Stesen K4UAH-6 melepasi Ayan, Rusia


Stesen K4UAH-6 pada pagi ini, melepasi Ayan merentasi tanah besar Rusia. Menghampiri semula ke negara China. Nampaknya datang semula ke tempat yang sama beberapa minggu yang lepas. Terpaksalah menunggu arus berpatah balik ke timur bagi melengkapkan misi.

Ketika ini, arah bertentangan menyebabkan masih belum melengkapkan satu pusingan glob lagi.

 Jam 15:28 kelajuan 41 km/h dengan bearing 228 darjah. Altitud ketinggian 13060m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator PO55PL.

Jam 15:58 kelajuan 41 km/h dengan bearing kekal 228 darjah. Altitud ketinggian kekal 13060m dengan suhu kekal 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator PO55MI.

Jam 16:08 kelajuan 41 km/h dengan bearing 228 darjah. Altitud ketinggian turun kepda 13000m dengan suhu meningkat 10 darjah celsius. Tenaga solar turun 3.90 volt. Locator PO55LH.


Jam 16:18 kelajuan semakin laju kepada 63 km/h dengan bearing 209 darjah. Altitud ketinggian 13060m dengan suhu kekal 10 darjah celsius. Tenaga solar 3.90 volt. Locator PO55KF.

Stesen VE7DSS-N semakin dihampiri oleh K4UAH-6. Jika bearing kekal ke arah barat daya, pasti akan memasuki semula ke negara China. Lokasi yang sama terperangkap selama tiga hari di situ.





 

Stesen K4UAH-6 berada di Laut Okhotsk, Rusia

 


Penerbangan K4UAH-6 diteruskan ke arah barat daya di laut Okhotsk, Rusia. Terus ke arah negara matahari terbit. Arah berpatah balik sudah beberapa hari di Rusia dari Alaska. Harap arus angain baik bawa ke arah timur semula bagi melengkapkan keliling glob.

Stesen K4UAH-6 berada di Srednity Zaliv, Rusia


 Penerbangan K4UAH-6 masih berada di Rusia. Pagi ini berada di Srednity Zaliv. Tengah hari ini pula telah memasuki Zaliv Shelekhova di laut Okhotsk. Nampaknya, penerbangan sudah berpatah balik terus berada di Rusia.


Jam 11:58 kelajuan 61 km/h dengan bearing 243 arah barat daya. Altitud ketinggian 12900m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator QP90PQ.

Jam 12:18 kelajuan kekal 61 km/h dengan bearing kekal 243 darjah. Altitud ketinggian kekal 12900m dengan suhu turun kepada 10 darjah celsius. Tenaga solar turun 4.30 volt. Locator QP90LO.

Jam 14:38 masih lagi bergerak aktif dengan kelajuan 54 km/h arah 270 darjah ke barat. Altitud ketinggian 12900m dengan suhu 0 darjah celsius. Locator QP80MI.

Jam 14:48 kelajuan 54 km/h dengan bearing 270 darjah kekal ke barat. Altitud ketinggian kekal 12900m dengan suhu 20 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 3.70 volt. 

Jam 14:58 kelajuan 39 km/h dengan bearing 224 darjah. Altitud ketinggian 12900m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar di saat akhir ketika ini jatuh kepada 3.70 volt. Locator QP80JH.

Jam 15:08 kelajuan 54 km/h dengan bearing 270 darjah ke barat. Altitud ketinggian 12900 m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar paling rendah 3.30 volt. Locator QP80GH.

Jam 15:28 kelajuan 39 km/h dengan bearing 224 darjah. Altitud ketinggian 12900m dengan suhu meningkat kepada 10 darjah celsius. Tenaga solar 3.30 volt. Locator QP80FG.


Stesen K4UAH-6 berada di Zaliv Kresta, Rusia




 Misi menamat pusingan seterusnya dalam mengelilingi glob masinh belum tercapai. Kelihatan pagi ini, stesen K4UAH-6 telah berpusing ke Zaliv Kresta, Rusia berjiranan dengan Alaska.

Jam 8:28 kelajuan 44 km/h dengan bearing 270 ke timur mengahala ke Egvekinot. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar yang cerap tengah hari waktu tempatan  awal 4 jam dari Malaysia adalah 4.40 volt. Locator AP06PH.

Jam 8:38 kelajuan perlahan sedikit kepada 35 km/h dengan bearing 218 darjah ke barat daya. Altitud ketinggian kekal 12660m dengan suhu meningkat kepada 10 darjah celsius. Tenaga solar turun kepada 4.30 volt. Locator AP06OG.

Zaliv Kresta merupakan teluk yang agak besar. Beberapa teluk kecil bernama seperti Bukhta Kengynin, Bukhta Etelkuyun dsn Bukhta Erulya. Di hujung teluk menyambung dengan Laut Bering ini terdapat sebuah tasik Ozero Armagytgyn. Para pembaca yang mengikut penjelajahan ini pasti boleh agak. Bukhta adalah teluk dan Ozero adalah tasik tanpa merujuk maksud bahasa rusia dalam kamus.

Pada 14 Jun yang lalu, stesen ini ada merentasi tasik Ozero Oneko. Jadi maksud ozero itu sudah pastilah sebuah tasik. 

Jam 8:48 kelajuan kekal 35 km/h dengan bearing 218 darjah. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu  turun kembali 5 darjah celsius. Tenaga solar kembali kepada 4.40 volt. Locator AP06NF.

Jam 8:58 kembali menghampiri teluk dengan kelajuan kekal 35 km/j dengan bearing sama 218 darjah, Altitud ketinggian sama 12660m dengan suhu naik semula 10 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.40 volt. Locator AP06ME.


Sebuah stesen WX  UHMA di selatan laluan K4UAH-6 berada di Anadyr. Merujuk data suhu sekitar adalah 10 darjah celcius. Kelembapan 61% dan tekanan udara  1009 mbar. Arah angin bearing 160 darjah dengan kelajuan 5.8 m/s. Kawasan tandus dan sejuk yang jarang penduduk. Stesen WX adalah stesen kaji cuaca atau istilah terkini penggunaan stesen meteorologi.

Jam 9:28 telah berada di atas Zaliv Kresta dengan kelajuan 39 km/h serta bearing 238 kekal ke barat daya. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt pada awal petang ini waktu tempatan. Locator AP06HC.

Jam 9:38 kelajun turun kepada 35 km/h dengan bearing 219 darjah. Altitud ketinggian kekal 12660m dengan suhu meningkat  kepada 15 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.40 volt. Locator AP06GB.

Jam 9:58 hampir keluar dari kawasan teluk dengan kelajuan kekal 35 km/h serta bearing 247 darjah. Altitud ketinggian yang sama 12660m dengan suhu kekal 15 darjah celsius. Tenaga solar turut kekal 4.40 volt. Locator AP06DA.

Jam 10:08 telah masuk ke dataran dengan kelajuan meningkat 52 km/h dengan bearing 238 darjah. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu kekal 15 darjah celsius. Tenaga solar turun 4.30 volt. Locator AP05BX.

Jam 13:28 kelajuan 44 km/h dengan bearing 231 darjah. Altitud 12720m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 3.80 volt semakin berkurangan menunjukkan ke arah jam terakhir untuk diaktifkan. Locator RP85UH.



Stesen K4UAH-6 sedang menghala ke arah stesen WX UHMA pada petang ini.




Malaysia Local Contest 2021 26/6/2021

 Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur Malaysia Local Contest 2021 iaitu 9MDXC. Seingat penulis jarang diadakan contest untuk jalur 2m dan 70cm. Contest selalu untuk band 40m  diadakan.

Seharusnya rakan ham harus mengambil peluang ini untuk mencuba merasai contest dalam hobi radio amatur ini. Penukaran 6 digit grid square setiap kali mendapat contact dengan stesen lain.

Ia diadakan pada hari ini bermula jam 10 pagi hinggalah 10 malam. Peserta memburu sebanyak mungkin contact dengan stesen lain. Tapi ingat, mestilah dalam wilayah yang sama sahaja.

Penulis berada di Bangi hanya berjaya mendapat contact dua stesen sahaja. Kedua stesen tersebut di Nilai, Negeri Sembilan iaitu Irwan 9M2WAZ  locator OJ02VU dan abg Madnor 9M2MAD locator OJ02VT. 

Bangi, Selangor adalah wilayah tengah bersama Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Manakala Negeri Sembilan bersama Melaka dan Johor adalah wilayah selatan. Maka tiada markah diberikan jikalau contact berada di luar wilayah yang telah ditetapkan.

Kepuasan mendapat contact lebih seronok walaupun tiada mata diberikan. Pengalaman ini akan menjadi panduan untuk contest akan datang. Boleh dikatakan beberapa frekuensi sibuk dengan stesen membuat Cq contest sepanjang pertandingan dijalankan.

Ia menjadi satu pemangkin bagi setiap stesen untuk terus aktif dalam hobi yang saintifik ini. Rasanya ramai juga stesen yang tidak menyedari tentang contest pada kali ini. Mungkin kali pertama diadakan. Sudah pasti tahun hadapan lebih meriah dengan penglibatan lebih ramai dari setiap  negeri. 

Ia turut menjadi pencetus untuk lebih ramai melibatkan diri  terhadap radio sports seperti 2m dan 70cm band contest ini. Sekurang-kurangnya aktiviti di frekuensi terus meriah tanpa sepi lagi. 

Kita jaga frekuensi kita. Jika tidak digunakan pasti kemudahan ini pada masa hadapan kemungkinan boleh ditarik balik. Haruslah dijaga dengan sebaiknya serta digunakan dengan penuh berhemah.

Peserta dapat menguji kemampuan radas masing-masing. Prestasi dinilai agar pemancaran menjadi lebih baik untuk mendapat markah yang lebih tinggi. Kelemahan dan kekurangan diambil kira sebagai pengalaman yang berguna di masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya mengumpul contact yang banyak. Tidak dilupakan kepada pihak penganjur yang berjaya membawa satu dimensi yang baru dalam dunia radio amatur di Malaysia. 

Moga banyak lagi contest peringkat kebangsaan sering diadakan. Ini bagi melahirkan lebih ramai lagi jaguh yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang tinggi seperti Cikgu Zak 9M2ZAK mewakili Asia dalam WRC.

73, Jojet de 9w2dya





Stesen K4UAH-6 berada di Laut Chukchi



Pagi ini kelihatan stesen K4UAH-6 masih lagi aktif meneruskan misinya. Seolah berpatah balik arah ke Rusia dari Alaska. Ketika ini, berada di antara dua negara kuasa besar itu.

Jam 6:58 kelajuan 20 km/h dengan bearing 270 darjah ke barat. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 20 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator AP67CH.

Jam 7:08 kelajuan kekal 20 km/h dengan bearing kekal ke barat. Altitud ketinggian kekal 12540m dengan suhu turun kepada 10 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.40 volt. Locator AP67BH.


Terdapat satu item di sebelah Rusia yang dikenali nama tempat tersebut. Uelen di Selat Bering yang memisahkan Rusia dan Alaska, Amerika Syarikat. Waktu tempatan di Lavrentiya, Rusia adalah jam 11:17 pagi 26 Jun 2021.


Stesen WX5523 masih di Selat Bering di Nome, Alaska. Waktu tempatan adalah 15:28 pada 25 Jun 2021. Perbezaan waktu di kedua negara ini berdasarkan Garis Tarikh Antarabangsa. 

Jadi, kalau stesen  K4UAH-6 terus ke Rusia ia akan tambah sehari lebih awal. Tetapi jikalau berada di Alaska akan rugi sehari kepada 25 Jun 2021.

Jam 7:38 kelajuan 24 km/h dengan bearing 303 darjah ke barat laut. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 20 darjah celsius. Tenaga solar petang di Amerika dan pagi di Rusia adalah masih tinggi 4.40 volt. Apa yang penting di sana ketika ini masih lagi waktu siang menerima pancaran mentari dengan banyak. Locator AP57WI. 

Berdasarkan arus angin terkini di laman web Windy.com. Stesen K4UAH-6 berkemungkinan akan berpatah balik melalui Uelen, Rusia.

Jam 7:58 kelajuan 33 km/h dengan bearing 322 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt.

Jam 8:08 kelajuan 20 km/h dengan bearing 270 darjah ke barat. Selepas ini pasti akan ke selatan berpatah balik ke timur. Membuat pusingan U. Altitud ketinggian kekal 12540m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.30 volt. Locator AP57TK.

Jam 8:18 kelajuan meningkat kepada 33 km/h dengan bearing 322 darjah. Altitud ketinggian meningkat 12600m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator AP57SL.

Jam 8:28 kelajuan kekal 33 km/h dengan bearing kekal 322 darjah ke barat laut. Altitud ketinggian turun kepada 12540m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar naik sedikit 4.40 volt. Locator AP57RM.

Jam 8:48 kelajuan turun 24 km/h dengan bearing 303 darjah. Altitud ketinggian meningkat kepada 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator AP57PN.




 

Stesen K4UAH-6 berada di Alaska, Amerika Syarikat


Stesen K4UAH-6 telah berada di Alaska, Amerika Syarikat. Berdekatan dengan Koyuk terbang ke arah barat laut. Pusingan kedua bagi penulis menjejak stesen ini.

Jam 10:58 kelajuan 35 km/h dengan bearing 320 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celcius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator AP95VF.

Jam 11:38 kelajuan 35 km/h dengan bearing 320 darjah juga. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 3.70 volt. Locator AP95SJ.

Ada satu stesen WX CW5523 di Nome. Waktu tempatan adalah 19:38 pada 24 Jun 2021. Ketika ini masih lagi cerah di sana memandang telah masuk musim panas. Oeh sebab itulah tenaga solar masih dapat dijana ketika ini. 

Jam 12:08 kelajuan sama 35 km/h dengan bearing 320 darjah. Altitud ketinggian yang sama 12540m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar meningkat sedikit 3.80 volt. Locator AP95PM.



 

Stesen K4UAH-6 berada di Lautan Pasifik Utara


Stesen K4UAH-6 telah berada di lautan Pasifik utara menghala ke Teluk Alaska. Penerbangan sangat sempurna dan berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Jam 7:28 kelajuan 181 km/h sangat laju dengan bantuan arus yang kuat dengan bearing 40 darjah. Altitud ketinggian 12660 m dengan  suhu 20 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator BN05PI.

Melepasi garisan tarikh antarabangsa menjadikan hari bertambah lewat dan berubah kembali. Bagi penulis, menjejak stesen ini akan lengkap satu pusingan selepas berada di kawasan Teluk Alaska. Mengambil masa 20 hari untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi glob. Kali pertama menjejak adalah pada 4 Jun yang lalu.

Jam 10:38 masih laju dengan 181 km/h dengan bearing 23 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt. Locator BN29GE.

Jam 10:58 kelajuan menurun kepada 143 km/h dengan bearing 14 darjah. Altitud ketinggian yang sama 12540 km/h dengan suhu kekal 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator BN29IO. 


Skala 200km sudah kelihatan pulau-pulau di hujung Alaska. Tempat pertama kali penulis memantau stesen ini 20 hari yang lalu.

 

Imej SSTV 15:23 23/6/2021


Imej SSTV bagi laluan ISS jam 15:23 petang ini.

 

Stesen K4UAH-6 berada di Pulau Kuril, Rusia


Pagi ini, stesen K4UAH-6 telah berada di Pulau Kuril, Rusia. Penerbangan malam tadi berjaya melepasi Jepun. Jangkaan penerbangan ke laut Bering serta ke Alaska. Memasuki lautan Pasifik yang luas menuju satu pusingan lengkap bagi penulis mengikut jejak stesen ini.

Jam 14:18 kelajuan 154 km/h dengan bearing 99 darjah. Altitud ketinggian 13000m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 3.30 volt. Locator RN36GP. Arah makin ke tenggara melintas lautan pasifik pulang ke tanahairnya. Menghampiri garisan tarikh antarabangsa.

 

Stesen K4UAH-6 meninggalkan China


Setelah 3 hari terperangkap di negara China. Stesen K4UAH-6 berjaya meloloskan diri keluar ke tanah besar menuju lautan luas. Penerbangan ke arah timur bagi melengkapkan misi mengelilingi dunia.



Jam 12:08 kelajuan 81 km/h dengan bearing 89 darjah ke timur di laut Jepun. Altitud ketinggian 12840m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt tengah hari ini. Locator PN62KM

Terdapat stesen yang aktif di Vladivostok, Rusia. Stesen tersebut adalah UA0LMC, UA0LGY dan RZ0LWA. Waktu tempatan di Vladivostok awal dua jam dari Malaysia. Ketika ini jam 14:50 waktu tempatan. Berdekatan dengan Nakhodka terus menuju ke Hokkaido, Jepun, 

Jam 16:18 kelajuan 48 km/h dengan bearing 55 darjah. Altitud ketinggian 12840m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar di hujung petang ini 3.30 volt. Locator PN73XD. Berada diantara Rusia dan Jepun. Pulau Hokkaido banyak stesen aprs yang aktif. Waktu tempatan di Jepun awal sejam dari Malaysia.



 

Stesen K4UAH-6 berada di Daqing, China

 


Pada pagi, stesen K4UAH-6 masih lagi berlegar-legar di Heilongjiang Sheng. Hari ketiga berada di daerah ini. Penerbangan sangat perlahan tidak bergerak keluar dari kawasan ini.

Jam 12:08 altitud ketinggian 12960m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator PN26EG.

Jam 16:08 kelajuan 46 km/h dengan bearing 125 darjah. Altitud ketinggian 12960m semakin meninggi ke udara. Tenaga solar 4.20 volt. Locator PN25ON. Berada di barat daya Harbin.

Jam 16:18 kelajuan menurun kepada 28 km/h dengan bearing 180 darjah arah selatan. Altitud ketinggian masih sama 12960m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 4.0 volt. Locator PN25OM. Berada di timur laut Songyuan.


Arah angin terkini menunjukkan K4UAH-6 kemungkinan akan terbang ke selatan.

Jam 16:38 kelajuan 33 km/h dengan bearing 144 darjah. Altitud ketinggian 12960m dengan suhu 20 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 3.80 volt. Tanda-tanda ke arah jam terakhir tenaga semakin kurang. Locator PN25PK.

Jam 16:48 kelajuan semakin perlahan kepada 28 km/h dengan bearing 180 darjah arah selatan. Altitud ketinggian kekal 12960m dengan suhu meningkat lagi kepada 25 darjah celsius. Tenaga solar masih 3.80 volt. Locator PN25PJ.

Jam terakhir 17:08 kelajuan 44 km/h dengan bearing 154 darjah. Altitud ketinggian 12900m dengan suhu 20 darjah celsius. Tenaga solar 3.40 volt. Locator PN25QG.




Stesen K4UAH-6 berada di utara Suihua, China


Pada pagi ahad ini, stesen K4UAH-6 berada di Suihua, China. Masih berada dipersekitaran timur laut negara China. Pergerakan perlahan tidak bergerak jauh keluar dari lokasi semalam.

Jam 7:18 bergerak arah barat dengan kelajuan 37 km/h. Altitud ketinggian 12780m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar pada pagi ini adalah 4.20 volt. Locator PN38LA.

Kelihatan satu stesen pada pagi ini di Harbin. Stesen tersebut adalah BG2CLX-N. Suihua juga terdapat satu stesen yang aktif. Stesen tersebut dikenali sebagai P-BG2EOB.

Manakala di Changcun, stesen yang aktif adalah BG2-N, BG2LFR-9, BG2KZM-10, BG2LFR-10, dan BG2LBF-10. Seterusnya di Jilin City terdapat dua stesn yang aktif adalah BD2OS-3 dan BG2KCG-10.

Jam 10:08 kelajuan 9 km/h dengan bearing 306 darjah. Altitud ketinggian 12840m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar 4.50 volt. Locator PN38HE.

Jam 12:18 altitud ketinggian 12780m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator PN38EB.

Jam terakhir 17:18 altitud ketinggian 12840m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar petang ini adalah 3.40 volt. Locator PN27RU.

Pada hari ini pergerakan sangat perlahan. Masih dipersekitaran yang sama. Seolah-olah berpusing-pusing tanpa pergi lebih jauh. Jam terakhir menunjukkan ke arah barat pula. 

 

Stesen K4UAH-6 berada di Heilongjiang Sheng, China


Pagi ini, stesen K$UAH-6 telah berada di Tasik Bali. Mengikut perkiraan, ia menghala ke Harbin. Jam 8:08 kelajuan 28 km/h dengan bearing 103 darjah. Altitud ketinggian 12600m dengan suhu darjah celsius. Tenaga solar waktu pagi ini adalah 4.40 volt.

Jam 8:58 kelajuan 30 km/h dengan bearing 89 darjah ke timur. Berdekatan dengan tasik Qingken altitud ketinggian kekal 12600m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 4.40 volt. Locator PN26SJ.

Stesen yang terdapat di sekitarnya adalah BG2EFX-9, BG2EFX-10, BG3KZE-N. Waktu tempatan masih sama seperti di Malaysia.

Jam 9:08 kelajuan meningkat 76 km/h dengan bearing 89 darjah terus ke timur. Altitud ketinggian kekal 12600m dengan suhu kekal 5 darjah celsius. Tenaga solar turut kekal kepada 4.40 volt. Locator PN26UJ.

Jam 15:38 kelajuan 26 km/h dengan bearing 0 darjah arah utara. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 0 darjah celsius. Locator PN36QJ.

Penerbangan petang ini berhampiran dengan kawasan Heishan Scenic Area, Menggu Mountain Scenic Area, Xiangmoshan Scenic Area, Xinglong National Forest Park dan Jiguan Scenic Area.

Jam 15:48 ketinggian meningkat kepada 12720m dengan suhu 10 darjah celcius. Tenaga solar 4.30 volt. 

Jam 15:58 kelajuan 28 km/h dengan arah utara lagi. Altitud ketinggian kekal 12720m dengan suhu turun kepada 0 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 4.10 volt. Locator PN36QK.

Jam 16:08 kelajuan 37 km/h bertukar arah ke timur. Altitud ketinggian turun semula kepada 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.20 volt. Locator PN36RK.

Jam 16:28 kelajuan menurun kepada 26 km/h dengan bearing 0 darjah ke utara. Altitud ketinggian  meningkat 12660m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar turun kepada 3.80 volt. Locator PN36RM.

Jam terakhir 16:58 kelajuan 26 km/h dengan bearing 0 darjah arah utara. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 5 darjah celsius. Tenaga solar 3.30 volt. Locator PN36SO.

 

MALAYSIA LOCAL CONTEST 2021

 


MALAYSIA LOCAL CONTEST 2021

TARIKH: 26 Jun 2021

MASA PERTANDINGAN:

[MULA]

10:00 AM MST, 26 Jun 2021 (Sabtu)

[TAMAT]

10:00 PM MST, 26 Jun 2021 (Sabtu)

TEMPOH PERTANDINGAN12 jam.

TUJUAN:

Untuk memberikan pendedahan kepada semua stesen radio amatur di Malaysia dengan aktiviti ‘contest‘ yang memerlukan sesebuah stesen radio amatur itu melakukan sebanyak mungkin ‘contact‘ dengan stesen yang lain dalam masa yang telah ditetapkan di samping mempromosi jalur frekuensi VHF dan UHF serta menggalakkan peserta menyertai pertandingan CQ WW VHF.

BANDS:

o Hanya penggunaan jalur frekuensi 144 MHz (2m) dan 430 MHz (70cm) dibenarkan dengan mengikut jalur frekuensi yang dicadangkan oleh MARTS berpandukan Pelan Jalur IARU R3 iaitu dengan beza 12.5kHz antara frekuensi.

o Hanya operasi secara simplek dibenarkan iaitu tanpa penggunaan pengulang.

o Kosongkan jalur frekuensi V40 (145.500 kHz) dan U40 (433.300 MHz) kerana ini ialah ‘Calling Frequency‘.

JENIS PERTANDINGAN & PERTUKARAN:

FM –> RST + 6 Digit Grid Square. (Contoh: 59 + OJ03WD)

o Sila layari QRZ Grid Mapper untuk dapatkan 6 Digit Grid Square tempat anda atau muat turun aplikasi HamLog melalui PlayStore.

CARA PANGGILAN PERTANDINGAN: 

SSB : “CQ….CQ….CQ MY LOCAL ….CONTEST”

KATEGORI:

1. SOAB –> Single Operator All Band (Kuasa pancaran mengikut AA).

2. SOSB VHF –> Single Operator Single Band VHF (Kuasa pancaran mengikut AA).

3. SOSB UHF –> Single Operator Single Band UHF (Kuasa pancaran mengikut AA).

4. MSAB –> Mobile Station All Band (Kuasa pancaran mengikut AA).

PEMARKAHAN:

o ‘Contact’ dengan 6 Digit Grid Square yang sama: 1 mata.

o ‘Contact’ dengan 6 Digit Grid Square yang berbeza 2 digit akhirmata.

o ‘Contact’ dengan 6 Digit Grid Square yang berbeza 4 digit awal5 mata.

PENDARABAN:

Jumlah Mata x ( Jumlah Prefix 9M + Jumlah Negara ).

Contoh: 1000 mata QSO x ( 3 prefix 9M + 70 negara ) = 73000 (Mata akhir)

LOGGING SOFTWARE:

Pihak 9MDXC menggalakkan penggunaan perisian N1MM Logger. Namun, penggunaan perisian N1MM tidak wajib atau semestinya. Anda boleh menggunakan mana-mana perisian yang boleh menghasilkan fail ‘Cabrillo‘ versi 3.0 bagi Malaysia Local Contest 2021 ini.

Penggunaan aplikasi telefon iaitu HamLog juga telah disediakan khas untuk membantu stesen mencatat log terutamanya bagi stesen ‘Mobile‘. Sila muat turun dari versi 2.6 dari PlayStore dan tonton video panduan penggunaan di bawah.

Video is still in editing. Kindly wait.

CABRILLO FORMAT:

Sekiranya anda menggunakan ‘paper’ log atau mana-mana perisian selain N1MM, sila rujuk di sini bagi format ‘Cabrillo‘ versi 3.0 yang ditetapkan oleh pihak 9MDXC. Kegagalan anda untuk mengikut format yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan anda dibatalkan. Harap maklum.

USER DEFINE CONTEST (UDC):

Sila muat turun fail UDC di sini.

PERATURAN UMUM:

1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada stesen radio amatur dari Malaysia.

2. Mata akhir akan dikira mengikut Wilayah ‘Contest’ yang telah ditetapkan. ‘Contact‘ log dengan stesen dari luar wilayah tidak akan dikira dan diberikan 0 mata.

3. Stesen yang mempunyai ‘contact‘ di dua jalur frekuensi iaitu 2m dan 70cm, sila pilih kategori ‘All Band‘ semasa penghantaran log dibuat.

4. Stesen yang memasuki kategori ‘Mobile Station‘ boleh mempunyai 6 Digit Grid Square berbeza untuk setiap ‘contact‘ yang dibuat bergantung pada lokasi tempat anda sedang memancar.

5. ‘Dupe log tidak akan dikenakan penalti tetapi 0 mata diberikan. Cumanya anda perlu menyatakannya dengan jelas dalam log anda.

6. Log mesti dihantar dalam bentuk fail ‘Cabrillo’ versi 3.0 yang telah ditetapkan sahajaSila hantar log anda dalam format cabrillo di sini.

7. Jawatankuasa 9MDXC tidak menerima log yang ditulis dengan tangan.

8. Semua log perlu dihantar dalam tempoh masa 7 hari selepas tamat pertandingan iaitu 3 Julai 2021 (23:59 MST)Penghantaran log selepas tarikh tersebut akan dikira sebagai ‘check log‘.

9. Perlakuan ‘self spotting’ adalah tidak dibenarkan.

10. Hanya satu signal pancaran sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa.

11. Semua peralatan ‘transmitters‘ dan ‘receivers‘ mestilah dalam lingkungan 500m radius.

12. Semua antena yang digunakan oleh peserta, mestilah disambung secara fizikal terus ke ‘transmitters‘.

13. Jawatankuasa 9MDXC boleh membatalkan penyertaan mana-mana stesen amatur yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan ini.

14. Keputusan Jawatankuasa 9MDXC adalah muktamad.

15. Keputusan pertandingan  Malaysia Local Contest 2021 ini akan diumumkan pada 24 Julai 2021 (10:00 MST).

WILAYAH ‘CONTEST’

WILAYAH UTARA:

o Perlis.

o Kedah.

Pulau Pinang.

WILAYAH TENGAH:

o Perak

o Selangor.

Kuala Lumpur.

Putrajaya.

WILAYAH SELATAN:

o Negeri Sembilan.

o Melaka.

Johor.

WILAYAH TIMUR:

o Kelantan.

o Terengganu.

Pahang.

WILAYAH BORNEO:

o Sarawak.

o Sabah.

Labuan.

SIJIL:

Semua stesen yang menyertai Malaysia Local Contest 2021 ini akan diberikan sijil dalam bentuk .pdf yang boleh dimuat turun di sini sebagai tanda penghargaan dari 9MDXC.

PLAK:

o Single Operator All Band.

o Single Operator Single Band VHF.

Single Operator Single Band UHF.

Mobile Station All Band.


http://www.9mdxc.com/2021/06/rules-myc-2021

Stesen K4UAH-6 berada di Mongolia



Selepas seminggu penerbangan belon K4UAH-6 berada di Rusia. Pagi ini telah memasuki negara Mongolia. Kemungkinan sekadar melaluinya sahaja sebelum memasuki negara China. Sempadan negara China juga tidaklah berapa jauh mengikut arah pergerakan ketika ini.

Jam 11:28 kelajuan 44 km/h dengan bearing 127 darjah. Altitud ketinggian 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar pagi adalah 4.30 volt. Locator ON79EX.

Jam 11:38 kelajuan semakin meningkat kepada 65 km/h dengan bearing 147 darjah. Altitud ketinggian kekal 12600m dengan suhu meningkat kepada 5 darjah celsius. Tenaga solar turun sedikit kepada 4.20 volt. Locator OO70GA.

Jam 11:48 kelajuan menurun kepada 28 km/h dengan bearing 180 darjah ke arah selatan. Altitud ketingian masih kekal 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar masih kekal kepada 4.20 volt. Locator ON79FU.

Seperti yang dijangkakan jam 15:38 stesen K4UAH-6 telahpun memasuki ruang udara negara China. Kelajuan 44 km/h dengan bearing 127 darjah arah tenggara. Altitud ketinggian adalah 12600m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar petang ini adalah 4.40 volt masih lagi dalam keadaan baik. ON88DS.


QTH berdekatan dengan tiga sempadan negara. Berhampiran dengan Tasik Hulun penerbangan masih diteruskan. Hulunbuir terdapat dua stesen yang aktif iaitu BG3LDS-N dan BG3LDS.


Berdasarkan pergerakan semasa, kebarangkalian ia akan terbang masuk semula ke Mongolia. Jangkaan akan melintasi Tasik Buir sebelum kembali semula ke negara China.

Jam 16:48 kelajuan 44 km/h dengan bearing 126 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar menurun kepada 4.10 volt. Locator ON88KI.

Jam terakhir 17:48 kelajuan 39 km/h dengan bearing 110 darjah. Altitud ketinggian 12540m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar terakhir 3.30 volt. Locator ON88QE.





 

Stesen K4UAH-6 berada di Sosnovo-Ozerskoye, Buryatiya Rusia


Tengah hari ini, stesen K4UAH-6 telah meninggalkan jauh Tasik Baikal. QTH terkini di Sosnovo-Ozerskoye, Buryatiya, Rusia. Waktu tempatan sama seperti waktu di Malaysia. Sebelah pagi penulis tidak sempat menjenguknya kerana ada PdPR.

Jam 12:48 kelajuan 31 km/h dengan bearing 89 darjah terus menghala ke timur. Altitud ketinggian 12660m dengan suhu 15 darjah celsius. Tenaga solar tengah  hari ini adalah 4.50 volt. Locator OO53RJ.

Jam 14:58 kelajuan 15 km/h dengan bearing kekal 89 darjah arah ke timur. Altitud ketinggian kekal 12660m dengan suhu sekitar 10 darjah celsius. Tenaga solar yang dicerap petang ini kekal tinggi 4.40 volt. Locator OO53UK.

Jam 15:58 Altitud ketinggian 12720m dengan suhu kekal 10 darjah celsius. Tenaga solar kekal 4.40 volt. Locator OO53UK. Data menunjukkan dalam masa satu jam K4UAH-6 tidak berganjak tetapi ketinggian meningkat.

Jam terakhir 18:08 altitud ketinggian 12660m berserta suhu 0 darjah celcius. Tenaga solar yang berbaki 3.60 volt. Locator OO53UI. Nampaknya QTH terakhirnya telah bertukar ke arah barat pula. Esok tunggu kedudukan terkini K4UAH-6 meneruskan misi seterusnya.

 

Empat belon kaji cuaca RS41-SG dilepaskan

  Tengah hari ini empat belon kaji cuaca dari Singapura telah dilepaskan. Ketiga-tiga merupakan radiosonde RS41-SG keluar\n Vaisala yang ser...