Posts

Showing posts from September, 2009

Handy Sender SD-941H

Akhirnya dapatlah bermonitar sahaja menggunakan handy ini. Mendengar rakan-rakan ham berqso di jaluran ASTRA 145.700mhz semasa cuti raya baru ini. Dapatlah belajar-belajar macam mana nak mengendalikan stsyen sendiri. Jaluran ini sahaja yang paling sibuk didengari dari pagi sampailah ke tengah malam, ada sahaja perbualan yang diperkatakan. Terutamanya ucapan Salam AIdilfitri yang mendapat sambutan yang hangat dari pelusuk negara hingga sempadan.Ini memberi kelainan tentang sampaikan aidilfitri yang biasa di tv dan radio komersil sahaja. Rupanya dalam dunia ham ini tidak kurang meriahnya.Beratur rakan ham menunggu giliran untuk membuat ucapan. Meriah sungguh hari raya ini terutama yang bermobile pulang ke kampung disamping mendapat info trafik terkini. Ini satu lagi pilihan untuk mendapat maklumat terkini.9w2dya

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Adilfitri Maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini.Mohon ampun dan maaf jikalau ada salah dan silap. Moga ibadah di bulan Ramadhan ini diberkati hendaknya.

Tahniah kepada yang lulus RAE 2009-1

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli pengakap kumpulan 61 Hulu Langat yang telah lulus menghadapi peperiksaan radio amatur bulan jun yang lalu. Berkat usaha dan gigih anda semua telah berjaya menghasilkan kejayaan. Ini kerana dalam usia 14 tahun telah lulus merupakan suatu kejayaan yang membanggakan kumpulan dan sekolah amnya. Selepas ini, bolehlah memilih callsign yang disukai. Bertambahlah ahli dalam kumpulan ini nanti. Kepada yang gagal jangan kecewa dan cuba sekali lagi. Tahniah 9w2dya.