BVG

Satelit Malaysia Tiungsat 1 MO-46 telah dilancarkan hampir 17 tahun yang lalu. Statusnya kini adalah inactive. Percubaan monitor beaconnya walaupun ia masih lagi dalam orbit.
Sememang tiada sebarang isyarat ketika lalu diatas Malaysia.
Awal pagi jam 2:11 dengan bantuan Ashrie 9W2VRD turut memantau Tiungsat 1 ketika melalui ruang angkasa Malaysia. Laporannya turut sama tanpa sebarang isyarat diterima.
Ashrie antara stesen yang aktif dalam komunikasi satelit. Beliau telah banyak bekerja dengan beberapa buah satelit seperti Saudisat dan Lapan A2.
Ashrie turut meminta bantuan stesen Iwan YC3BVG yang aktif dalam komunikasi satelit. Iwan YC3BVG memantau pada laluan tengahari. Menurut beliau melalui Ashrie turut memberi jawapan yang sama. Ternyata mikrosatelit ini tidak aktif. Beliau akan terus memantau Tiungsat 1 dari mass ke semasa untuk memberitahu perkembangan terkini MO-46.
Ribuan jutaan perhargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua stesen atas signal report itu. 9W2VRD dan YC3BVG jasamu tetap dikenang.
Laporan media semalam melaporkan tahun hadapan USM kerjasama Angkasa akan melancar nano satelit.
Tunggu dan lihat perkembangannya. Masa kini banyak negara menghantar satelit dengan bermacam-macam tujuan. Satu perkembangan positif bagi aeroangkasa negara. Biarlah teknologi ini bermanfaat dan boleh digunakan kemajuan negara.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...