Stesen K4UAH-6 berada di Laut Barents

 Pada petang ini stesen K4UAH-6 telah berada di Laut Barents berhampiran Pulau Yuzhny, Rusia. Meninggalkan jauh negara Skandinavia terus menghala ke timur laut selari dengan Pulau Yuzhny dan Pulau Severny.


Jam 14:48 kelajuan 54km/h dengan bearing 59 darjah. Altitud 12720m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar 4.30 volt pada awal pagi waktu tempatan. Locator LQ03NM.

Jam 14:58 kelajuan yang sama 54km/h dengan bearing turut sama 59 darjah. Altitud meningkat kepada 12780m dengan suhu meningkat 10 darjah celsius. Tenaga solar yang dijana pagi ini turun 4.20 volt. Locator LQ03QN.

Jam 22:08 K4UAH-6 menghampiri Pulau Severney, Rusia. Kelajuan 44 km/h dengan bearing 89 darjah arah ke timur. Altitud 12720m dengan suhu 10 darjah celsius. Tenaga solar 3.70 volt. Locator LQ64UL.


Jam 22:28 kelajuan 59 km/h dengan bearing masih arah timur. Altitud 12720m dengan suhu 0 darjah celsius. Tenaga solar masih sama 3.30 volt. Locator LQ74DL.

Perbezaan yang nyata diantara gambar pertama dengan kedua boleh dilihat pada skala. Gambar pertama skala 200km, sementara itu gambar kedua skala 20km. Stesen K4UAH-6 semakin menghampiri Pulau Severny.







No comments:

Post a Comment

Belon KLIA WxR-301D2302104516 hilang isyarat

  Malam tadi selepas terawih telah pergi ke lokasi belon KLIA jatuh  di hujung Persiaran Selatan. Tiba di lokasi tidak kedengaran sebarang i...